Morning Girlsss!!!
Duk perhatikan, dah semakin ramai kawan perempuan aku yang dah start pakai tudung. Kawan online, ataupun kawan kat luar, semua yang dulunya tak bertudung kini dah slow-slow menjinakkan diri start pakai tudung. Bagus, sangat bagus
Aceceeh, bergambar nak tunjuk mata je |
Luck or Karma
Entahlah, aku nak komen kenapa perempuan tak bertudung - sedangkan terang tang tang - hukum bertudung tu wajib (aurat) - tak kena jugak sebab aku tak pernah menjadi perempuan. Daripada tak bertudung kepada bertudung ni merupakan satu hijrah yang sangat besar dan takde sesiapa yang bukak hati tu untuk bertudung melainkan DIA - Allah s.w.t. teruskan bersyukur ya
Sebut pasal hidayah ni, kita tak mampu nak bagi hidayah kat orang. kalau ada anak nama Nurul Hidayah, bolehlah bagi kan? Tapi ni bukannya Nurul Hidayah (nama orang bagi yang lambat) tapi ni adalah petunjuk dari Dia untuk berubah. Jadi, adakah ini nasib baik atau hukum karma?
Luck - Nasib baik
Ni yang baru je start bertudung ni, abang joe nak tanya sikit ni, kenapa agak-agaknya Dia pilih kamu dari kebanyakan perempuan di luar sana untuk berubah dari tidak pakai tudung, kepada terus bertudung. Kenapa agaknya? Patut fikir benda ni dan kalau fikir mendalam, betapa bertuahnya kamu yang dipilih untuk menerima hidayah dari dia
Karma - what u give u get back
Ni yang baru je start bertudung ni, abang joe nak tanya sikit, kenapa kamu memilih untuk bertudung dari tidak bertudung? What u give u get back. Apa yang kita buat, kita dapat balik. Mungkin masa korang tak bertudung dulu, selalu tolong orang, tak kira orang susah ke, orang tak susah ke, semua nak tolong dan orang yang menolong kamu tu yang selalu mendoakan supaya kamu menjadi insan yang baik. who knows? korang jelah yang tahu
Tak kiralah sama ada hukum karma ke, ataupun bernasib baik, bersyukurlah sebab kamu sekarang dah bertudung =)
What the next step?
Aurat tu bukan terletak di rambut, tapi seluruh tubuh kamu. Aku rasa bagi perempuan, cabaran nak pakai pakaian yang menutup aurat sepenuhnya berbanding nak bertudung je atas kepala, cabaran pertama tu jauuuuh lagi susah. So kepada yang baru start bertudung, jangan tunggu lama-lama untuk menutup aurat sepenuhnya. dah boleh start beli baju baru untuk beli pakaian yang bukan bersaiz adik, tapi saiz korang, dah boleh start beli seluar yang tak ketat yang menampakkan punggung dan peha, pendek kata yang menutup aurat sepenuhnyalah
Rilek la abang joe, slow and steady. nak berubah kena slow2
Slow and steady vs Fast and consistent
Bagi yang ada pemikiran macam tu, aku syor baca komik arnab and kura2 versi panjang ni (link) Dah terbukti, bukan dari cerita dongeng sahaja, yang cepat dan konsisten akan menang dengan yang slow and steady ni. Nak berubah pun, kena cepat2. baru boleh menang. Wokeh? Apa-apa pun, joegrimjow akan mendoakan terbaik untuk korang. woho!
Okeh, sampai situ saja dulu. Hipotesis hari ini 'Semakin ramai bertudung, semakin gembira hati joegrimjow' wohoo
pss : baca seterusnya Busana Muslimah Vs Busana Melayu
20 ulasan:
mmg ramai yg dh bertudung..tp jgn bertudung sbb nak iku fesyen yeeee:-)
@Peri PiA
=)
@fecha
tak bertudung sebab nak ikut fesyen pon ramai
Bagi CIk Ila,hidayah tu perlu dicari,bukan ditunggu2,kalo tunggu,entah bape thn lg nk smpai,itu pn kalau sampai la hidayah tu.
Lagi pn,org yang tak bertudung ni,alasan2 diorang tetap xleh guna pakai.Alasan yg sllu dgr,diorang msti akan kata..
" At least,walaupun aku tak btudung,aku baik..Belum tentu yg pakai tudung tu baik2 semuanya!"
Ni alasan tak boleh diterima.Senang je,kalau jumpa org buat alasan macam ni,tanya dia,kalau esok mati,macam mana???
Alasan2 mcm tu tak masuk akal.Bukan apa,kita bukan tau orang tu dr segi dalaman baik or jahat,lgpn,bertudung tu mengelakkan fitnah..
Cth: Kalau ada kes kecurian dan di kawasan tu ada seorang yg btudung dan tak bertudung,sah2 la org akan tuduh yg tak bertudung tu yg curi..
Terang2,imej dah jd kotor wlaupun sbnarnya,dia baik..haha..
Sekadar pendapat,lgpn,Cik Ila phm situasi ni memandangkan Cik Ila pn golongan yg baru "berhijrah" jugak..Syukur pd Tuhan yang melembutkan hati..
part tak leh blah, 'abang joe nak tanya sikit'.
haha..
ok, 'adik rubi nak jawab banyak' :P
perlu sentiasa memperbaiki diri dan berubah ke arah kebaikan...
New Entry: Pemandu Lelaki lebih ramai terlibat dalam kemalangan
@Cik Ila
thx for sharing
=)
@rubi @ cawan2
kekeke
adik ruby nak jawab ape?
nak pakai senang..nak maintain tu ssh.
@zahidah dihaz
itu yg perlu
@Puan Capa
ingat pahala dosa
senanglah jadinya
Bertudung vs free hair?
Free hair + tudung kot. hehe
alhamdulilah dah masuk 7 bulan sy bertudung.
baguslah joe nampak apa yang gb nampak jugak. :)
@Myaby
wohoo
cite skit pengalaman
@gadisBunga
kite sama2 nampak
kita pon ade jgk prncangan nk pkai sbb mcm da tua kn xinsaf2 jugak haaa...huhuhuhu..
cara aku tengok perempuan tu tutup aurat ke tak :
tengok kaki die..
walaupun die pakai baju besar pun dah tutup bagai, tapi kaki tak pakai stokin. aurat gak tuh..
pandangan aku la kan..
saya bertudung tp yet kaki masih tak berstokin... mmg majoriti prmpn yg b'tdung msh x tutup kaki. i'Allah, saya akan cuba utk tutup semua. amin44x! doakan saya!
alemaakk. bab stokin tu yang kantoi lagi . tanam azam dlm diri : improve,improve !
Catat Ulasan