Salam,
Semalam, lepas main-main futsal dengan 30 lebih blogger yang lain di Shah Alam, ada terdengar kisah AC Mizal dari Beautiful Nara. Tak pasti apa kisah sebenar, maklumlah waktu berblog sangat suntuk. Pagi ni ada broadband, baru boleh 'siasat' kes sebenar. Terima kasih pada Kak Jie yang post link yang menarik ini. Aku nak ulas sedikit saja, untuk ketahui lanjut mengenai gelang AC Mizal dan Epic SCAM tu, boleh baca di pautan ini
Tak 100% aku setuju dengan penulis di blog tu, maklumlah dia anti MLM dan syarikat yang aku join (bukan JOINT, LOL) sekarang (Herbalife) adalah berasaskan MLM. Sudah pasti aku sokong cara Herbalife berfungsi. Tapi mengenai sistem MLM yang digunakan oleh AC Mizal Konsortium ini, aku sangat bersetuju yang ia memang SCAM!!
Banyak aku baca buku dari Paul Zane Pilzer dan rumusan yang boleh aku buat, bagi rakyat Malaysia yang sangat-sangat inginkan kekayaan dengan menyertai apa-apa syarikat MLM ini, ada beberapa perkara yang korang boleh tengok supaya tak jadi macam kes scam ni
1-Syarikat dah berusia 10 tahun dan keatas
Lesen untuk perbaharui syarikat MLM adalah 5 tahun sekali. Kalau dah genap 10 tahun, maknanya syarikat tu dah perbaharui sekurang-kurangnya 3 kali. Boleh dikatakan produk syarikat tu menjadi dan diterima orang ramai. Kurangd ari 10 tahun tapi janji nak bagi berjuta-juta, BAIK TAK PAYAH!!
Herbalife : dah 30 tahun
2-Keuntungan syarikat 10-50 juta setahun
Memang penipu besar, kalau mana-mana syarikat yang menjanjikan juta-juta kepada distributor tapi keuntungan syarikat sendiri tak diberitahu. Tak jujur. Korang kalau ada orang promote kaw kaw pasal MLM ini, tanya berapa keuntungan syarikat berapa. Tak leh jawab, suh depa p check balik dan datang dengan bukti kukuh. Kalau mana-mana syarikat nak dapat 10 juta pulangan setahun pun tak mampu, jangan harap korang nak jadi kaya dengan syarikat tu
Herbalife : tahun 2009 - 3.8 Billion USD. Tahun ni anggaran mahu cecah 5 Billion USD!!
3-Keberkesanan produk - Testimoni beribu
Sangat penting untuk korang yang memahami mahu jual produk, mestilah ada ramai testimoni. Makin raai testimoni, makin berkesanlan produk tu dan makin senang korang nak menjual. Lagi senang, pastikan yang nak jual produk MLM tu jugak pakai produk yang mereka jual!! Biar testimoni datang dari sendiri mereka! kalau dieorng pun tak pakai tapi sibuk nak jual, kirim salam je lah. Lagi satu, kebanyakan produk MLM di Malaysia ni, ada testimoni tapi tak banyak. Alasan, masih baru. kalau join masa baru ni, untung lagi banyak. haha. ini ayat nak perangkap. MLM yang berjaya, korang join lambat pun, tetap akan dapat untung. Cayelah! duit korang, sangat penting!
Herbalife : 68 juta testimoni diseluruh dunia ( aku sendiri turun 12 kg dalam 3 bulan!)
******
Ok, terdetik aku tulis entry ni pasal family aku bincang pasal MLM ni dan mereka tanya balik betul ke tindakan aku buat Herbalife sebagai full time. Sebab tu aku tulis benda ni sambil bagi sikit kesedaran kepada semua, MLM bukan bisnes cepat kaya. TAKDE! MLM yang dakwa akan jadi cepat kaya, memang mengarut. MLM adalah satu bentuk bisnes, Conventional bisnes ada cara dia, MLM juga ada cara dia berfungsi. Tapi jika mahu dibuat perbandingan statistik, lebih ramai yang join MLM jadi cepat kaya berbanding dengan conventional bisnes dan lebih ramai yang join MLM gagal berbanding conventional bisnes. Fair and Square. u buat kerja, u dapat lah duit!
*******
Entry ini bukan mahu kutuk AC Mizal Konsortium, tapi lagi elok mereka jelaskan sendiri dakwaan yang dibuat berdasarkan bukti yang sahih. Aku ambil electrical engineering dan project final aku semiconducter dan jangan cakap gelang tungsten dapat sembuhkan apa-apa penyakit! Bagi produk, aku serahkan kepada mereka untuk jelaskan dengan lebih terperinci sebab aku sendiri kalau ada orang jual gelang 1 k, hahahaha, aku gelak je lah dan bagitau, 'i dah sihat dan takkan pakai gelang untuk sihat' wakaka. cuma aku akan cakap dari segi cara mereka berniaga
Ini Plan A, ada lagi Plan B. Untuk plan A ni, tidak payah cari orang, tidak payah promote barang. Cuma bayar RM 10 000 dan dapat 20 gelang (aku rasa harga sebenar gelang tu RM 70 seutas, kekeke) dan TUNGGU sehingga turn anda muncul untuk dapat bonus RM 18 000. WOOOOWWW
MODAL : RM10,000
Anda akan menerima produk Gelang Tungsten yang bernilai RM1000.00 sebanyak 20 utas. Anda akan didaftarkan dalam AC Konsortium dan layak menunggu giliran BONUS PAKEJ A
Kamonlah, aku pun tak tahu kenapa begitu ramai yang percaya dengan skim macam ni. DANNNN, penguasa di Malaysia tak tahu ke yang benda macam ni penipuan semata-mata. Tak perlu dan tengok lebih-lebih, tengok ayat 'menunggu giliran' tu pun dah tahu penipuan tengah diada-adakan. aduss. Yang bertambah sedih, sekarang hanya ada 940 orang ahli yang berdaftar. let say 940 x rm 10 000 = RM 9 400 000 (9 juta, banyak jugak tu!!) telah dijana oleh AC Mizal Konsortium, agak-agaknya bilakah mereka yang dah berdaftar tu sampai giliran dibayar RM 18 000?? haha, Kamonlah guys, nak kaya dengan cara macam ni, totally SCAM!!! Dahla rantai entah apa-apa. adusss!!!
Produk Malaysia VS Produk Antarabangsa
Ok, ini adalah realiti atau fakta dan memang sangat menyakitkan untuk diketahui. 2004, ada lebih seribu syarikat MLM di Malaysia dan sehingga sekarang, hanya 400 ke 500 yang masih lagi berdaftar. Untuk produk MLM ni hasil buatan Malaysia, sangat senang untuk di pasarkan di Malaysia. Senang sangat nak diluluskan, tapi bila produk antarabangsa yang lain, GILA SUSAH!! Bukan nak pandang rendah pada produk Malaysia, tapi untuk mengubat penyakit, kembalikan kesihatan, awet muda dengan produk yang researchnya tak capai 1 juta pun, setakat testimoni beberapa orang yang dibayar, memang tak jadi! Yang aku pelik, produk yang memang dah cecah billion dia punya research, cukup susah nak dipasarkan di Malaysia ni walaupun harganya cukup rendah. Kenapa?? aku pun tak tahu. Katanya ada orang politik campur tangan. kotor gila kan?? now i agree why this type of politician is just another bull**it
Ok lah, itu saja. Kalau ada apa-apa pertanyaan atau sumber nak bagi, boleh emailkan kepada aku di joegrimjow@gmail.com. Kot-kot ada pelanggan AC Konsortium yang belum menerima duit ni yang dijanjikan ni lagi nak meluahkan perasaan, bolehlah roger2 ya.
God Knows Best
pss : ciri bisnesman fail - orang yang mengabai bini dan anak. AC, u should read this
pss : ciri bisnesman fail - orang yang mengabai bini dan anak. AC, u should read this
61 ulasan:
aku percaya herbalife :)
bro seriously aku ade baca sumber entri pasal ac ni, mmg membuka mata semua pihak la, mmg scam habis, cekik darah org melayu, ape la nk jadi, bila ditanya pandai penuh helah menafikan alasan itu ini la bla bla bla, agak2 x ;eh jawab terus delete pertanyaan tu, ape cer? ni semua agenda penipuan, konon la dakyah entah pape itu ni, mentang2 org atas semuanya artis,org bawah jugak merangkak2 nk mengkayakan org atas, siap guna hujan2 dari Quran lak itu ckp rezeki halal la itu la ini la, padahal scam, ape la hasat dengki sgt, bertaubat la,
Terkini : Mati disengat tebuan
;eh = *leh
hujan2 = *hujah
typo, human error
hummmmm AC AC AC aishhh mcm2 hal. pasal dia dapat Datuk tu pon kecoh dah org2 pahang berbicara
part last skali yg paaaaling aku setuju :P
aku memang malas nak terlibat ngan MLM ni.. biarlah tak kaya raya pon...hehe
org kita ni asik pk nak kaya cepat tapi dengan cara yg salah. herbalife mmg akak percaya dari dulu :)
yeah..... kebetulan ada baca gak pasal benda nie ...ada member share kat FB.... mmg sungguh tak disangka betul laaa
Bila baca kat blog tu AC kata ianya fitnah tapi ... takde pun dia buat kenyataan balas pasal post entry blog tue.... yang tahan bile bab TESTIMONI cawangan ENGLAND tue.... amik/edit ...ngeh3x...sungguh tak profesional langsung....
Info yg bagus..
DANNNN bukan penguasa kat malaysia tak tau...dorang pon pakat join bendealah ni..
haih..
aku percaye e-biogreen minyak untuk kereta sebab memang berkesan ak pakai=)
saya mmg tak percaya pun kalau yang jenis SCAM2 ni.
Kalau jual makanan kesihatan macam Herbalife barulah boleh caya kot.
Dulu DXN n LUXOR pun pernah naik tapi macam dah tak glamour skang ni.
ku suka sangat air kopi Ganoderma keluaran DXN. Sedap oh..
=)
tepok tangan laju laju. kali ni aku suke entry ko.
tepok tangan laju laju. kali ni aku suke entry ko.
hahaha .
betul juga , macam tak logik ac mizal punya ni .
tapi masuk paper wehh , orang kaya baru .
siap pakai kete mahal . biasa la . orang melayu kita .
saya buat MLM jugk..
Score A..
produk pendidikan untuk anak2 seklah rendah sehingga sekolah menengah..
review.. www.scorea.com..
ad ap2 pertanyaan boleh la kontek saya di osiris9895@gmail.com
kalo xusaha, cmne nk dpt untung kan...
jnji yg diberikan labur sekian modal, then duduk goyang kaki jer..xwat ape2...konon leh dpt untung...mmg penipu lah
betul ckp joe, Herbalife bukan mcm ni..br join xsmpai sebulan, mmg best lah produknye...dulu sakit kepala mmanjang..pantang stress skit..naik tangga pun boleh sakit kpala, penat n selsema lg..skng alhamdulillah dh lame xde migrain2 lagi n btenaga jer..
Org kita suka benda senang.Sbb tu ramai sengkek kne tipu dek SCAM and Skim Cepat Kaya yg kononnya jg adalah MLM>. People use the term wrongly and as for the impact, there are those seing it as something really wrong.
Herbalife gives us the right to sell their product yg mmg berkesan. with a given right way. etika. and helps us in organization. Prdct kesihatan yg dah terbukti, ada research centre bukan pakai beli kat Manufacturer China.
aku percaya MLM jenis yang product dier bile ko jadi ahli, ko boleh beli untuk kegunaan sendiri dengan harga lebih murah dan effective dari kedai runcit, eh, bukan kedai runcit la, tapi pasar raya. or hygenic. sebab aku ada masalah untuk pakai product secara suka hati, need to stick to one brand. contoh barang2 cni, cosway atau avon. ok, herbalife pun masuk sama. hehe.
MLM jenis merapu yang jual SATU barang lepas tu banyak tekan orang cari downline n kira untuk based on berapa orang kau bleh cari tu memang takleh pakai.
sape pegi join letak modal banyak2 tu aku hanya mampu ucap takziah la sebab kene tipu kaw2...
Aku percaya herbalife..gelang2 penyembuh ni kurang...ktanya ada sinaran ion2 la...susah bukti tak kukuh.
dn pling x prcya sbb anak bini tk dijaga elok2.
@Adziim
xde ion2 klu tungsten
@Adziim
xde ion2 klu tungsten
@Cik Agogo
kegunaaan sendiri tu yg terbaik kan
@Ann
satu lagi testimoni herbalife
=)
@afifamalibinothman
kenal bambang sudarman?
@fezaL Mohd
beli untuk masuk paper
kot
@noor afzan
kena cuba herbalife plak kak
@kisahsensasi
mula2 gelak jugak baca
tapi kesian sanggup menipu ke tahap tu
@Nem0 o0h Nem0
sangat bersetuju!!
thx for the link
@Ieda Al-Habsyi
nak kaya tanpa usaha
@blowie
untuk sindiran
aku buat MLM jugak.
produk ScoreA..produk e-pendidikan
byk bantu student2 buat part time. 4 more info FB:Mimi Saidi
sebab tu aku sokong Joe jual Herbalife!
:)
rasanya kalau macam, ni macam pusing duit aja, barangan tu hanya sebagai ambil syarat aja sebab susah nak tentukan harga barangan tu
ak stuju ngn ko joe...giler ke gelang harga ribu2. org giler pun xbeli gelang nie...
p/s: xde ke blogger yg join ac pny nie..nk jgk tahu pndpt dorang...
ak stuju ngn ko joe...giler ke gelang harga ribu2. org giler pun xbeli gelang nie...
p/s: xde ke blogger yg join ac pny nie..nk jgk tahu pndpt dorang...
ishhh...mesti AC ckp ramai mencemburui kekayaan beliau tu..hihi.. study dulu sebelum join any MLM :)
rezeki masing2...
~ DanieL AdiE ~
Serious Herbalife boleh turun kan berat badan? Nak cuba gak lah ;Pp
Salam bro,tak semua MLM itu teruk dan sayapun tiada masalah dengan produk MLm..sayapun pernah beli produk MLM seperti bio aura hai o..tapi untuk join business MLM, rasanya rezeki saya bukan di situ,.wifey pun dah beberapa kali dijemput kawan2nya dan kawan saya untuk join business Score A tapi saya dan isteri tak berminat untuk join....apapun,tepuk dada,tanya selera..coz terlampau byk sangat MLM menipu skangni, saya lebih selesa ambil langkah berjaga2..apapun, bro punya bisness nampak OK dan saya kagum dengan semangat usahawan bro..teruskan usaha....saya pun tengah mencari produk terbaik untuk kuruskan badan ni, mb one day ble jumpa discuss pasal produk ni mb?as a potential customer no potential business ya...hik3
hehe..apabila mnusia truja nk kaya cepat..MLM??msih kurg yakin bntuk sume itu..tp ustaz pnh ckp kalo ada barang hndk dijual, tu dikira boleh...
well said... good entry... welldone!
dulu memang pandang serong kat MLM bisnes ni..siap nyumpah2 kata tak betol..menipu je semua..mana boleh kaya senang2 macam tu je kalau tak usaha..hehe..
tapi bile joe explain detail ape sebenarnye MLM yang betul..baru terbuka sket minda..owh..bukan semua MLM macam tu..hehe..tapi betul la..produk antrabgsa lagi bagus kot kalau MLM ni..macam herbalife..teringin nak cuba produk herbalife..tapi tak mampu nak beli..huk3..
entry ni sgt berinformasi. thanks joe :)
terbaik joe! setuju, tak semua MLM tu tipu orang. antaranya herbalife..mmg stated clearly ada cara kalau nak jadi cepat kaya..iaitu kena kerja keras. banyak usaha, banyak la hasilnya kan..
takkan nak duduk saja tunggu duit datang bergolek...hihi..
thanks for this entry
me belum pernah try herbalife, tp me pernah guna jus diet mate, so me boleh buat testimoni ie kalau nak lose weight kena combine dgn exercise and betul2 jaga food intake selain amik jus diet mate or herbalife. betul tak joe?
@Mama Zharfan
exercise of coz membantu. tapi joe nye 1st month xyah exercise trun 6kg. jaga makanan je
@♥ Roshazzy Shag ♥
of koz boleh
68 juta dah berpuas hati
@Eyriqazz
anytime bro. nak jaga badan, herbalife paling elok
aku jual top up je.. tapi tak kaya sebab tak byk kaki.. hehehhe, tapi oklah.. untung berdasarkan berapa byk aku mampu jual...
best entry ni. nak minta izin copy boleh tak?
aku sokong ko.. AC Konsortium ni bagi aku bukannya x ble dipercayai.. tapi meragukan.. dan produk yang dijual pun aku rasa kurang kualiti.. Aku pernah lihat Telefon Bimbit Keluaran AC.. hampir sama mcm Telefon Bimbit keluaran China yang mudah rosak tu.. Huhu...
@KiMi HyDe
sila2
thnx 4 da indo.mmg dh penah bace b4 ni link aidid mu'addib tu.thnx2..
aku joint tuperware je..MLM ke tu???...hehehe
Joe, kalau hang boleh turun 12kg dalam 3bulan, aku kena try Herba Life ni. Woot. Harus !
Kena jumpa hang ni Joe, nak tanya pasal Herba Life. :)
amboi2 raafik nak kurus, joe apa tunggu lagi.
customer tunggu ni.
berbalik pada MLM, ku rasa aku patut bersyukur dengan apa yang ada sekarang. ye lah, takut yang dikejar tak dapat yg dikendong berciciran.
AKU SETJU AKU SETUJU BRAVOOO PMMMM JOE WAHHAHAH YANG PASTI MLM NI SEKADAR NAK MEROSAKKAN HUBUNGAN PERSAHABATAN DAN KAWAN KAWAN JE
MASA NAK PROMOTE BERIA IA BILA DAH DAPAT TINGGAL MCM SAMPAH WAHAHAHAHAH TIPIKAL MALAY
kerana nila setitik rosak susu sebelanga..sbb mlm yg scam mcm ni, nama baek sume mlm pun jd buruk..hehh~
sy juga join mlm..CNi to be exact..20thn sudaa...^_^
semua point joe sy setuju..and dh bc blog anti mlm tu..hehe..hanya mampu tersenyum...=)
nasib le ..mmg tak minat langsung ngn gelang2 nie..
yg gelang ni aku mmg dah skeptik lama... sume barang2 mlm leh dapat dari china dengan harga 10-20x lebih murah dari harga jual kat sini..
tu pasal depa leh wat MLM pasal margin giler besar!
lagi satu pasal permata hijrah... mende yg takde kesan dijual mahal2... kesian makcik2 kat kampung yang dah nak buta kene tipu bulat2 dengan orang islam sendiri..adesss
Sudah-Susahlah Permata Hijrah Trading : Jangan Menipu Umat Islam Lagi
Catat Ulasan