Share

Selamat tahun baru 2014

Beberapa jam lagi 2013 akan melabuhkan tirainya. Masuk 2014, 2013 tinggal banyak kenangan yang pahit manis. Alhamdulillah, semua dilalui dengan hati yang tenang.

dari fb. apsal banyak gambar cik bini dari aku ni? haha


2 peristiwa pahit 2013

Seingat akulah, ada 2 peristiwa yang pahit pada tahun 2013 ni. Pertama saat keguguran anak pertama. Boleh baca entry ni dan pengalaman melihat orang bersalin di entry ini. Kedua peristiwa pahit adalah saat kemalangan yang hampir meragut nyawa. Boleh baca entry di link ini. Hurmm, sampai sekarang masih belum dapat claim dengan insuran. 4 bulan... lama tu.... harap 2014 ni dapat claim supaya boleh beli kereta baru


Banyak sangat kenangan manis 2013

Kalau nak cakap kenangan manis pulak, memang 2013 menghimpunkan terlalu banyak pengalaman manis untuk aku. Banyak sangat sampai aku tak ingat. hehe. Harap banyak lagi kenangan manis pada tahun 2014 akan dicipta. InsyaAllah


Welcome 2014



Tak sabar rasanya nak mengharungi lagi satu tahun dan harapannya moga banyak lagilah kenangan manis bakal dicipta. Blog pun insyaAllah akan selalu di update lepas ni :)

selamat datang 2014, last entry tahun ni, tahun depan kita jumpa lagi. yahuuu 

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Rumus untuk dapat pendapatan yang jarang diketahui

Jadi kisah Jumaat lepas, berakhir sudah program 'Sepetang Bersama Jutawan' yang aku dan kawan aku anjurkan. Bertempat di KN Tersohor Kubang Kerian, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ada 2 tujuan sebenarnya aku anjurkan program tu - pertama untuk belajar dari orang dah berjaya (DAPAT) dan kedua untuk kumpulkan leader agar sistem WLC yang sedang dibuat berjalan lancar (DAPAT) Alhamdulillah, 2 2 dapat!


Hjh Kamilah dan Hj Ayob

Pasangan ini merupakan antara orang berjaya dalam kehidupan mereka. Kalau lihat dari segi kesihatan, 2 2 ni masih gagah bertenaga walaupun si suami dah 56 tahun. Dari segi masa, memang enjoy habis tengok ke sini ke situ bercuti dengan keluarga mereka. Dari segi kewangan, RM 180 ribu sebulan tu lebih dari mencukupi dah tu! 

Terima kasih kerana sanggup datang untuk jadikan program Sepetang Bersama Jutawan berjalan lancar :) Jom doakan pasangan ini diberi limpahan rezeki agar dapat membantu lebih ramai orang di luar sana

Hj Ayob yang berkongsi pengalaman hidup dia

Hjh Kamilah yang berkongsi mengenai rumus untuk berjaya


Rumus dapat pendapatan yang kita mahukan

Mintak maaflah, tak dapat nak kongsi banyak-banyak. Entry ni kongsi satu ajelah. Nak tahu lebih boleh join dikemudian hari :) Jadi, kali ni aku nak kongsikan rumus yang dia bagi dan mereka sendiri dah praktikkan untuk dapat income yang kita mahu

Terpulanglah berapa income yang korang mahu, boleh guna rumus ni

5% daripada PENDAPATAN yang kita INGINKAN digunakan untuk BELAJAR

Ok, sebagaimana contoh, sekarang pendapatan korang adalah RM 4000 sebulan. Sebab tahun 2014 adalah tahun kenaikan harga barang - maka korang nak tambah pendapatan kepada RM 5000 per month. Jadi, 5% (RM 250) perlu dibelanjakan untuk proses pembelajaran. Tak kiralah belajar apa pun, perlu guna dan laburkan duit itu dulu baru boleh dapat pendapatan yang korang inginkan

Contoh medium belajar boleh digunakan

  • Hadiri seminar
  • Sertai kursus
  • Sesi one-to-one dengan orang dah berjaya
  • Beli buku
  • Dengar audio
  • Baca e-book
  • dan lain-lain dirasakan sesuai

Jadi kat sini, memang dah terjawablah kan kenapa kita tak dapat income yang kita nak tu sebab kita tak labur dulu untuk pendidikan diri kita. 2014 ni, jom sama-sama kita tingkatkan pendapatan kita agar segala kenaikan barang tu kita boleh lalui tanpa memotong perbelanjaan kita. 


Khas yang berada di Kelantan yang mahu gunakan sistem WLC kami, peluang untuk tambah pendapatan RM 200-RM1000 sebulan (PART TIME) boleh hubungi aku disIni. Tak kiralah korang cikgu ke, kerja swasta ke, jururawat ke, cashier ke - asalkan ada masa 1 jam sehari untuk laksanakan sistem ini boleh sertainya. InsyaAllah kita sama-sama gunakan sistem ini untuk menjadikan 2014 lebih bermakna 


pss : dah tahu rumus tu, bolehlah buat ya. Jangan beli yang cetak rompak pulak :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kisah Mertua, Menantu dan Herbalife

Setelah berkahwin dengan Jonny, Joana terpaksa tinggal bersama dengan ibu mertuanya, Jenny. Tiada pilihan sebab Jonny anak tunggal dan ibu Jonny pula dengan kesihatan tidak seberapa, terpaksalah Joana ikut tinggal bersama suami dan ibu mertuanya.

Kebiasaannya, mertua dan menantu tidak sekepala. Di tambah pulak dengan si mertua yang agak mulut celupar dan si menantu yang sikapnya malas, maka selalulah bergaduh dua orang itu. Mula-mula sindir menyindir, lepas tu kata mengata, lepas tu muka mencuka dan paling teruk dua-dua merajuk. Keadaan rumah tangga yang tidak bahagia ini membuat Jonny tertekan. Nak pindah rumah, kesiankan mak sendiri. Nak stay bersama mak, selalu bergaduh pulak!

Joana dan Jenny yang selalu bergaduh!

Lagi teruk untuk Joana. Atas cinta kepada suami, terpaksa 'berperang di rumah sendiri'

Nekad mahukan perubahan, lantas dia mengoogle 'how to kill your mother in law'

Lantas ditemunya blog joegrimjow yang dah lama tak update

Di buatnya appointment dan terus berjumpa dengan pawang joegrimjow!

Dipendekkan cerita, maka Joana pun bertemu dengan Joegrimjow


Joana : atuk saya ada masalah...
Joegrimjow : usah diceritakan masalah itu, atuk tahu apa masalah kamu. Dengan mertua kamu ya?


Joana : hebat gilerrrr atuk!
Joegrimjow : mestilahhhh, kalau tak takkan nama atuk di no 1 pencarian google? hi hi hi


Joana : so, macam mana ni atuk
Joegrimjow : Mudah aja, kamu beli Herbalife set Healthy Breakfast ni, bagi kat mak mertua kamu minum


Joana : errr.... kenapa pulak? saya datang jumpa atuk ni sebab nak satelkan masalah dengan mak mertua saya!
Joegrimjow : Kan Herbalife ni ada side effect. Minum mesti mati! 3 bulan la paling lama boleh tahan. Kalau atuk bagi racun, nampak sangat kamu bunuh dia. Jadi bagilah shake ni. slow slow dia akan merana. Hatinya akan rosak sebab ada plumbum yang tinggi. Lepas tu buah pinggan akan jadi lumpuh dan last - dia akan merana! hehehe. jahat tak atuk? Tapi ada syarat dia?

Joana : Syarat apa pulak?
Joegrimjow : Kamu kena shake kat dia hari-hari. Tak boleh tinggal walaupun sehari nanti kurang berkesan racunnya. Lepas tu kamu kena patuh dan jangan tinggikan suara selama 3 bulan ni. Mak mertua kamu marah, kamu senyum aje! Jangan risau, 3 bulan je, lepas tu kamu akan menang!

Joana : oo.... oklah macam tu. jadi macam mana nak bancuh ni?
Joegrimjow : Macam ni bla bla bla bla


Maka, setelah diajar cara, Joana pulang dengan rasa puas hati. Kali ni mesti mak mertuanya merana!

Selama seminggu dia bancuh shake perisa capuchino kepada mak mertuanya. Mak mertuanya pelik tak pernah menantunya bangun awal pagi tiba-tiba berubah. Tetap ego, Jenny berkata


'kau bagi aku tepung apa ni? huh, tak sedap langsung!'


Ingat kata pawang joegrimjow, dia cuma senyum dan tidak tinggikan suara. Tapi dalam hati dia puas sebab mak mertuanya walaupun kata tak sedap, tapi habis jugak. Jadi, racun itu sudah berada dalam perutnya! yeaaah kata hati Joana


Begitulah rutin selama sebulan....

'Minum shake ni ya mama!' Kata Joana yang baru balik salun tukar warna jadi hitam

Pada satu hari, kawan Jenny datang dan terkejut dengan perubahan dirinya

'Weh Jenny, apsal kau dah slim ni? sakit ke? kena kencing manis ke'

'Eh tak la. Aku bertambah bertenaga adalah....'

Jenny pun rasa pelik dengan perubahan dirinya. Hari-hari bertenaga. Beratnya pun dah turun 4kg sebulan ni. Tenaganya luar biasa gitu!!

Selain tu, dia jugak dah tak marah-marah dengan Joana. Joana pula hari-hari ikut kata pawang Joegrimjow yang kalau marah - senyum aje. Hari-hari kena bancuh shake. Hubungan antara mertua dan menantu jadi bertambah elok. Jenny dan Joana mula boleh bergurau senda, pergi shopping sama-sama, semua aktiviti dilakukan bersama dan Joana dah anggap Jenny seperti ibunya sendiri

Perkara ini menggembirakan Jonny, suaminya

Setelah 3 bulan, Joana menjadi takut kerana ikut kata pawang joegrimjow, racun shake itu akan bertindak balas. Dia terus berjumpa dengan pawang joegrimjow


Joana : Atuk.... masalah saya dah selesai.... tapi saya tak nak ibu mertua saya mati... macam mana nak hilangkan racun ni?
Joegrimjow : erm... senang saja!

Joana : wahh, macam mana???
Joegrimjow : Kamu sign up ahli sekarang dan boleh beli Herbalife dengan harga murah. Beli yang 1000vp teruslah, boleh pergi Spectacular

Joana : er....bukan ke atuk kata ni racun ke?
Joegrimjow : Kamu nampak ibu mertua kamu tenat ke bertambah sihat?

Joana : bertambah sihat.... 
Joegrimjow : haaa, tau takpeeee. Terus beli 1000vp eh?

Joana : ok ok. terima kasih atuk. Mak mertua saya tak makan racun la ni eh? thanksssss
Joegrimjow : most welcome

Setelah meninggalkan pawang joegrimjow, hati Joana berasa cukup lega. Mak mertua yang dianggap ibunya sekarang ni bukan makan racun! Setelah balik dari Spectacular, dia excited dan 9 bulan lepas tu dia jadi President Team. Hubungan dia dengan mak mertua dia pun dah macam anak beranak dan kekal hingga sekarang

Tamat cerita


pss : rekaan semata-mata. Tapi kalau nak Herbalife boleh contact joegrimjow. haha :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Apa akan berlaku 5 tahun akan datang?

Terbaca satu artikel kat mashable rasa rajin nak kupas dalam blog ni. Boleh baca kat link ni (klik sini)

Malas baca? hehe. takpe aku tulis kat sini serba sikit. 5 tahun akan datang IBM predict benda ni akan berlaku

  • Bilik darjah yang akan belajar dengan kita
  • Beli barangan secara offline lagi banyak dari online (errr, pelik!)
  • DNA akan doktor digunakan untuk pastikan kita sihat
  • Ada penjaga digital untuk memastikan selamat semasa online
  • Bandar lebih mesra penduduk - sangat mesra

Aku translate ikut suka hati je. haha. ni gambar aku tampal kat sini







Cuma nak komen  satu benda je, yang no 1 tu. Pasal bilik darjah tu. Memang kalau bab pendidikan ni aku teruja nak komen lebih-lebih. hehe. Ok, katanya sekarang ni wujud batasan untuk seseorang cikgu kenal pasti muridnya tu cenderung ke arah mana. Kalau setakat 5 orang pelajar dengan seorang cikgu oklah, ni sampai 20 ke 30 memang susah. Aku dulu masa darjah 6, 44 orang satu kelas. haaa, korang pun mesti lebih-lebih jugak kan

So nanti 5 tahun akan datang (dah ada yang dah buat pun sekarang ni) bilik darjah tu sendiri akan kenal pasti anak murid tu cenderung ke arah mana. Math ke, sains ke, agama ke dan dia akan bagitau kat cikgu tu terus. entah macam mana sistem pun aku tak tahulah tapi bunyi macam cool je kan? 


Pendidikan kat Malaysia

Bagi akulah kan, kalau prediction IBM tu untuk 5 tahun akan datang, aku rasa kat Malaysia ni nak sampai sistem tu mungkin lebih lambat lagilah. Sampai sekarang aku rasa (entah korang rasa ke tak) sistem pendidikan kita ni sangat kurang bagi 'persiapan' secukupnya untuk melangkah ke alam kerja. Start dari tadika hinggalah ke university - aku rasa sistem perlu dirombak dan perbaharui dengan benda yang 'life' 

Sekarang ni negara kita dah banyak sangat kes kes sosial yang cukup gerun kalau nak cakap. Ada yang kita tak imagine langsung pun boleh berlaku. Silap sistem pendidikan la ni. 


so so so, kalau ada yang boleh bawak sistem yang IBM kata ni ke Malaysia lebih awal, mungkin kita ni akan jadi negara yang lebih ok. kannnn


pss : kurang 5 tahun lagi pilihanraya. wahahaha

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Apabila model Playboy memakai tudung

santeqnyaaaaa.




ok joe, behave!

Felixia Yeap mungkin satu lagi nama yang akan jadi bualan orang terutama KEYBOARD WARRIOR kita tatkala model cina malaysia ini mengenakan tudung dalam pemakaiannya. Lagi best, tudung tu bukan jenis yang bonjol kat depan ataupun separuh, memang tutup terus. Lagi mengejutkan, pemakaiannya juga dah memang tutup habis macam muslimah gitu


Siapa Felixia ni?

Dia merupakan model berbangsa Cina (asal Malaysia) yang pernah jadi model untuk majalah Playboy (tapi tiada yang bogel) dan sekarang ni menimbulkan rasa kurang selesa bagi 'orang kita' Ya lah, dalam fanpage dia pun terang benderang cover photo yang sexy-sexy (dia bukan Islam), lepas tu ada pulak gambar bertudung. Seolah menghina camtulah - kalau tak tahu hujung pangkal mungkin ya tapi kalau baca blog dia, lain pulak kisahnya

Sebenarnya memang dia tengah mencari sekarang ni... mencari hidup yang betul

Boleh baca kat blog dia (petikan)




Kuasa hidayah

Sama-samalah kita doa agar Felixia diberi hidayah untuk memeluk agama Islam. Sesungguhnya itu adalah nikmat yang tidak dapat dibeli dengan segala harta di dunia. IF LET SAY dia tak jadi pun, tapi kesungguhan dia untuk menutup badan tu daripada mendedahkan susuk badan pun patut kita bagi penghormatan kepada dia. Allah tu maha pengasih dan maha penyayang. Kerja hidayah ni kerja Dia (Allah), kerja kita mendoakan yang terbaik untuk Felixia.


Kepada Keyboard Warrior 

Seeloknya kita ni kalau nama manusia, ada perasaan positif kepada orang. Ada entry sebelum ini melihat betapa 'frustnya' Felixia yang kena perli/sindir/kutuk dengan hijrah yang dia lakukan. Ingat, dia ni bukan Islam lagi. Bukan hak kita nak suruh dia delete semua gambar2 sebelum ni (which is aku pun tak setuju) dan bila sampai masanya tu, adalah perubahan kepada yang lebih baik untuk dia


Kepada Felixia

Keep seaching and you will find the answer. Joegrimjow doakan Felixia jumpa dengan apa yang dicari!


Oraite itu sahaja. Semoga aku terus rajin berblog lagi. hoho

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Cara kesan penipu penjual barangan online

Beberapa hari lepas aku cuba search nak beli phone. Search punya search, terjumpa dengan satu laman facebook ni yang menawarkan harga yang tak masuk akal. Ambil nombor phone sebab katanya harga tak masuk akal tu sebab hasil rampasan kastam. Hurmmm. Ok trylah kan cuba tengok harga yang dia tawarkan



Gila punya harga!

Aku memang excited nak beli dah, siap dalam perancangan – eh ni kalau buat bisnes jual phone ni untik besar ni! Haaa, memang otak bisnes gitu

Jangan mudah ditipu

Tapi, bila otak mula kembali berfikir cara waras, macam tak logik je harga tu. Rampasan kastam ke apa, memang tak boleh dapat harga tu. Tak tahulah korang pernah dapat ke tak tapi – aku tak caya. So, aku bagi cara yang korang boleh kesan dia tipu ke tak


1) Berminat nak beli

Masa sms/whatsapps tu, buat macam kita nak beli. Berminat la maksud akunya. Sometimes ada yang tak suka di call, pakai msg je. Ni dah 90% akan menipu ni. Tapi takpe, kita layan aje


2) Mintak bukti

Yang paling penting, mintak bukti dia pernah hantar barang. Dalam kes aku ni, dia memang dah hantar bukti prnt scrn customer dia dengan dia. Tapi pelik jugak sebab ada yang berbahasa akak, abang. Haaa, walaupun suami isteri yang buat kerja pakai no sama, cukup curigakan?


3) Akaun bank dan search di google

Korang mintak no akaunnya untuk korang transfer duit. Macam aku mintak no akaun tu kata nak bank in malam tu, dia bagi then bila dah dapat no akaun, seach aja di google nama pemilik akaun tu. Aku search, keluar kot nama dia. Haha. Nasib baik tak kena tipu

Tapi kena berhati-hati jugak, kadang2 dieorang ni lagi bijak dari kita. No akaunnya pun mungkin selalu ditukar ye tak


4) Harga tak masuk akal – jangan terpedaya

Last sekali nak bagi duit korang selamat, jangan percaya pada harga yang tak masuk akal ni. Murah sangat ni bahaya. Harga tu dia tawarkan, tak payah jual online jual kat pasar tani pun laku macam pisang goreng ye tak?

*******

ZALORA OH ZALORA



Sekarang ni memang dah jadi satu fenomena dah pembelian online ni. Masa aku belajar kat UK dulu, memang semuanya kalau boleh nak online je beli barang. Kebanyakan kedai mereka tawarkan shopping online. Kat Malaysia ni, kita dah mula dah nak start. Rasanya korang tahukan pasal ZALORA ni, personally aku belum try beli lagi dengan dieorang. Nanti aku beli kat website dieorang aku buat review. Hehe

Korang yang pernah ada kes kena tipu – share2lah ya


pss : dia kata boleh COD, tapi area kudat. kot2 ada orang kudat sini boleh bgtau aku ya. 

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Tips jimat elektrik

Jadi bil elektrik akan naik lagi berkuatkuasa 1 Januari 2014. Kalau dulu memang aku tak kisah sangat tapi sejak beberapa bulan ni bil elektrik rumah aku yang bayar, memang kena ambil tahu jugaklah mengenai cara untuk jimatkannya. Sebab masa kat Sheffield dulu aku ambik EE (Electrical Engineering) jadi entry ni khas untuk KITA JIMATKAN KOS ELEKTRIK.



Amboi, tak payah ambik EE pun kat sekolah dah diajar, cuma nak refresh balik


1) Ketahui cara elektrik dibayar

Kat Malaysia ni kita guna uni kWh ataupun kilo Watt per hour. 1kWh dikira 1 unit. 1 unit bersamaan dengan RM RM. Semakin banyak penggunaan, semakin banyak RM RM kita bayar. Untuk 200 unit pertama RM 0.218. 100 unit lepas tu RM 0.334. 100 unit lepas tu RM 0.400 hinggalah 901 unit keatas dibayar RM 0.454

Bila korang tahu berapa unit atau berapa kWh korang pakai untuk tiap-tiap bulan, barulah boleh berjimat. Yang mana boleh berjimat, kita jimat


2) Masa vs Kuasa

1 unit atau 1 kWh ni ada dua faktor yang mempengaruhi. Masa dan Kuasa. Setiap peralatan elektrik ada kuasanya tersendiri. Kat mana nak check, boleh check kat label plug sesuatu barang tu biasanya ada tertulis. Kadang-kadang kat alat tu sendiri pun ada dia tulis. Yang Watt tu ya lah tu. Masa pulak, berapa jam korang guna peralatan elektrik tu mengikut jam

Setiap peralatan berbezakan jumlah masa yang kita guna. Macam lampu kita bukak malam je, tapi peti sejuk 24 jam kita bukak!


3) Tips jimat elektrik sikit-sikit

Peralatan yang menggunakan Watt yang sikit seperti lampu sebenarnya takdelah bagi kesan banyak sangat kepada bil elektrik kita. Ambil contoh lampu kalimantang 40 Watt. Kalau kita pasang seharian tanpa tutup hanya kos 40 x 24 = 0.96kWh je yang mana tak sampai 20 sen sehari. Aku bukannya nak kata yang lepas ni tak payah tutup lampu, tapi kita terlalu berbangga kita dah jimat elektrik padahal impak dia sikit sangat dan ada lagi yang impak besar.

Mengenai komputer pulak - switch off atau sleep memang ada beza. kalau kita sleep, masih ada penggunaan elektrik sebanyak 20-30 Watt sejam. Berlainan pulak kita tutup terus, memang takdelah penggunaan elektriknya. So lepas ni, bolehlah tutup berbanding korang buat sleep. Bolehlah jimat 10-20 sen tiap-tiap2 hari. Kalau dah sebulan - bukan ke dah RM 6?


4) Tips jimat elektrik banyak-banyak

Peralatan yang paling banyak menggunaan elektrik adalah

  • Peti sejuk
  • Microwave
  • Cerek elektrik
  • Seterika
Peti sejuk merupakan peralatan yang paling banyak menggunakan elektrik. Dah la Watt nya tinggi lepas tu kita pulak guna 24 jam sehari 30 hari sebulan 12 bulan setahun. Memang korang akan perasan bil elektrik korang akan tinggi kalau jumlah peti sejuk digunakan lebih daripada dua. Senangnya, kalau korang ada 2 peti sejuk kat rumah, memang bil takkan kurang dari RM 100 sebulan. kan kan?

Macam aku dulu ada 3 peti sejuk. Satu dapur kering, satu dapur basah dan satu lagi yang jenis freezer punya. Sebab tu bil elektrik tinggi semacam je walaupun dah berjimat habis dah lampu, kipas, tv semua. Tapi sekarang ni, guna 2 je, memang bil elektrik nampak banyak kurang. 



Rumusannya : gunalah peti sejuk jangan lebih dari 2! kalau boleh 1, pakai 1 dan cari yang energy efficiency yang elok sikit. Jenis watt rendah gitu

oraite, itu sahaja. ada tips bagus, jangan lupa share yaa

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Peluang Kerja : Felo Muda Dakwah

Amboi, sejak bila pulak blog aku ni menyediakan peluang pekerjaan pun tak tahulah. Tapi yang elok, kita kena sampai-sampaikan :)



Kepada yang berminat, boleh terus hubungi nombor di atas ya. Tak pun emailkan resume dulu then call untuk pengesahan. Jangan call aku sebab aku tak tahu apa-apa. Ni kakak tersayang yang mintak tolong ni. hehe. 

Orang agama orang pandai

Untuk memperkasakan bidang agama, memang kena revolusikan balik sistem pendidikan yang mengajar bidang agama ni. Penat dengar lawak lucah dari 'ustaz' ni dan tak kurang jugak kelas boring yang dikendalikan oleh para ustaz2 ni. eh tak semua. Tapi kebanyakan. Jadi, dah sampai masa kena rombak balik agar AGAMAWAN ni bukan lagi berada di kelas ketiga, tapi di kelas pertama. Bila cikgu tanya anak murid nanti besar nak jadi apa - semua duk jawab 'PENDAKWAHHH' terkejut cikgunya nanti

Hari tu dengar dalam satu rancangan 'Kat Thailand, ada kerusi khas untuk yang jadi sami. Negara kita para agamawan ni letak kat mana?'

Jadi, kalau korang rasa korang bijak (tak bijak pun takpe asalkan ada kemahuan nak jadi bijak) boleh apply kerja ni. Skop kerja, tangga gaji tu tanyalah kat no tertera tu. Korang tahu sesiapa yang layak pun, sebar-sebarkanlah.

Oraite, itu sahaja

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW