Semalam, bukak je facebook, ada orang tag gambar bawah ni. Apa lagi, bersemangat aku join sebab kiranya antara orang terawal. Baca dia punya syarat pulak senang, tag dan dapatkan 10 like akan menang. Hadiah pulak domain free. Hah, terus masuk dan paksa kawan2 like. ayat paksa tu yang tak berapa best tu. Tapi nasib baik paksa pun mereka tetap support (ooh thank u very much) jadi jugak antara 10 terawal
TETAPI!!!!
Semalaman aku pikir nak guna domain apa yang bagi ni, pagi tadi nak register, baru perasan yang domain yang diberi .name.my. Mati-mati aku ingat (name) tu nama domain kita, tapi name tu memang sekali dengan my kat belakang tu.
Contoh yang aku ingat - joegrimjow.my
RUPA-RUPANYA - joegrimjow.name.my
kah kah kah. memang tidak stylo. Patutlah depa bagi free. Memang marketing terbaik dari ladang lah. Tapi takpelah, sebab barang free, kita telan jelah. Yang tak puas hati tu, semalaman tu pikir nak guna nama domain apa, haiissh, buat penat pikir je. Last2 beli sendiri yang domain .my tu yang mana harganya RM66. kan aku dah cakap depa punya marketing hebat. haha
Favourite product
Dah alang-alang tulis pasal exavytes ni, join terus contest dieoranglah. Sekarang ni ada contest yang tengah dijalankan yang mana hadiah yang ditawarkan dengar khabarnya lagi banyak dari peserta yang join. kekeke. apa lagi, join teruslah walaupun entry ni macam sindir-sindir gitu. peduli hapaaa aku! Jadi, dia suruh review 'favourite product' kat exabytes. Nak tahu produk2 yang best, boleh tengok sini, bahagian promotion
Register domain .my for 5 years
Tak nak cakap pasal hosting ke apa sebab aku selesa dengan hosting justhost sekarang, yang mana lebih murah dan lebih efisyen dari mana-mana plan hosting kat dunia ni (di bayar oleh mat saleh untuk tulis ni tau, kekeke sekali lagi) cuma yang menarik kat exabytes ni adalah harga domainnya yang murah.
Contoh untuk .my
kononnya nak tunjuk semangat patriotik dengan memilih domain .my ni, harga yang ditawarkan oleh exabytes sangat murah sekarang. Dulu RM 120 untuk setahun, tapi sekarang hanya RM 70. dan kalau korang ada duit lebih, terus register untuk 5 tahun terus, harga RM70 tadi jatuh pada RM66 sahaja. Murah kan? sangat murah - ni tak sindir ni, memang murah
.my ni memang mahal sikit dari .com ke, .net ke, so harga yang ditawarkan tu memang berpatutan. Aku suggest yang memang patriotik tahap gaban register terus untuk 5 tahun. baru dapat penjimatan lebih gitu.
Okeh, itu sahaja review 'favorite product' dari exabytes. untuk usha lebih lanjut, korang bleh check kat sini. Happy shopping kat exabytes ya semua
pss : dah vote aku untuk Best Internet For Good Award? vote kat sini okeh
pss : dah vote aku untuk Best Internet For Good Award? vote kat sini okeh
14 ulasan:
dulu aku ada nak beli tapi kan.
dia mintak comp reg number. wattah.. .my kot.
so aku kensel.
la.. tak boleh blah jugak marketing dia ni rupanya..
@topo
lupa nak gtau hadiah domain tu RM 10
@syafiq
xpernah beli lagi, just register baru
td beli pon pakai kupon
tak best langsung .name.my!haha
burok pn burok la..tp klu klu free amek jela..
aku ada mintak psng iklan dorg kat blog, tp kena reject sbb bounce rate tggi sgt kata si charles tu. yg lawaknya aku sndiri xtau apa bounce rate tu..haha. skrg bru tau.
pastu dia suh join benda ni la..adei~
@encHIx laNDax
sbb tu bagi free
hehe
@phycrewz
hehe, kena letak video banyak2 baru ok kot
oh mahal kot. baru je beli domain .com dari exabytes dgn harga promotion, $1.99 je. tapi dari exabytes singapore la. bukan malaysia. heheh.
domain yang aku guna sekarang pun dapat free je dr exabytes SG, time tu ada contest macam ni jugak. like photo kat fb. tapi .com la, bukan .name.my okayy. wahhaaa! xD
@slay
cehhh
ni yg buat jeles ni
hehe
hohoh pandai diorang berniaga..
owh .com lagi murah ke? kalau ada domain sendiri mst nampak lagi pro kan? huhu
@Ain Zulaikha
,com lagi murah dari .my
Exabytes Domain Fever is back.
Get a Domain from RM 0.99 tomorrow morning at 9am sharp.
exabytes [dot] com [dot] my/services/domain/domainfever.php
Don't worry, whetehr or not, even your hosting is free or not, we will sure be giving you our best service. :)
Catat Ulasan