Share

'Unwritten Rule' di lane kanan Highway

Bulan lepas pertama kali aku ke Johor dengan drive sendiri. Ikut highway utara selatan. Bulan lepas jugak 1st time drive sendiri ke Penang dari KL juga ikut higway yang sama. Jadi, memang banyak cerita nak diceritakan ni untuk dimuatkan di dalam blog aku ni. Entry ni agak penting untuk mereka yang membawa laju kereta. Juga yang selalu menggunakan perkhidmatan Highway juga penting untuk baca. 

Kali ni aku akan fokuskan yang lane bahagian kanan. lane yang hanya disediakan untuk memotong. Ya, ini memang betul. Tapi entah kenapa, kadang-kadang yang berada di lane kanan tu adalah yang paling perlahan. serius aku tak paham. 

Jadi kat sini aku akan senaraikan 4 unwritten rule yang sememangnya JPJ tak sediakan dulu. Khas untuk yang suka bawak laju!


1) 120-130KM/H : Cucuk punggung



Bagi korang yang bawak 120-130KM/H, ada kereta yang di lane kanan yang bawak kurang daripada ni, korang boleh cucuk punggung kereta tu sedikit demi sedikit. Walaupun aksi ni tak dibenarkan kerana sangat berbahaya (kot2 kereta depan tu break mengejut) tapi apa pedulikan, korang kan nak bawak laju, nak sampai cepat, peduli apa kena saman or bahaya. Yang bawak kurang dari hadlaju ni, dah orang cucuk tu pandai-pandailah bawak kereta ke tepi


2)131-150KM/H : Bagi lampu



Lebih laju dari tadi, ada jugak kadang-kadang korang cecah hadlaju ni dan ada kereta depan yang bawak kurang sikit dari hadlaju kat atas ni still duduk di lane kanan, korang boleh bagi lampu. Takpe, no problem, ini adalah unwritten rule yang takde ditulis dimana-mana. Walaupun tindakan tu akan membangkitkan kemarahan orang depan (siapa suka bagi lampu kan?) APA PEDULI kan? Bagi je lampu tinggi-tinggi!


3)151-180KM/H : Signal ke kanan



Bila had laju korang dah cecah angka ni, korang boleh bagi signal ke kanan tanda untuk mereka didepan bagi laluan. Pedih jugak ulu hati bila bawak laju-laju, ada kereta kat lane tengah amek lane paling kanan dan membuatkan korang kena break. Jadi, bila bagi signal ke kanan, orang yang nak masuk tu pun tahu korang tengah laju dan korang pun tak payah nak tekan break. see, unwritten rule ni bleh jimatkan minyak lagi ok!


4)181KM/H ke atas : Lampu kecemasan



Ini had laju paling maksimum yang bahagian ke4 unwritten rule ni. Iaitu bawak 181KM/H keatas. Sesiapa pernah rasai, nak break pada kelajuan ni walaupun sikit, boleh mengakibatkan kereta agak terhuyung hayang. Jadi, apa yang boleh korang lakukan adalah bagi lampu kecemasan dan bawaklah sehingga meter pun nak terbalik pun. Bila orang tengok dari tepi lagi tahu korang bawak laju, memang akan bagi laluan je untuk korang sampai ke destinasi korang dengan cepat tapi mungkin tak selamat

******

Actually masa aku pergi ke Johor hari tu, kelajuan maksimum yang aku bawak adalah 187KM/H. Bawak kereta Prius. oklah tapi nak bawak sehingga ke 190KM/H memang jantung ni nak terkeluar pun ada. memang respeklah sesiapa yang boleh bawak sampai ke 200KM/H tu, UAI katanya bawak kereta cecah 220KM/H, memang betul-betul lajulah!

selamat mempraktikkan rule ini dijalan raya =)


pss : 'ingatlah orang yang tersayang' aku rasa kampen macam ni kat jalan raya tak efektif, mana taknya masa drive kena fokus, bukan mengelamun ingat kat orang kita sayang!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

10 ulasan:

Bro Framestone berkata...

He..23x terbaik la joe...

mu g PD bawa berapa ek... kalau cam nie laju.. bro memang menyesal naik dengan mu

joegrimjow berkata...

@Bro Framestone

slow je bawak bro
hehe

Akulah Pak Lan berkata...

Hahaha. Aku pernah cecah 180km/j ja dgn swift

*Lupa 180 tuh dah habis meter dah untuk swift. Bygkan aku bawak prius kau*

joegrimjow berkata...

@Akulah Pak Lan

xleh bayang!

Tanpa Nama berkata...

perghhhhhhhhhhh!!tak penah bawak selaju tu..paling laju 140. itu pun dah kira jantung nak terkeluar

~cAhAyA kEmUL!aAn~ berkata...

ak prefer org yg bwak laju n pasang lampu tinggi..
dr jauh dh perasan n boleh ketepi..
tp klau dok maen cucuk kdg2 xperasan pn..
tmbah2 bila kt highway, xde nye ak nk check cermin pndg blakang stp 2 mnt..haha

p/s:plh laju 140km/h bwak iswara manual..lalalalala~

Aku By Pojie berkata...

aku penah bawak 200Km/hr... segala lampu aku bukak nak suruh org ketepi... hehehheheh

hazi berkata...

22hb ni JPJ test =.='' (cuakcuakcuakcuakcuak) hahahha

Nurul berkata...

fuhh...paling laju aku bwk pun 150km/j kete wira bapak aku..tu pun da bgegar...

tggu la beli kete sndiri nty~~~

muahaha....

Nadira R berkata...

tapikan masalah nye bukan org yang bawak laju..org yg bawak slow lane kanan tu yg tak faham2..kadang2 dah cucuk dah bagi lampu tapi diorang tak faham2..sbb yelah kadang2 maybe baru bawak kerata tak familiar dengan unwritten rule ni..atau ada sesetengah driver mmg dia taktau..saya pernah naik kereta dengan sorang auntie..bawak lane kanan 90km/h je.saya yg duduk di pasenger seat rasa nak sorok muka sbb segan..:P

patut kena buat entry..supaya orang2 ni faham signal2 yg dibagi oleh other driver masa atas highway..:)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW