Share

Double Standard : Bendera Kelantan dibakar

Tengok bola semalam? Kat Astro Arena ada buat siaran langsung. Kelantan lawan Negeri Sembilan dalam perlawanan Liga Super. Masing-masing perlawanan ke 19 dan perlawanan ni memang penting kepada setiap pasukan. Kelantan perlu menang untuk meneruskan teraju liga. Negeri Sembilan perlu kumpul mata (sekurang-kurangnya seri) untuk meneruskan persaingan dan seterusnya tidak meletakkan kedudukan 5 terbawah, memang masing-masing anggap perlawanan ni penting!

Keputusannya : Seri 0 - 0

Bendera Kelantan dibakar


Bukan nak ulas sangat pasal result semalam, sebab biasalah tu, ada menang, kalah, seri semua, adat permainan katakan. Tapi tentang bendera Kelantan yang dibakar semalam oleh sekumpulan penyokong Negeri Sembilan. Gambar kat atas aku amek kat facebook yang tengah hot di share di facebook. Huh, panas jugak tengok bendera negeri kena bakar kan?


Double Standard

Bukan aku nak kutuk orang Negeri Sembilan, tapi nak bawak korang fikir kenapa suka sangat double standard kat orang Kelantan. Dulu ada kes bakar mercun, kerusi dibakar, terbalikkan kereta, habis masa tu orang duk sibuk kutuk-kutuk orang kelantan sebab terlalu fanatik dan tidak bertamadun. Padahal yang buatnya, adalah beberapa orang yang tak bertamadun tu.

Tapi kalau kita tengok, kalau negeri lain buat hal, mesti tak libatkan 'seluruh negeri' katanya - tu sesetengah golongan je buat, biasalah tu. Tapi bila orang Kelantan yang buat, terus habis satu negeri kena gelaran jahat. 

Aku pun tak tahulah kenapa, cuma harap korang yang baca bukan dari Kelantan ni, tak double standard orang Kelantan macam orang yang tak bertamadun buat tu. Menyampah okeh!


Liga Super semakin menarik vs mutu pengadilan semakin teruk

Belum keluar dah tiup wisel kata out


Semalam 2 gol dinafikan disebabkan off side. Gol last tu sebelum wisel dibunyikan tengok banyak kali, memang tak offside. Banyak jugak semalam kesilapan yang dibuat oleh penjaga garisan dengan memberi wisel yang tidak sepatutnya diberi. 


linesman - pemain terbaik katanya

Walaupun orang kata ni rencah perlawanan bola, pengadil pun manusia, tapi dengan mutu pengadilan yang teruk, mampu membunuh industri bola tempatan yang semakin mendapat tempat di kalangan orang kita ni. Kalau dah teruk sangat, tak bestlah. Dah tiba masanya pengadil ni kena diberi perhatian, takut kalau dengan ketidak adilan pengadil dan sikap tidak profesional mereka, industeri bola tempatan akan terkubur macam dulu-dulu


OKEH

Tunggu perlawanan seterusnya, Kelantan lawan Felda pulak pada 19 Mei ni. Harap dapat menjadi juara liga mengatasi Selangor. Gomo kelate Gomo!

gambar kredit TRW 


pss : Vote vote vote untuk BEST INTERNET GOOD AWARD kat sini

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

21 ulasan:

Unknown berkata...

urm, family anna rmai asl dr klntn, but now kami skluarga menetap kat n9... agak tk sokong cara org kita yg mcm tu...

Imran@Copenhagen berkata...

tak pe, kalu seri pasal pengadil berat sebelah ok lagi..teruskan berjuang red warrior dlm match lawan Felda nanti..Gomo Kelate Gomo

muhamadsufian89 berkata...

dekat U ramai je budak kelantan. tapi takde la ramai sgt yg bermasalah ni. kebanyakannya sangat ok kalau berkawan dgn diorang. kebanyakan orang suka membuat spekulasi sebelum mengkaji tentang sesuatu.

alia zarfullah berkata...

Sabar jela. Sepatutnya satu malaysia tak ada sifat sifat macam gini. Tapi sebab tournament punya pasal kan. Haish.

joegrimjow berkata...

@Anna Azam

jangan agak2, terus jgn sokong org camtu

joegrimjow berkata...

@Imran@Copenhagen

yeah
harap2 dapat 3 mata

tengkorakemas berkata...

part mcm tu yg aku tak gemar..ukhuwah lebih penting dari segalanya..

aku rasa, kalau liga inggeris, trademark dorang mesti boo je..ke ada lebih dari itu juga, sila kaji hehe

joegrimjow berkata...

@muhamadsufian89

org kelantan baik2 kan

joegrimjow berkata...

@alia zarfullah

tournment, nak menang, tak puas hati. lumrah

joegrimjow berkata...

@tengkorakemas

boo dulu, kita hebat, sebab tu sampai bakar bendera

En. Epai berkata...

stadium selalu penuh..bila lawan dengan kelantan..

orang nak tengok aksi penyokong kelantan jer kut...

note: tengok bola bila rasa nak tengok jer...

lady-D berkata...

kesian bendera tu jd mangsa org2 yg berakal pendek..muak dgn pengadil yg tidak pndai mengadili perlawanan ni..

joegrimjow berkata...

@En. Epai

ku p nak tgok dieorg lawan

joegrimjow berkata...

@d_LA

kena masuk kelas balik ye tak

Unknown berkata...

sakit hati benar kalu tengok pengadil berat sbeloh ni... x kira la sebelah mana pon. tgk EPL pon sakit hati jgk bila ada pengadil gini.

Ayeem Jemain berkata...

pasal double standard tu ofcos lah sbb politikkan. media pro gov maa

faizsaaid berkata...

sukar jgk

Ewa Zallie berkata...

sy dulu sgt xsuke tgk bola sb kes cmni lah..pastu dh rea since seluruh peminat Malaysia xkire negeri dah kerjasama utk naikkan nama Malaysia..nih jd cegini nih yg rase nk bakoo tv ni.!mencik! sakit ati tgk sb owez tutup mata when penyokong negeri lain bt masalah.klu penyokong kelantan yg timbul masalah..tu dia 3hari 3mlm dok ulas bende same ;(

**sesape yg join stadium,sila jd mate2 yer.hehe
luckily we have internet, fb,twitter to share..at least ramai la jgk yg taw berite cmni.huh!

muhammad iqbal hakimi bin tahir berkata...

huhu..mainan politik..aku setuju kata2 ayeem..


aku harap ada yang terbukak minda dengan entri ni..

Lynn Matata berkata...

hidup dan matiku utk klate.. Hik2.. :) GKG!

Lynn Matata berkata...

hidup dan matiku utk klate.. Hik2.. :) GKG!

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW