Share

JOM berpolitik wahai anak muda

2040


selepas kejatuhan kesemua parti parti konvensional lain(umno, pkr, pas, dap, mic, mca dan lain lain) wujud 2 parti besar di malaysia. satu namanya hubbundunya dan satu lagi parti marilah beragama. kekalahan teruk parti marilah beragama sudah dijangka dengan kehambaran pengundi pengundi untuk keluar mengundi, alasannya adalah disebabkan politik malaysia teramat kotor


parti hubbundunya


parti ini memperjuangkan agama untuk meraih undi penduduk. kalau ditranslatekan, hubbundunya menjadi 'cinta dunia' dalam bahasa melayunya. tetapi nyata, agama yang diperjuangkan adalah atas dasar agama semata mata. selepas 13 tahun memerintah, begitu banyak korupsi dilakukan oleh parti ini, jadi satu ada media conference dilakukan untuk menjelaskan keadaan ini oleh wakil parti hubbundunya. yaya tura merupakan presiden parti ini



'terima kasih sebab datang. hari ni kita akan ada satu sesi soal jawab. saya, yaya tura akan menjawab segala persoalan anda'


yaya tura memulakan majlis. ada satu soalan di ajukan


'saya selaku rakyat, tak berpuas hati dengan pentadbiran tuan! begitu banyak korupsi. beli helikopter, helikopter takde kipas, beli kapal selam, kapal selam tak boleh menyelam, buat bangunan bertingkat, 2 minggu lepas tu habis runtuh. macam mana ni??? bencilah politik kotor ni!'


'hehehe, ada soalan lagi?' yaya tura mengumpul soalan












'saya peguam. dengan melihat sistem perundangan yang ada sekarang ini, begitu banyak masalah yang hadir. hakim yang tak bertauliah. pemilihan peguam negara dari hanya kroni kroni. paling tak boleh blah, setiap hakim diberi kereta sport seperi gambar dibawah ni, sah sah ada korup!! politik bengong!'





'hehe, soalan lain lagi ada?' soalan dikumpul lagi










'saya mufti. saya melihat begitu banyak sumbangan duit kerajaan kepada pembinaan pusat pusat hiburan. kalau kita tengok belanjawan, 7/10 adalah untuk hiburan semata mata. takde kene mengena langsung dengan pembaikkan agama. nama parti guna bahasa arab, ingatkan islamik, tapi dengan macam ini, hampagas! pergi jahanamlah dengan politik kotor kamu tu!


akhirnya yaya tura gelak besar

muahaha



'kamu semua ni kan, tak habis habis cakap politik kotor, politik bengong, politik jahanam. tapi kamu sedar tak yang sekarang ni politik yang paling berkuasa untuk memerintah sesebuah kerajaan?'


suasana menjadi senyap


'kamu tengok bagaimana startegi kami. pemuda merupakan golongan yang akan menerajui negara dikemudian hari. dengan menyogok golongan ini dengan hiburan, kami bagi macam macam, nyanyian, bola, dan pelbagai lagi hiburan, membuatkan golongan ini sudah tidak minat akan politik. kalau tiada golongan pemuda, maka tinggallan kami yang tua tua ini untuk memerintah negara'


yaya tura menarik nafas sekali lagi


'satu lagi, kamu semua ni samalah seperti mak bapak yang kejam!'


suasana menjadi riuh. semua audience tidak berpuas hati


'diammm! dengar saya cakap dulu. ok, kamu kata politik itu kotor, tapi apa yang kamu buat? macam ni analoginya, kotor... tahi la kan? anak kamu berak, keluar tahi. kamu sebagai mak bapak bila tengok tahi tu, kamu kata kotor, taknak basuh. last last punggung anak kamu berkurap disebabkan tahi yang tidak dibasuh. kamu semua samalah seperti golongan mak bapak macam ni! cakap politik kotor, tapi apa kamu buat? duk bising, apa yang kamu dapat kalau duk bising?'


seorang ustaz menjawab 'saya ajar anak anak murid saya dengan nilai agama. bila mereka besar, meraka akan jadi pewaris negara'


'muahahaha, ni lagi satu, kamu hanya fokus pada golongan yang kecil. macam mana pula dengan mat rempit? macam mana pula dengan golongan yang sukakan hiburan? mana kamu nak tinggal? sebab itu usaha kamu tu hanya tinggal usaha semata mata. sebab politik itu berkuasa, nak taknak kamu mesti gunakan platform politik jugak!'



'kamu kata iman kamu masih belum mantap, dah mantap baru kamu mahu ambil alih kerajaan. eh eh eh, sampai bila nak tunggu iman kamu mantap? nescaya takkan sampailah hari tu. nak control saya sekarang ni, usaha pemantapan iman kene selari dengan kamu ceburi dalam dunia politik. tengok eratus mengundi pun dah tahu yang memang ramai tak sukakan politik. last last, kamilah yang untung. kekekeke!'



suasana senyap kembali


'oklah. tak mahu bazir masa lagi. nanti pilihanraya, jangan lupa undi saya ya. ok lah, nanti saya naikkan sikit belanjawan untuk keagamaan. hehe. vote parti hubbundunya forever!'



diquote dari seorang ahli politik

'dunia politik sama seperti lakonan opera. untuk berpolitik, tak semesti semua menjadi pelakon, ada yang kena jadi tukang make up, ada yang jadi tukang jahit baju, ada yang kena sediakan mic. pelakon mungkin hanya ada dua atau tiga, tapi dibelakangnya perlu ada berkali ganda lagi jumlahnya'



aku sokong politik mana?

yang betul, yang tu lah aku sokong ;-) kalau fikir BN betul, BN la aku sokong, kalau fikir PKR tu betul, PKR la aku sokong. usia muda ni lah waktu terbaik untuk kita mantapkan pengetahuan agama dan bentuk akhlak terpuji. contohi baginda kita berpolitik. nanti dah 'matang2' sikit, bolehlah menyumbang kepada negara.



bersama dato seri nizar (gambar ni kita story esok, tido dulu)


pss : aku pernah menolong pasang bendera UMNO pukul 2 pagi dengan abang aku. hehe

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

imanku vs syahwatku

cerita yang bakal menghancurkan beberapa hati orang....


~~~~~

masih ingat akan entry ini? entry yang mana ku ada menceritakan perihal international food evening dan bagaimana keghairahan aku untuk membuat teh tarik untuk mat saleh mat saleh disini. tak sangka, selepas malam itu, ada peristiwa yang menggugat iman aku selaku lelaki yang macho!


nisha


seorang perempuan romania yang sememangnya cute. sekali pandang, mesti nafsu lelaki akan bergelora. ya, aku lelaki dan tidak terkecuali! mengenali nisha pada malam itu setelah dia datang ke booth kami untuk membeli makanan. ternampak kegantangan aku menarik teh tarik dia terus bertanya sesuatu


'what are u doing?'

'im making teh tarik. one of popular drink in malaysia. mind to try?'


nisha hanya senyum, aku menarik teh tarik itu dan memberikannya untuk rasa. ya, dia suka! mungkinkah aku yang menarik membuatkan dia suka? mungkin... mungkin... kerana aku menarik teh tarik itu dengan penuh kasih sayang! dengan memberikan senyuman nakal, dia pergi begitu sahaja. aku terlupa mahu ambil duit untuk teh tarik yang diminumnya


seorang yang jujur


selepas event. dia datang jumpa dengan aku untuk membayar. walaupun aku cakap yang aku dah bayarkan, dia mahu juga membayarnya. lantas tanganku dipegang dan dihulurkan duit untuk teh tarik tadi. ooh, tangan kami bersentuhan dan itu.... sungguh mengasyikkan!


'can i take a picture with u?'

'yeah sure'


lantas gambar dibawah ku abadikan untuk kenangan malam itu



aku dan nisha di malam itu




hubungan aku dengan dia tidak berhenti disitu saja, kami bertukar no telefon dan alamat facebook. hubungan menjadi semakin rapat. dari hari ke hari. membuat aku lupa akan pesanan ibu di kampung untuk datang ke uk untuk belajar, bukan mencari awek!


bertanding untuk union


nisha bertanding untuk international officer untuk sheffield union. dia tahu yang aku presiden persatuan malaysia, lantas dia mahu gunakan pengaruh aku untuk meraih undi untuknya. serba salah aku dibuatnya. mahu atau tidak? mahu atau tidak. akhirnya, aku buat keputusan untuk berdiam diri


2 hari kemudian msg darinya


'joe, why u always run from me?'


aku tidak membalasnya


'if u willing to help me, i will do anything for u.... muahhxxx'


anything??? aku terkesima. nafsu lelaki aku terus menjadi nakal. kenapa perempuan secantik ini sanggup berkenalan dengan aku? adaakah dia hanya mahu gunakan kesempatan atas jawatan yang aku ada untuk mengundinya? sebab sudah menjadi gilakannya, terus aku balas msgnya


'ok, let us discuss at bar one'


bar one merupakan tempat social disini. agak lengang di waktu petang, tapi cukup bising di waktu malam. ya, aku memilih untuk berjumpa dengannya di waktu petang, waktu yang lengang dan dia setuju. maka satu perjumpaan antara aku dengan dia terjadi.


mula mula kami hanya berbual kosong. dia tanya kenapa aku selalu mahu jauhkan darinya? aku cakap yang aku mahu fokus belajar. dia tanya lagi, dia tak sayangkan dirinya ke, tak mahu tolong dia untuk menang dalam pertandingan officer untuk union? aku hanya senyum.


selepas senyum


dia terus katakan yang dia sudah lama meminatiku. bukan kerana jawatan, tapi atas dasar hati dan perasaan. nafsu lelaki aku tewas. nyata iman aku waktu itu tidak dapat menandingi syahwat yang bermaharajalela di kala itu. lantas aku bersetuju untuk menolongnya


'do u mind to accompany me to my house?'


terus aku angguk. ye, aku bukan lelaki dayus. ketika itu zohor sudah nak habis. sudah nak masuk asar. nyata, sekali lagi setan menang! aku tewas. aku terus call taxi dan menghantarnya pulang ke rumahnya.rumah yang akan merobek keimanan aku....


sampai dirumah


dia terus mengajak aku masuk ke dalam rumannya. aku jadi pak bendul, terus ikut. sampai diruang tamu. dia terus menanggalkan pakaiannya....





tangan aku jadi kaku
kaki aku jadi kaku
badan aku jadi kaku



















dan....

































dan.....




































korang kene tipu
wakakakaka!


inilah entry yang idea asalnya ku ambil dari encik GTO. hehe, memang baca kisah dia mati mati caya. haha. so, entry ini adalah entry.... hangittt!!! kekeke. semoga entry ini mewarnai jumaat kamu semua.


jangan nakal nakal
jangan lupa tambah amal ibadah
;-)


pss : gambar atas sebelum entry ni dikeluarkan. hehe

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

pendek seperti kacang bendi

pernah tak baca sesuatu...
terdetik dalam hati


'haha, die ingat aku buat ni sebab die ke?'


fikir punya fikir
detikan kedua dalam hati


'yeah, aku buat hanya untuk kamu, lol'


psss : jangan cuba paham, nanti otak pening




off to weekly meeting
jumpa 2nd marker dan supervisor
habis meeting ni
bermulalah cuti easter secara rasmi!!!


bendi


nota kaki : entry ni pendek macam kacang bendi... kan? but i like it ;-)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW