Share

Tazkirah Ramadhan : Tiket ke syurga

Salam,


Ini entry recycle. Sebab masa untuk online ini jadi kurang, terpaksa recyle entry lama untuk slot pagi. Kejap lagi nak gerak ke UKM, orang UKM bleh la jumpa ya dan jangan nakal-nakal usik saya ya nanti.


Saya sekarang tengah menghidup udara di Acacia, Seremban 2. korang pula dimana lokasi sekarang? Walaupun kita berada di tempat berlainan, kita menikmati kenikmatan yang sama. Pernah tak terfikir, nanti di alam lepas mati nanti, bagaimana kalau ada yang masuk neraka dan ada yang masuk syurga, mampukan berkongsi kenikmatan yang sama? ish, apa punya soalan, sudah pasti tak mampu. syurga untuk orang 'baik' dan neraka untuk orang 'jahat'


Orang yang bijak adalah yang mengingati mati


Entry ringkas ini mahu berkongsi sedikit dengan pembaca mengenai amalan aka ibadah. Kata orang, mahu cemerlang, kena sistematik, kena disiplin. Same goes to ibadah, kalau mahu melakukan ibadah yang mantap mantoya, perlulah ada disiplin yang kukuh. Bagaimana mahu berdisiplin, inilah yang mahu dikongsi pada pagi ini


Untuk masuk ke syurga, tidak cukup sekadar kita menjadi baik. Syurga adalah tempat orang yang KUAT. Sebenarnya bukanlah menjadi bebanan kepada kita untuk memikirkan mampukah aku layak ke syurga walhal aku ni insan yang lemah, tetapi dari sudut yang lain, istilah SYURGA HANYA UNTUK ORANG KUAT adalah sebagai motivasi kepada kita untuk menjadi lebih baik.



Tiket ke syurga


Kalau tiket ni ada dijual di stesen bas, aku pasti dah ramai yang akan menyerbu stesen bas berdekatan untuk dapatkannya. HEII, siapa tak mahu masuk syurga? Semua nak masuk syurga, tanya artis yang memakai baju sesingkat baju baby, mereka pun nak masuk syurga. ya, kita semua nak masuk syurga. Tetapi sebenarnya kita lupa, tiket untuk masuk ke syurga itu ada pada kita. hanya kita yang mampu membeli tiket itu dengan satu formula yang cukup mudah, buat apa yang Allah suruh, jauhkan perkara yang dilarangNya dan ajak orang melakukan kebaikan


Bunyi macam senang, memang senang pun!


Yang memayahkan, hanyalah kita. Contoh, kalau mak suruh kita sidai baju di ampaian, kalau kita guna tangan senang la kan? sebaliknya kalau guna kaki? memang tersangat susah. kerja yang mudah, kita memayahkan, jadi payah la. Sama macam jalankan perintahNya, kita yang memayahkan segala urusan


Pergi kepada point


Ok ok, sebenarnya mahu berkongsi borang dengan pembaca. Borang yang sedikit sebanyak membantu aku untuk melihat sejauh mana amalan yang telah dibuat. Borang ini hanya untuk simpanan peribadi, untuk muhasabah diri sendiri. Aku selalu isi borang ini masa nak tidur. sebelum tidur, dengan kehebatan macbookpro aku ni, mengisi borang cukup mudah.



sumber : ihsan hamba Allah


Borang ini hanyalah contoh amalan biasa. Nak yang lagi up, kenalah tambah sendiri. Tapi kalau nak terus mantap macam ahli sufi, alamatnya ramailah yang tak buat. jadi, kita mula dengan langkah pertama. Amalan2 biasa. Sekurang2nya, kita tahu takat mana sebenarnya kekuatan kita untuk mendapat syurga Allah


Harap borang ini membantu pembaca dalam memperkasakan ibadah kepadaNya


pss : malam ni dah balik ke kelantan =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

30 ulasan:

iman berkata...

Saya nak ke Syurga!

Saya dah bosan tinggal di dunia
Bukan sebab hidup saya tak best...tapi sbb saya tahu dunia tak kekal, dan tak boleh tengok Tuhan..

tapi amalan saya tak sehebat sahabat yg telah Allah janjikan syurga..saya juga tak sekuat Bilal yg sanggup di timpa dgn batu demi pertahankan imannya...

harap Allah tak memalingkn wajahNya apabila melihat kita di akhirat nanti....itulah selaknat hambaNya... (T_T)

adie berkata...

insaf...insaf...

Sharinginfoz berkata...

thanks kita ingat mengingati antara satu sama lain kan

Apasal Tak Nak Beli Brg Online

student berkata...

teringat ni borang penialaian yang aku berikan pada anak murid aku..huu

bro, apa amalan ahli syurga??whoa!

joegrimjow berkata...

. dalam alquran ada sebut semua

azimask berkata...

tetibe terasa amat kerdil..

buat yg wajib saja.. itu pon kekadang kalau tertido misz... adoii... tapi qado balik jangan risau... huhuhuh ... yg sunat jarang..eemmmm.... kena mulakan apa yg sunat semula... huhuhuh

joegrimjow berkata...

klu xstart skrg
bila lagi akan start kan?

jumaat ni
kena boost amalan
;)

Matjoe berkata...

InsyaAllah joe

Adeqq berkata...

Salam.

first of all, thanks sebab entry ni. Manusia memang tak lari dari alpa. Kita sentiasa berdepan dengan dugaan paling besar iaitu diri kita sendiri.

Sekurang-kurangnya, entry ni InsyaAllah akan menyedarkan ramai orang. And, berkongsi sedikit sebanyak amalan.

Berdakwah dalam blog. Tak susah. Kan? Thanks again.

(dah lama tak komen, tibe2 sekali komen terus panjang. ^____^)

hakimfaridzul berkata...

thanx joe sharing-sharing ni~

aku ni, haih, makin masuk uni, makin jahil..

jauh dengan al-quran dan sebagainya.

malam jumaat je baru terpacak baca yassin..

solat pun sama joe, insyaallah, akan dipertingkatkan lagi!

thanx again sharing is caring!

agagagagaga

♥ Juliana Violet ♥ berkata...

thanks joe sebab entry joe tak pernah mengecewakan...
semuanya bersahaja and berinformasi...
:)
teruskan ber'blog'... *ayat skema but i really mean it*
:)

Hizami Li berkata...

suka tengok jadual tu.
sgt bermakna.
haish.
:)

Cik Ateen berkata...

huhuhu..
btol tuh..
kalo dlu sek kite di ajar utk wat jadual cmni..
n now harus diprktikkn setiap ibadah dlm kehidupan seharian utk kedua2 ibadah wajib atau sunat..
:)

mama affan berkata...

insaf2.insyaAllah..

Nur Suaidah Bachok berkata...

cari dan kuatkan hati :)

Unknown berkata...

woaa.terima kasih.

Sufi Asri berkata...

terima kasih atas peringatan ini. thx u very much...

hans berkata...

nice entry
thanks 4 sharing

p/s : Siapa Kekasih Baru Lisa Surihani?Lihat Sini http://hanspunyablog.blogspot.com/2010/05/kekasih-baru-lisa-surihanihahahahaha.html

tya berkata...

nice post...
thx

Tanpa Nama berkata...

sama2 manfaatkannya

Tanpa Nama berkata...

;)

Nurul Harun berkata...

nakkk..nak...

joegrimjow berkata...

jom jom

Milimilo berkata...

terima kasih utk peringatan joe.nk gune.hrp2 boleh check level istiqomah juge. =B

sarah.sofea berkata...

joe, aku nak tanya apa pendapat ko, kalo macam kita guna borang yang macam ko dah upload tu kan untuk mengukur tahap amal ibadah kita, lepas tu kita pon tanda lah segala jenis amalan yang telah kita laksanakan.. then, bila kita cek-cek balik borang tersebot di hujung bulan, mak aih penuh dengan segala tanda rait (menandakan banyak ibadah telah dilaksanakan) lantas tiba-tiba membangkitkan rasa riak apabila melihat banyaknya ibadah yang telah dilakukan.. mcm mana ea joe.

*apakah minda aku terlalu sempit?? huhu, aku cuma mintak pendapat ja. hokeah joe. cau.

joegrimjow berkata...

bab riak ni lain pula. sebab tu borang ni untuk rujukan kita. kalau kita tunjuk borang ni kat org lain, isi rait penuh je, mesti timbul riak.

sebaliknya, kalau untuk tatapan kita je, dah penuh dengan tanda rait, kita buat borang baru yg lagi up ;)

insyaAllah kalau niat kita baik, Allah akan tolong. riak ni pun setan yg hasut, sama2 kita benteras

sarah.sofea berkata...

terimakasih joe.

well-answered:):):)

alhamdulillah.

hokeah, adios.

muhammadthoriq berkata...

bgus ar joe.
mnarik ni.
=)

Jef Hadi berkata...

sayu pulak hati bila baca entri ni.hmm...

Cik Puan Fia berkata...

salam..bagus entry nie..memberi kesedaran..nape la tak jumpa masa kecik2 dulu hehehe.. i follow u

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW