Assalamualaikum dunia!!
Ya Allah, tak sangka aku menulis blog setelah sekian lama berhenti. Haha. Ingatkan bersara terus dah tapi petang-petang macam ni sambil hirup tea mix datang pula idea nak menulis blog. hehe. Seingat akulah dulu, mana ada datang idea baru nak menulis, masa menulis tu barulah idea datang mencurah-curah dan blog pun sentiasalah berupdatenya. Sekarang ni je nak kena tunggu idea datang baru nak update. dunia dunia
Sibuk urusan lain
Actually kalau korang rindukan aku (ada ke weii?? haha) hidup ni ok je. Last update pada 22 May lepas mengenai kisah nyawa melayang dek roadtax bulan 6 sepi, bulan 7 sepi dan akhirnya muncul pada bulan 8 pulak. walaweh hampir 3 bulan baru nak update. hehe. Biasalah, sibuk dengan urusan lain kita selesaikan dulu urusan-urusan tu ada masa baru kita update. okeh?
Antara 'sibuknya' adalah menulis di blog anak. wahaa!
Anak joegrimjow pun ada blog ok :)
Plan asalnya aku dengan cik bini yang update tapi last-last aku je yang tukang updatenya. hehe. Sebab guna platform wordpress jadi nak godek-godek tu ambil masa jugaklah. Tambahan macbook dah uzur sekarang lagi-lagilah susah nak menulis pakai phone ok. gigih ke gigih macam tu?
Apabila blog anak lebih dapat hit daripada blog ayahnya
Saja nak ulas satu entry di blog anak (MayaZaara.Com) yang mendapat hit tak pernah ayah dia dapat di blog ni. Hehe. Sepanjang blog ni beroperasi lebih kurang 7 tahun, entry paling dapat banyak hit adalah Apa beza kurus dengan Herbalife (19 ribu views) dan diikuti Herbalife did they realy eat shit (10 ribu views) dan ketiga Keistimewaan perempuan Kelantan (9 ribu views)
dan....
korang nak tahu hits untuk blog anak aku tu berapa top post?
cuba teka?
10 ribu?
20 ribu?
30 ribu?
40 ribu?
50 ribu?
haha dah macam cerita P Ramlee pulak dah kan
Jawapannya adalah....
Entry tu baru bulan Jun 2015 tapi sehingga sekarang dah ada 123 ribu. wahaha. bangga ayahnya :)
At least kalau ada perhimpunan blogger (ada ke?) orang duk bangga dengan blog masing-masing bolehlah kata 'saya pernah tulis entry dan lebih 100 ribu orang baca' waha, penuh nada keriakan disitu. hehe
Kuasa viral
Actually dunia sekarang ni dah berubah dengan cara marketing dulu. Kalau dulu orang pentingkan SEO SEO sekarang ni semua duk beralih viral marketing. Post tu dalam sehari dapat hit sampai 75 ribu, ramai gile yang share tu yang jadi viral tu. Post buat anak kena pandai jaga anak tu tu pun sampai embassy kuwait (tempat pak mertua kerja) tahu. hehe
kalau korang nak belajar marketing viral ni, pm aku ya. wahaha
Berhati dalam menyebarkan
Sebab sekarang ni kuasa viral menjadi mudah, maka sama-samalah kita saling ingat mengingati sesama kita agar kita tak share sesuatu perkara tu tanpa soal periksa dulu. Baca renungan daripada Timb Menteri kita yang baru ni mengenai kes terbaru statement bodoh menteri.... huhu
KENYATAAN AZALINA DIPUTAR-BELIT
Baru lepas berhubung dengan Datuk Seri Azalina Othman Menteri JPM mengenai viral kenyataan beliau yang kononnya menghalalkan perbuatan maksiat iaitu mengenai tapisan adegan berpelukan dll. Menurut beliau kenyataannya telah diputarbelitkan untuk mencetuskan kemarahan rakyat. Apa yang disuarakan hanyalah perlunya Lembaga Penapisan berbincang dengan FINAS dan NGO2 mengenai arahan penapisan yg dikenakan.
Saya juga menawarkan diri kepada Datuk Seri Azalina untuk membantu beliau jika terdapat sebarang kemusykilan mengenai isu2 yg menyentuh hukum hakam agama pada masa akan datang.Sebab itulah berulang kali saya menulis dan menasihatkan sebagai orang Islam kita tidak sewenangnya mudah mempercayai apatah lagi berkongsi maklumat atau sebarang berita melalui media sosial masa kini sebelum memastikan keabsahan dan kesahihan berita kerana ia boleh menjerumus ke kancah fitnah yang memudaratkan. Al-Quran dalam surah al-Hujurat mengajar kita prinsip tabayyun (periksa maklumat) dan elakkan dzan (berprangka) atas segala maklumat yang diperolehi.
Memang aku akui sendiri banyak statement pak menteri kita ni kadang-kadang Maharaja Lawak pun kalah tapi berhati-hatilah dalam menyebarkannya. Mungkin kita niat untuk suka-suka ataupun saja-saja tapi dosa pahala tu benda real. semuanya akan dihitung. Sebab tu aku antara yang takkan share (kadang2 terlepas jugak) benda-benda yang menjatuhkan maruah seseorang. Biarlah mereka dengan Allah kita tak payah nak tambah dosa kat akaun kita
ok?
Itu saja dulu entry ringkas daripada tiada entry ni. Semoga tidaklah 3 bulan lagi aku menulis blog ni. hiii.
8 ulasan:
first!!! comment .. terbaik joegrimjow
@ariez azman
amboi. hehe
at last...been waiting for your entry..patutlah takde post rupanya sibuk.ok. kita peminat setia blog ni. uui..tak sabar nak bacA BLOG MayaZaara..keep update ok.assalamualaikum..
@life is amazing
tqtqtq :)
haha.. terbaik ahh
KULIT LEMBUT, GEBU DAN CERAH DENGAN ESP
politik memang sukar diramal..haha..
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Dahsyat tu bro Joe!!!
Catat Ulasan