Share

Kahwin Lambat (versi kesimpulan)

Salam,

(versi lelaki sini)


Ada orang kata aku selalu buat tajuk kawen ni sebab aku sendiri nak kawen? haha, tak lagi tak lagi. kalau ada, akan diberitahu ok. sekarang ni kita kumpul duit banyak-banyak dulu, kerja supaya duit cukup supaya boleh tanggung anak orang, baru boleh umum siap-siap. alaa, cik tanah kan ada. kan kan awak kan? =)


Ini adalah versi kesimpulan. 4 isi untuk perempuan dan 4 isi untuk lelaki, versi kesimpulan ini hanya ada 3 isi sahaja. nak hurai lebih sikitlah, baru maksud akan sampai.



1) Mas Kahwin @ Hantaran


Memang tak dinafikan yang antara masalah orang lambat kahwin adalah sebab mas kahwin yang terlebih-lebih. Sekarang ni mas kahwin dinilai bukan dari segi agama dah, tapi dari segi pangkat dan darjat. boleh rujuk kembali entry yang lepas. Dalam islam sendiri, banyak sebenarnya mas kahwin (mahar) ini dan tidak semestinya duit berpuluh ribu semata-mata. contoh paling mudah boleh jadikan alquran sebagai maharnya. tapi kita ni, taknak bagi orang mengata, bagi jugaklah yang lebih-lebih sampaikan nak kahwin pun terpaksa ditangguh dan ditangguh hinggalah putus hubungan yang asalnya nak bina rumah tadi. aiyyoyo




2) Duit


Memang duit adalah penyebab kenapa ramai yang tangguh kawen! Sampaikan buat pinjaman dengan ahlong?? hoho

Nak ubah sikit persepsi kita yang duit ni hanya kerja si lelaki. Kalau si perempuan nak hidup mewah, janganlah mengharap si suami sahaja duitnya, kenalah sumbang sedikit. sama jugak seperti nak kahwin, masa kahwin tu, kalau nak buat grand punya dan si lelaki pulak gaji 2 ribu je sbulan, mana boleh cik adik oi. sama-samalah ye. nak buat biasa-biasa, no problemooo.


Tapi aku bukan nak backup lelaki, cuma nak ubah ramai tanggapan yang kerja duit ni hanya lelaki semata-mata. sama-sama barulah ok. maksud sama-sama ni, kalau si isteri tak kerja dan suami kerja biasa-biasa je, si isteri kenalah hidup bersederhana tolong ringankan beban. jangan setiap bulan nak tukar make up je. aiyyoyo, mati kutu la laki tu. Pada lelaki pulak, jangan lupa yang jadi ketua keluarga ni sememangnya duit adalah perkara yang penting. so, pandai-pandailah nak kawen ye




3) Masyarakat


Haaa, ni lagi satu penyumbang yang besar kawin lambat ni. sebab masyarakat. ahaa, kenapa dengan masyarakat? biasalah kita ni terbawa-bawa dengan pengaruh luar yang bukan dari agama kita. Nak komen pasal masyarakat ni, rasanya korang lagi memahami kan macam mana orang kita.

dan kalau korang perasan, masyarakat kita ni lebih memandang kepada majlis perkahwinan daripada kehidupan pasangan tu sendiri. bak kata seorang blogger, majlis perkahwinan tu ibarat pintu rumah sahaja, tak perlu nak berhias lebih-lebih sedangkan dalam rumah sendiri takde apa-apa, kosong. wohooo, tak best la!



Ok, done


Rasanya ni entry terakhir pasal kahwin lambat ni. Ada orang nak salahkan jodoh kalau kahwin lambat, aku sangat tidak bersetuju dengan soal ni sebab jodoh semua tu bukan yang kita tentukan, Dia yang tentukan, jadi kalau kita salahkan jodoh, seolah kita salahkan Dia. aiyoo, kena check balik tu.

Apa yang penting??

kerja..... untuk kawen!


pss : masak nasi ayam untuk junior2. ahakkksss

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

38 comments:

aYaz said...

jodoh pertemuan kuasa Allah..
manusia boleh berusaha dan berdoa,
tp Dia tentukan segalanye..
itulah takdir..
ape pun,besederhana adalah terbaek..

^.^
(ta mau komen pjg2..)

Anonymous said...

saya suka entry kesimpulan ini! 100% agree =)

tanah

eiffel said...

Dia yg tentukan jodo..tp kita kenala berusaha..kannnn :P



my blog :: camtaek

NuR 'aQiLaH said...

tingin jugak nak kawen.
elak makkkksiat kan? huhu
tp pihak laki,asek xde duet je. huwaa T__T

Anonymous said...

kalau betul faham agama,
takkan letak tinggi sangat harga dowry.
teringat kisah tok guru Nik Aziz yang meletakkan syarat, harga dowry untuk anak perempuan dia mestilah tidak melebihi 1k.

perempuan solehah akan meletakkan harga dowry yang rendah. :)

Anonymous said...

eiffel : betul tu kena berusaha, tapi jangan lupa batas-batas dan syariatNya :)

/Dayah//Nurul/ said...

knapa rasa isu kawen bab versi perempuan tak sekuat point versi laki2 jo ni. notes kat fesbuk ada g tak. ohh pendek cerita, menerima dgn seadanya :)

Encik Tikus said...

GUA BACA ENTRY NIE GUA RASA MACAM NAK KAWEN

Lya said...

kalau ariffshah dgn fida aishah kawen mesti gempak yang amat. blogger GB mesti semua nak datang dah 8000 orang. belum yang bukan blogger lagi tu.

tak terbayang kalau diorang nak kena layan semua orang mesti melayang jugak harga satu ferrari untuk tempahan dewan je.

famous+famous= duit terbang ~~

joegrimjow said...

@eiffel

yuppaaa
itu btol

joegrimjow said...

@NuR 'aQiLaH

xde duet tu mmg ada point dalam kesimpulan tu

joegrimjow said...

@Anonymous

aha?
ye?
baru tahu

joegrimjow said...

@Anonymous

aha?
ye?
baru tahu

joegrimjow said...

@/Dayah//Nurul/

haha
ye ke?
no komen

=)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

kena sama2 tolong..

sebab tu ramai lelaki cari pompuan yang berkerjaya kowt

hehe

joegrimjow said...

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr
kalau perkataan sama2 tu diterap elok2 kan...
huhu

suffer8zine said...

kdg2 pempuan ni yg cerewet nk hantaran tinggi la nk weeding grand itu la ini la, masalah je

lea said...

en joe bila lak nak kawen? :P

Cik Agogo said...

erm... mas kahwin besenye da fix... ikut negeri... ada setengah negeri tu tetapkan limit maximum jek...

tapi mas kahwin tu tak jadik masalah sebab memang kecik je nilai dia... bak kata 1 hadis ni, lebih kecil nilai mas kahwin, lebih tinggi darjat sorang pompuan ni...mcm anon atas tu taip...

yang pening sampai pitam2 tu hantaran je... maklum laa... hantaran kan bleh digunakan untuk cover majlis kawen...kunun mau buat grand la mau jemput semua orang...

kene yg demand nak buat mcm nur nadia sm nasimudin tu... ha.. tak ke pitam...hehee...

Encik MT said...

kekeke...encik mt ingat nak kawin lambat arr...haha

honey amour said...

apa yg penting lagi...tyme kawen kena ada nasi minyak..hahaha..*komen yg keluar tajuk ..

gadisBunga said...

uish mantap point enty bab2 kawen ni. boleh guna utk backup bila time kite nak kawen nanti. huhuhu

vidadarisakura said...

aku masih muda. ;P

Anonymous said...

Assolutamente d'accordo con lei. Credo che questo sia un concetto molto diverso. Pienamente d'accordo con lei.
Condivido pienamente il suo punto di vista. Penso che questo sia una buona idea.

joegrimjow said...

@lea

minggu depan

joegrimjow said...

@Cik Agogo

hehe, cik nadia tu support sendiri ye tak?

joegrimjow said...

@honey amour

cam pernah dengar je quote
apa yg penting
tu
hehe

joegrimjow said...

@vidadarisakura

dah tua dah klu usia cam tu

mia said...

bila da yakin nk bina masjid, fokus saje ke arah itu..betul..betul..kerja = cari duit = kawen..tq..

azzura said...

duit mmg menjadi isu penting disini.
klw nak kawin prepare la duit yg secukupnya..jgn jadi mcm sorang artis ni dah cerai baru nk mintak balik hutang duit hantaran.klw kawin pun nk hutang baik lupakan je niat tu.buat mana yg mampu je..ni lagi satu masyarakat kita ni mmg bnyk MIB (makcik internet bergerak) suka gossip duit hantaran org.ish3..;)

Nurulbadiah Lai said...

joe..conclusion yang lengkap..persis..dan jitu okey..
tp yang pling mnjadi kekangan dalam perkhwinan adelah duit aka pitis..

sbb skrng..kalu duit xcukup..mmg susah la nk kwin..sbb sumenye duit..ckp sepatah ..duit..duit..n lagi satu..kalu duit xckup..bek jgn kawin lagi..sbb kn..nti after kwin..mcm2 masalah..

yess..jdoh tu sume tgn tuhan..lambat ke cepat..Dia yang tentukan..nk kwin sok2 pon..tp Allah xizin lagi..mmg xkawin la..

p/s: kerja..untuk shopping..
p/s/s: hubby lak..kerja..tuk support wife shopping..:P

JAI said...

Hahaha..abih kawe cam nie..joe dah masuk berat wehhh..waduhh..joe tarik balik entri bagilah gua menang..ahaks..ahaks..anyway nice entry bro & selamat berjaya...

joegrimjow said...

@JAI

ni silap komen ni
hoho

joegrimjow said...

@Nurulbadiah Lai

apakah suami pon kena support isteri supin??
hehe

joegrimjow said...

@azzura

haah, memang melampau terpaksa berhutang untuk kawen. hutang bank ok lagi, ni hutang ahlong. oohhh

a.s.m.a said...

duit oh duit..
cam sepupu sorang buat grand2,skrang jenuh nak mbayar hutang..tak ke susah..ala buat simple2 dah la kan..yang penting khidupan pas kawin tu..
kblakngan ni asyik cta pasal kawin je..haha
oh tidak aku muda lagi !!!

~~DucKneSs~~ said...

setuju..

kalo dua2 nk kawen cepat, kena la sama2 bertolak ansur..asas perkawenan tuh..

blog-tips-kurus said...

jodoh lambat/cepat, semua ada hikmahnya. Redhalah aku hanya padaMU..huhu..

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW