Lewat petang semalam antara gambar paling kerap keluar kat timeline fb aku adalah gambar bawah ni. Ramai betul yang share gambar ni. Cukup prihatin gitu rakyat Malaysia ni kan?
Alright, aku nak kupas benda ni 2 sudut. Here we go, jom baca!
Alright, aku nak kupas benda ni 2 sudut. Here we go, jom baca!
1) Cepat sangat sebar-sebar cerita
Macam aku kata di awal tadi, rakyat kita cukup senang nak share benda-benda yang hangat macam ni. Aku tak kata gambar ni tipu, tapi 'cerita' kat gambar tu yang kalau baca pun nampak something wrong. Mana taknya, nampak sangat nak blame kat jururawat. Takkanlah nurse (manusia) nak bagi baby berdarah macam ni. Mesti ada kesilapan (manusia) yang kat mana yang kita tak tahu. Kita yang tak tahu menahu apa-apa ni, teruslah berprasangka negatif dengan kata nurse tu jahat, tak sayangkan kat baby ke dan macam-macam lagilah. Walhal kisah sebenar - dialog sebenar - kita tak tahu. kan? ke korang ada kat tempat kejadian tu?
ish3
2) Kenapa hospital kerajaan kena double standard?
Ok, yang ni kita lari sikit dari gambar tu. Aku pun tak tahulah sejak bila mentaliti, apa sahaja milik kerajaan, hospital ke, universiti ke, sekolah ke, kalau ada 'kerajaan' sikit kena ada layanan double standard. Macam kalau yang kerajaan ni semuanya lebih rendah classnya daripada yang berbayar. Kalau takde duit, baru pergi kepada kerajaan. Kalau nak perkhidmatan bagus, kena pergi kepada swasta.
Sebenarnya benda 'mentaliti' macam ni dah jadi realiti sekarang dek orang yang kerja disana tu sendiri yang amalkan benda ni + orang awam pun absorb terus. Actually kalau korang pergi ke hospital berbayar pun, ada jugak layanan yang diberikan tak sepadan dengan bayaran.
Aku ambik contoh ada Nurse kat Gleaneagles Hospital yang kata ayah aku gila - tahun 2004
Ok, berbalik kepada layanan kat hospital kerajaan ni, kenapa yang kerja di sana kena ada double standard? Padahal gaji dibayar kot. Orang ramai? Hello, orang ramai pun kita kerja bukannya dikira per orang, tapi per hour. so kenalah jalankan tanggungjawab kerja tu dengan betul ye tak?
Bagi orang awam macam kita, jom kita ubah. Ada kesilapan yang mereka buat, terus tegur kat situ jugak. Aku pernah tegur sorang nurse kat hospital KB tu yang masam sangat, supaya senyum, baru pesakit suka hati tengok suasana macam tu. Walaupun lepas tu dia still masam, at least aku dah buat dia terfikir. Balik rumah tu fikirlah kot.
Alright, tu saja bebelan awal pagi. BTW aku kat Hospital KB ni, hantar mak buat medical check up. ok je nurse kat sini :)
7 ulasan:
tu lah,saya terbeliak juga biji mata tgk pic ni
tapi saya xshare(ceh,nak bgtau tu xshare hehe)
ape kes hospital mahal yg pemes tu ckp ayh joe mcm tu?
bg ak nk salah kn nurse 100% xbole jugak..sbb ramai jugak yg aku tgk msuk hospital kerajaan, yg dh tentu2 pesakit sgt ramai..tp nk nurse layan die mcm die sorg pesakit dekat situ..dan nurse2 ni plak, klau tgk mmg xmenang tgn dan baru ni pergi hospital, diorg mengadu ckp kkm xbenar tambah staf sbb kurang bajet tp pesakit bertambah..kesian tgk diorg..
p/s:klau kita senangkn kerja org, insyaAllah kita pn akn senang jugak..dan begitulah sebaliknya..
Betul tu joe.. agree dgn entry ni...
selagi tak tahu kisah sebenar lebih baik diam jer..
setuju semua kenyataan di atas, bukan sebab gov ke swasta.. ni semua attitute ..
contoh, mona pernah pergi hosp kuala nerang, masa tu dalam pantang.. doc suspect angin.. sampai jalan bongkok2 .. sentuh patient pon tak, simply asume angin. ok fine.. bila pegi KMC, private hosp kedah.. doc situ cuma tengok mata dan tapak tangan.. terus admit, further cek up, rupanya ada batu dalam hempedu, dah kena jangkitan kuman. nasib baik cepat,..
kes kedua, hosp azzahra. mona baru lepas tonsilectomy, tak dinafikan, servis bagus, tenang ayat alquran sentiasa didengarkan.. tapi sepatutnya, lepas operate kena ambil ice untuk redakan sakit, tp diorang tak sediakan.. kena beli sendiri.. kalau gov, diorang sediakan siap2 ais, makan terus lepas sedar dr operate. =)
sorry, panjang plak komen.. hehe.. ni berdasarkan pengalaman sendiri ..
statment yang jururawat tu bagi mmg x boleh blah.. why? x kira kerajaan mahupun swasta, atas dasar tanggungjawab ke atas kerja mahupun sesuatu perkara mesti dilakukan dengan betul serta sebaik mungkin...
off topic jap ye tt.. :)
p/s: salah satu mengapa rakyat benci dengan pemerintah ni la sebabnya.. kerana nila setitik je bro habis semua kena reject.. apa pn x boleh...
Catat Ulasan