Share

Pak Belalang : Cara Control Bini

Di kampung pak belalang tinggal, begitu ramai golongan seusia dengannya yang mempunyai masalah keluarga. Ada yang kereta BMW 5 series pun rumah sentiasa bising-bising dengan pertengkaran ahli keluarga, ada bungalowww 3 tingkat pun hujung minggu pergi lokap untuk bayar duit jaminan anak yang kena tangkap. Macam-macam lagilah!


Zakwan merupakan ahli politik dan korporat yang berjaya tetapi mempunyai masalah dengan isterinya. Dia dalam diam mengagumi keluarga pak belalang, walaupun pak belalang tak hensem mana, tapi isterinya memang terbabow. eh eh, silap. isterinya memang akur dengan perintah dan suruhan pak belalang. Suatu hari, zakwan berjumpa untuk berbual kosong dengan pak belalang



Zakwan : belly! (nama samaran pak belalang adalah belly)
Pak Belalang : iye, ada apa ahli politik kampung kita?


Zakwan : hehe, ko ni, tak habis-habis nak sindir aku ya
Pak Belalang : aiyok, apa pulak sindir, betul lah ko kan wakil rakyat kampung ni


Zakwan : yelah yelah. amacam bini ko? sihat?
Pak Belalang : aik, apsal tanya bini aku pulak ni?


Zakwan : ekeke, bini ko kan gadis hot di kampung ni, kena lah selalu bertanya
Pak Belalang : eh eh. anak-anak aku taknak pulak tanya ya? gatai gatai


Zakwan : terkena lagi aku. ni ha belly, aku ada problem ni
Pak Belalang : problem apa? duit aku takde nak kasi hutang


Zakwan : bukan duit, pasal bini aku ni
Pak Belalang : kenapa pulak dengan bini ko? dia main dengan laki lain?




Pak belalang sengaja menduga. Memang dia ketahui yang isteri kawannya itu sungguh busy body. semua masalah kampung dia mahu ambil tahu. sampaikan yang tiada masalah pun jadi bermasalah dek desakan pertanyaan isteri kawannya itu. mentang-mentanglah suaminya wakil rakyat, dia pun mahu jadi wakil rakyat yang sama




Zakwan : ish ko ni. ada pulak. bukannya ko tak kenal dengan bini aku kan...
Pak Belalang : hehe. kenal kenal. kenal sangat. semua penduduk kampung ni kenal bini ko tu


Zakwan : sebab tulah aku nak tanya pendapat ko ni, ada ek perlu aku buat untuk control bini aku ni?
Pak Belalang : senang senang. sangat senang


Zakwan : apa dia?
Pak Belalang : meh aku cerita satu kisah kepada engkau. kisah sirah ni. dulu masa nabi kita jalan2 dengan isterinya aisyah, ada seorang yahudi menyapa dengan sapaan 'assamu' yang membawa maksud, celakalah keatas kamu


Zakwan : ok ok. sambung
Pak Belalang :aisyah yang mendengar terus menjawab yang membawa maksud lebih kurang 'celakalah dan laknatlah keatas kamu juga'


Zakwan : hoho, boleh tahan.
Pak Belalang : haaa, time ni nabi kita bijak. dia senyum dan menegur aisyah jangan cepat marah. cool cool saja. buat apa nak marah. nabi terus cakap kat yahudi tadi 'waalaikum' yang membawa maksud dan kepada kamu juga


Zakwan : ooh, memang nabi kita sangat cool!
Pak Belalang : ok, dapat tak point yang aku nak sampaikan ni?


Zakwan : jangan cepat marah?
Pak Belalang : ye lah, itu satu. yang point utamanya, cara nabi kita tegur bini kita tu. berhikmah. ko kena buat macam tu lah kat bini ko. tegur elok elok. bagitau kat dia, urusan politik adalah tugas ko, jangan dia nak sibuk sibuk


Zakwan : tu lah... dia tak makan nasihat punya
Pak Belalang : ko buat la contoh bekas isteri tun mahathir. tun hasmah. tengok dia ada campur tak urusan pentadbitan tun mahathir dulu? takde kan? yang dia buat, urut-urut suami dia, buat makanan sihat pada suami dia dan paling penting, waktu malam bila tun mahathir perlukan dia, dia ada. macam tulah baru isteri no 1 malaysia


Zakwan : wah, banyak jugak ko tahu?
Pak Belalang : hek elek. google kan banyak. type je kat google. link ni best untuk dibaca


Zakwan : hehe. ok la belly. time kasih. tengok la malam ni aku cuba slow talk balik dengan dia
Pak Belalang : kalau dia tak makan slow talk, ko buat la teknik nakal skit. baru dia aku


Zakwan : teknik nakal?
Pak Belalang : alah, ko pun tahu kan


Pak belalang tersenyum. muka zakwan blur tak paham


pss : esok sabtu =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

16 ulasan:

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Heeeeee.. Belly.. Bella.. Teringat entry ku buat dulu psal pak belalang.. :)

Eh.. Tetibe komen takde kene mengena ngan entry.. Hehe..

Ku yakin mampu jadi isteri macam tu.. Ekeke..

tengkorakemas berkata...

glamer tu nama samaran pak belalang :D

nabi kita memang penuh hikmah, mari contohi nabi kita

joegrimjow berkata...

@FarhanaDr

haa, niat dah ada tu bagus tu

joegrimjow berkata...

@tengkorakemas
semua sirah dah cerita
tunggu reveal je

rhapsody LiN berkata...

suka cerita ni. :)

dlm suami isteri kne bnyk tolak ansur..bahasa pun nk kne jg jugak

azlina aziz berkata...

nice entry di malam hari ;p

nasihat secara berhemah untuk para suami. Suka :)

Tanpa Nama berkata...

SENGALNYAAAAAAAAAAAAAAA JOEEEEEEEEEEE

nadz ruslan berkata...

apa teknik nakal? @_@

antara cara buat isteri ikut cakap suami ialah dengan gain respect. Cara nak gain respect,mudah je. jadilah suami yg dianjurkan dalam islam. Gunakan Rasulullah sebagai modelnya. Tolong buat kerja rumah, bersopan, kelakar etc.

Barulah isteri terasa nak taat kan.. Hee caranya mudah, perlaksanaan susah kan?

geeds berkata...

kalau kena caranya, insya-Allah takde masalah kn?

ouh sabtu ku ade futsal. extra curriculum. 3 jam! T_______T

shaharil berkata...

@lilacfla ehh... nama watak tu sama nama member akulah. hehehe

ada pengajaran juga cerita ini.

arrizz berkata...

ikut sunnah nabi pasti sume bereh..

joegrimjow berkata...

@lilacfla

nasihat berguna
=)

joegrimjow berkata...

@adikeica

bahagian mana yg sengal?

joegrimjow berkata...

@shaharil

nama tu memang nama housemate
hehe

ENCIK TIKUS berkata...

apa itu teknik nakal koe ? o.O

joegrimjow berkata...

@Encik Tikus
xtau xtau

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW