Share

Facebook : Movie pertama dilancarkan!

Idea untuk memfilemkan social network merupakan salah satu idea baru lagi untuk menjadikan social network khususnya Facebook menjadi kegilaan orang ramai. Langkah yang begitu berani ini seolah menjudikan facebook sendiri kerana jika kualiti filem itu tidak seperti yang dijangkakan, sudah pasti akan memberi impak kepada Facebook sendiri


Poster



Apa yang menarik mengenai poster yang berada di website rasminya, quote dari poster itu iaitu 'You don’t get to 500 million friends without making a few enemies'. Sekarang facebook boleh berbangga yang mereka mempunyai lebih 400 juta dan mengumumkan akan naik kepada 500 juta satu tindakan yang sangat berani. Bayangkan kalau tidak capai jumlah setengah billion semasa movie ini ditayangkan, mana nak letak muka?


Sinopsis ringkas 'The social Network' ini adalah berkisarkan kisah permulaan CEO nya untuk setup Facebook sehinggalah ada Facebook sekarang. Dari Harvard sehinggalah ke seluruh dunia menggunakannya. Memang menarik dan janganlah berharap sangat untuk mengetahui rahsia kejayaan facebook dengan menonton filem ini disebabkan mereka takkan reveal rahsianya dalam filem begini. Nak tahu, kena buat kajian sendiri


Jesse Eisenberg yang memain watak Mark Zuckernberg dalam filem ini membayangkan kepada kita yang filem ini tidak meletakkan kekuatan pelakon sebagai faktor utama daya penarik untuk menonton filem seperti ini. Persoalan yang timbul, adakah 1 Oktober nanti, dimana apabila filem ini mula ditayangkan, adakah Facebook akan bertambah glamer ataupun prestasinya semakin menurun



Saat ini, pengkritik akan memainkan peranannya!


Trailer yang sangat simple




Positif


Seperti yang aku ceritakan di permulaan entry, jumlah user facebook sekarang baru 400 juta lebih dan jumlah setengah billion di dalam poster ini satu jumlah yang sangat besar. 3 bulan dengan penambahan 100 juta user lagi? Orang Facebook gile ke ape?


Tak, mereka tak gila, kenapa boleh mencipta filem seumpama ini adalah mereka bersikap positif dengan kekuatan yang mereka ada. Menggunakan sikap positif ini untuk 'boost' Facebook ke serata dunia nyata akan memberi impak yang positif juga


Kalau kita, sanggupkah mengambil risiko untuk mendapat sesuatu yang begitu bermakna dalam hidup?


pss : mereka guna tajuk social network, tapi tidak facebook, ternyata hajat merekalah untuk conquer keseluruhan social network ini! atau seluruh dunia web?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Wacana Perdana : Bolehkah Melayu Bersatu? (Video)

Di adakan di balai islam lundang, KB, perdebatan umum ini sememangnya satu pendedahan media yang sangat aku sokong. Dengan perdebatan sebegini, kita boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Maklumlah, media yang kita ada sekarang ni memang tidak bebas, Utusan dan Berita Harian dengan menyokong kerajaan dan Harakah dengan menyokong pembangkang. Nasib baik kosmo ada buat liputan GengBlogger (ok, iklan kejap)


Pendapat peribadi aku, memang tak mustahil untuk melayu bersatu. Ok, enough. hehe. Tapi apa yang MAZA sampaikan masa mukaddimah iaitu, kenapa nak bersatu tu pun satu persoalan menarik juga. Tajuk yang nampak sangat imiah last2 ada juga unsur politik masuk. Haissh, kan bagus kalau tajuk ilmiah ini kita sampaikan dengan emosi yang stabil, tanpa mengikut hawa nafsu dan politik keterlaluan


Dalam video di bawah ini, mungkin boleh merungkai

  1. Kenapa UMNO dan PAS tidak boleh bersatu
  2. Pendedahan beberapa statistik yang sangat mengejutkan!
  3. Kenapa roh islam sudah begitu jauh dengan Malaysia
  4. Adakah Melayu atau Islam yang patut dijadikan medan perjuangan


Enjoy watching!
(rasanya dieorg abes upload lagi ni)















part ni best ni. hehe. silap tafsir quran ni








pss : esok ada banyak kerja!



Sebarang pertanyaan di bawah

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Tips kesihatan bersama Joegrimjow (1)

Salam semuaaa (baca dengan mood happy)


Berjumpa lagi dalam rancangan tips kesihatan bersama joegrimjow. Hikhik. Kali ni saya mahu share dengan puan2 dan tuan2 mengenai kesihatan dalam badan kita. Sebab tips ini dalam berskala, saya kali ni akan ceritakan overall sahaja sebelum kita ke spesifik tajuk. OK? kalau ada sebarang masalah atau pertanyaa, boleh tinggal di ruangan komen, saya akan cuba jawabnya.


Faktor yang menjahanamkan kesihatan


Hoho, bunyi macam kasar ya? hehe, biasalah, tajuk kena gempak tapi jangan risau, saya seorang yang halus mulus gitu dan akan bagi penerangan secara terbaik punya. Anda akan ingatnya sampai ke hari tua nanti. Nanti kalau makan KFC tu pun anda pasti akan teringatkan tips ni. hikhik. Ok, kita lihat apa yang menjahanamkan kesihatan kita ya

  1. Fast food yang kaya dengan lemak dan kurang nutrisi
  2. Sedentary lifestyle
  3. Pencemaran
  4. Stress
  5. Ubat2an yang banyak dadah, eeeiiiiwww
  6. Kurang fibre dari buah, sayur2an
  7. Makanan yang tak cukup protein untuk kesihatan otot dan tulang
  8. Tak cukup rehat
Ok, saya tak sentuh banyak, cuma nak sentuh yang nombor 1 dan juga 8. Kebanyakan makanan kita sekarang semua nak fast-fast je. Tahukah anda, ecececeee, macam fakta sains plak kan, dunia kita ni begitu banyak makanan ringan ni sampaikan punca utama obesiti di dunia adalah makanan ringan

Makanan ringan ni bukannya makan sekali esok terus gemuk, eh eh, tak tak, kalau makan sekali terus gemuk, habislah pak bedah, mak zizie akan gemuk kan, ni tak ye puan2 tuan2, kesan makanan ringan ni akan kita dapat masa kita dah tua2 nanti. Sebabnya badan kita dah biasa makan makanan yang bernutrisi rendah menjadikan banyak function dalam badan kita tergendala dan tak capai peringkat optimum


Sayanglah kan tuhan cipta elok2 sistem penghadaman kita, kita sendiri yang merosakkanya. ish3




Seterusnya adalah no 8 iaitu tak cukup rehat. Puan2 tuan2 oii, rehat ni penting sangat ok. Jangan kita kerja terlampau kuat sehingga abaikan rehat kita. Ala, kalau kat highway pun kalau mengantuk kita kena buat apa? ye betullll, rehat. Badan kita ni memang dicipta untuk tidak bekerja 24 jam, kita perlukan rehat. Jadi, rehat yang cukup ni akan menjamin kesihatan yang segar bugar


pss pss (sambil berbisik)


tapi kan, janganlah rehat sampai baby pun kalah. 12 jam sehari tidur. waka waka waka, ni bapak baby ke ape ni tido banyak2 ni. Tak boleh jugak, tak produktif! Ok, ni ada saya mahu suggest satu petua untuk terus kekal sihat aktif sepanjang masa iaitu tidur sekejap pada waktu tengahari. IYEEEE, bile sepagi kita buat kerja, kita tidur sekejap, 10 ke 15 minit pada waktu tengahri. sebelum nak solat zohor ke, bila kita bangun, wwaahhhhh, macam dunia ni milik kita kesegarannya. Tak caye? buatlah. hihik



Oklah, itu sahaja. Nanti kita berjumpa lagi. Kalau ada mana2 tajuk untuk dibincangkan, jangan lupa calling2 i ya, talian 24 jam gitu. hihik. Bubyeeeee.

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW