Yeahh, akhirnya aku tulis juga pasal Bersih ni. Bila isu dah reda baru nak tulis? Tak tak, kekangan masa. hehe. Ramai jugak kawan aku mintak aku ulas bab ni, mereka tahu yang aku ni agak pro pembangkang, sebab tu mahu aku ulas. Pro pembangkang atau tak, aku antara penerima Dana Belia 1 Malaysia, haa, pro pembangkang lagi korang kata? kekeke
Bersih dan demand mereka
Kalau tengok demand Bersih yang ada 8 point semuanya (ada orang kata dulu 17 - lagi banyak!) aku tak nampak semuanya tu tak elok, memang sangat elok untuk penambahbaikkan sistem election kat negara kita. Ya lah, hari tu aku dengar orang pembangkang kata ada orang kuat kerajaan menang kat tempat dia pun sebab undi pos. Asal dah kalah dah, tapi datang je helikopter bawak pengundi pos, terus menang besar. kekeke. funny kan? Banyak lagi kisah seperti pengundi hantu, persepadanan semula dan banyak lagilah. Semua ini membawa kepada satu - sistem election kita belum mencapai tahap standard. Pembangkang kata - tipu rakyat.
Bagi kita rakyat, apa guna pergi mengundi kalau sistem election boleh di ubah-ubah. macam senang sangat dan sangat kotor. Jadi, sekarang Bersih datang. ya, Bersih datang. Bersih kononnya membawa 8 demand tu dan berharap agar sistem election negara kita bertambah ok.
Sistem bertambah ok, kenapa kerajaan tak bagi?
Yang tang ni aku tak paham, kenapa kerajaan tak bagi kalau bendanya tu dah elok? Mulalah timbul kes pelancong takkan datang ke Malaysia, peniaga akan terjejas aktiviti mereka, jalan jam sekitar ibu kota. OOHH KAMON GUYS, kita sedang berdepan dengan masalah yang JAUHHHH lebih besar, sistem election yang kotor. kenapa perlu merenget benda yang kecik macam ni. Kalau akulah di pihak kerajaan, katakan aku ni PM lah, kalau dah orang nak berarak benda elok, ce bagi minuman free ke, bagi payung free ke kat penunjuk perasaan tu. Ha, tanda kita sokong. Aku yakin, kerajaan pun nak fair election macam pembangkang, so sepatutnya support menyaport. tak gitu?
Bersih dan berjayakah misi mereka?
Mula timbul isu, relevan ke nak buat tuntutan tu semua, kan kerajaan yang control semua tu? Result tu datang kemudian, yang penting buat dulu. Pernah dengar - not doing something is zero chances. aceceh, bermadah puisi pulak kan. Sekarang ni kalau korang tengok, Yang Dipertuan Agong pun dah masuk campur, siap panggil mengadap lagi, memang Bersih dah bagi impak yang besar kepada negara. Tu belum jadi lagi tu, kalau dah jadi aku tak taulah
Bersih dan propaganda kekacauan
Sekarang ni perarakan tu yang asalnya akan dibuat di jalanan akan bertukar dibuat di stadium. Stadium mana aku tak tahu, Rais Yatim bagitau semalam suruh buat kat stadium Selangor atau Kelantan. erk? Ginilah, pernah ke korang pergi demo? penilaian korang yang kata setiap demo akan datangkan kekacauan tu based on apa? Berita kat tv? Penulisan kat blog? oohh, kalau tak berada di tempat kejadian, jangan duk pk yang bukan-bukan
jap joe, ko pernah pergi ke?
Kekeke, kalau kat Malaysia of coz tak lagi. Memang plan nak pergi dah Sabtu ni. haha. Tapi aku cite pengalaman akulah, berdemo di UK dulu. Aku tengok yang join tu (ramai jugak) memang kawal tingkah laku. Dengan bantuan abang polis berkuda dan bermoto, perarakan dibuat sekitar bandar dan berpatah balik ke tempat berkumpul, sangat aman. ya, sangat aman?
Kenapa demo kat Malaysia tak aman?
Sebab utama adalah tak lulus permit. Bila dah tak lulus permit, pihak yang mengadakan pun masih berdegil nak adakan, maka demo pun dah tak amanlah. FRU nak simbah air berasid, perarak masih mahu meneruskan katanya jihad (what??). ahaa, so berlakulah macam yang dulu - kekacauan dan keharuan.
Cuba polis bagi permit, siap buat sekatan jalan lagi bagi laluan macam nak berarak masa hari merdeka, bagi can kat rakyat yang katanya hampir 100 ribu yang akan datang, tengok adakah kekacauan yang akan berlaku. no lah. 2 2 puas hati. Tapi sayanglah, benda ni tak dapat jadi. Kita tak boleh nak salahkan rakyat, PM kita sendiri kata Rakyat didahuhulukan, so memang permintaan rakyat kena tuntut. Dan yang nak tuntut pun, election yang adil dan saksama. bukannya nak tuntut guling kerajaan ke apa. ahaa, tak paham tak paham
Kesimpulan?
Tunggu jelah 9hb nanti. takde kesimpulan setakat ni sebab masih HOT HOT lagi. Plan aku nak buat live blogging masa perarakan tu pun tak tercapailah kalau tak berarak kat jalanan ni. alah, kalau kat dalam stadium, tak banyak gambarlah boleh ditangkap. hehe
pss : Malaysia milik kita
31 ulasan:
aku pun tak nampak apa yg masalahnya Bersih ni
kalau kjaan tanak drg berdemo.. panggil la wakil dari dua pihak berunding..
kesian kat penyokong Bersih n Patriot nak berhimpun..
APa drg tak de keje lain ke..
Come la kjaan, professional sikit..
betol..
tak paham.. diorang cuma nak pilihan raya yang adil..
tapi.. arghh..
excellent Joe..ko huraikan mdalam smua fikiran yang mostly smua rakyat fikir hnya tak terluah..
tu la buat je la phimpunan tu..cara kjaan halang bnda tu buat mcm mmg kerajaan amalkan pilihanraya kotor pun..cam penakut je diorg ni..sakit hati je kalau tgk berita..
kalau jadi tuntutan BERSIH ada hati gak nak mgundi nnti..huh
Sangat suka entri ni! Like!
suka dis entri..!!
sokong.sokong.
Kita rileks je.depa yg nak wat kecoh lak nape..hadoii~
kalau kat stadium macam mana nak berarak eh? takkan round2 stadium je kot joe?
baca & kaji dulu sapa yg ade kt "belakang" BERSIH tu
btol ke itu je yg dorg tuntut??
atau ape yg tertulis kt tuntutan tu hanya "wayang" semata..
kaji dulu..
kite as rakyat marah sgt dgn kerajaan kenapa??
ape kerajaan da buat?
politik kotor yang sampai rakyat tertindas??
tertindas camne?
rakyat tak makan ke? hidup merempat ke?
ooo kite marah sbb lately harga barang sume naik..minyak naik rege
kalo pembangkang yg tadbir dorg janji nk turunkan rege minyak
so sume harga barang kt negara ni sume turun..so rakyat pn hidup aman harmoni
tapi boleh ke turunkan harga minyak??
boleh kot kan kalo lebihkan subsidi..
so mari kite undi pembangkang kot2 depa bleh jadikan harga minyak rendah..
tapiii itu pn kalo iye dorg bleh jadikan sume tu kenyataan
da kata kat "belakang" pembangkang sume org2 luar
dana2 dorg sume dr negara luar
so agak2 lepas pembangkang jd pemerintah, org luar tu tak nak ke habuan dorg???
ttibe org2 luar tu ckp "aku nk MALAYSIA ni.."
sebab da termakan budi dgn duit yg juta2 bilion2 tu ko rse pembangkang bleh lari??
BERSIH ni hanya nk pecahkan org2 melayu
bile melayu tak kuat, maka pembangkang bleh menang election kali ni
bile pembangkang menang, anwar naik jd PM, org2 luar tepuk tangan sbb MALAYSIA ade dlm tangan dorg
fikir2kan la ye
kata MALAYSIA kite punya
so jaga la ape yg kite ade
pilih pemerintah ni bkn boleh cuba2
salah pilih merana sume
mmg kerajaan skrg ni tak bersih mana
tp ok la at least takde la smp nk gadai negara
makan duit rakyat sume tu biar dorg menjawab kat "sana" nanti
yang penting MALAYSIA masih kite punya
-aku bukan dr parti mana2..hanya rakyat yang risau keadaan negara skrg..ramai yg cakap ikut emosi marah kt kerajaan..
yer ak rasa BERSIH ni takde la cam bahaya mana pon..cam penulis kata lah kan,kalo bagi permit pas2 kita buat seperti perarakan hari kemerdekaan..so takdelah mengancam pertumbuHAN ekonomi dan sahsiah pon..
btw, ak rasa ramai je rakyat yg tertindas,hidup merempat tu memg la banyak..kat kwasan akk duduk ni pon ade je yg sangat miskin dan tak diberi bantuan...
yg tertindas tu pikir2 la sendiri..nk bagi example banyak sangat la plak...tq~ak pon tak pro mana2...
Who the hell is Ambiga?Apa jasa dia kat tanahair kita?Dia menentang hak agama ISLAM kat tanahair kita kan.Joe boleh tolong jelaskan?Sebab sekarang ni hanya dgr2 cerita dari org je,actually nak jugak fakta yang sebenar..Thnx Joe :)
lebih baik KITA BERSIHKAN ALAM SEKITAR.ye dak?
tak bepaedah berarak sakan ni.time israk mikraj ar tu aku nengok tak dak la plak perarakan beramai-ramai ingat kat nabi.huhuhu.
walu kita berpeluh ketiak berarak tak ado kejo nye pemimpin yang depa agungkan itew turun padang kasik minuman kat depa sorang-sorang.
Just my two cents.
P/s:Jom bersihkan sampah disekeliling umah kito.Bahayo.takut nyamuk denggi mai attack . ;)
joe, sy pun setuju gak..macam da jdi pro pmbangkang da ni..ehehe..nice thought
ramai yang sokong dalam diam... tul tak?? meh dengar Lagu BERSIH yang telah di BANNED!
Perhimpunan Bersih memang nmpak aman, tetapi kemungkinan ada pihak yang akan ambil kesempatan masa perhimpunan, nak bagi huru-hara, itu sebabnya tak boleh dibenarkan. Faham je la, klau kumpul ramai-ramai mcm-mcm boleh jadi.
kenapa mereka perlu takut dengan bersih? Agong pun dah perkenan siap bagi staidum suruh berhimpun. x faham betul la
Tuntutan bersih sebenarnya nak bagi Memorandum kat Agong..so masa dah jumpa Agong hari tu kenapa tak terus bagi??? kenapa masih nak juga buat Demonstrasi?? Manusia nih rambut pun dah tak sama kaler hati lagilah susah nak telah dik ooiii... sorang memang niat nak gi berhimpun secara aman..tapi boleh bagi jaminan ke takde sorang dua yang akan mulakan kekacauan..masa election pun ada pergaduhan di kem raih undi..inikan pula semata2 untuk berdemo MEMBERSIHKAN pilihanraya...benda kecik boleh settle secara mudah..kenapa perlu Demo?? nak jadi mcm negara luar ke?
kenali dahulu siapa Ambiga sebelum anda kenali Bershit..
emmm..macam mana nak cakap ek
susah laa...
ce bace ni je,senang
http://azrijohan.blogspot.com/2011/07/most-wanted-celebrity-by-fbi.html
bro..sangat2 setuju..
BERSIHkan diri msg2 dulu..
Entri Hot Chick Rumah Kelahiran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee | Sebuah Dokumentari
saya sokong entry ini! terbaik!
saya sokong entry ini! terbaik!
haha.. alasan yg depa bagi, kalau SPR x telus cmna bleh tawan 5 negeri aritu..
haha.. lawak!
kalo SPR telus, dah bleh tawan putrajaya dah.. yg tu depa x pikiaq..
adeyh.. menyakitkan hati btol pemikiran umngok ni..
dan paling nyampah, tgok iklan2 anti bersih kt tv1 tu..
perhimpunan aman, tp kena provok kata rusuhan.. what the?
Joe kau jangan memperlekehkan "peniaga akan terjejas aktiviti mereka" sbb kalau tak kene batang hidung sendiri kau takkan tau.
Kau pernah rasa ke kene tutup kedai dan traffic jem sbb jalan kena block? Pastu terpaksa dengar penyokong fanatik terpekik terlolong.
Aku pernah alami sendiri......masa perhimpunan jamuan rakyat 1 Malaysia ari tu....oops.
setiap orang...lain pandangan kan...
jom baca kat sini pulak....penulisan yang mudah dipahami+sedap dibaca....
http://bradokapak.blogspot.com/2011/07/pesta-demokrasi-9-julai-2011.html
menyelit berita terkini
DALANG SEBENAR DI SEBALIK BERSIH DAH KANTOI!! bukan Ambiga?
info lanjut kat sini:
http://ping.busuk.org/view/8725
@Anonymous
lol negara tak tegadai? berani kau betul betul meneliti apa yg si taib mahmud buat kat sarawak?
bersih roxx..
lagi gempak drpd larian 1malaysia..
ya tak yer gak ekk. buat apa nak susah2. anak anak nak belajar ada ptptn. siswazah nak kerja ada maidin mall , ada lori bandaraya. smapah byk kat kl , angkut jelah sampah. apa nak susah. nini menteri nak gi mkn angin biarlah , kita sedekah kat die , biar kita tak beli beras pun tak per asal bini die boleh gi shopping luar negara. dah molek dah ......
tanya sikit boleh x?kalau lah slps ni demo ni,ermm.pemimpin bertukar ke semua.korg ready x untuk terima pemimpin bukan melayu?sy tanya ni sbb nak tahu je.korg rasa nk pilih mana?
A.pemimpin Malaysia mesti melayu
B.pemimpin bukan melayu pun x apa la.boleh la.
C.pemimpin bukan melayu tp Islam.
kalau sudi,jwb lah ye.kalau x pun,fikir2 kan lah jwmpnnye sdri.lg sekali,sy bukan pro mana2.saya melayu dlm IC,sy Islam dlm IC & hidup.sy nk negara ni maintain negara Islam smpi bila2,insyaAllah.
p/s:minta maaf kalau rs sakit mata ke bc komen ni.
@yml
yess..Jwpan die A laa...
Sbb di dlm Perlembagaan dah ditulis sejak dlu lgi. Pemerintah ialah Orang MELAYU!
salam..
aper demand yg mereka nak sebenarnya bukan itu..sila joe kupas lebih lanjut..
byk sgt yg bertentangan dgn islam.mungkin sya bukan seorang yg sgt alim, tapi apabila berkaitan penukaran agama sepertimana kes Lina Joy, itu adalah sgt berat dan bagi seorang umat..manakah kehormatan agama kamu?
sila joe kupas dgn lebih lanjut
Catat Ulasan