Share

orang yang tak percayakan tuhan

entry dulu ku ada menyebut pasal gerhana matahari. dapatkah anda melihatnya? jangan tanyaku, yang penting ku telag mencuba untuk melihat. dapat atau tidak, itu perkara lain.


probabiliti


manusia hanya boleh meneka fenomena ini boleh berlaku atau tidak. tapi ada satu kuasa lagi yang menentukan sama ada fenomena ini boleh berlaku atau tidak. dan kuasa ini sudah pasti datangnya dari kuasa pencipta


atas fahaman masing-masing, kepercayaan masing-masing, agama masing-masing, sudah pasti kita percaya yang fenomena ini adalah dari kuasa-nya. tiada kuasa manusia yang boleh memastikan ia berlaku. tidak sama sekali!


golongan atheist


golongan ini tidak percayakan agama. sedar atau tidak, sebenarnya fahaman ini sudah semakin menular di kalangan kita. agama kristian misalnya sedang berperang dengan penganutnya yang semakin ramai untuk mempercayai fahaman ini


orang ni ku tak kenal


mungkin di malaysia tidak keterlaluan, tapi tak mustahil akan berlaku. kalau di universitiku, agak terkejut dengan sifat keterbukaan pihak universiti yang membenarkan kelab ini ditubuhkan, atas naungan universiti


masa ku mendaftar SMSA (persatuan malaysia disana) nama mereka sudah tertera di data universiti. walhal masa ku mendaftar adalah antara persatuan yang awal mendaftar. maknanya sudah lama persatuan ini didaftarkan


kerja gila


jangan terkejut sebabnya ahli kelab ini bertambah dari semasa ke semasa. ahli persatuan ini bergerak aktif dan membuat kerja gila untuk mengembangkan kelab mereka. meletakkan jiwa meraka di dalam persatuan. satu etika yang kita tidak praktikkan


research dieorang mantap


pernah ku berbual dengan seorang chinese malaysian yang 'bersetuju' akan fahaman ini. katanya, ayahnya kristian, maknya budha, atuknya takde agama, jadi dia memilih untuk percaya akan fahaman ini. baginya, walaupun agama campur-campur, dia masih lagi hidup dan tiada kuasa yang mencabut nyawanya pun.


panjang lebar dia bagi penerangan, sebab tak cukup ilmu, ku hanya balas dengan senyuman. harap dia gembira akan fahaman yang dia pegang


kenapa?


di malaysia, memang ada yang keluar islam dan memeluk agama khayalan. agama dari langit lain. yang pelik, penganut-penganut agama ini bukannya dari berpendidikan rendah, ada yang doktor, ada yang peguam, usahawan berjaya pun ada. tapi masih terjerat dengan 'nabi' atau 'wali' palsu ini


inilah kepentingan ilmu. bukan sahaja ilmu duniawi, tapi juga ilmu akhirat. ku akui yang diriku tak banyak lagi, dan ku memang akan kalah kalau berbahas dengan golongan-golongan ini. sebab apa? tiada ilmu yang cukup


kalau lah


ayah pin datang kepadaku dan promote tentang apa yang dia buat

apa yang boleh ku lakukan?

dengar?
lihat?

dan

percaya?

nauzubillah. jangan cakap sedap mulut saja ayah pin tu gila, kalau anda berada di tempat yang pernah di ajarnya, terpikat mesti ada!


jadi apa perlu dibuat?


belajar tentang agama. selalu kaitkan fenomena alam dengan kebesaran-Nya. ku bukan mahu menjadi ustaz ke apa, ini cuma untuk kuatkan imam kita. percaya akan kekuasaan-Nya, nescaya perkara-perkara mengarut takkan berlaku keatas diri kita


ramai yang rasa agama ini tidak best. perkara kuno. yang membelakangkan nilai agama pun ada. apakah kesannya? allahuallam...


nota kaki : banyak blog yang memaparkan tentang agama, selalu menziarahi blog pun, ziarah la blog ustaz-ustaz ni sekali sekala.

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

58 ulasan:

sharamli berkata...

ok..kamu p0n slalulah ziarah bl0g ustaz2..

anN berkata...

mmg wujud owg cm ni.

Princess Azah berkata...

mcm2 perangai manusia ni ye..

Akmar Anuar berkata...

hmmm... a good entry...
arap2 takde sape terpengaruh dengan melayu kristian..

Jard The Great berkata...

free thinker la tu kunu.. huhu..

Dearie Pearls berkata...

hye..
dah baru rupanya rumah ini.
hehe..

zaman sekarang ni agama seolah bukan lagi point dlm kehidupan...
ntah cmana dorang boleh nak 'happy' with their life yang xde panduan...

{ Miss Syahira } berkata...

assalamualaikum joe.

alhamdulillah.
terima kasih beri info ini.
=D

cik selamah kundang berkata...

agree!

Tanpa Nama berkata...

macam2..huhuh

Tanpa Nama berkata...

macam2..huhuh

Hazzy Ishak berkata...

hmmm parah dah kes ni...
kalau menular pun, mungkin senyap-senyap tanpa kita sedari..minta2 dikuatkan iman, jauhkan dari hal-hal menyesatkan ni..

Azuan berkata...

aku ade member chinese...
dia gtau aku dia memang takde agama...hu3

Qylaisqyla berkata...

joe..

aku xabca abis..

tgk ayah pin je.

***

dalam hidup kna agama first..
dalam keadaan apa skali pun..
supaya agama n iman kita tidak terpesong.

nauzubillah..

naqiubex berkata...

Kita duduk dan lihat apa yang mereka ingin kongsikan dahulu...
Apabila sudah tiba masanya, dengan izin Allah SWT.
Serang balas kembali dengan apa yang telah kita pelajari...
Ilmu agama mmg penting...
Saya rekomen baca buku Harun Yahya ttg atheist atau ceramah ceramah Ahmad Deedat atau Zakir Naik mengenai ini...
Tak ingat pulak secara terperinci nama nama buku tersebut..
Wallahualam...

joegrimjow berkata...

smoge ite tak terpengaruh!

xuen adyla berkata...

atheist bila jumpa cahaya kebenaran lebih beriman dari yang memang asali bukan atheist

Tanpa Nama berkata...

ajaran ayah pin la camtu

Syima Syaz berkata...

golongan atasan nih terpengruh sbb
1. mencari jalan mudah utk masuk syurga (kononnye mcm yang dah dijanjikan)
2. iman yang tipis sampai dengar saje blh terpengaruh
3. kemungkinan diorang diberi minum atau mkn sumthing tanpa diorang sedar

maybe...

Tanpa Nama berkata...

tepuk dada tanya iman.

Tanpa Nama berkata...

free thinker kat luar negara lebih obses dr free thinker kat malaysia..

pape pun, selagi perpegang teguh pada ajaran islam...ingt pada Allah insya-allah walaupun mcm mana pun pengaruh, kita dpt elak....amin

momentinlife berkata...

beringat sesama manusia... =)

Lyne Bahtar berkata...

scary gile..
aku yakin tuhan itu wujud..
tuhan means ALLAH~

istighfar byk2..~

-rosy daisy-

Azym Azizi berkata...

"Walau kita jahat mana sekalipun, solat tetap jangan ditinggalkan"

Cikgu aku pesan..

Ungku Nor berkata...

yep..akidah kena mantap.
baru tak mudah terjebak.

Lea Isnawi berkata...

riso kan kalo terpengaruh dengan ajaran sesat ni..huhu

joegrimjow berkata...

nanti klu de yg serong
kite ley terus betol kan

HEMY berkata...

mmg betul mcm ayah pin tu kita ye la leh ckap cmne org leh percaya...kalau dtg kat kita..tak tentu lagi..org2 cmni bila berhujah menusuk kalbu

ada ilmu menundukkan org lagi..tp mmg betul pn. kristian pn dh ada cabang..apa nama dia - 7 day advertent..ke apa..ujun tu tak ingat..7 day je aku ingat

mae berkata...

kebalkan ketakwaan kita..dpat hlang kita dri tpengaruh..

unknown berkata...

kuatkan iman smoga x tergoda dgn anasir2 ni suma...aminn

joegrimjow berkata...

tegolong kat golongan yg kebal

Kapten Luffy berkata...

ada malaysian cam tu gak rupanya yer

huhuhu

Tanpa Nama berkata...

Yup2...kalau ilmu di dada tak cukup memang terdorong je nak setuju ngan golongan atheis ni. Diorang punya bahas kadang2 sngt real.

Syukur Alhamdulillah.....Aku masih bertahan sebagai seorang Islam.

geeds berkata...

atheist.
pernah jumpa 1 org mcm ni juga.
tiada agama~

ayien.. berkata...

kadang2 orang yg kuat agama boleh sesat
sebab mereka terlalu taksub dengan agama..
bagi saya saya tahu saya Islam dan perlu sembahyang setiap hari..
saya agak anti dengan mereka yg terlalu taksub sehingga mereka memandang orang lain dengan jelik..
macam la mereka tu bagus... kat uitm ramai gak orang2 macam ni...

mamai berkata...

terima kasih kerana melawat halaman saya, saya kagum degan penulisan awak izinkan saya link

Unknown berkata...

Jaga diri baik-baik, ya Joe.

adey manis berkata...

setuju!

UnGu VioLet berkata...

slm kenal.. tq sudi ke blog saya.. oh yea, awak nie blaja di Sheffield ke??

Fitriah berkata...

bagus entri ni

Raihanna berkata...

takut nya dengar camni...isk2... nape ek ada golongan camni....

mamai,wana,awiE,faten berkata...

*jgn terlalu taksub*

Dota Melayu berkata...

tahniah kepada org atheist
kerana mereka mengaku tiada tuhan..
mereka berpendapat
"aku naik saksi tiada tuhan" (No God)
jadi..
mereka sudah mendekati islam..

jadi kita orang islam cuma perlu melengkapkan orang atheist ini
"aku naik saksi tiada tuhan (no god) melainkan(except) Allah"

tambahkan "melainkan Allah"

KAMATO berkata...

Kita dituntut untuk belajar dan terus belajar, terutama ilmu akhirat, insyallah iman kita akan terpelihara

Unknown berkata...

islam is your life.

cik manis berkata...

org yg mmblkngkan agama, x kan kmana.
awal ja snang, tpi bala nnt, hnya Allah yg tahu

afsal_8281 berkata...

salam ziarah
itu la dia manusia2 di akhir zaman ni...
percaya kepada yg karut marut
tp tidak percaya pd YANG ESA

moga kita semua diberi hidayah dan diredhai hidup dunia akhirat

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

kejadahnya ada research camtu?

rasa mau terajang kepala mereka~

Farie Amrah berkata...

nice entri..

alhamdulillah aku msh xpesong akidah lg..

'AQILAH berkata...

nauziubillah...

masih ada iman walaupun sikit.

izman berkata...

ruginya org yg tiada rasa cinta pada tuhan. lagi rugi yg tersasar dari agama Allah yg mulia ini.

Beautiful Disaster berkata...

bila aku bace pasal ni dkt mane2 lah dgn org islam yg murtadnye aku jd takut nk besarkan ryan. lagi takut bile dekat mykid ryan tak ada tulis pun agama ryan. yang ada cume agama ibu/bapa aja. astaghfirullah.

Ayu Zan berkata...

bukan kat luar je.. kat malaysia sendri pun dah mcm2 pemesongan.. mcm kat area johor ni pun, dah mcm2 ku dengar.. em...

em..kat ipt2 benda ni sgt glamer ek..
lelagi joe kat negara org

Kak Long berkata...

Di Malaysia ni mungkin belum ditunjukkan secara terbuka.
Ingatan yang Joe berikan memang perlu supaya semua pihak tidak memandang ringan hal ini hingga menjadi barah yang tak mampu dicegah.

Anis Mohd berkata...

tiba2 rasa bersyukur .
ptt la parent bg didikan agama dr awal lg .
alhamdulillah.

rhapsody LiN berkata...

budak sebelah lin kat class is an atheist but she's nice. just tak percaya tuhan..

bila tnye why?
then she said that her parents never pray then for what she believe in god.

lin dengar senyum je. x berani nk comment bnyak2.

N D Z berkata...

elok ckp psl agama ni kdg2 joe...bgus2 like this post ;)

jgn la kite b'paling dri agama yg benar,iaitu Islam ;)

DilOt berkata...

iman kene kuat dan teguh...

h a r i z, H berkata...

kita pun kena soal, bagi yang beragama Islam, kenapa kita Muslim. bukan main takut2 saja. kita kena soal diri kita Islam ni betul ke? dan, untuk mendapat jawapan, banyak-banyakkan tengok video Ahmad Deedat dan comparison agama.

jangan jadi Muslim sebab ikut2. soal diri banyak2 tentang Islam dan pergi cari ustaz yang mantap utk bagi jawapan. bukan ustaz yg hanya tahu jawab, "eh kamu ni, soal banyak2 pulak. agama ni tak leh ikut logik aqal saja".

haa. klu jumpa ust mcm ni, cari ustaz lain dan sebelum blah, ketuk kepala ustaz tu kuat2. kata kat dia, "bangang, jgn jadi macam orang kristian yg x bg soal byk2 pasal agama."

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW