Share

Sikap awal

Pagi jumaat yang indah! Like betul-betul indah. Sekarang aku berada di Putrajaya, kalau Messi jadi pemain terbaik FIFA untuk tiga tahun berturut-turut, aku pulak sehebat Messi, berhujung minggu di Putrajaya 3 kali berturut-turut! Huh, kerja punya pasal kan?

Orite, sebab dah lama tak menulis kat blog ni, hari ni aku nak menulis sesuatu benda yang bermakna sikit. At least korang yang 'terperangkap' kat blog aku pada hari jumaat ni dapat sesuatu dan sebar-sebarkanlah ia untuk kita jadi orang yang bertambah berkualiti. Acececeh


Kisah penjual laptop

Ada dua orang jurujual laptop, satu jenama Apple dan satu lagi jenama Acer. Sebelum apa-apa, ini cerita rekaan ok. Aku tak dapat apa-apa royalti daripada kedua-dua syarikat ni. Memandangkan kedua-dua brand ni aku pernah guna, sebab tu pakai tu :)



2 orang jurujual ni dihantar ke sebuah kampung yang mana diketahui oleh sumber bahawa penduduk kampung tu betul-betul berada. Jenis banyak duit. Tapi malangnya, kesemua penduduk kampung tu buta IT, jadi, tiada seorang pun yang pernah menggunakan laptop

Penjual Acer tu telefon bosnya dan bagitau 'Bos, kita kena balik, takde seorang pun kat kampung sini yang pakai laptop, macam mana nak jual?'

Sebaliknya penjual Apple tu telefon bosnya dan bagitau 'Bos, hantar 100 lagi laptop, takde sorang pun kat sini yang pakai laptop, pasaran sungguh luas'


Actually dalam hidup ni, sikap kita di awal akan pengaruhi hasilnya lebih dari segala yang lain. Setuju? Macam kisah diatas, dah sah-sah yang penjual Acer tu takkan dapat jual sebijik pun laptop mereka. Sebaliknya, penjual Apple tadi mungkin dapat jual, atau mungkin tak dapat jual. Probabiliti 50-50.

Pandangan awal kita untuk melihat sesuatu benda tu sangat penting!


1 batu bawah 4 minit

Pada awal 1900an, ramai ahli sukan dan jurulatih sukan mengakui bahawa tiada pelari yang dapat berlari 1 batu dibawah 4 minit. Ianya mustahil untuk dilakukan. Sehinggalah pada tahun 1954, ada seorang pelari British yang bernama Roger Bannister yakin yang dia mampu menamatkan larian itu dibawah 4 minit. Nak jadi yang pertama katakan. Akhirnya, dia berjaya menghabiskan larian 1 batu dalam masa 3 minit dan 59.4 saat. Tak lama kemudian, seorang pelari lain juga menghabiskan larian 1 batu dibawah 4 minit. Sekarang ni, kalau kita tengok rata-rata pemenang yang menghabiskan larian 1 batu adalah dibawah 4 minit

Ini salah satu lagi powernya sikap awal kita – ia mengubah segalanya!

Sebelum aku berhenti menaip untuk entry ini, just nak share dengan korang pengalaman peribadi. Ada waktu yang kadang-kadang kita kena percayakan gerak hati berbanding otak kita. Statement ni mungkin kontroversi, tapi percayalah, aku dah alaminya, berfikir terlalu 'lama dan dalam' tak dapat buahkan apa-apa hasil pun. Last-last tarik diri pada awalnya lagi

Sama kes aku nak ngorat lisa hari tu, macam tak boleh je, last-last dia kawin dengan yusry dah. Ok saja buat lawak :p

Apa-apa pun, trust me, kita semua lebih hebat dari apa yang kita fikirkan. Cuma kena explode je. Orite, semoga bermanfaat. BTW, 2 cerita ni aku dapat dari buku 'the complete 101 collection' dari John C Maxwell. Sebuah buku yang best untuk dibaca. Menghadap internet lama sangat duk komen-komen status orang, baik baca buku ye dak? Waha!


Pss : bulan ni kan... bulan ni kan... saya nak...... saya nak.... jeng jeng jeng :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

0 comments:

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW