Terkejut jugak tengok video yang ada di dalam youtube pasal KFC ni, memang sangat kurang ajar pelaku yang membuatnya. Boleh pergi letak ayam KFC tu kat telapak kasut. Aiyo, mana social respon pun aku tak tahu dengan dieorang ni. Dah tengok video tu? kat bawah ni ada
Yang KFC plak boleh respon macam dieorang tak bersalah apa!
Tengok, takde langsung perkataan 'sorry' Dah tahu buat salah, apa salahnya mintak maaf. Haiyaa, bukannya kena bayar kalau minta maaf sekali pun. Kalau minta maaf pun, serius aku dah tak nak makan kat sana dah. Korang nak makan? Memang bukan salah syarikat la kan, sebab staf. tau tau. tapi cuba korang tengok sampai habis tu, saat dia sapu drumstik kat tapak kasut tu.... oohhhh, menjijikkan!!! bye KFC!
pss : nasib baik video ni diupload pada 25 june, sebabnya semalam baru bedal snack plate, haiyaaa
29 ulasan:
Its all about the staff attitude...haishhh (ikutkan mana2 restoran pun boleh jadi perkara yg sama). Sakit jiwa agaknya staff ni...entah dgn siapa dia 'hangin' tah...
@Nadhira
geli je masa kat tapak kasut tu
ala..tak leh tgk :(
putus selera.
haha.gudbye lah kfc.xmau mkn lagilah.hee
dlu aku da penah complaint pasal staff kfc kurang ajar nasib baik org kfc call mintak maaf. sejuk hati aku.
aku rasa staf tu problem dengan manager dia ke apa.tu yang dia nak malukan kepsi tu. ekekeke
sebenarnya mana2 F&B ada kemungkinan terjadi hal macam ni. semua atas orang yang kerja tu. attitude dia macam mana..
@Puan Capa
kena tgu kat rumah
@nizamsani
sibuk mc d plak lepas ni
@Elyana Ahmad ツ
xmau makan jugak
@Miss b
kali ni klu dieorng call?
@Alexandriana Alia
nak bg peribahasa, pokok xkan bergoyang klu xde angin
nampaknye lepas ni makan marrybrown je la. hehe
tak nak makan kepci lagi.. RFC je la skang.. =]
alaa.... tadi baru makan kepsi... jamuan dalam opis...
harghhh~!!!
isolated case ni --mamat psycho ala2 mental keje kfc tak dapek nak nolon
Assalamualaikum,
Aduhaiiiiii! baru je sebat 2 ketoi sat2 tadi...Mmmmm nak kena makan KFC lain la pulak ni (Kelate Fried ceken) hu hu hu
what? kat malaysia lerrr..hadoi..tak nak snack plate lepas ni..
Aku Anak Labuan
itu self problem namanya.
kalau dia kerja mekdi pun ada masalah dengan diri sendiri, perkara yang sama tetap terjadi.
susah sangat ke nak minta maaf? adehh.. geli kot.. huhuu!!~
^^
huhu lama tak sampai blog nie kan bro..
td petang baru makan :(
patotnye kfc kne ketatkan pengambilan pekerja.
geli nyerrrr.......dah laaa peminat setia giler kat KFC....adeh mcm2...ari tu kes pasal lipas...ni pasal tapak kasut lak.....adehhh....
geli nyerrrr.......dah laaa peminat setia giler kat KFC....adeh mcm2...ari tu kes pasal lipas...ni pasal tapak kasut lak.....adehhh....
T___________T
kejammm staf tu
kfc..bye bye =P
Inilah kalo pemikiran lbh rendah dr otak ayam..kalo nk marah kat bos skali pun jgnlah customer jd mangsa..sape yg termakan ayam tu x tawlah, camne dia nk mintak maaf nt, dh jd drh daging dah ayam tu..memalukan bangsa sendiri..kene pegi skolah balik ni budak tu
apa motif nak buat mcm tue..
memang kekurangan ajaran tol ar..
cis!
takde sivik langsung ar...
ayoooooo
ni namanya budak2 bodoh yg takde keje. dia buat kt org, nti org buat kt dia blk. karma. :D
Pada bulan Oktober tahun lalu, KFC Malaysia telah dihubungi oleh seorang individu yang telah mengemukakan satu salinan klip video yang menayangkan seseorang telah merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan tersebut. Kami berpendapat bahawa perbuatan menerbitkan klip video itu sebagai berniat jahat dan merupakan serangan terang-terangan terhadap organisasi kami. Kami telah mengambil tindakan segera dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.
Pada 25 Jun baru-baru ini, kami telah mendapati klip video tersebut telah dimuat turun di halaman YouTube.
Pihak kami ingin menegaskan kepada para pelanggan dan orang ramai bahawa kejadian ini merupakan kes terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sejak Oktober 2010, pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi termasuklah dengan memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian dapur restoran-restoran KFC.
KFC akan sentiasa mengekalkan standard kebersihan dan kualiti yang tertinggi dalam semua aspek bisnes kami. Sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia, anggota-anggota pekerja kami amat berdedikasi untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik, berkualiti dan makanan yang selamat. Kami memandang serius di atas kejadian yang telah berlaku ini. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini semula proses-proses pengambilan dan latihan untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan kami. Pasukan kami yang terdiri daripada 9,700 orang chef dan anggota pekerja lain di seluruh Malaysia akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti seperti yang telah diketahui selama ini.
Bagi pihak KFC Malaysia, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan anda semua.
Pengarah Urusan
KFC Holdings (Malaysia) Bhd
Catat Ulasan