Share

Menamatkan zaman U terlalu awal

Mesti teruja kan bila dah habis SPM? Aku tak tahu dah habis ke belum, tapi rasanya tahun ni tarikh SPM pelik sikit, macam panjang dan lewat sangat je. Heh, kesian orang yang duduki SPM tahun ni, tak boleh nak merdeka awal-awal. Bulan 12 ni dah patut boleh khatam baca komik, dah boleh tengok cite korea berulang-ulang, dah boleh merantau ke semua shopping complex dah, tapi sebab SPM tak habis lagi, tak boleh lah jawabnya. Sila jangan lupa untuk khatam quran la ye =)




Lepas SPM

Aku bukan nak cerita pasal SPM, tapi lepas SPM tu. Atau yang lebih tepat, zaman U. Perghh, dengar nama U ni, memang dah macam orang dah matang gila dah ya. Macam kalau masuk U ni ‘freedom’ tu dalam genggaman dah. ye lah, nak study bila nak exam je, keluar outing hari2. hehe. Bestlah kan zaman U ni. Aku rasa aku sangat bertuah, sebab aku ada pengalaman semua duduki U ni, dari IPTA, IPTS dan juga Uni luar negara. wahaa, macam dah tua ye tak?

Kat U dah takde class dah, ada dewan kuliah

Kebiasaanya, lepas SPM ni, sistem pendidikan kita suruh masuk persediaan dulu. Ada yang masuk Kolej, ada yang masuk maktab, ada yang buat STPM dan ada yang buat foundation. Aceceeh, yang buat foundation ni kira advance la ye, masuk U awal sikit. Tak lupa juga yang buat diploma dan golongan inilah yang paling stylo, masuk U sangat awal!

Degree

Untuk dapatkan degree di Malaysia ni, memang umur kena tua sikit. Aku cerita pengalaman yang paling mudah ek, kawan aku yang belajar di UiTM dulu dah dapat degree seawal usia 22 tahun dan yang paling lewat, yang amek perubatan lah, apa lagi. Kalau yang belajar kat UIA atau Oversea, lagilah lama. 25 tahun baru dapat degree. huh, lama gila kot!

Pengalaman U Joegrimjow

Cess, nak jugak cerita kan? Mestilah ini blog peribadi kan? heh, ok, aku start masuk kolej matrikulasi melaka pada usia 18 tahun. Sesudah melepasi zaman percintaan yang rumit di kolej, masuk pulak UiTM Shah alam dalam bidang sains aktuari. Eh, bukan akuarium ok, kalau kat kg, makcik2 kat tepi rumah selalu sindir, nak kerja apa amek sains akuarium ni, bela ikan ke? penjual ikan ke? sangat pedih telinga mendengar ye tak? tak pelah, anggap dieorang tak tahu. Duduk 2 bulan di UiTM Shah Alam, MARA panggil untuk buat twinning program. Wohoo, bunyi macam gempak kan MARA panggil. padahal result bukannya 4 flat 5 flat 10 flat pun. kekeke. Maka aku terima offer tu, ye lah, study oversea beb, mesti sanggup punya walaupun kos yang ditawarkan adalah engineering, bukannya kos yang aku amek masa tu. memang terpesong 180 darjah!

Maka bermulalah kehidupan di IPTS yang bernama British Malaysian Institute BMI. BMI ni bukan body mass index ya. hehe. Kat sana ramai yang konpius, aku buat apa? buat persedian ala orang gila bijak dalam bahasa saintifiknya. hehe. kenapa? sebabnya persediaan sekali buat dengan tahun pertama. haaa, gila pelik kan perjalanan U aku, tapi takpe, jadi jugak manusia aku sekarang ni. tu yang penting kan? Lepas setahun kat BMI, maka sambunglah ke Uni of Sheffield yang penuh dengan perempuan comel lote macam gadis2 area pasir mas kat kelantan. kekeke.


Menamatkan zaman U terlalu awal

Nanti next entry aku cerita pengalaman berada di U ni untuk tatapan adik2 tersayang. aceceh, abang joe ni kan suka berkongsi dan bila nak menaip pasal peribadi ni, cepat je tangan. blog macam tu lagi best. heh. Ok, sekarang umur aku 22 tahun dan dah dapat degree dalam kejuruteraan elektrik. Pelik ye tak, aku bukan budak lompat, bukan buat short course ke ape, tapi camne boleh habis seawal usia 22 tahun.

I am 22!!

Aku pun pelik sebenarnya. waha!

Gila panjang mukaddimah, yang aku nak cerita adalah pasal menamatkan zaman U diusia awal. Bagi aku kan, zaman yang paling best adalah zaman rumah tangga. ehhh, silap. zaman yang paling best adalah zaman belajar di U. fuuuhh, memang berada di U saat yang sangat menghiburkan. Aku kalau boleh patah masa, nak jugak berada di U, tapi berada je lah, taknak dah belajar-belajar ni. hehe

Ramai yang aku jumpa lah, mesti cakap tensen la zaman U ni. Kena buat ini lah, kena buat itulah, kena jumpa supervisor lah, kena study exam lah, kena buat projek inilah. Macam-macam lagilah. Cuba korang dah habis U nanti, haa, masa tulah baru korang tahu betapa susahnya hidup mencari rezeki ni! kan kan kan?


Bukan sekadar segulung sijil

Bagi aku dan kebanyakan kita sudah tahu, masuk U ni bukan sekadar untuk dapat segulung sijil saja. Haaaa, dah tahu, kenapa nak tensen-tensen? Kat U lah paling banyak ilmu yang boleh kita garap. Tak kira dari kemahiran berkomunikasi, keusahawanan, insaniah, sosial cista (cess) dan pelbagai lagilah. Melalui apa? melalui program. Nak dapatkan kemahiran ni, bukannya lecturer yang bagi, tapi kita yang cari. Sebab tu aku sangat tidak setuju yang belajar di U sibuk dengan urusan pelajaran je, cubalah sibukkan diri dengan urusan lain, mesti kehidupan U korang akan lebih bermakna dan manis gitu


Zaman U juga ramai yang tensen sebab pasal awek. haaa, cuba angkat tangan sikit sape yang belajar di U sekarang dan ada awek? haaa, tengok tengok, betapa ramainya. ish-ish-ish. Sebab tulah aku rasa korang tensen. Kenapa tensen? sebab pasal aweklah! Tak pasal-pasal masa kena bahagi antara pelajaran - awek - kawan2 - program2. Eh, baru perasan yang zaman U aku, tak pernah pun bercinta gila2. gila loser kan? tapi ramai je yang minat dengan aku. wohooo, back up balik (kidding2)

No women no cry, no man no manipulation

Ayat nak canggih je kan? Dapatkan ilmu selain dari ilmu yang belajar di dalam lecture, ramai yang gagal buat. Sebab tu bila dah habis semua satel, gagal dapat kerja. Kehidupan pun tertekan, maka berlakulah kebejatan nilai sosial yang semakin lama semakin menghakis entiti keharmonian kesejagatan ummah manusia. pergh ayat! Ramai yang memilih untuk bersenang di zaman U. maksud bersenang tu, tak isi masa yang sangat banyak itu dengan program-program yang berfaedah. Aku rasa dari orang yang takde awek zaman U dengan orang macam ni, orang macam ni lagi loser kot. hehe. jangan marah

Mana kaitan dengan tajuknya???

laaaa, aku ni nak menulis pasal menghabiskan zaman U diusia awal. tapi duk cerita pasal benda lain pulak. aigooo. sebab dah macam panjang dah ni, aku cerita lain kali lah. heh, macam-macam betullah joegrimjow ni. tak suka i! Cuma bagitau sikitlah, apa kesan habis zaman U awal ni, SANGAT BEST!!!

Done =)

Selamat hari selasa semua

pss : tidur keseorangan di putrajaya malam ni, ada orang nak teman?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

67 ulasan:

miephobia berkata...

tapi zaman U yang paling relak sekali jika nak banding dengan zaman matrik dan spm. :D

Tanpa Nama berkata...

asal abg ammar ehsan dah 22 tak abis ag. prg laen kah~

Tanpa Nama berkata...

seronoknya kalau zmn u plg relax, sbb duk mktb xrelax pn. uwaaa

Mama Zara berkata...

salam..mama pun dpt degree umo 22,
kawen umo 23, dapat anak sulung umo 24, anak no.2 umo 25..

express :)

aMy berkata...

Tu laaa rindu zaman blaja2 dulu. lepak2 kat dewan kuliah, study2 kat library. kelam kabut masuk exam tak jumpa kat dewan kuliah mana. wala memory2.

None berkata...

ha'ah pelik, awalnya joe abes ngaji U, tapi memang best zaman U, masa tu lah nak gipang(gila pangkat) dalam mana-mana event...haha=p, pengalaman itu berharga..=0

Nadiene berkata...

course aku 4 tahun bro even lpsn dip.. so lg 3 thn utk nilmati zmn takde duit, huyuh

joegrimjow berkata...

@miephobia

sangat stuju

Azah berkata...

ooo my zaman U is soooo boring...
program2 yg ada pun is soooo x best... x de hati nk join...

hmmmm.... jeles nye...

joegrimjow berkata...

@maCy

persediaan dia 2 tahun

joegrimjow berkata...

@Mama Zara

ni sangat2 express ni
huhu

joegrimjow berkata...

@Green Apel

gi pang ek
ahaa
perkataan baru tu

joegrimjow berkata...

@fiDooo

serius
amek kos ape

oshinz berkata...

kawan saya, umur die 22 tgh wat master sekarang ni. tinggal lagi 1sem. supppeerrr cepat kot. bebas daripada pelajaran tu satu nikmat tapi zaman belajar la paling seronok utk dikenang.

Mama Zara berkata...

@joegrimjow

cara xpress ni applicable utk girls je, hehe....utk guys x digalakkan, kena kerja kumpul duit dulu kan...kalo tak, mana nk dpt fulus nk pinang anak dara orang..ahaha

cOnfuSeME berkata...

xpuas je rase ble abis stdy awal..confuse xdpt nak rase sepenuhnya jadi stdnt u nih..ye la skung kje smbil blaja..laen sgt2 feel tu..huhu..

cOnfuSeME berkata...

xpuas je rase ble abis stdy awal..confuse xdpt nak rase sepenuhnya jadi stdnt u nih..ye la skung kje smbil blaja..laen sgt2 feel tu..huhu..

Lyla Ibrahim berkata...

bila time study komplen biler larr nak abis study nih...
tp bila dah abis study komplen rindu larr plak kat uni...
huhu...

I still have 2 more years in uni...
gonna make full use of it...

Tanpa Nama berkata...

ko tua setaun dr aku!
so ko memg tua!
ahaks!

zOuL.MzMn berkata...

hahahaha...ujung bulan 12 nie tamatlah perkhidmatan aku kat minitry of finance..dapat tawaran blaja kat uitm lagi..

tapi aku dah lewat skit nak grad nanti...yelah skunk nie dah 22 lepas nie 3 tahun lagi..hopefully dapat buat fast trap pun ok...

lambat ke cepat tamat x kesah..yg penting enjoy time kite blaja tue jew...

Dyna Yvonne berkata...

mmg best abeh u awal.hehe...saye abeh degree 22 thn.kje lbh kurg sthun then smbg master.now 24 thn.hampir tamat gak.tgh tgu viva.hehe..

>_<

Oasis berkata...

Pengalaman sewaktu belajar mmg seronok. sampai sekarang kita akan sentiasa mengenangkannya. Wahh.

wHoSeNa berkata...

sep..samela..ak habis pun 22 thn jgak..tp sbb program 3thn jer...huhuhu..no wonderla abis cpt..twinning rupenye..peliks gak engineering abes cpt..oversea plak..=))

btw..sokong sgt2..zaman u (degree) adlh zmn plg sesuai m'cari smua kemahiran (soft skills)..bkn setakat msk kuliah kuar kuliah...dan yg tade pacar time u bknla loser..=))

norsakinah zainol berkata...

aahah , SPM tahun ni habis lmbt

20 dis baru habis
tpi saya dh lame habis . we

umie halim berkata...

yup pengalaman d U amat2 lah besh,,
kenangan p0nteng cluz,, lepak2,,

p/s; kak saye pernah 1 class gam awk d uitm shah alam,,,

zarifahmr berkata...

haah kan abg faridzul, grad awal cam tak best je. (ok dah biase panggil nama penuh kat sekolahh -__-)

em tapi apepun kalau ade rezeki nak sambung master terus. kwn2 pun ramai yang terus sambung. isk isk

ok yang last tu gedik nak berteman bagai keh keh keh

Blog Eazy Izzuddin berkata...

eazy pun dapat degree nti pada umur 22 hehe
same2..
xD

geeds berkata...

will be graduating when i'm 23. 2 more years to go. lps tuh takde da mak bapak nk anta monthly allowance. haha.

faiz berkata...

pe cerita pasni joe? Kerja ka Herbalife? huhu..boleh la sponsor gathering pasni..

lalink7 berkata...

woww..kalau rindu apa salahnya sambung masters pulak joe..best2..hehehe =))

joegrimjow berkata...

@0sh!Nz d' sen0r!ta

sangat2 super tu

joegrimjow berkata...

@cOnfuSeME

keje sambil belajar ada jugak feel belajar tu

joegrimjow berkata...

@-ROCKprincess-

memang
klu xnanti menyesal
;)

joegrimjow berkata...

@Lelaki Ini

ahaa
itu petua xleh pakai tu
hehe

joegrimjow berkata...

@zOuL.MzMn

sambung masters ke ape?

joegrimjow berkata...

@Dyna Yvonne

wahh
gud luk for viva

joegrimjow berkata...

@wHoSeNa

xde pacar xloser kan
hehe

joegrimjow berkata...

@umie halim

lorhh
sape name die?

joegrimjow berkata...

@Eazy Izzuddin

wohoo
samelah kite ye eazy

joegrimjow berkata...

@geeds

welcome to real life
waha

joegrimjow berkata...

@faiz

erk, dh kerja la ni, herbalife full time
hehee

Anna Da Lady berkata...

betul tu.zaman yg paling best adalah zaman Uni.Kita yang plan sendiri apa yg kita nak buat. Takde sape kacau kecuali lecturer la :)....tapi, kalau kita salah plan, kita yang tewas.hahaha

Hasrol Nizam berkata...

sekarang bila dah kerja, ramai kawan aku berebut2 nak sambung belajar balik. tension kerja katanya..

Pendapat anda?
Dalam hidup ini, kadang-kadang

Eda Latiff berkata...

saya nak blk zaman U..balik je la..xmo blaja2 dah...ahaha..

tapi impian tinggi nak gapai PHD...aaa...cane tu??...

Mrs Nurul berkata...

TAMAT DEGREE, BELAJAR LAGIK..JUMPA U LAGIK HUHUHU

noorafzan berkata...

saya pun matrik melaka juga dulu.
dan grad dalam kejuruteraan mekanikal masa umur 23!
lewat setahun je pun kan kan kan.

tapi tak la segempak joe study kat oversea.

Unknown berkata...

la..abg joe student UiTM ke Sekejap..
wah..bru taw.. :)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

mak aih baru 22 ker???

hahaha....

ingatkan dahhh........

LynnAiza berkata...

@Green Apel

btol tu..pelik btol joe boleh abes awal..jeles apatah lagii..nak jugak ikot jejak langkah..hihiihi

Wan Gerrard berkata...

yup zaman U la paling best..macam-macam benda baru buat masa ni, memang enjoy abis..hehehe alamak nak dekat abis, mesti rindu2 nt

zaty berkata...

eh ehh,, saye pon budak bmi jugee,,dah grad ke kat sheffield?

nurawanees berkata...

~zaman u dulu la zaman pling best=),pegalaman seumur hidup...dpt kenal mcm2 jenis manusia...

geekz36 berkata...

zaman U seriously terbaik dari ladang. baru matang sket dan cuba mencari hala tuju masing2.

Jangan lupa vote No. 383 /// Pilihan 10
Undi No. 383 sekarang!!!
Muchas Gracias !
Kop Khun Krap !
Arigatô gozaimasu!

mieza_zains berkata...

da grad?
kre da blk mesia ke skrg?
cpat sggh..

tinta emas berkata...

Hidup ini bagaikan satu pelayaran.. bahtera yang kita kemudikan sentiasa akan dilambung ombak dan badai.. mampu kah kita bertahan hingga kita sampai ke perlabuhan.. oh Tuhan, kami hambaMu yang lemah mohon perlindungan.. tunjukkan lah kami jalan yang lurus agar kami sampai ke dentinasi harapan..

Mama Zharfan berkata...

age is just a number-- apa yg penting, the way u live ur life!!

ahmadhiSyam berkata...

"Aku kalau boleh patah masa, nak jugak berada di U, tapi berada je lah, taknak dah belajar-belajar ni. hehe"

sgt setuju dgn kata2 ni. dh xsanggup nk bukak buku! haha

nk tengok budak 7 tahun rap ala2 eminem? jom2!

Chyeah - He's MattyB

syarifah radiah ibrahim berkata...

yup zaman kat u la yang best
kena hargai betul2
nanti dah kerja mesti rindu zaman kat u

bella dela rosa berkata...

i finished my degree at 21.;)continue master at 21 too.huhu.but pelik u amek engineering can finished early.;)
btw abis belajar awal agak tak best haha because of macam tak layak je nak keja dengan orang besar.T__T

tidak dikehendaki berkata...

teman ni kalau amik degree tamat bila umo 26. :|

Tanpa Nama berkata...

skrg ni benda biasa je kalau dpt degree umo 22.

~cAhAyA kEmUL!aAn~ berkata...

ak ade degree umur 21..
lompat msuk kmm 1thun then amek course 3thun..
anda igt sye d kmm dlu tuan ydp??
(mcm ko knal ak..aha)

Aslina berkata...

@fiDooo

samaaa... wat transfer pun tak serupa transfer... hahah... sebab struktur course sangat belit2... jap ini bleh amik... jap takleh... jap kene drop... jap clash kelas... adoyai... dugaan betul...padahal engineering je pun mcm org lain...

NHAR berkata...

betul2. kalau sebut sains aktuari, ramai yang buat muka pelik. sampai ada orang tersasul sebut sains jual kuali. penat nak kena terangkan bagi depa faham satu2.

Tanpa Nama berkata...

[url=http://iphone4sunlocked0.webstarts.com/]iphone 4s unlocked[/url] Before deciding which sort of sites to trade links with you need to think of the sort of people that are going to be interested in purchasing gold watches What sort of people will they be Try and put yourself in the shoes of your customersGold watches are a luxury item and arent cheap The people you want to visit your site and the people who are most likely to make a purchase are going to have a good disposable income, and income they are willing to spend on expensive things What other products would they also be interested in purchasing The first thing that springs to (my) mind is designer clothing [url=http://iphone5unlocked0.webstarts.com/]iphone 5 unlocked[/url] Look the URL of the website to see it is indexed or not2 You can boost your situation by linking to high quality sites Some search engines consider and analyze your outbound link such as inbound links May be outbound link is not as effective as inbound links but, those can improve your situation http://azareschl.cabanova.com/.
[url=http://cheapiphone50.blogspot.com/]Cheap iphone 5[/url] With the increased popularity of golf, thanks in most part to the arrival of Tiger Woods on the scene, the teaching techniques and availability of teaching professionals has increased tremendouslyI would strongly recommend that lessons are the way to go Golf is a sport which requires muscle memory for a repetitive swing Once your swing techniques and mechanics are ingrained in the subconscious, it will be harder to correct if you do not learn properly at the onset Having the proper basics is crucial for learning to play the right way [url=http://wholesaleiphone50.webs.com/]wholesale iphone 5[/url] Chapter 13 bankruptcy is for individuals, or small business owners, who want to repay their creditors but are in financial hardship Chapter 13 normally protects individuals from the collection efforts of creditors and permits those who are filing to retain their real estate and personal property It also provides means so that the person can pay his or her debts through reduced paymentsA trustee works for both parties and will usually come up with a three to five year payment plan which offers to pay off all or part of the debts owed The trustee will also calculate how much the debtor can afford to pay each month which is that amount above necessary living expenses.

Tanpa Nama berkata...

iphone 5 unlocked This is the true key to maintaining optimal muscle, tendon and joint balance on both sides of your body This allows for enhanced golf swing power without a large increase in swing effort In addition and more importantly, you will keep your body equal on both sidesThe program must include several key compound stretches Compound stretches elongate several joint areas at the same time which will mimic natural movement patterns cheap iphone 16gb It really is Dre headsets ' try to deliver almost all customers the perfect songs http://rbonmuxi.cabanova.com/.
Cheap iphone 4s The report also discusses the market structure, current and past market performance and factors critical to the success of the concerned industry in ChinaAccording to our recent research report Vietnam Housing Forecast to 2013, the housing industry in Vietnam is characterized by massive housing shortage and offers ample scope for developments The residential housing spending in Vietnam is expected to rise significantly in coming years As per our estimations, the spending on residential real estate is projected to grow at a CAGR of around 6% during 2010-2013However, the market is not free from challenges and underdeveloped housing finance system is one of them It is estimated that nearly 65% of urban population do not have an access to affordable finance for housing construction or renovation Cheap iphone 4s Today to engage in the actual party is unavoidable for the workplace ladies It appears that women wish to wear footwear fashion, for example high-heeled footwear, also unavoidable When they wear high heel pumps to some normal existence, maybe their legs were really tired Consequently , you might have a few recognition whether or not you need to do possess some innate habits that make a person more inclined in order to excel in performing and in the films second An individual like your self who might be thinking about being a good acting professional or celebrity, for making a try from it on the bigscreen, you should think about getting acting courses You will find acting methods which can be discovered in an helpful setting Naturally , with regards to performing lessons like a prelude in order to attempting a profession on the bigscreen, you will need to make sure that a person associate yourself having an experienced as well as reputable acting college or acting trainer.

Tanpa Nama berkata...

[url=http://pinkfoampositess.blogspot.com/]pink foamposites[/url] He will get help from veteran newcomer Dale Davis Roster moves were minimal this season but those that were made should be key to the overall success for the team this seasonThe only things that could possibly hold this team back would be key player injuries or team members failing to adjust to Saunders style of play You can rest assured that the team wants to take the title this year badly, so it is rather doubtful that this team will not give it 100% Yet, injuries are unpredictable and this could be the only way that this team is stopped [url=http://foampositesforsalenew.webs.com/]foamposites for sale[/url] You'll never be the same after you've read and digest this book If you're like me you'll find yourself reading it over and over! You can find this book at online bookstoresAnother solid book on marketing is Jay Abraham's "Mr X" book This 376 page book distills several decades of the marketing know-how of Jay Abraham http://charlesshippingshoes.webstarts.com/.
[url=http://scottiepippenshoess.weebly.com/]Scottie Pippen shoes[/url] Just make sure you have the patience to fill out the long surveys and keep detailed records so you can remember to cancel your free trials before you get charged Also, you can fill out surveys to make a dollar or two which are completely free Ive made about $400 with this sitehttp://www [url=http://nikecb340.blogspot.com/]nike cb 34[/url] However hang the wooden shoe moulds on the girth within the woods Ram recently had an spectacular client list, through small children towards youthful along with out-of-date The foible looking Hari Bhai was your shoe manufacturers earliest close friendWith a triumph on the SAN Antonio spurs fifteen points on the embarrassing 6 straight, contrary to the clippers usually do not calculate with regard to bad outcomes inexpensive nba jerseys John and small mo to earn 69 factors, end up being the clippers earn the spurs number 1 leading man However for griffin, this, since the clippers Renaissance as well as title expectations, he also need to develop faster For any second quality not in charge, fifteen points, 9 rebounds look poor But he or she is griffin!!!!! Skilled 09-10 season lengthy heavy, griffin towards the clippers Low cost NBA Jerseys and also the outside globe a big shock.

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW