Share

Engineering? Really?

Ada satu kisah yang sampai sekarang takkan lupa. Walaupun dah bertahun tapi masih segar dalam ingatan. Elok sangat untuk adik-adik yang dah lepas SPM baca kisah ini sebagai pengajaran. Boleh la ubah sikit mentaliti tu

Masa satu perjumpaan persatuan chess, boleh katakan aku ni top 5 player jugaklah bukan sebab aku ni hebat sangat tapi takde yang hebat dalam persatuan tu. hehe. So kita yang suam-suam kuku ni tiba-tiba jadi hebat. Bila dah semakin ramai join, ada yang join tu tiada basic pun, so kenalah mengajar dan share knowledge gitu

Dipendekkan cerita, ada seorang minah saleh ni rasanya orang local melalui accent dia tu, sempatla berbual-bual. Elok sangat accent yorkshire vs accent budu berbual kan. Dia ada tanya, aku ambil course apa, dan bila aku cakap 'Electiral Engineering' dia kata

'Really?'

Dengan muka separuh terkejut campur pelik (korang imagine la sendiri) dia cakap macam tu, Aku pun tak tahu kenapa reaksi dia macam tu. So aku tanya 'why'

Dia kata nak kerja apa nanti? Dan teruslah krik krik krik

Untuk krik krik krik berlalu pergi aku tanya dia ambil course apa dan dia dengan bangga menjawab 'Geologist' dan huraikan pekerjaan yang dia akan dapat nanti bila dah grad nanti

Moment tu la aku rasa macam ambil engineering ni macam sampah. haha. Ternyata course yang kononnya agak 'tersohor' kat Malaysia ni rupa-rupanya course yang orang tak nak ambil. haha

Belajar pandai tapi last tiada pekerjaan

Sekarang ni tengah hangat isu budak farmasi, budak dentistry dan ada yang ambil medic sendiri pun 'lambat' dapat kerja. Compare dengan yang course biasa-biasa ni cepat je dapat kerja. Actually aku rasa benda ni selain boleh salahkan kerajaan sebab tak sediakan peluang pekerjaan yang cukup untuk pelajar pintar kita ni, kena salahkan diri kita sendiri jugak. Aku tak pasti modul usahawan ada ke tak dia selit dalam course tu tapi untuk course aku rasanya tiada. Walaupun tiada, tapi banyak je aktiviti luar yang ajar benda tu. Terpulang kepada kitalah nak join atau nak mengadap untuk exam je

Nasihat kat adik-adik SPM

Mungkin lepas dah dapat result ni semua tengah berkira-kira nak sambung kat mana kan. Matrik la, Diploma la dan ada jugak STPM. Malas nak hurai semua tu dan semua ada kebaikan dia tersendiri, cumanya please masa muda ni sibukkan diri dengan kegiatan luar yang berfaedah. Join banyak persatuan kat dalam institusi tu or NGO kat mana-mana. Otak orang muda ni cepat pick up, manfaatkannya

Dan dan dan, cuba belajar dua benda ni (tak kira course mana korang ambil nanti) iaitu, Agama dan Komputer! Agama tu maksudnya hafallah beberapa surah, dalami sedikit sebanyak hadith dan beberapa hukum hakam yang popular. Komputer pulak bukannya mengadap fb je kerjanya, cuba belajar asas programming, nak buat website sendiri ke atau apa-apa yang berkaitan dengan komputer. 

2 benda ni aku rasa sangat perlu untuk orang muda sekarang sebabnya,,,, nak story panjang pulak. Buat ajelahhhhh dengar nasihat abam dan dewasa ni. hehe

Ok, tu je, 

Entah kenapa mengigau tulis blog. Entry pertama tahun ni. ciyaa ciyaa ciyaaa

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Apa yang ada di TUBE 2.0

Alhamdulillah, dah tamat 21 hari berkampung di Cancun Park Mexico untuk program TUBE 2.0. Kiranya ni adalah PALING LAMA aku join untuk sesuatu program. 21 hari ok! Memang sangat lama tapi akhirnya oklah berbaloi. Gila tak berbaloi dapat 15k kot. haha

TUBE singkatan bagi Tunas Usahawan Belia Bumiputera. 2.0 sebab ni kali kedua dianjurkan. Tahun lepas aku tak tahu pun kewujudan program ni, tahun ni pun tahu dari forward wassap member-member. saja cuba nasib, lepas la pulak apa lagi ambil la terus. 



Program under MITI ni pilih 500 orang belia yang belum lagi meniaga atau kurang dari setahun meniaga. Harapannya untuk menaikkan share bumiputera lah yang dari RMK 1 hingga 11 tak naik-naik pun ni. Nak capai 30% share sampai sekarang 20% pun tak dapat-dapat. Jadi program seperti ni diwujudkan. Tahun ni dieorang pecah kepada 10 kem, jadi 50 orang setiap kem dan aku di Cancun Park. 


Buat korang yang nak join TUBE

Memang aku WAJIBKAN korang yang baca entry ni untuk join. hehe. Dato Pa yang rasmi majlis perasmian hari tu katanya TUBE ni akan jadi acara tahunan dah, so tahun depan akan ada lagi. Ada 3 fasa, fasa 1 minggu ketahanan fizikal - ala2 tentara gitu dan fasa 2 pembelajaran dalam kelas. 21 hari tu kira dah satel untuk fasa 1 dan fasa 2. Sekarang fasa 3, buddy bisnes. Dieorang bagi RM15 ribu dan kita kena mulakan perniagaan dan kena REPORT kepada buddy kita secara berskala. Kalau nampak potensi untuk dikembangkan, boleh apply lagi geran yang sememangnya banyak (aku baru tahu) untuk tolong golongan Bumiputera ni


Tapi tempoh fasa semua ni mungkin berubah, tahun lepas fasa 1 dan fasa 2 14 hari je. tahun ni dieorang tambah skit tahun depan tak tahulah. Dalam borang feedback aku letak supaya jadi 5 minggu. padan muka korang. haha! Cuma mungkin susah skitlah sebab program ni dah semakin popular. Tube 1.0 4ribu je yang mohon, tube 2.0 ni dah cecah 8 ribu mungkin tahun depan cecah belasan ribu yang mohon. Cuba je, rezeki tu Allah yang bagi


Pendapat peribadi

Actually aku dah banyak sertai program-program untuk dapatkan geran ni. Rasanya kalau aku tulis e-book mesti korang penat nak baca. RBC, Superb, Dana Belia 1Malaysia dan macam-macam lagilah. Ada yang dapat ada yang tak dapat rezeki la tu. Tapi bagi aku, program TUBE ni antara yang TERBAIK. Memang banyak lagi benda yang kena improve tapi susun atur tu memang aku rasa program ni betul2 boleh tolong Bumiputera. 

Hari tu ada MARA bagi RM10k under program Putra, bagi macam tu je just isi-isi borang dan ramailah yang ambil kesempatan. 

Berbeza program ni, banyak jugalah tapisannya. Kena isi borang kaji selidik PIKEN dulu, panggil interview, kena masuk kursus 21 hari, lepas kursus kena buat report lagi. Memang teraturlah macam nak bagi sejuta je dan harap-harapnya tiadalah yang mengambil kesempatan dengan program pertolongan dari Kerajaan ni. Kudos kepada yang pencetus program ni!


21 hari........ ouch!

Ok, tadi kat atas semua tu intro je, ni baru masuk cerita sebanar. haha. Panjang bebenar intronya. 7 hari pertama iaitu fasa 1 memang memenatkan. Latihan ala2 tentera gitu. Tapi takdelah teruk sangat, setakat kawad kaki, masuk hutan, flying fox normal aktiviti. Boleh lepaslah. 14 hari berikut adalah program dalam kelas. start 8 pagi hingga 12 malam. haaa, lama kemain! 



Bagi aku yang dah start buat duit sejak darjah 6 lagi, poyo jugaklah rasa banyak ilmu. Tapi bila aku masuk kelas mereka buat ni perghhh rupa-rupanya banyak lagi yang tak tahu. Terutama dari segi pengurusan syarikat dan bab kewangan. Patutlah aku rasa bisnes futsal yang aku buat tu tak kemana sangat. Banyak kena perbetulkan

Mereka juga ajar cara nak buat rancangan perniagaan. Sangat bagus sebab barulah orang muda yang baru nak mula-mula meniaga ni tahu selok belok perniagaan. Masa aku buat bisnes konvensional dulu, mana ada orang nak ajar, main redah je. belajar dari pengalaman. Dah ada orang ajar macam ni, at least kita akan tahu mana yang tak patut kita buat. Sebab tu aku kata korang yang baca entry ni WAJIB pergi. Kalau kerja pun berhenti kerja siap2. haha. Gurau aje tapi macam tulah tahap ke-berbaloi-an sertai program ni

Antara slot yang aku rasa sangat berbaloi

  • Outdoor bisnes - dieorang bagi RM 50 dan korang kena generate more money. Group aku dapat RM92.90 selama 5 jam operasi. Ada group yang dapat sampai RM 200 lebih!
  • Perkongsian dari usahawan berjaya - sepatut emma maembong datang tapi orang lain pulak muncul. haha. kem lain HAI-O datang ok. Rasanya kena teruskan dan usahawan yang dah berjaya kat luar tu pleaselah support
  • BMC - ni ilmu baru. 
  •  Makan 5 kali sehari - walaupun asyik air masak je bagi tapi berat tetap naik 3kg. haha

21 hari ni banyak jugaklah dramanya. EM nya tak ramai yang handle memang aku dah dapat agak akan jadi macam mana. Jadual selalu berubah, petugas pun cepat stress. Mintak maaf ya kalau yang baca tu tapi benda tu kenalah improve supaya next time lebih sistematik. Dengar khabar dari kem lain teruk lagi so syukurlah kat kelantan ni boleh habis dengan semua bermuka manis. Syakir, shuhada n sorang lagi terima kasih ya teman kami 21 hari :)

Pegawai pemerhati dari SME Corp pulak ada pelbagai ragam. Ada yang serius, ada yang touching ada yang caring. 3 minggu, 6 orang yang datang bersilih ganti. Cuma kot-kot la Dato Habsah baca kena naikkan elaun untuk kak jemah n abg wan sebab kedatangan mereka last week tu memang banyak tolong. Kalau boleh suruh mereka je lah datang dari awal hingga akhir. haha. 

Lecturer UMK yang datang mengajar tu pun bukan sekadar lecturer. Walaupun mereka makan gaji tapi ada pengalaman bisnes yang boleh dikongsi. Lain kalau jenis yang ajar teori je, bila ada pengalaman ni feeling dia lain skit. Thank you very much dan halalkan segala ilmu :)


Satay Ikan Online



Ada penambahan untuk program ni yang mana setiap kem dieorang akan pilih yang terbaik rancangan perniagaan untuk masuk rancangan realiti tv dan 3 orang akan dipilih untuk ikuti entrepreneur summit week di New York bulan 6 tahun depan. Aku pergi tu atas perniagaan Satay Ikan Online, mula-mula memang taknak mencapap sangat, diam-diam sudah kan tapi apabila tok pa bagitau (setelah seminggu di kem) ada program ni, huh siapa yang tak nak kan? pergi new york kot. Jual satay ikan ke new york, stylo kot. haha

So daripada urusan pembekalan aku tukar kepada ambil sekali pengeluaran sebab aku tahu kalau kita bekal je takdelah 'hebat' sangat idea bisnes kita tu. Alhamdullillah dapat masuk top 3 dan tiba-tiba lepas aku present (aku pertama present dari 3 orang pusingan final) ada hadiah lain pulak dia bagi tambahan 2.5k on top of that. Hampes betul kalau tahu awal-awal aku reka benda lain yang lagi canggih. haha. 

Apa lagi, kalahlah sebab aku rasa takde 'inovasi' sangat berbanding yang menang tu sememangnya layak idea dia untuk penternakan talapia. Kempunan jugaklah 2.5k tapi takpelah rezeki takde orang kata. Yang penting idea rancangan aku nak meniaga satay ikan tu ramai yang tahu. Daripada korang tengok orang duk jaja satay ikan tu boleh dijadikan bisnes sampai puluhan ribu per month sebulan. haaa, kalau nak pm tepi :)


Kesimpulan



Ceh kesimpulan macam buat RP pulak. hehe. Harapnya ukhwah semua 50 orang yang sertai di Cancun Park tu berkekalan. Kita jadikan team Kelantan ni setelah 12 bulan dinilai negeri kita yang paling banyak jualannya. Kepada 450 yang sertai di tempat lain, calling2 lah aku untuk kenal-kenal. Semoga program seperti ini diteruskan dan mencapai misinya. Aminnn

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Apabila blog anak lebih dapat hit daripada blog ayah

Assalamualaikum dunia!!

Ya Allah, tak sangka aku menulis blog setelah sekian lama berhenti. Haha. Ingatkan bersara terus dah tapi petang-petang macam ni sambil hirup tea mix datang pula idea nak menulis blog. hehe. Seingat akulah dulu, mana ada datang idea baru nak menulis, masa menulis tu barulah idea datang mencurah-curah dan blog pun sentiasalah berupdatenya. Sekarang ni je nak kena tunggu idea datang baru nak update. dunia dunia

Sibuk urusan lain

Actually kalau korang rindukan aku (ada ke weii?? haha) hidup ni ok je. Last update pada 22 May lepas mengenai kisah nyawa melayang dek roadtax bulan 6 sepi, bulan 7 sepi dan akhirnya muncul pada bulan 8 pulak. walaweh hampir 3 bulan baru nak update. hehe. Biasalah, sibuk dengan urusan lain kita selesaikan dulu urusan-urusan tu ada masa baru kita update. okeh?

Antara 'sibuknya' adalah menulis di blog anak. wahaa!

Anak joegrimjow pun ada blog ok :)

Plan asalnya aku dengan cik bini yang update tapi last-last aku je yang tukang updatenya. hehe. Sebab guna platform wordpress jadi nak godek-godek tu ambil masa jugaklah. Tambahan macbook dah uzur sekarang lagi-lagilah susah nak menulis pakai phone ok. gigih ke gigih macam tu?


Apabila blog anak lebih dapat hit daripada blog ayahnya

Saja nak ulas satu entry di blog anak (MayaZaara.Com) yang mendapat hit tak pernah ayah dia dapat di blog ni. Hehe. Sepanjang blog ni beroperasi lebih kurang 7 tahun, entry paling dapat banyak hit adalah Apa beza kurus dengan Herbalife (19 ribu views) dan diikuti Herbalife did they realy eat shit (10 ribu views) dan ketiga Keistimewaan perempuan Kelantan (9 ribu views)



dan....

korang nak tahu hits untuk blog anak aku tu berapa top post?

cuba teka? 

10 ribu?

20 ribu?

30 ribu?

40 ribu?

50 ribu?

haha dah macam cerita P Ramlee pulak dah kan

Jawapannya adalah....



Entry tu baru bulan Jun 2015 tapi sehingga sekarang dah ada 123 ribu. wahaha. bangga ayahnya :)

At least kalau ada perhimpunan blogger (ada ke?) orang duk bangga dengan blog masing-masing bolehlah kata 'saya pernah tulis entry dan lebih 100 ribu orang baca' waha, penuh nada keriakan disitu. hehe


Kuasa viral

Actually dunia sekarang ni dah berubah dengan cara marketing dulu. Kalau dulu orang pentingkan SEO SEO sekarang ni semua duk beralih viral marketing. Post tu dalam sehari dapat hit sampai 75 ribu, ramai gile yang share tu yang jadi viral tu. Post buat anak kena pandai jaga anak tu tu pun sampai embassy kuwait (tempat pak mertua kerja) tahu. hehe

kalau korang nak belajar marketing viral ni, pm aku ya. wahaha


Berhati dalam menyebarkan


Sebab sekarang ni kuasa viral menjadi mudah, maka sama-samalah kita saling ingat mengingati sesama kita agar kita tak share sesuatu perkara tu tanpa soal periksa dulu. Baca renungan daripada Timb Menteri kita yang baru ni mengenai kes terbaru statement bodoh menteri.... huhu

KENYATAAN AZALINA DIPUTAR-BELIT
Baru lepas berhubung dengan Datuk Seri Azalina Othman Menteri JPM mengenai viral kenyataan beliau yang kononnya menghalalkan perbuatan maksiat iaitu mengenai tapisan adegan berpelukan dll. Menurut beliau kenyataannya telah diputarbelitkan untuk mencetuskan kemarahan rakyat. Apa yang disuarakan hanyalah perlunya Lembaga Penapisan berbincang dengan FINAS dan NGO2 mengenai arahan penapisan yg dikenakan.
Saya juga menawarkan diri kepada Datuk Seri Azalina untuk membantu beliau jika terdapat sebarang kemusykilan mengenai isu2 yg menyentuh hukum hakam agama pada masa akan datang.Sebab itulah berulang kali saya menulis dan menasihatkan sebagai orang Islam kita tidak sewenangnya mudah mempercayai apatah lagi berkongsi maklumat atau sebarang berita melalui media sosial masa kini sebelum memastikan keabsahan dan kesahihan berita kerana ia boleh menjerumus ke kancah fitnah yang memudaratkan. Al-Quran dalam surah al-Hujurat mengajar kita prinsip tabayyun (periksa maklumat) dan elakkan dzan (berprangka) atas segala maklumat yang diperolehi.

Memang aku akui sendiri banyak statement pak menteri kita ni kadang-kadang Maharaja Lawak pun kalah tapi berhati-hatilah dalam menyebarkannya. Mungkin kita niat untuk suka-suka ataupun saja-saja tapi dosa pahala tu benda real. semuanya akan dihitung. Sebab tu aku antara yang takkan share (kadang2 terlepas jugak) benda-benda yang menjatuhkan maruah seseorang. Biarlah mereka dengan Allah kita tak payah nak tambah dosa kat akaun kita

ok?

Itu saja dulu entry ringkas daripada tiada entry ni. Semoga tidaklah 3 bulan lagi aku menulis blog ni. hiii.

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW