Share

Happy bestday to my..... =)

Berkhatan adalah satu peringkat kehidupan yang perlu dilalui oleh lelaki yang beragama islam. Sebenarnya  berkhatan dari segi sains perubatan mempunyai banyak faedahnya dalam menghadapi jangkitan kuman dan diwajibkan lelaki islam untuk berkhatan merupakan satu bonus di dalam agama kita. 

Menceritakan pengelaman berkhatan ini, sudah pasti masing-masing mempunyai pengalaman sendiri yang cukup best. Musim cuti sekolah ini, memang memori berkhatan terimbas kembali, bagaimana aku menjadi seorang dewasa dan sudah boleh kawin... ya, sebab sudah berkhatan!


ayah : kito jawi deh  
joe : sakit ko?


ayah : srupo keno ketik semuk  
joe : ok, deal. cepatlah, tok sabar!!


Ingat lagi, tahun lepas itu adalah aku perlu duduki UPSR. Nak tak nak, aku perlu disunatkan/dikhatankan/dijawikan untuk mendapat title lelaki dewasa. Dulu pendapat aku, bila dah berkhatan ni, mesti kita akan jadi lebih macho dan diminati oleh kakak-kakak yang comel belaka. jadi, perlulah berkhatan kan?


Malang memiliki kakak yang ambil jurusan perubatan, melihat sendiri gambar-gamar dalam buku bagaimana budak dikhatankan malam sebelum tarikh keramah untuk dikhatankan, STIGMA terhadap khatan ini sudah berubah. 


INI BUKAN MACAM KENA GIGIT SEMUT!!

INI SEOLAH MAHU MENEMPAH MAUT!!


Keesokkannya, mulalah pelbagai alasan dibuat. Mula-mula sakit perut, lepas tu pening kepala dan akhirnya sakit kaki! Teruk jugak kakak aku kedua yang tunjukkan gambar kat aku tu kena marah. huh, aku masih ingat lagi ayat yang keluar dari bibir ayah aku 'bakpo tunjuk gamba sebenarnyoh? takut la adik tu!' Gambar sebenar? oh nooo, sebenar seperti ini.....



WOOOHHHH


Agak lama proses pujuk memujuk aku yang ketakutan itu berlaku. Dari menjanjikan akan bawa aku jalan-jalan sehinggalah membeli kereta tamiya berserta enjin supaya aku boleh kalahkan abang aku, semuanya ditabur. fuhh, memang tercabar dan perasaan takut mula hilang dan gambaran jalan-jalan, kereta tamiya mula difikiran

apa lagi, teruslah aku dibawa ke klinik!

Dipendekkan cerita, maka selesailah proses menakutkan itu dan aku sudah menjadi dewasa =)

Pesanan abang joegrimjow kepada budak-budak yang mahu disunatkan/dikhatankan/dijawikan

sesungguhnya, berkhatan itu sungguh sakit! Bayangkan, anu adik-adik ditarik dan digunting oleh seorang yang bukan kerjanya pegang gunting. kalau tukang jahit, ok lah jugak, ni yang tak pernah pegang gunting mahu gunting! gunting pulak senjata kita pulak tu!! eeeiiii, sakit sangat ok! masa dia zarrrpppp gunting tu, perghhhh, macam dicocok-cocok. dia cakap pakai ubat bius, huh, tu propaganda je, masih sakit. adoyaiii, habis lah!!! 

takut? 

jangan takut, sebab itulah prosesnya kita menjadikan senjata kita lebih berbisa. wohooo!!!

Welcome to real man life!!

Gambar seorang Hero yang penat 'berjuang'


pss : happy bestday to my...... hihik. adik dah besarrrr. 5/12/1999 in memory =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

54 comments:

annadzirah said...

kahkah.
proses untuk menjadikan senjata lebih berbisa eh?.
wahwah.

Hamli Sanai said...

Haha, lawak2~~

Azrul Hisham said...

amboi...ayat bukan main lagi ye..haha :)

joegrimjow said...

@annadzirah

bisa bonaa

Tuan Din said...

nanti boleh sembelih ayam!!!
joe, mlm nie jadi ke?

neyra shazeyra said...

aduh aku gelak2 sorg2 dlm blik haahahhaa

suffer8zine said...

hekkk pon boleh, adoyaiii

Terkini : Ini Fakta Bukan Auta | Jom Sertai GIVEAWAY Lumayan

sekuk tawa said...

muahaha lewat tol ko bersunat..

siti aida said...

erk....agak sengal disitu. lawak ok. ingatkan ape la tadi..upenye...hehehe

Shaofie said...

lalala. best gak cerita tuh. welcome welcome to real man life. hahaha.

jemput ke blog, ade contest. jom join!!!

Mat Gebu said...

Tuu diaa...jangan nakal2 nanti bentan..erkk...

amar haziq said...

hahaha...

dulu2..masa kecik2

aku terpaksa bersunat walaupun aku tak nak

sebab ayah aku garang

aku takut dengan ayah aku..;)

=>

http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

Dyna Yvonne said...

keh3..lucu2..

ferdaus al-adney razlan said...

happy bday to ur ... hahah.. sengal..

menjadikan senjata lebih berbisa.. :)

Hasrol Nizam said...

ayah aku marah beli keta tamiya tu. sbb dia ckp kena lari2 nak kejar kereta tu.haha

pendapat anda
perlu ke word verification ni blogspot?

AiNiey Bariyyah said...

chubby gak ek, joe dulu2..hehe (^_~)y

Wan Gerrard said...

haha ingatkan ape td..adik dh dewasa 11 tahun nampak =P

Stalker00 said...

Hahahahaha..
siot gile psiko budak2 baru nak khatan...

maCy said...

1999 maCy 9 thn.. um, ank sdare macy y beso kecut, y kecik relax. huhu

-ROCKprincess- said...

haha...
tahniah2 to adik ek...
skang nih anak tue baby lagik parents dah bwk berkhatan...
kan2???

FarhanaDr said...

Subhanallah.. Lambat sket nak pick up besday sape laa.. Rupenye.. Selepas bace netry ni.. Selang 5 minit baru nak paham.. Adoiiiii..

sofi said...

kelakar ko ni joe, x pernah kak sofi baca entri gelak macam gini..hehe..

shera haifa said...

lawak2x..wink2x~~

Fatul Akrul Ramli said...

haha.. lol

SyahmiFikri said...

sgt lusyah yer.. tapi nice en3.. sgt berbisa,, hahah

Cieri said...

sengaaaaaal r entry ni

no name said...

adoi....aku ingtkan beday sape lh....aku ingt ko nk wish beday kt awek ko skali...hahaha lawak

nursarah puteri biru said...

KAHKAHKAH!

gelak besar baca entry ni. Lol

♥-- emieysandra --♥ said...

spoil la kakak pi tnjuk gambar tu pulak..adik suko doh dgr hok mcm ketik semut ni ;p

Muslimah Optimis said...

salam alaik...kelako la eden baco tulisan ekau eh... tapi menarik

nadey said...

SUPO KENE KETIK SEMUT

HAHAHAH MMG LAWAK....

cik EPAL said...

alaaa abang joe. kita takut la nak kena sunat ni nanti. takut nak tengok muka tok mudim.

liela said...

i da gelak mcm kuntilanak baca ur blog.hahaha

cik SYANA'S @ I-cha comel said...

heeee..lawak lucaz...mcm bukan abe joe jee...hikhik.....
"guna moto milo yee" =D

arebue said...

skarang sunat x mcm dulu dah huk..huk

Yaniey said...

Selama ni slalu jd silent reader jer, skrg saje nk komen2, xsabar nk tunggu herbalife, tgk joe dulu bulat jer, skrg dh kurus, yaniey pn nk jugak..hihi

~I'm d one yg order smlm:) ~

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

pengalaman dan cerita anda sgt menarek untuk dikongsi dengan msyarakat sekeliling mengenai budaya Islam harus berkhatan !

haha. nice for the last pic.. dh besar looks so different, mungkin kesan dr berkhtan.. lol;D

amry said...

Ni kena letak besar-besar tanda "BACAAN HANYA UNTUK KAUM LELAKI SAHAJA" hehehe

ザ-sylver-shooter said...

adik-beradik?

furdunesia

Johari Hamzah said...

haha.. aku ingtkan birthday saper la di.. :)

Farihah Ahmad said...

oke. happy belated.

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

slm kenal...
tak pa...nanti leh kumpul duit byk2 sakit sikit ja dpt duit byk..hehehehe..hapy besday to adik...

Skype Crew said...

haha..klu ade bdk2 yg blm berkhatan lg baca en3 ko ni joe alamatnya mmg xbkhatanla dorang...

pict last skali mati2 ak igtkn tu ko mse kecik..haha

zonaku said...

hehehheee...... sangat ngeri ok!

aku tgk live in action, siap kene tlg doc lagi... mmg x mo dah!

pastu ada y datang minta ubat.. aku nk tlg camana? tahan sakit jer la adik2 yer

akmalhilmi said...

adeq da besar
hahahaahha

/Dayah//Nurul/ said...

comelnya adeq tu jo. mmg memori lah, hiks, nangis ke tak kena sunat :D

Oasis said...

selamat berkhatan...

lalink7 said...

hppy bufday..hahaha

nur said...

haha.. tajuk entry ni kene letak 'kejamnya berkhatan' la kot..
sian budak2 yg baca ni kang..
ALL IN ONE

awjan said...

ofismate sumer pasrah tgk cikwa gelak sorang2 kt opis..aduii lawak laa joe nihhh

Norfa Lyana said...

menjemput abg joe untuk berlakon lam filem saya.. hahahah

http://since-8-july.blogspot.com/2010/12/andai-aku-seorang-pengarah.html

Izzat Aziz said...

haha aku ingat lagi lepas aku berkhatan, ubat bius tu masih lekat lagi.. tak rasa pape.. aku jalan je selamba keluar hospital.. last masuk kereta baru terasa menjerit tiba..haha

piNky LuCiA said...

eiii..

dak eina said...

ingatkan besday sape tadi...hahahaha!

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW