Share

Review : The Social Network

15hb lepas adalah tayangan pembukaan untuk movie The Social Network di UK. Satu cerita yang berkaitan dengan bagaimana facebook muncul di dunia. Bermula dari zaman Mark Zuckernberg di Harvard sehinggalah bagaimana Facebook sudah diterima umum sekarang. Sehingga sekarang, mereka sudah mempunyai lebih separuh Billion user dan begitu positif untuk menggenapkan 1 Billion user sebelum 2011


Aku tengok cerita ni pun sebab tertengok. Plan asal mahu shopping sebagai persiapan mahu pulang ke Malaysia, tapi tiba-tiba pening kepala, berat sangat rasanya, terus ke tempat wayang. eh, ada pulak cerita yang aku pernah buat review awal dulu, apa lagi, terus tengok!




Sinopsis

Ini sinopsis aku sendiri, pengalaman sendiri menonton. Nama tak dinyatakan tu maknanya dah tak ingatlah tu. Bermula dengan bagaimana Mark (watak utama) menggondam sistem di Harvard untuk memperkenalkan laman web socialnya. Setelah dia femes di Harvard kerana berjaya hack sistem disana, 3 orang pelajar sana cuba menggunakan khidmatnya untuk membuat social network Harvard yang pertama secara rasmi. Tanpa berbincang dengan lebih lanjut, akhirnya Mark membuat social network sendiri bersama dengan housematenya yang bernama the facebook. Laman social ini menjadi begitu terkenal di HARVARD dan 3 pelajar tadi mengambil keputusan untuk menyaman Mark.


Setelah gagal dalam kes menyaman Mark disebabkan sememangnya Mark tidak menggunakan apa-apa coding dari mereka, the facebook terus mendapat tempat di kalangan pelajar sana. Kemuncak cerita ini adalah campur tangan dari CEO satu laman web download MP3 secara percuma yang mahu bekerjasama dengan Mark untuk meluaskan empayar Facebook. Disebabkan jeles, housemate Mark akhirnya terasa dirinya disingkir dan housematenya inilah yang menyaman Mark sendiri.

Bagaimana selanjutnya? tengoklah sendiri. hehe


Bosan tapi bagus

Rating cerita ni aku bagi 4.3/5. Pelakon semuanya ok tapi mungkin jalan cerita agak lembap menjadikan ia tidak sebagus mana. Walaupun begitu, dengan kekuatan facebook sendiri, sudah pasti teruja untuk mengetahui kisah bagaimana laman social yang kita guna setiap hari (hampir keseluruhan) ini berkembang. Memang agak stylo dan memang Mark seorang yang genius. Sebab itulah dia boleh jadi orang termuda di dunia yang bergelar billionaire.


Kenapa facebook femes?

Perkara utama yang aku rasakan facebook diterima umum adalah disebabkan ‘kekuatan’ facebook itu sendiri. Dengan friendly user, banyak applikasi menarik didalamnya ditambah pula ramai kawan kita mendaftar, kita pun turut daftar sebab tak mahu ketinggalan, misi untuk cecah 1 billion user pasti akan tercapai. Dalam cerita ni mungkin kita akan ketahui bagaimana facebook berjaya mengatasi dan meninggalkan jauh pesaing awalnya seperti myspace dan juga friendster. Yang aku tak sangka, friendster ni pun disebut-sebut dalam cerita ni. haha, tak sangka glamer jugak friendster ni ye


Benda lama vs idea baru

Pengajaran yang aku dapat dari cerita ini adalah ‘idea baru’ Memang dari dulu aku tercari kenapa Myspace yang begitu maju ketika dahulu boleh kalah dengan Facebook dalam pertandingan social media web ini. Cerita ini menjawabnya! Inovasi yang ada pada sesuatu benda itu mampu memberi impak yang sangat besar. Contohnya mahu menjual kerusi. Walaupun sudah ada pelbagai jenis kerusi di dunia ni, apabila datang sati inovasi baru, ternyata ramai yang akan mengejar kerusi yang bersistem baru ini. Walaupun ia kerusi, inovasi yang orang cari. Sama juga dengan Myspace dan Facebook. Bagaimana Facebook mencipta banyak benda baru yang tiada di dalam myspace, sebab itulah ramai yang gunakannya!


Nuffnang dan The Social Network

Tayangan di Malaysia bermula pada 11 November. Memang agak lewat berbaning tarikh awalnya iaitu 1 oktober di US dan 15 Oktober di UK. Jadi untuk melihat lebih awal berbanding orang lain, boleh ke laman web Nuffnang untuk menonton antara yang terawal di Malaysia iaitu pada 1 November. Tak rugi masuk sebab hanya perlu komen. Tak payah buat entry macam ni pun. Jom usha (klik sini)

Dah tengok bolehlah buat sinopsis sendiri =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

22 ulasan:

Unknown berkata...

Dah lama tunggu filem ni masuk Malaysia.. lambat plak kali ni.. tapi mmg teruja nak tau kisah Mrk Zuckerberg

joegrimjow berkata...

@Faisal Reza

join contest tu r klu nak menang tiket
=)

ah Gee.!! berkata...

stakat info.,bleh arr ikut perkembangan...

tp kawe stiLL "no" to fB.. tok sapa seru lagiih... hehhehhee

nur berkata...

wah dia dah tengok rupenye.. nak tahu gak bagaimana facebook ni boleh berkembang
ALL IN ONE

joegrimjow berkata...

@mR Gee.!!

hehe, xpo, laye blog pon sedap

joegrimjow berkata...

@nur

jawapan mmg ada kat sane

- zuriey - berkata...

bila tanyangan kat malaysia ni..

joegrimjow berkata...

@- zuriey -

11hb11

denaihati berkata...

aku tunggu movie dua alam pecah panggung 40juta...ha ha ha

attyfir berkata...

kty ada gak terai tinggalkan komen kt nuffnang tuh

Mindbreaking berkata...

macam best sesangat citer ni, da msuk contest nuffnang tu...kalau bertuah dpt g tgk...

suffer8zine berkata...

nmpk mcm best ni!


Terkini : Unicorn Wujud?

HAZRIL HAFIZ berkata...

joe..buat r sinopsis sampai habiis,,hahaha

Matjoe berkata...

agree with denai hati. aku tunggu 2 alam bebanding cerita ni

atok berkata...

cite bwat fb pon ley jd filem hehe

Sharif John berkata...

Facebook pun ada cerita

hysman berkata...

fb pon jd citer.... jap lg fs n myspace pulak.. adehh gawattt...

joegrimjow berkata...

@bUdAk kEnTaNg

fs n ms xde org nak buat kot

joegrimjow berkata...

@HaFizRahMaN.com

xleh, nanti xsuspen
hehe

Cik Ruby berkata...

ending ? ending? teheee ^^,

halawatunnisa' berkata...

muvi ni memang kisah benar ke?

Sheherazade berkata...

dulu kawan aka cupid me n hubby buatkan friendster utk i...memory weh

Fb buat sendiri,wah sudah maju =))

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW