Tadi aku sempat solat di Masjid UIA Gombak. Sambil nak jumpa orang, tunggu tu bolehlah solat berjemaah kan. Lagipun tak pernah lagi solat kat masjid sana yang super besar dan cukup kompleks nak masuk tu pada waktu maghrib, dulu pernah pun solat jumaat je, so dah alang-alang nak jumpa tu, kita solat je lah kat sana
Masuk je kat sana, memang penuh dengan pak pak arab dan orang berkulit hitam. Melayu adalah beberapa kerat, dah macam sembahyang kat masjid Sheffield plak rasanya - bangsa kita jadi minoriti. Warga asing jadi majoriti. Pelik sebab situasai ni berlaku kat negara kita, tapi oklah lagi dari takde orang langsung yang imarahkan masjid, baik ada orang!
Oklah, memendekkan bebelan, aku nak senaraikan keistimewaan khas kepada lelaki untuk solat kat masjid
1) Lebih Lega
Bila solat kat masjid, maknannya kita automatiknya akan solat awal. Bila dah solat awal, sangat rasa lega sebab macam dah tunaikan kewajipan. korang ada rasa macam tu tak? compare kalau solat kat rumah lewat waktu, macam tak lengkap je n rasa ada sesuatu nak dibuat. nak buat apa? apa lagi, solatlah! Jadi, perasaan lega teramat tu akan datang bila kita solat kat masjid. wuhuuu
2) Lebih positif
Dulu ada orang pernah bagitau aku, cas cas ion tu akan bertukar bila solat berjemaah ni. Heh, bunyi ion ni, aku memang cukup sensitif ok, ye lah, belajar electrical engineering dulu tak pernah pulak jumpa ion boleh bertukar antara manusia ni. Tak belajar atau memang tak diajar, aku pun tak tahu. Tapi aku cuma nak share pengalaman sendiri sejak kerja sendiri ni, bila kita tidur (5-10 minit hanya untuk lelapkan mata kejap) then kita solat berjemaah, gila rasa fresh!! Kerja pun lagi bermutu pada waktu petang tu, takdelah duk monyok je. Entahlah sebab apa, tapi tu keistimewaan untuk yang bersolat di masjid - berjemaah!
3) Lebih fokus
Compare dengan sembahyang sendiri di rumah atau mana-mana je, solat di masjid ni akan lebih khusyuk. Lebih fokus. Mungkin kekuatan berjemaah tu membuatkan kita terkhusyuk sama pada waktu solat. Kang solat sorang-sorang ni, macam-macam boleh datang dalam fikiran, nak makan apa lah, nak pergi manalah lepas ni, macam-macam lah boleh datang, compare dengan berjemaah kat masjid - mungkin setan nak goda tu kena tendang dengah roh berjemaah kot!
4) Jumpa ayah mertua
Gambar hiasan |
Setelah selesai solat, joegrimjow bersiap-siap untuk jumpa dengan orang yang ingin ditemuinya. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu sungguh susah mahu dicari parking. Kereta terpaksa di parking di tempat yang agak jauh. Dari tadi lagi ada seorang pakcik yang separuh abad asyik memerhatikannya. Kebetulan kereta pak cik tadi ditepi keretanya! Kebetulan lagi model kereta pakcik itu sama dengan kereta milik joegrimjow! Sampai di tempat parking, pakcik itu menegurnya
pakcik itu : Assalamualaikum, belajar kat uitm ke?
joegrimjow : Wasalam wbt. eh, taklah, jumpa kawan
pakcik itu : dah kerja eh? pakai kereta besar nampak
joegrimjow : bisnes, kerja lebih dapatlah lebih. hehe
pakcik itu : pakcik kerja separuh abad baru boleh pakai kereta ni, kamu muda-muda lagi boleh pakai dah?
joegrimjow : hehe
pakcik itu : biasa solat sini ke?
joegrimjow : takdelah, ni pon nak jumpa kawan sebab dah masuk maghrib, solat la sini
pakcik itu : ooh, bagus-bagus. susah nak jumpa anak muda macam kamu ni jaga solat dia
joegrimjow : ada ramai je, pakcik je tak jumpe
pakcik itu : pakcik ni selalu solat kat sini, baya pakcik je yang ramai. entah kemana orang muda kat shah alam ni pakcik pon tak tau
joegrimjow : dieorang sibuk la tu
pakcik itu : kamu dah kahwin?
joegrimjow : erk, belum
pakcik itu : bagus, pakcik ada anak yang belajar dalam bidang perubatan kat indonesia, single lagi. kamu ni macam ok je dibuat menantu, boleh contact pak cik ok, ni bisnes card pakcik
joegrimjow : (sambil ambik) eh, sesenang macam tu je?
pakcik itu : tengah cari calon menantu, dan antara syaratnya kaki masjid!
joegrimjow : ok, nanti saya update kat blog saya kisah ni ok!
pakcik itu : eh?
pss : solatlah di masjid, kot2 boleh berkenalan dengan ayah mertua anda :p
14 ulasan:
untung2 dpt isteri solehah...hehe ^^
yang part last tu, betul ke?
ke abe joe buat cite lg mcm dulu2..he2, kalau betul blh la suruh ayh praktikkan masa dia g solat kat surau/masjid.untung2 blh dpt kaki masjid jugak..=)
cayalah pkck dh ready bisnes card nk bg kt calon menantu kalo jmpe kt mne2.. good advice btw.. ;)
part citer tu tak bleh blah..siap bagi business card..cam nak beniaga plak..padahal nak cari calon menantu..haha..btw,betul ke citer last tu?
@Tasha
pak mertua bagus!
@hikari
nampak sangat imaginasinye. hehe, ubat sedikit sebanyak
@naqeyya nadzri
pak cik tu ajak nak buat bisnes kot
hehe
@Blog Hangit
hangit hangit
ho3~~~
leh wat cerpen ni..
ala2 filem indonesia jer..:)
cari menantu di masjid~~
nice
untung solat jemaah
ahh joe, ye tidak la cite yang last..kuat berangan ni, kes berat dah ni..cepat2 la cari calon wakaka...
salam..
boleh x wt stu review mengenai kawen kaum kerabat contohnya kawen sepupu..
really need info about this..
tq
Artikel yang menarik dan simple. Mudah untuk orang faham, lagi2 apabila dimasukkan sekali contoh dari diri sendiri. Thanks for sharing bro.. ;)
Best2....masjid mana tadi?Nak jumpa pakcik tu la Asar ni.Mana tau, dia ada anak pompuan lain:)
Catat Ulasan