Share

PRANK : Konspirasi Fida Aishah + Ariffshah + Kon GengBlogger

Salam,

Semalam boleh tahan lawak jugak entry dari kawan aku izuan pasal brisbane gurl, fida aishah. Memang tergelak sakan aku baca. tergelak sebab baru sampai tahap ketika ni, baru ada blogger yang mendedahkan identiti brisbane girl ni. Lepas entry tu, mungkin sebab aku komen, adalah yang bertanya ini dan itu. hehe. sangat cute la korang ni! Siap bagi link youtube ni, print screen msg dengan dia, bagi link gambar fake die, gambar artwork orang dan tak pasal-pasal inbox aku jadi penuh! Ok, entry ini walaupun tajuk prank, tapi isi kandungannya, sila baca habis. kerana korang yang meminati brisbane gurl itu yang akan terkena prank nanti!!


Sejarah awal


GengBlogger memang hasil tangan kon, seorang lelaki yang berbadan kecil yang tinggal di damansara. Memang dia merupakan antara developer internet yang sangat otai di Malaysia. Cuma dia memilih untuk tidak reveal dirinya di khalayak masyarakat. Sebab itu ramai yang tidak mengenali dirinya secara mendalam. Gengblogger.com adalah hasil kerja dia yang paling berjaya setelah kes yang hampir buat dia mati dahulu. Kon dulu macam aku, suka reveal diri, letak gambar sedang masak, letak gambar sedang merokok, dan macam-macam lagilah. tapi ada satu entry dia pasal kelantan, sehingga membuat orang kelantan marah sehingga ada yang ke rumahnya membakar rumahnya. tapi itu kisah 5 tahun dulu. dari mana aku dapat tahu? dari ben, kan hari tu ben datang rumah aku masa raya (klik sini) Ben dengan kon, memang kawan rapat!


Apa kaitan dengan Fida Aishah?

Brisbane gurl ini merupakan adik kon. heh, entah berapa ramai yang terbeliak matanya sekarang kan? aku taknak sediakan bukti, ala, korang tak percaya ada aku kisah??? hehe. Sambung balik kisah 5 tahun lepas, sejak kebakaran rumah kon tadi, masa tu fida nak SPM, dia merupakan antara pelajar harapan sekolah kiranya, habis badan dia melecur! Takde lah kuat bahagian badan lain tapi separuh muka dia memang agak teruk. Nasib baik dapat diselamatkan tapi kecacatan muka dia KEKAL!


Sebab Kon rasa bersalah, dia annonymouskan diri dia. Sambil fida hadapi tekanan, memang hidup dieorang sangat susah. Aku dengar cerita ni dari Ben, memang rasa sangat sayu. Sekarang ni, dah hampir 5 tahun, Kon pun dah semakin berjaya dalam bidang website dan memang ada nama di US sana, mereka kembali senang. Walaupun senang, kon masih bersalah pada adik perempuannya sorang ni, hari-hari asyik tertekan



Kehadiran AriffShah

Mamat Moscow ni antara yang terawal mendaftar di laman GB. Masa tu GB takde pape lagi, memang sangat scratch, tapi dibantu populariti ariffshah, GB semakin lama semakin berkembang, sampailah sekarang. Sebab tu kon terhutang budi dengan Ariff, sebab banyak bantu dia. Sehinggalah dia cuba memasangkan adik dia dengan ariff. menarikkan? Tapi sebab ariff pun demand, taknak isteri yang 'macam' tu, dia janji pada kon yang dia akan pulihkan Fida, tapi bukan cara kapel, tapi melalui blog!


Kewujudan blog Fida

Blog itu arif yang buat. Jalan cerita, brisbane, gadis kelate kacukan, semua arif yang buat untuk Fida. Tujuan asalnya bukanlah untuk menarik minat pembaca, tapi sekadar untuk tatapan Fida. Dia mahu Fida bangun kembali mengadap dunia yang nyata dengan berimaginasi di dunia blog. Bulan 7 lepas, kon mengajak aku dengan ariff untuk tengok fida ni, memang seperti orang putus harapan, badan yang keding dan tidak bermaya. Sebab itu aku sokong arif bina blog fida, suruh dia baca dan cuba berkomunikasi dengan pembacanya. Walaupun entrynya arif yang buat.


Bulan lepas rasanya dia dah semakin ok. Aku tak pasti apa hubungan dia dengan Arif tapi aku yakin, mamat moscow tu pon dah awal-awal hanya nak tolong kembalikan semangat Fida saja, not more than that. Kon pun puas hati dah sekarang sebab Fida dah kembali boleh senyum. Tapi kes kembali teruk apabila Arif akan pulang ke moscow!!


Berjumpa dengan Fida

Masa tu Fida dah ada hati dengan ariff, dia seolah merasakan ariff adalah sinar baru baginya. Aku kalau berada di kaki ariff pon, tak sanggup untuk memilih isteri seperti fida. bukan apa, anak muda, mestilah mencari yang rupa nya tiada cacat. fida bukanlah hodoh, tapi kesan kebakaran dimuka tu menutup kecantikan dirinya. kalau tengok 2 kali, rasa kesian. Aku buat keputusan untuk jumpa dengan fida di rumah kon


joe : ok hari ni? ariff dah balik moscow kan
fida : ok je. tak berapa sihat


dengan slang yang tak berapa nak betul tu, fida yang dulu ceria sekejap menjadi suram seperti 5 tahun kebelakangan ini. Matanya sudah tidak bersinar seperti aku jumpa pada bulan 8 dulu bersama dengan arif semua


joe : ala, rilek2. nak joe call ariff? fida cakap dengan dia

fida : buat apa. dia bukan nakkan orang muka hodoh ni


joe : fida, tak baik macam tu. cantik tu bukan pada muka, pada hati. manusia yang berhati baik, mesti disayangi oleh orang. believe it.
fida : ......


joe : joe call ek
fida : ok....


aku pun ambil iphone 4 yang baru dapat dari contest DiGi pun call ariff


joe : bro, im with fida now
ariff : ala joe, buat apa? aku tak nak cakap dengan dia...


joe : ish ko, tak baik. kecik hati dia
ariff : hurmmm. meh aku bgtau ko meh


joe : ko nak gtau apa pulak? jangan cakap ko dah ada pompuan lain!
ariff : bukan... aku nak bgtau yang...


joe ; apa dia??
arif : yang......

























KENA PANGGILAN HANGIT!!!!!


Gyahahaha. cesdale betul. begitu kuat aku mengelamun malam-malam (entry ni ditulis pada waktu malam) ni sampai habis keluar nama ben, kon, ariff dan fida. ekeke. ni penangan entry lucu dari tubelawak la ni. menceriakan hariku. huhu. klik sini untuk baca


sebelum korang teruskan membaca, komen dulu prank entry aku ni ek kat bawah, lepas tu sambung balik baca


*******

Fida Aishah Fake???

Heh, aku pernah dengar suara dia 2 kali. 1st time masa aku dengan ariff kat the mines nak main bowling, dia bgtau dia tak dapat datang sebab dia ada kat kelantan masa tu. Kali kedua dia call sebab masa tu dia bgtau takleh datang rumah aku masa rumah terbuka hari tu sebab jam teruk di kubang kerian. Jumpa personal? tak pernah =)


Bukan apa, aku sebenarnya bosan dengan formspring dan facebook yang sibuk tanya pasal fida ni. adoyai, takde soalan dah ke nak tanya. Tanyalah pasal berapa gaji herbalife aku ke, joana aku sihat ke, ni tanya pasal orang yang aku tak pernah kenal. memang agak menyampah! Jadi aku harap facebook dan Formspring aku takde dah yang tanya soalan pasal diri orang lain lagi ek


******


Fake di internet

Korang tahu di korea berapa ramai yang bunuh diri di sebab internet?(klik link) sebab social networking? ramai! Budaya di internet di negara mereka sangat maju sehingga Malaysia kalau nak compare dengan dieorang kita ketinggalan sangat jauh. mungkin 10 tahun ke belakang? disana, masa kau pergi dulu, budak usia 5 tahun kat kereta api duk main game online. hebatkan? hebat tak semesti tiada kesan buruk. Sangat hebat internet, mendorong kepada sangat hebat kesan buruknya. Dah berapa ramai yang bunuh diri sebab internet disana, pengaruh disana terlalu banyak sangat

Korang kena tahu, di internet terlampau banyak fake identiti. Kenapa buat fake identiti? sebab nak glamer di dunia maya. Orang macam ni selain dari kepuasan diri sendiri, suka menipu orang lain secara sengaja atau tidak, ada juga kisah yang sebab dah terlalu obses di dunia maya sehingga menjadikan dunia maya sebagai dunia mereka sebenar. Itu satu realiti, realiti yang pasti.


Korang percaya aku sebenarnya ini?




tak pun ini??










Takkk

Sebenarnya diri aku yang ini!!








Wakakaka



Tengok, betapa senangnya nak buat fake identiti ni. Cari gambar jarang orang tengok, post kat blog dan facebook dan serata media social network lagi, done. satel!! Sebab tu aku suka buat gathering, jumpa dengan orang di dunia realiti, ini sebenarnya aku, bukan orang lain. Aku dalam blog dengan diluar, sangat berbeza. Tak caya tanyalah yang dah jumpa =)


ButtHurt

So, korang janganlah kecewa, terasa hati, terasa ditipu, terasa jiwa sengsara apabila ketahui orang yang korang admire adalah fake. Banyak sangat kat dunia blog ni yang macam tu. Aku?? Janganlah admire aku ke apa. Cukup korang kagum dengan apa yang aku tulis (kalau ada) dan untuk admire aku kat luar, jumpa dulu baru tahu. Korang jangan expect orang kat dalam dunia maya dengan dunia realiti orang yang sama, too many fakers!!! Nak jumpa, jom vote sini, kita buat gathering besar-besaran dapat sponsor RM 10 000. jommmm!


Untuk lama di dunia Maya

Be yourself. Orang fake ni tak tahan lama. last-last bila dah glamer, orang dengki dan akan reveal jugak diri kita sendiri. Masa tu kalau dah betul u femes, akan ada orang ugut dengan duit lagi. kalau u dapat sejuta dengan femes u tu, i ugut 2 juta, mana u nak cari? jadi diri sendiri, tiada siapa yang nak ugut u. Korang tengok kak jie, macam mana dia jadi macam tu. walaupun duk cerita pasal intan, dia dengan husband dia, pelik kenapa boleh sampai traffic 100k sebulan? tak pelik jika guna diri kita sebenar. cuma.... ia tentang masa. bila nak booom, itu bukan kuasa kita!



To Fida Aishah

Aku rasa tak guna aku pm ke apa sebab dia akan cakap benda yang sama. erk, ada orang bgtau yang u pergi uum hari tu jumpa dengan RAMAI orang sebenarnya sorang je yang datang. u buat petikan gitar tu sebenarnya u amek dari pakcik sini. Gambar2 u kat blog tu banyak u amek dari sini. Gambar profail picture terbaru u yang pegang jam tu u amek dari sini dan... banyak lagilah. hehe. But for me, nothing personal. Siapa yang tipu siapa yang betul, not really important. Tapi sebab dah ramai yang percaya bulat-bulat, dan masih ramai yang tak sedar dengan dunia 'fake' ni, aku rasa better u bagitau hal sebenar. Jangan sampai i bgtau pasal siapa 'u' sebenar under NUFFNANG sudah. habis dunia internet ni jadi kotor dan tak ramai suka blog lepas ni. i pun terjejas ok. i pray for ur 'health, get well soon bro' eh silap 'get well soon dear'

Dan jangan korang sumpah tak halal duit nuffnang sebab benci fida aishah sebab tak banyak pun dia dapat. where i know? i kan orang nuffnang skrg. ahaksss =)



enough


kepada kon
sorry bro guna nama ko, haha. stylo tak cite atas? kekeke. GENGBLOGGER.COM bila nak maju bro? we miss GB.... a lot!


kepada ben
wlpon dalam penulisan dia nampak macam 'fake' dan nak kejar traffic semata2, di dunia betul dia memang kawan yang baik. orang macam ni yang patut dibuat kawan!


kepada ariff
sorry bro libatkan nama ko sekali dalam konspirasi atas. prank2


kepada fida
enough me writing about him. oppps, her lah. him or her? bothlah =)



pss : dia adalah pompuan. penulisan dia je kadang2 perempuan dan kadang2 lelaki. nak konspirasi lagi? fida aishah + ariff shah = faridzulasyraf.com. gyahaha, sape amek url ni wehhh????

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

97 ulasan:

qilamahadi berkata...

panjang tuu
pengsan !
sapa laki sapa pmpn ni
kkekeke

Tieah Madian berkata...

1st lagi..
Pasni nak smbg bc balik..
Haish, btul2 kusyuk dh td bang..
Npe lah kena tipu lg..
Asal je bc entry abg mesti terkena..

Tieah Madian berkata...

Erk..
X jd 1st lah..
Ok2, dah habis bc abg joe..
Fida tu penipu ek?
Owh..

Lyla Ibrahim berkata...

haha...
best2...
hikhik...

Ibu Ammar berkata...

aaaaaaaaaaaaaaaaa..

yang ini aku suka. blogger sebenar bukan hanya penulis blog. sebab kalau tulis je n post. nenek usia 55 tahun pun leh jadi awek cun 23 tahun.

blogger sebenar?.. aa, turun la gathering bloggers. ada berani?

ceksumolek's berkata...

ehhhh?? feninggg.. dah la panjang.. kena baca balik.. mcm xpaham ni.. joeeee!~ heee :P

Unknown berkata...

tu bukan joe!!

hak3..

yeahh tp ada org suka sbg anon kan?

sbb tu mana2 gath x pernah nak pegi.

Ben Ashaari berkata...

huh..nampak fake ? n kejar trafik semata eh ? hurmm..

Johari Hamzah berkata...

haha.. tak thu dah mane fake mane real skrg nie.. :)

Jimie SC berkata...

adooii..mmg kne prank tulla. ak mati2 pcya citer ko kt ats tu joe..last2 fake..adoii..klulah citer kt ats tu btl kn best, blh bt drama...hahaha...

p/s: adakah joe yg menulis en3 nie?

May Maisarah berkata...

whoaaaaa!!!!

memang hangit rentung terus part awal2 tu...terbeliak kepala lutut bace.hahahak!

APi berkata...

gambar joe yg last tu style..
hee~

Unknown berkata...

hahaha..dengan khusyuknya aku membaca...

tapi dh leh agak..mesti panggilan hangit punye lah.. ((sebab dh bny kali pon 'terkene' bila singgah bc kat sini))

Ayu Zan berkata...

Ish2...
kesimpulannya..
be yr self~
even aku ni xla brisbane gul.
cume budak kampung aje...huhu~

fahmi ibrahim berkata...

Panjang lebar entri ni. Tak tahu bila nak kena prank, betul dan kena panggilan hangit bila baca blog joe nih. So para pembaca diluar sana watch out! Baca sehingga habis dan fahamkan. Hehe.. nice entri.

Asyraf Hamasaki berkata...

damn habis sangkut keje aku kat office baca entry panjang2 ko ni joe ~~"

sickchild berkata...

terbaekk wokk

hysman berkata...

adeh panjang betul n3 ko ni joe.. huhu..
papepun aku sempat mengabiskan wlupon sorok2 blkg bos.. huu..
biarkan dunia blog mengaburi segalanya..hehee

aried berkata...

joe...serius aku kompius dgn ko punye entri...ahhahaha.. tapi jalan cerita memang tip top.. sampai aku hmpir2 terpedaya dgn citer sal Kon n ariffshah ni... Fullamak.. Nasib baik ak baca smpai habis.. Kalau tak...... ahhahahahha

tubelawak berkata...

ahahahaha.. gila hang joe.. aku ingatkan aku dah buat tuduhan melulu.. rupanya hang pun reka cerita.. cool story.. tensen aku baca.. ajhahahahahaha

Nur Suaidah Bachok berkata...

mak aihhhhhhh..
panjang sungguh joe.. gagahkan gak aku nak membacanya ;D

btw, yg tak vote lg tu, pergi vote okay!!

pasal fida ke ariff ke ben ke kon ke, hahahaahah! aku biasa2 jeee~ korang rilekkk yee :D

owh yee joe! ko same jee dalam blog dan depan2... hahaha :D ni pendapat aku laa. peramah~

anyss berkata...

Salam,
Huh! panjang betul konspirasi ni...berbelit2 betul ;)

Tipah tertipu sikit2 je hu hu hu

Hazzy Ishak berkata...

terbaik wokk!

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Hohohoho.. Konspirasi lagi?

Entry ni mixed ye?

50% betul 50% tipu?

Lawak but still confusing dan lepas abes baca, banyak betul curiosity.. Haha.. Lawak laa joe ni..

ENCIK TIKUS berkata...

ha ha ha. gua marah nie cis~

izee berkata...

joe ko gemuk ke duluu..hahahaaa pic yg 1 tu len jer..dh agak dh tu pgln hangitt..huhh..lawakk ar

SyAfaWaNi ♥‿♥ berkata...

haha..menarik..agak tertipu mulanya:)
neway best!

Kujie berkata...

Joe

100k tu status Makcik Jie, kalau Jie Sebenten Gurl mesti 1 juta tu! Lawaklah Joe

Entri kat atas tu awal² lagi dah nampak dah fakenya.

Entri kat bawah tu...tiba² teringatlah kes gaduh² manja korang kat GB dulu tu.

*Aktifkan deria ke-6 masing² untuk 'membaca' keseluruhan kisah ni - jawapan bukan datang dari huruf dan aksara.

Unknown berkata...

huh..
semput membaca entri neh,
summary,

aku tetap aku...

^.^

suffer8zine berkata...

aku rasa bnyk2 entri kau, entri ni paling penuh aku baca bro, tiba2 lapar :P

Panas! : http://goo.gl/TOwP

Tanpa Nama berkata...

entry yg best!hehe

ni bukan kes pertama yg kecoh pasal fake.dl ade 1 blogger femes gak,reader ramai komplen kata dia fake.sggp tu reader nak cari sape blogger tu tapi dia ttp dia dan skg aku tgk reader dia ttp ramai cam dulu.

yg jadi fake ni,dorg ade sebab sendiri kenapa dan megapa cuma dorg jek yg ade jwpan.

bg aku kan,kalo kita tak suka ngn blog sesorg itu,takyh la sibuk2 nak bc kan..hehe

niknurizzati berkata...

hahahah. joe skrg dah pandai prank2 kan. haish.
haha. sempat agi promote Digi tuh. gud luck. law berjaya saya dtg gathering tuh. amin..

Unknown berkata...

ala joe..dayun da kena prank pagi2 ni, dahla pagi tadi dayun ada baca entri pasal fida aishah ni kat tubelawak, jadi dgn mudahnya sy pun percaya cerita di atas..tp akhirnya, sendiri kena wei.huhu

noorafzan.blogspot.com berkata...

ni apa cerita ini.
saya dah baca sampai abispun tak paham.
fida aishah fake?
her or him?
apekah?

mana satu betul ini.

www.dunialandax.com berkata...

cilakak joe!gua terkene!

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

wohooooooooooooooooooooooooo.






















oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo.

cik ciput berkata...

warghh..aku x paham..is fida aishah a fake?sbb aku ikut blog dia..hri2 aku baca..hmm..dunia maya, itulah realitinya..

aitotyati berkata...

-_-"

Jard The Great berkata...

terbaikk.. ehehhe.. just shows penulisan blog boleh menipu org.. hampir percaya citer atas pasal kon seme.. wakaka

IRAH HAJERAH AZMAN berkata...

maybe kalau nak buat fake identity, blaja dari Hlovate. Penuh misteri tapi tetap menjadi kegilaan. Aku ingat dalam satu penulisan, beliau menyatakan, kalau dia reveal identity mungkin lagi banyak persoalan. Dalam penulisan Hlovate penuh dengan keislaman dan ilmu.tp boleh jadi yang menulis tu perempuan jahil yang malas sekolah macam aku. macam kes fyda, ada org yang mengungkit, kenapa ada perempuan tak bertudung berani buat entry ala-ala islamic? Jarang org ada keberanian macam tu. Aku admit, die pernah kata yang menutup aurat itu kelemahan dia. *aku pon macam tu*

Selama ini aku tertanya-tanya sapa penulis muda agung yang aku tergila-gilakan tu.Pada dirinya aku nampak seorg perempuan yang bangun dari kesilapan,yang buat aku terfikir siapa kita di bumi Allah. Hari ini aku faham jawapan bagi persoalan itu. Mungkin betol kata beliau, kalau beliau reveal identitinya,mungkin sebagai manusia tahu agama tapi tak mahu ikut macam aku, yang tau keagungan ilmu tp sebenarnya cuma anak jalanan yang dahagakan ilmu. Anak yg ingin menasihatkan orang dari kejelikan diri sendiri,tapi masih tak mampu berubah.
aher kata ,ko google sendiri karya Hlovate, lepas tu demam panas.ko akan rasa nak terus baca.dan kau akan rasa kau mahu berubah.

anyway,sebagai blogger,Adab Berblog, Maruah Sesama Manusia Kita Tetap Terus Pegang.

iman berkata...

i tade kaitan with all these, but to look at the issue trough a logic and rational mind, proof from crayon and joey is make sense.ah bukan makesense but totally proven true.

Angelababy yg Fida salu gne pic dia mmg totally beautiful, I wish I can be her too.But penulisan Fida is nice either she is as pretty as Angela or not.maybe awalnya tadela dia nak menipu but pembaca mengharap she is as pretty as anak org puteh. sigh~

* i doubt eversince is, awalnya pic dia rambut hitam pastu lelama jadi perang. and from one pic to the other each nose, lips and eyes sometimes different. entahla.i dont bother, just interested on the truth

piNky LuCiA berkata...

tak perlu nak glemer or apa2. kan susah. last3 org tak suka. huhu

Kolat berkata...

Nice one !!

gelak tak habis lagi ni...

Hasrol Nizam berkata...

cerita prank tu, silap2 org boleh percaya..haha

Cipina berkata...

mula mula baca tu mcm 'ya tuhan, betul ke suma nih?'

tp bila sampai kat aku pun ambil iphone 4 yang baru dapat dari contest DiGi pun call ariff dah boleh tangkap story ni heheh.

Kik0 ♥ QiLaH berkata...

fake mcm justin bibir tu kah?
wakakap.
leh wat kesimpulan x? huu

safiyyahosman berkata...

ahahahha..bro nak gigit bro sekarang boleh???ahahaahahahahhahaahaha...
memang prank habis la kan..ahahahahahaahhahhaaahha


apa pun entry nih terbaik lah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!kenalkan mamat korea sorang..ahahahahahaahahaha

nabilpotter berkata...

panjang giler entry ko..
ak dah makin konpius..
sipa sebenarnya fida..
semua nak main konspirasi penat la cmni..huhu

Milimilo berkata...

kalau kes ni betul pn,aku tak terkejut langsung kerna ini bukan yg pertama.dlm dunia blog ni,segalanya bisa.tp,cerita rekaan ko ni agak diluar jangkauan akal lah joe.hahaha

Tanpa Nama berkata...

anda fikir mijae adalah manusia,bukan cyborg?anda fikir sekali lagi..























































assalamualaikum..

Ieqa Swetluv berkata...

aku dah rasa mual n nak muntah2 sebab pening bace x faham2 huk2 T_T

Matjoe berkata...

gempak giler imaginasi ngko. leh bikin drama korea. rumah dibakar sebab entry blog yg mengutuk orang kelantan?? arghhh...

Tuan Din berkata...

cit!! lu betul buat aku terhangit ngan 1st story... lain2 tu aku setuju about 'fake' .

Tanpa Nama berkata...

jom kita buat counter post untuk prank ni... haha!

slay berkata...

heheh. entri panjang, komen pun kene la panjang jugak kan? :P

oraet, 1st, prank kau tu tak berapa nak jadik (kat aku la) sebab awal2 lagi kau dah tulis prank, dan sebab kau tulis iphone4 dan mulakan dialog2 perbualan tu, aku dah tau dah panggilan hangit akan tiba! heheh.

2nd, apa definisi bagi fake identity tu? adakah dari segi nama, bukan fida aishah tapi nama dia joyah, tak pun joana, entah2 joe! ke dari segi bakat yang dia ada, alunan muzik gitar dan lukisan tu. ke dari sudut wajah paras rupa, yg dia tak secantik yg digambarkan tu?

bagi aku, penulis blog tak perlu pun dedahkan siapa diri dia sebenar, tapi tak perlu lah sampai menipu apa segala. macam bila kita baca buku la kan, ramai sangat ke yang peduli tentang penulis buku tu macam mana rupa dia segala? tak kan, tapi apa yang diambil berat ialah isi kandungan buku tu sendiri.

samalah macam blog, apa yang penting isi kandungan blog tu sendiri. tak kira la macam mana rupa penulis tu, perangai dia ke, asalkan penulisan mereka cukup menarik minat hati kita untuk terus ikut blog mereka, maka teruskanlah.

tapi jika hampir kesemua kisah kehidupan yang dicatatkan dalam blog adifstory tu adalah kisah rekaan semata-mata, brisbane, cancer survivor, penceraian ibubapa, ape segala tu adalah mitos dan khayalan semata-mata, memang hampeh la! sebab setiap entri dlm blog tu adalah perihal tentang kisah kehidupan penulis yg ditulis dalam ayat yang puitis.

tapi satu la aku nak puji, jika ianya rekaan semata-mata, penulis tu memang sangat kreatif! boleh terfikir sampai macam tu sekali.

yang lagi buat aku konfius, apesal ariff shah terlibat sekali? arghh pening2.

p/s : kontroversi dunia blog jauh lebih kompleks drp kontroversi artis-artis tempatan!

hamzah ian berkata...

apesal la gua bace sampai habis..

gadisBunga™ berkata...

blur. tapi layan je lah!

Jue berkata...

semangat bc smpi abiz
rupe2nye prank!
hahaha

Mrs. Q! berkata...

tersangat best ini entri!
setuju dgn pendapat ttg kak jie
ada nilai yg boleh kita cari kt belog dia :)

kaizen shinobi berkata...

ches~ walaupun dah ckap prank hampir aq percaya~ hahahaa

nasib baik aq jenis yang baca sampai habis baru komen~ ngehahahahaha

ade wishlish dotcom ropenye~ sekali orang amek daa~ keh3...

joegrimjow.com ok pe? ahaks~

HAZRIL HAFIZ berkata...

aduh penibg aku baca panjang sgt...haaha

Munsyi berkata...

adeh. ak dah terpercaya part fida adik kon. pastu dh melalut.haha

br nk jd anon kt alam maya. tp dh pg gath so dh xleh. :P

dah no 7~~ vote2 lagi~

Unknown berkata...

adoila...bersemangat aku baca, rupanya tipah tertipu...sabar je laa..

nur berkata...

owh.. gitula pulak.. sanggup mereka fake identiti bagai..
ALL IN ONE

Nurulbadiah Lai berkata...

joe..aku benci ko..giler suspen..sumpah aku benci..hahahhaa..

joe..bg saya kesimpulannya mcm ni je..
dunia maya..mmg dunia byak penipuan..sesiapa pon boleh tipu..
tetapi apabila penipuan itu..membuat orang percaya itu adalah dia..salah bg aku..

let say die tulis psl lawak2..pasal gossip..so orang xkesah sapa disebalik tabir blog tu..
tp kalau cerite tentang diri die..100%..pasl sakit semua..(mybe betul)..lepastu di tuliskan pulak sebagai anak mix..diletakkan gambar semua..yg iye..berdasarkn pembacaan..ade yg die mengaku die..
itu salah bro..
sbb bagi saya yg suke penulisan die..tertarik dengan bahasa die yg indah menceritakan ttg diri dia..tentang pesakit die..ttg kecantikan die semua..tp once dah tahu itu adalah fake(gmbar2 tu..termasuk kucing, rantai n muke die) sumpah..totally hilang kagum walau mcm mana pon cantik penulisan die..

sebgai orang islam..cara tidak menghalalkan hukum..malah kalau menipu untuk membuat orang ketawa or bersuka2 dikira munafik..
islam mmg suruh berkata benar walaupon pahit..tp kalau dah mnipu..xde gunanya..xkire lah di alam maya tau realiti..

lagi satu..psl mengaku gambar sendiri tu adalah xdapat dimaafkn..joe saya pernah mengalami bila gmbar saya dicuri dan djadikan akaun fb..dan orang itu mengiyakan itu adalah saya..dan kawan2 di fb tu percaya faker itu adalah sy..maka apabila saya tahu psl tu..saya terus attack..termasuk msg semua fwen2 list die..orang itu pulak kata sy yg faker..
so..jgn kate curi gmbar ni not a big deal..bg saya mnde yg besar n sememangya xdapat nak dimaafkan walau bagaimana pon alasanya..

saya sokong semua blogger tetapi bila saya tahu apa yg diceritakan(even mengaku gambar itu adalah gmbar die)..maaf..awal2 saya dah hilang respect..

hehehehe..saje melalut pnjang2

My MiRa berkata...

gggrrrrrrrr tertipu jugak ki3...joe...yang budak uum tu joe cerita yang mira cerita semalam ker??or cerita budak uum lain??/huhu yang mira cerita semalam bukan macam tu....mira kata bukan jumpa....adik mira and kawan2 die minat fida....then diorang antar coment dekat fida....kate la minat fida...esok tu fida buat entry kate ramai budak uum minat die....cam tu la..bukannya jumpa.....padahal kalau kawan adik mira tak antar coment kate minat fida...fida takde pulak nak buat entry kate ramai budak uum minat dia....lepas tu adik mira and kawan2 dia dah tak minat fida...diorang kata fida perasan...

Duniakuabstrak berkata...

ampes, cam citer betul je

Neyra Shazeyra berkata...

terbaik haha

|.a.r.i.e.z.a.| berkata...

eh tiba tiba joe dah x friends ngn fida dalam FBook? :p

tyara NY berkata...

Aku lagi tak paham!...

Ari ni aku bw terbaca satu entri bertajuk FIDA AISYAH PENIPU? PEMBELIT? PEMBOHONG? - pada entri tu ada link yang berkaitan dengan Fida Aisyah. Aku klik baca pula entri blog si B, ada pulak link yang kaitkan lagi gan Fida Aisyah ni, so aku klik punya klik sampai kat blog bro. Joe.. pun tentang Fida Aisyah ni gak! Sape dia ni...

Tapi ada satu blog tu bagi direct url ke blog Fida Aisyah ni, aku cuba fahami... Entah??

Tanpa Nama berkata...

serius pening gler tntg fida aisyah
ngeee
mgkin sy org baru dlm blog,,ngee
;p

IntanBerlian berkata...

laaaaa aku dah kompiusssss sekarang ni wehhhh.

Unknown berkata...

hurm.....biasalah tu, dunia maya. harharhar....

pengajaran, be careful with what you think you know. u might get it wrong, u might been fool.

but still, love the writing. harharhar...

p/s: Joe, cool entry. =)

GustavO berkata...

Sumpah aku tak paham cite ko ni joe..haha
tapi aku pon rase cam fida tu cam fake masa awal2 tgk blog dia..
Tapi skang pon aku taktau kesimpulan dari cite panggilan hangit..panjang sangat..ponin nak baca

Tanpa Nama berkata...

xnak reveal bukti ke?

Tanpa Nama berkata...

heheheh xD


yg pasti, wa tk brapa kenal fida :)

Unknown berkata...

agak penin..ni yg wa aku nak carik sapa fida aishah..

suzzsuzie berkata...

panjang betul cerita ni..hampir2 percaya...ok la tu..panggilan hangit...confuse psl fida aishah..apapun blog dia dah takleh jenguk...nasib baik sempat baca balasan dia pada komen2 yg kata dia fake

Unknown berkata...

banyak juga blog yg saya baca citer fasal konspirasi tu..percaya atau x entah la..sbb kurang sikit dgn penulisan fida ni sbb terlalu bnyk sajak yg panjang2.hanya org yg kenal fida n fida sendiri yg blh ckp.

fake identity.itu perkara biasa dlm dunia social network ni.yg penitng jgn percaya sngt.semua org kat dunia ni menipu.kadang2 diri sendiri pun menipu diri.

Wahidah berkata...

pjgnya entri..

tp citer frank tu mmg agak menjadi..citt..byklak idea ko eik...

liyanaziz berkata...

buhsan! hangit tengit semua ada! geramnya! nak kena ni.. =p

Fnd Rocka berkata...

Patutnya sebutlah nama aku sepam..dpt disebut sebagai bekas kekasih fida pun okeh dah

Faizal n Fashitah berkata...

Wakakaka... kan dah terkena dah.. byk idea ko yek ekeke. Anyway, panas btul kisah kontroversi si Fida Aishah ni. Bila aku dapat tau pasal dirinya yang fake, terus ilang mood nak baca blog dia huhu..

Huda Luna berkata...

huhu pic last zaman dulu2

aku nk admire ko gak leh x
sbb aku kenal ko dr matrik lg
ngee =D

evagurl berkata...

time taw identity fida ni fake mmg rase cam x patut je die tipu mcm tu..

but she admits her mistake. why don't we give her a chance?
it's just my personal opinion. no offence, thank you :)

http://evagurltingtong.blogspot.com/2010/10/cukuplah.html

Nyze 二ザ Crazee berkata...

Good prank. haha.
seriously rofl

^___^

SHaRKFiQ SSM berkata...

joe, gua xknal pun fida aishah nih..
n xtaw lak psal diri dy..

btw, fake tuh mmg penipu r..
semua tu xzwujud la kan??
rumah terbakar pn tipu gak r nih~

mmg ak dh totally haangit r cmni~

Norfa arisha berkata...

syok jer baca last2 prank la...
memang panggilan hangit ...

fadh ^_^ berkata...

xpaham
betol ke x sbenanye n3 ni?
ke saje2 bwat cerite pendek
adeh
tensen2

LaLa berkata...

bunuh diri~*tekanan kene prank*
dah macam org korea.hehek

Azrul Hisham berkata...

aku ingat dah setel dah kes fida ni...balik2 buka tenet dah up balik..hehe

dayah berkata...

jo ensem nya, pjg betul entry prank kau time kasih,
gigih plak aku membaca

Aini berkata...

biasa nampak nama fida aishah ni masa gengblogger dulu.. tapi punya la ketinggalan, baru ni tau pasal fake ni..aiyaa

pilotHans berkata...

mmg hangit habis....dunia maya ni..u can read what u want..but dont believe it...take whats good n throw whats bad...

p/s nampaknye aku sorang jer laa yg mix betul2 n xtipu :p lol..

Tanpa Nama berkata...

semputtt bace . hahahah
baru aryni tahu pasal fida aishah ni . haha
Macam2 !

Namee Roslan berkata...

ada orang suruh saya google pasal fida aishah dan saya jumpa ini. panjang pun, saya baca. haha. thanks. baru tahu pasal fida aishah.

e~car182 berkata...

setelah lama xblogging harini baru tahu pasal fida aishah tu!!

tp mmg terbaekkk la crita joe ni!siottt jekkk

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW