Share

Tuduhan pengganas : haji hadi, dr asri, shahidan kassim

Salam,

Huh, terbaca kat Malaysiakini tadi agak terkejut dengan tuduhan pengganas hasil mesyuarat anti keganasan yang diadakan di Sepang isnin lalu. Ada disenaraikan beberapa nama yang ku kenal dan pernah jumpa secara personal dengan wahabi dan dikaitkan dengan Jemaah Islamiah (JI) Wow, memang ni satu berita yang hangat! boleh baca kat Malaysiakini untuk lanjut


Komen aku isu ini


Wahabi dan JI ada kaitan dengan pengganas??? kalau pihak berwajib boleh sertakan bukti yang mana wahabi dan JI ni saling berkaitan, itu satu bonus yang besar sebab memang 2 jemaah ini takde kaitan pun! Kalau JI, memang cara mereka ganas, tapi wahabi? huh, kalau Arab saudi dengar ni mesti dieorang marah. ye lah, kat sana wahabi adalah dominan!


Satu lagi, revolusi JI dan juga wahabi ni tak elok kita main cakap mereka jahat, pengganas. Kalau ya, samalah kita dengan musuh islam. Ada sebab kenapa mereka jadi agak ganas, ada sebab terutamanya kenapa wujud wahabi mana sekarang ni.



Komen aku tentang yang dituduh



Hadi Hadi

Tuan Guru Haji Hadi Awang



Pergh, tuduhan ini merupakan 'hinaan' terbesar kepada PAS sebab Haji Hadi merupakan presiden PAS. Juga yang kene tempias adalah negeri terengganu yang mana Haji Hadi merupakan bekas MB terengganu. apa yang mengarut sampai dia dituduh ada kaitan dengan pengganas ni pun aku tak tahu. memang betul yang dia pernah dapat skolar wahabi tetapi nak kaitkan dengan pengganas hanya die berseolah di sekolah wahabi dan dapat skolar wahabi, memang tak patut, haiishh, memang jauh sangat tersasar tu


Tak pernah jumpa secara personal, tapi dia merupakan antara tokoh yang aku kagumi. Kagum dengan cerita tahajud malam dia, kagum dengan amalan sunat dia lakukan. Memang seorang tokoh islam yang wajar dicontohi. Jadi, tuduhan pengganas ni.... aiyok, memang sangat mendukacitakan. sebab apa, sebab sudah pasti imejnya akan tercemar.




Shahidan Kassim

Dato Seri Shahidan Kassim


Pernah jumpa dengan dia siap makan satu meja lagi sempena lawatan pegawai UMNO ke london. Masa tu Menteri Belia dan Sukan pun ada sekali. Lepas tu, ada perjumpaan dengan antara Shahidan Kassim dengan juga pemuda UMNO. erk, aku pun join sama Tertarik dengan hajat yang dia ingin bawakan di dalam UMNO dengan membawa lebih ramai ulama supaya imej UMNO dapat dibersihkan. Dia juga berpesan kepada golongan muda dalam meeting tu, agama jangan lupa, jangan pesongkan agama dengan dunia. huh, masa tu mentaliti aku pada UMNO yang kurang agama ni jadi berubah skit sebab dengar luahan hati dia. Tup tup, hari ni baca dia pun dituduh sama. apakahh???



Dr Asri

Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Tak kenal secara personal, tapi pernah dengan ceramah secara live yang dia sampaikan. Masa program musim sejuk anjuran Majlis Syura Muslimin (MSM). Memang agak menarik apa yang dia sampaikan, dan isu dan point yg ingin dibawa adalah perjuangan islam. perjuangan islam yang takde kaitan pun dan tidak disebut langsung dengan soal keganasan. Aigo, tak paham kenapa dia juga dituduh, ada muslihat apa2 aku tak tahu. Cuma berharap, tuduhan ini cepat dihapuskan agar imej ulama ini dapat dibersihkan


Ulama dan ular dalam semak


Bagi aku, ulama adalah orang yang patut kita dengar pendapat mereka tentang sesuatu isu. Sebab segala isu yang berkaitan, jika kita nak analisis dengan ilmu agama yg tak banyak ni, memang boleh tersesat jauh. sebab itu ulama ni pewaris nabi. besar tanggungjawabnya tu! Bagi 'ulama' yang takut dengan ugutan, takut hilang title yang diberi, takut kereta yang diberi bakal ditarik, hanya suarakan isu2 yang remeh dan takut untuk suarakan isu yang besar, itu dipanggil 'ular dalam semak'!


Hishh, risau jugak sebab semua yang dituduh tu merupakan yang lantang bersuara di medan yang betul. Kalau macam ni, sampai bilalah institusi ulama Malaysia akan jauh ketinggalan, sebab tiada kuasa untuk menentukan hal bab2 agama. Sama2 kita doakan supaya Malaysia terus aman damai!



Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

29 comments:

fq said...

semakin pening dengn isu politik kat malaysia nie...

rhapsody LiN said...

pernah jmpe dgn ustz asri mse belajar kat mrsm dulu.. dia ni sgt bijak. tp kadang2 idea dia mcm x dpt diterima sikit..


smoga ade pihak berwajib yg boleh clear this thing out.

Sweet said...

wahabi tu apa? sapa yg tuduh mereka

♥ Vee Violet ♥ said...

Assalamu'alaikum Joe,

4 antara tanda2 kiamat ;

1. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

2. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

3. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

4. Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan

“ Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah

Sumber : Google

kella said...

lari topik jap aa..
lama tk datang sini! waaahh.. header sudah berubah! sangat unik n da bomb! i like!
dah berada di tanah air kan? :)

sfatimahzj said...

tahu mengenai kisah antara ust asri dan ust zamihan?

something yg mnarik untuk dketahui..

bgi sy lah..

pening2..

Anonymous said...

MAZA klu nak kait dwngan pengganAs mmg nonsense, walaupun die banyak idea yg pelik, pengganas? Ishh

Hazzy Ishak said...

aku memang tak suka dengan politik sekarang, byk ular dalam semak

Fyzal said...

dalam konteks politik dan sosial negara kita sekarang.. memang kadang2 membuat kita keliru..

apa yang penting tidak wajar kita membuat penilaian takpa fakta yang cukup, sahih dan benar.

jika kita keliru.. kita diamkan diri.. jika berpeluang kita tanyakan pada mereka yang terlibat dan punya kuasa.

paling akhir kita serah pada Allah moga2 segala kebenaran akan tersingkap akhirnya :)

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

salam.. blogwalking hari khamis




alert : minta delete.. ada di semua pc di dunya.. propaganda zionist ...

tika said...

salam. kita memang tak suka politik. Politik memang kotor. tapi, kita kena jangan buat tak endah pasal politik. mungkin generasi muda macam kita ni masih hingusan. tolak politik ke tepi.

tapi, saya SANGAT REKEMEN readers untuk baca satu blog. i hate politics too, but to survive in malaysia, you need to know them. jangan tak ambil kisah langsung.

baca blog USTAZ RIDHUAN TEE. yes, dia memang ustaz umno. tapi, malu lah kat diri sendiri bila a chinese berani untuk defends malay.

ah, emo pulak

vidadarisakura said...

pening.pening.

joegrimjow said...

xde rasanya statement yg cakap benci politik kat atas tu

Uncle J said...

politik malaysia kotor!

Ahmad Tajuddin Abdullah said...

sebenarnya menda tu dah jd back fire kt Umno balik...tengok camne respon Dr Asri dan Dr Juanda Jaya,Mufti Perlis sekarang setelah dituduh pengganas....ALLAH nak tunjukkan kebenaran senang aje...makin ramai sedar sape sebenarnya ular dalam Malaysia ini...

joegrimjow said...

dieorg xtau ke yg maza dan dr juanda tu berpengaruh jugak.
urmm

Sang Karipap said...

Tak habih2 dengan tuduhan pengganas. Pantang nampak alim2 sket, pengganas. Tegur guna pendekatan agama,pengganas. Paling pelik kes shahidan kassim. Dia tu laa orang kuat umno dari dulu sampai sekarnag. Niat baik, nak bersihkan balik najis2 tu sume dengan menggalakkan alim ulama dan agamawan join umno. Pun pengganas gak?

Jangan tragedi memali berulang kembali..huhu~

Affan Ruslan said...

Salam bro.
Papehal pun baca ni dulu.

Fitnah semata2 artikel tu kot
http://almukminun.blogspot.com/2010/06/konspirasi-malaysiakinijil-wahabbi.html

joegrimjow said...

ok, baca jap

tutttutt said...

erk ingatkan malaysiakini ok? ke sape tah yg bagitau aku, malaysia kini memang lain dengan paper mainstream penipu tu.

nilah yang berlaku bila benda lain jadi kiblat manusia. ulama yang mulia pun sanggup dorang cakap camtu?

semua yang berpengaruh dan lantang bersuara lak tu. mungkin untuk senyapkan dorang, atau mungkin salah faham, wallahuallam.

Masy said...

aiyoh.. bkn calang2 org yg dituduh tu... huhuhhu

Wan Perlis said...

tangan2 ghaib

joegrimjow said...

dah baca dan ada yg ckp sumber tu xsahih

Bapak said...

malaysiakini lagi? hehehe...

Affan Ruslan said...

Joegrimjoe: Tak sahih? Mksud ko tuduhan tu tak sahih ke artikel pengakuan Ustaz Zamihan tu tak sahih?

Affan Ruslan said...

http://almukminun.blogspot.com/2010/06/konspirasi-malaysiakinijil-wahabbi.html

Fared Isa said...

they just made up this story to cover up some others important agenda, such as Felda issue,French investigaion about the corruption of scorpene, and many others..

peace2, no corruption... ;D

joegrimjow said...

yg malaysiakini xsahih
entah la

Zikr the Jalanan Sepi Perantau said...

erm biasa lah tu, ulama di keji....artis disanjung... tapi yang pemimpin lain.. tuh no komen..

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW