Share

Tazkirah Dhuha : Belajar dari Twitter



Trends popular ini diambil semalam. Lebih kurang pukul 12.46 pagi. Pelik kenapa tiba-tiba ada Kuch Kuch Hota Hai disitu. Kenapa? ada kontroversi apa sampai berpuluh ribu orang di twitter membincangkan pasal kuch kuch hota hai? pelik, shah rukh khan buat onar? kajol buat pelik?

Tak tak

Sebenarnya semalam di Indonesia ditayangkan di media mereka rancangan ini. Jam 10 malam waktu mereka. Mungkin ramai yang menonton rancangan itu di tv, sudah pasti masing-masing mahu mengatakan sesuatu pasal kuch kuch hota hai. Dan bagi korang yang tak tahu, indonesia memang merupakan antara pengguna twitter yang paling ramai di dunia. Sebab itu masa kes laser, Malaysia teruk kena hentam!


Apa takzikah Dhuhanya?




Kalau kita belajar sesuatu dari twitter, Indonesia sememangnya negara yang mempunyai ramai penduduk yang mempunyai akaun twitter. Sebab itulah jika ada sesuatu isu, cukup cepat keyword menjadi global trends di twitter - kuasa nombor. Kita tahu sekarang, Indonesia memang banyak orang Islam, memang kuasa Islam sepatutnya kuat!

Islam di dunia

Sekarang ni, ada 1.7 Billion (statistik 2010 - xofficial) penduduk di dunia yang menganut agama Islam. Ikut percentage 24%. Hampir suku penduduk dunia adalah orang Islam. Tapi kalau kita tengok dari segi ekonomi, orang Islam hanya memegang 10% sahaja. Kenapa bab kuantiti kita ramai tapi bab kualiti kita kurang?

Baca hadith kat atas tu, sebenarnya benda ni dah lama Nabi cakap. Orang Islam memang akan menjadi sangat ramai. Tapi ramai ibarat buih di lautan. Tiada kualiti. SEBAB utama - penyakit wahn. penyakit yang cintakan dunia dan takutkan kematian. Sabda Nabi ini kita perlu perhalusi, agar kita tidak menjadi bebanan kepada agama kita

Kalau kita sedar, jadi 10% yang memegang kuasa ekonomi dunia
Kalau kita sedar, ajaklah kawan-kawan yang lain untuk menaikkan peratus 10% itu tadi jadi 100%

Itu saja tazkirah Dhuha dari joegrimjow. Selamat menunaikan Solat Dhuha =)


pss : sudahkah anda membeli The Star hari ni? Beli jangan tak beli

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Macam mana aku dapat Dana Belia 1 Malaysia

http://www.danabelia.com.my/ - klik in the spotlight


Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah =)

Tadi dah selesai penyampaian kedua Dana Belia 1 Malaysia di One World Hotel. Memang agak terkejut dapat, sebabnya semalam baru dieorang call untuk panyampaian dana oleh PM dan juga bersama press. Dengan baju takdenya, neck tie pun pinjam, jalan tak tahu, alhamdulillah semua dah satel

Tadi sebanyak 10 orang menerima wang terkumpul RM 810 000. Memang jumlah yang agak banyak, tapi yang aku mohon hanyalah RM 35 000 dan alhamdulillah, dapat. Untuk batch kedua ni, aku antara yang bernasib baik dapat sebabnya yang apply adalah sebanyak 700. 

Macam mana nak apply? Ada 4 peringkat semuanya

Pertama - Isi borang online

Korang log in kat sini dan isi projek korang mahu buat. Pastikan projek ini tidak menjana profit, maknanya korang tak kaut keuntungan, hanya untuk menolong masyarakat menjadi lebih berkualiti. Ambik masa, fikir projek yang sesuai dan relevan. Pastikan paling utama, ikhlas lah, sebabnya dana ni duit rakyat jugak. Makan duit rakyat, korang tanggung la kat akhirat nanti


Kedua - Tapisan dari juri

Borang online korang ini akan ditapis oleh juri yang dilantik. Kalau macam batch aku ni, dari 700 yang memohon tu, tak tahulah berapa yang ditapisnya. Masa ni ambik masa 2-3 bulan jugak. Jadi, bersabar je lah. 


Ketiga - Presentation projek

Selepas nama korang di shortlist, korang akan dapat panggilan untuk dibuat presention projek korang. Selepas bagi masa yang korang sesuai, macam aku duduk kat Kelantan nak ke KL susah ok, maka korang kena persembahkan projek korang kepada juri. Masa presentation ni, aku hanya guna power point je. Kalau projek korang baru, disadvantage la sikit. Macam korang nak besarkan projek sedia ada, macam aku, sediakan semua portfolio. Kalau ada masuk newspaper, bawak, kalau ada result, bawak. ini akan menguatkan lagi semasa presentation dibuat. ohh, mungkin aku akan buat entry lain pasal ni


Keempat - Tapisan dari Perdana Menteri

Bagi yang betul-betul layak, pihak dana akan sampaikan list akhir kepada Perdana Menteri. Ya, PM kita merupakan penaung untuk Dana ini. Jadi, kata putus akhir memang terletak di tangannya. Walaupun korang dah boleh yakinkan juri, kalau PM kata tak boleh, tak boleh la jawabnya. Sebab tu korang kena relevan duit yang korang mintak tu. Mintak berpuluh-puluh ribu tapi yang terlibat ada 3-4 orang, memang tak dapatlah jawapannya.


Kenapa aku dapat?

Sudah pasti aku applylah jawapannya. hehe. Aku sangat syorkan korang masuk, cubalah. Aku yakin, banyak idea-idea diluar sana yang bernas tetapi takde modal. Masa nilah kerajaan nak tolong, kita ambik peluang. Last sekali, jangan mengharap sangat. Macam aku, bukan dana ni je aku apply, hari tu apply kat Sejuta Impian - tak dapat. Apply syarikat swasta - tak dapat. Apply kerajaan negeri - tak dapat. Apply kementerian kesihatan - tak dapat. Memang banyak tak dapat dari dapat. Biasalah, jangan mudah putus asa, apply je =)


Berita baik korang kena tahu!!

Korang tahulah kan, sebanyak RM 20 juta diperuntukkan. Setakat ni, baru RM 3 juta digunakan. Maknanya masih ada 17 juta lagi untuk korang grab. Apa lagi, applylah!! Jangan lupa selalu berdoa, tu senjata kita. Pasal projek aku ni, berita baiklah untuk orang Kelantan, sebab aku orang pertama yang akan buat projek ni di Kelantan. Bersiap sedialah!!!!

Sebarang pertanyaan

pss : Esok jangan lupa beli The Star semua ya =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Contest : Selamat Hari Ibu dari Joegrimjow

Update!!!

PERINGKAT PERTAMA SUDAH TUTUP!!!!

Tahniah kepada 40 peserta yang sudi join!!  Email sudah dihantar untuk peringkat kedua. Senarai peserta boleh tengok di sidebar





Pendahuluan :

Bulan Mei terkenal dengan hari ibu. Kebetulan bulan Mei jugak merupakan bulan mak aku dilahirkan, kebetulan rezeki bulan ni tiba-tiba banyak, kebetulan rasa seronok pulak nak adakan contest sekali lagi, maka lahirlah contest ini - SELAMAT HARI IBU DARI JOEGRIMJOW



Tempoh :

Peringkat pertama
Bermula 0001 1 MEI 2011 hinggalah 2359 31 MEI 2011

Peringkat kedua
0001 1 JUN 2011 hingga 2359 15 JUNE 2011




Cara :

1) Buat 1 entry berdasarkan tema 'Selamat hari ibu'
2) Dalam entry, pastikan ada link blog ni dan juga sponsor iaitu Faridzulasyraf.com dan Denaihati.com
3) Dah siap tulis entry, isi borang kat bawah ni dan tekan submit. Senarai peserta akan diupdate di tepi sidebar. takde nama sila bagitau
4) Pemenang akan diumumkan pada setelah tamat pertandingan



Pemilihan pemenang :

Peringkat pertama
1) 7 Entry terbaik akan menang RM 50 (Hakim adalah mak aku sendiri, hahaha)

Peringkat kedua
2) Daripada 7 pemenang tadi, gunakan RM 50 yang dapat untuk meraikan ibu anda. Buat 1 entry bagaimana korang meraikan ibu korang dengan duit yang diberi
3) Entry yang terbaik akan menang RM 150 lagi. 


HADIAH KESELURUHAN RM500
(Sponsor dari Faridzulasyraf.com dan Denaihati.com)



Petua tangga kejayaan :

Nak buat entry apa-apa pun tak kisah, yang penting kena dengan tema iaitu 'selamat hari ibu'
Entry berbentuk, humor, fakta, karangan, presentation - tak kisah pun, semua boleh!
TAKDE IBU, dah meninggal.... gunalah kreativiti sendiri. ibu mertua pun boleh kalau taknak ibu angkat
Tiada diskriminasi jentina



Siapa boleh join?

Blogger yang mempunyai blog
Bukan blogger nak join boleh hantar penyertaan kepada joegrimjow@gmail.com
Yang dah menang contest sebelum ni pun boleh join




Kenapa contest ini dibuat :

Hadiah yang dimenangi boleh beli hadiah untuk ibu korang. Takde duit, haa, masa nilah nak bagi duit ni
Nak rapatkan hubungan antara korang dengan mak korang - yang penting mak korang akan kenal 'joegrimjow' wahahaha



PERHATIAN!!!

Contest ini menyertai pertandingan DiGi WWWOW Award di bahagian 'Best Internet For Good Award' Minta jasa baik korang untuk vote entry ini untuk memenangi Award yang dipertandingkan. Hanya klik gambar di bawah ini dan vote untuk contest ini. Sangat berterima kasih




Borang untuk diisi




SELAMAT MENCUBA
(hadiah disponsor penuh oleh faridzulasyraf.com dan Denaihati.com)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW