Share

Ibu bapa terlalu memilih menantu

Salam,

Sembang malam ahad. Akhirnya berjaya juga aku tak update blog semala 72 jam!!! ok, sebenarnya gagal. sigh.... Memang tangan dah gatal bila tak update blog ni. Macam ada kurap je kat tangan gatalnya. Last-last, update jugak. haha. Tapi takpe, kita update topik yang senang dan mesra gitu serta dekat dengan masyarakat kita


Soalan : Pernah jumpa dengan pasangan suami isteri yang terlalu memilih soal menantu?


Ini soalan rambang, kalau ada, maka entry ini lebih dekat dengan anda. Kalau takde, boleh baca sebagai persediaan untuk jumpa kelompok manusia seperti ini. ahaa, jom kita pergi dengan lebih perinci


Ibu bapa yang memilih

Ibu bapa merupakan orang pertama untuk dirujuk bila sudah ada peneman hati. Eh, aku tak cakap pasal gf bf ok, sebab apa kelas bf gf ni, takkan kekal lama punya! ceit, biarlah pernah jugak dulu kan? hehe. Ok, apa yang aku rujuk adalah seorang lelaki dan seorang perempuan yang berkasih sayang dan mahu menuju secepat mungkin ke alam rumah tangga. ahaa, itu dia! Apabila dah berkenan dengan pasangan masing-masing, bukan sahaja ibu bapa sendiri yang kena rujuk, tapi juga ibu bapa pasangan anda!

Ibu bapa mana tak sayangkan anak

Taktik memahami ibu bapa mertua ni juga boleh di google dan macam-macam tips dan skill yang ada disenaraikan. erkk, dunia dah canggih sekarang ni, google saja =) Memang agak teruk kan bila kita dah berkenan gila dengan seseorang tu, dan setuju nak kahwin dalam masam terdekat, tiba-tiba ibu bapa pasangan kita tak suka. perghhh, hancur berkecai. nak nak pasangan kita tu jenis yang ikut kata ibu bapa dia, senang-senang saja clash!


Ok, kita kena faham yang ibu bapa kat dunia mana pun, walaupun planet pluto sekalipun, sudah pasti dia mahukan yang terbaik untuk anak dia. tak kira lah lelaki ataupun perempuan, mesti nakkan yang terbaik untuk anak dia. Alah, cuba kita duduk dalam situasi mereka, mesti kita nak yang terbaik untuk anak kita kan? Cuba yang mintak nak kawen dengan anak kita tu pakai motor kapchai, datang mintak nak kawen dan bayar hantaran duit rm 2000 tu pun berhutang, mahu dibagi? aigo kata orang korea


Jadi macam ni, untuk kita masukkan diri kita dalam golongan disukai oleh bakal mertua, nak tak nak kena ada sekurang-kurangnya 1 dari di bawah ni. Ada semua, lagilahhh disayangi!


  • Keturunan - Ahli keluarga kita dari yang 'baik-baik'
  • Beriman - Boleh jadi imam pun dah cukup
  • Berduit - Dah ada pekerjaan sendiri, pun dah cukup
  • Umur - Ada yang taknak jurang banyak sangat... yang penting menantu xleh lebih tua dari dieorang!
  • Rupa - tak hensem atau tak cantik? dah start kena beli pencuci muka dah. kekeke


Ok, list kat atas ni disusun tak ikut turutan. Maklumlah, hati manusia ni pelbagai, ada yang suka duit dari agama, ada yang tengok keturunan darah dari muka tak hensem pun takpe. macam-macam lah. Tapi tengok ni 4 tu, RUPA, haha, ada ke yang nak menantu hensem je? Hehe, kalau ada, ok lah sebab hensem atau cantik tu kan subjektif, kenalah kita jaga penampilan kita dah sekarang, banyak pencuci muka di pasaran ni. erkk, pencuci muka menambahkan hensem ke? tatau tatau =)


Kepada ibu bapa pula

Janganlah terlalu mengongkong anak kita untuk mencari pasangan. Dah 20 tahun lebih jaga anak, takkan tak yakin dengan pilihan anak sendiri. Lainlah kita jaga anak pun ala kadar, anak tak sembahyang kita tak pukul, anak tak kerja kita bagi duit, anak tak hensem kita buat pembedahan plastik (erkk???) tu memang agak cuak untuk anak buat keputusan sendiri kan. Yang penting, orang paling utama atau pelakon utama dalam teater ini adalah anak kita, bagilah can kat mereka untuk buat pilihan

Jangan tunggu lama-lama, kawen terus =)

Pengaruh drama melayu tu nak cari menantu yang hebat-hebat tu, kita letak kat tepi je lah. Pendapat akulah kan, nak tengok pasangan anak kita tu serius atau tidak, dia akan usahakan aturkan perjumpaan antara famili masing-masing. keluarga dia jumpa dengan keluarga kita. Haa, bila dah awal-awal lagi dah buat tu, memang boleh nampak pasangan anak kita tu serius.

erkk, 'kita' macam aku pulak dah ada anak =)


Oklah, sampai itu sahaja perbincangan kita. Kalau nak tambah, pengalaman ke, pendapat ke, sila-sila jangan segan. Maklumlah, mesti ramai blogger yang macam aku ni, yang dah nak ke alam perkahwinan perlukan tips-tips dari blogger yang dah kahwin. kekeke. 


pss : lepas entry ni nak buat tajuk susulan 'gempak' sikit. hehehehe

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

42 ulasan:

suffer8zine berkata...

ehem3 bro, nk ke jinjang pelamin ke ni?

Terkini : Blog Pilihan Malaysia 2010 | Burger Daging Ular

faizalnizam berkata...

kalau memilih tu yg baek2, takpe la kan. :) ibu bapa mesti mau yg terbaek utk anak2 dieorang.

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Bila bace ni.. Berangan laa kejap bila laa peluangnye nak jumpe mak ngan pak mertua.. Lalala.. :p

joegrimjow berkata...

@suffer8zine

eh2
xjuga

joegrimjow berkata...

@Fyzal

terlampau memilih susah juga

joegrimjow berkata...

@FarhanaDr

haha, ape lagi, joom

Azah berkata...

tahniah... bunyi cam org bahagia je..
aku... tunggu mak bapak carikan je..
senang cerita.

Puteri Iqa Izyan berkata...

hati tuh penting..

solat lagi penting..

hormat org tua..

muke hensem pun nak jugaakkkk.. huahuahua..

bila lah princ charming nk dtg neh....=.=

Puteri Iqa Izyan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ARieF berkata...

bgus point2 kt atas tu..

smueenye boleh diusahakan..
cuma rupa tu eje xboleh nk wt ape..
pkai jelah produk kcantikan..
hehehe

dak eina berkata...

joe nk kawen nnt jgn lupa ajak! eh tetibe :P

Ibu Ammar berkata...

kalau dah plan ke alam kawen, takkan la tak serius plak.

yang dibimbangkan patutnya si boyfriend yang duk kepit ngan si anak dara ke sana kemari tapi tak gsk ajak kawen. tu mungkin bukan calon menantu tapi takut2 calon hantu je.

amar haziq berkata...

aku suka tengok drama melayu
biasanya bakal mak mertua mesti nak menantu yang kaya raya..

tapi tu dalam drama melayu lah..haha
dunia realiti aku tak pasti macam mana
sebab aku anak sulong..tak ada lagi ahli keluarga yang kahwin

=>

http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

Marhaen Kacak berkata...

rasanya memilih ni dah makin kurang dah... pasal dah banyak anak dara/bujang terlajak... biasa kalau ada orang nak anaknya, terus jalan jer...heheh... kecuali yang berada sket la...especially anak lelaki..

Hikayat Marhaen Kacak - Blog Info Kesihatan Mata dan Peglihatan

umi_halim berkata...

hehehe,,, suke entry nie,,,
joe dh sampai seru ee??
ape p0m saye nk jadi oram 1st,,
selamat pengantin baru,,,
lalalala~~=P

BaKuL berkata...

nah ni ada cerpen pasal menantu and mak mertua.. hohoho

http://www.facebook.com/HBaRiaH#!/note.php?note_id=132067873517121

Jimie SC berkata...

ak da agk dh..msti ko xleh tahan pny joe..mst akn terupdate jgk..hahaha..

Alhmdulillah, parents ak ok. xmemilih dia pny menantu..hehe...

Ble ak gtau hr tu dorang on jer..huhu

Drama melayu nie kdg2 ok tp kdg2 xblah..ak pn dh jrang sgt skang tgk tv kecuali klu bola..haha

Nuffnang Sabotaj Aku

Adziim berkata...

Joe, nanti anak kau nak kahwin kau kena update entry "interview menantu."
Haha~

Aslina berkata...

aisey... selalu kene reject kot sebab aku skang da takde mak ayah. mak ayah pasangan plak mcm pandang slek je bile cakap aku nih anak yatim piatu. cesss...

***punca clash #2***

Atiqahtuty berkata...

mak tak bagi kawen. tak habis blaja lagi hik2

lady-D berkata...

mmg kene pilih..xkan nak rembat jer kan tp jgn memilih sangat...haippp !dahla tadi time mkn tgh ckp pasal jodoh yg x muncul2 lg ni..kawin oh kawin..lagi sebulan nk msk thn baru..risau risau risau !

KE berkata...

berbalik pada tajuk entry tu.

biasanya kalau ibu bapa tak setuju ada sebab dia. bincang elok-elok sebab kenapa tak setuju.

biasanya ibu bapa akan bersetuju dengan pilhan anak-anak. melainkan jenis ibu bapa yang rejek menantu kalau tgk hidung tak mancung.

eiela berkata...

kalau mak ayah tak susah susah jugak nih, seeloknya bincang baik-baik dgn diorang slow talk dulu. tapi kalau dah takde jodoh tuh, redha je lah. setiap manusia nih dah ditentukan pasangan dia cuma lambat or cepat je.

Latest Entri :
Tagline Blog? Perlu Ke?

rizal jabai berkata...

alamak...mak kawen kan aku...huhuhu

Din berkata...

kesian ana klu terlalu memilih..sadis2..

syarifah radiah ibrahim berkata...

rasanya sekarang ni dah tak ramai mak ayah yang memilih

tapi yang memilih tu mesti diorang tau apa yang terbaik untuk anak2 diorang

The lady berkata...

ibu bapa aku sporting je ! hahaha yela tu.

Zinedine Zaiddin berkata...

Mak bapak mana x sayangkan anak. Sebab tu kena pilih2 juga..sebab kalau ape2 hal jadi, last2 anak dia akan datang balik ngadu macam2. Serabut, serabut! XD

Linlin berkata...

terlalu memilih x patut gak. kang ank sendiri tua x kawen2.

tp ank2 pun kena dpt restu mak ayh jgk.

Unknown berkata...

joe ni cam nk menuju ke arah sana jerk...jengjengjeng XP

Tanpa Nama berkata...

salam Joe,

aku tak dapat contact handphone hang.
aku fauzan, student master USM. pernah beli Herbalife dengan hang, dan pernah jadi ahli under hang.

ingat lagi??

aku nak beli herbalife kat kelantan, siapa yang boleh di contact?

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kay- berkata...

hihihihii...;))

joegrimjow berkata...

@Azah

bleh caye ke ni
hehe

joegrimjow berkata...

@ARieF

ada banyak kat pasaran
pilih saja
;)

joegrimjow berkata...

@Marhaen Kacak

terlajak?
hurm2

joegrimjow berkata...

@Adziim

erkk
dah pernah buat dah
hehe

joegrimjow berkata...

@eiffel

jang jang jang
wahaa

atok berkata...

mcam ada ura2 je joe hehe

Zumar Mariah berkata...

kalau mak bapak yang pilihkan bakal menantu kira macam terlalu memilih menantu jugak lah. kan?

akubiomed berkata...

Orang tua zaman sekarang lebih sporting kalau dibandingkan dahulu kerana memberi kebebasan anak-anak mereka memilih pasangan mereka. Selalunya orang tua akan memastikan yang lelaki itu berkerjaya dan perempuan dari golongan baik-baik :-)

Cieri berkata...

yang paling takleh blah,dan menyakitkan hati,bila mak bf(now ex laaa) suruh putus. siap suggest a few others girl lain lagi.kenapa?

coz I am a Kelantanese.
bila tanya2 around,member2 perempuan lain pun ramai yang sama. tak disukai mak bf sebab orang kelantan. salahkah kami jadi ore kelate.kelate besh apo.

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW