Share

Revolusi Raya : Cara orang wish Hari Raya

Ni 1st time tulis blog guna interface dari blogger yang baru. Erk, memang agak janggal dengan 'keadaan' yang putih je macam ni. Heh, nak buat macam mana, semua mengalami perubahan, kenalah kita mengikut perubahan zaman- revolusi. Bagi yang guna platform blogspot, boleh la cuba ya. Tak suka, boleh tukar balik.

Ok, bercakap mengenai revolusi, setiap benda akan mengalami revolusi. Bahasa mudah adalah perubahan, nak bahasa canggih sikit revolusi. Jangan tanya aku apa kaitan revolusi dengan evolusi, sesungguhnya aku tak tahu. Eh, tunggu-tunggu, ni apa ni tulis entry pasal bahasa pulak ni. Haiish, jom straight to the point

klik untuk baca


Revolusi Raya

Perayaan Hari Raya sememangnya perayaan yang paling meriah di Malaysia. Memang kalahlah Gong Xi Fa Cai mahupun Deepavali, mungkin jumlah yang menyambutnya ramai, jadi Hari Raya paling meriah. Tapi hakikatnya 'kemeriahan' dulu aku rasa lagi meriah - zaman budak-budak sangat meriah ok! Kali ni aku nak cerita sikit sepanjang 20 tahun lebih dah aku hidup kat dunia ni, mahu cakap pasal revolusi cara orang wish raya. Kira imbau kenangan lama la ni kiranya ni.

Jom kita baca sambil mulut tak berhenti kunyah kuih raya!

Sangat dulu-dulu (kad raya)

bagi kad raya tahun lepas

Yang paling glamer adalah kad raya. Ya, kad raya adalah cara terbaik untuk wish kawan mahupun keluarga kita. Ingat tak dulu beli stem kat pos office, 20 sen pun dah kira banyak dah. Sebab tu dulu ada hobi yang dipanggil 'mengumpul stem' Gila hebat r hobi tu sampaikan aku pun terjoin sama. Bukan apa, bangga kumpul stem banyak-banyak. Tapi sekarang ni, hobi kumpul stem dah tak syok, bukan apa, sebabnya semua stem boleh dibeli kat pasaraya - feel dah kurang dah

Berbalik pada tajuk (sebelum merapu lebih jauh) kat bawah tu mesti adalah ayat yang tulis kat kad raya tu - pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas. Haha, sangat sweet ok wish macam tu. Aku ada cerita dulu bagaimana jelesnya aku dengan kakak aku yang dapat banyak kad raya sampai aku pun hantar kad raya sendiri, memang kenangan macam tu sangat best. Sekarang ni ada lagi, tapi dah sangat kurang. kan?


Dulu-dulu (handphone)



SMS. Bila dah semua ada handphone, mulalah masing-masing hantar ucapan raya melalui SMS je. Banyak jugak rupa bentuk SMS yang dihantar, antaranya
  • Dalam bentuk ayat dan di forward kepada semua orang
  • Dalam bentuk pantun 2, 4 dan kadang2 8 kerat
  • Dalam bentuk emoticon dan ada juga yang gabung sampai jadi bentuk rumah bagai
  • Dalam bentuk Multimedia (MMS) tapi tak praktikal sebab mahal!


Tahun lepas aku ada bagi no phone aku suruh orang wish SMS kat aku memandangkan sebelum ini, memang nak dapat 5 pun susah. Bukan apa, bengan dengan kakak aku yang menunjuk SMS rayanya yang cecah puluh-puluhkan, aku dapat 5 tu pun sebab dah bagi kat org dulu then org reply. haha. gila terdesak bunyinya. So tahun lepas, dah bagi no phone tu, wahaa, memang banyak yang masuk sampai tengah baca khutbah pun hp masih dapat msg. heh, cubalah publish no phone korang kat daam blog, konpem tak terlarat untuk balas


Sekarang (internet)

iNTERNET - mudah + jimat

Sebab sekarang ni facebook dah jadi social media yang paling utama, memang orang wish raya melalui facebook je. Type kat wall masing-masing je. dah la free, ramai pulak tu boleh wish. heh. Yang ada twitter tak kurang jugak wish pakai mention je (@) yang bajet artis tu tak reply balik walaupun just RT pun dah kira ok dah (ada yang terasa ke?) bukan susah sangat ye tak? hehe

Bagi yang ada blog, buat entry dalam blog macam aku buat guna suara lisa surihani tahun lepas dan wish kat semua pembaca dan yang ada kepakaran membuat e-card dieorang send melalui email kepada semua orang. Walau apa pun cara, semuanya sungguh pantas dan menjimatkan - tu orang suka. 

Tapi timbul persoalan - feel nya macam mana? Bagi aku tak kisah sangat cara apa pun, asalkan wish dah cukup. Tapi yang tak wish tu janganlah butthurt pulak, mungkin dia tak sempat ke apa. heh, jangan marah nahhh




Masa-masa depan




Mungkin orang akan buat wish pakai hologram? siapa tahu!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

14 comments:

Yong Sofea said...

wish dari megan fox tu yang mahal tu! hehehe apa-apa pun medium yang digunakan untuk ucap raya, yang penting, ikhlassssss. :)

Wadi AR said...

tak payah nak megan fox sangattt

Dawa said...

aku nak wishes hologram dari lisa surihani la klu cmtu. hehe

yusenze said...

Evolusi dan Revolusi sememangnya berkait rapat joe. Cuma yang membezakan adalah pengkhususan kegunaannya. (Untuk manusia) Evolusi lebih kepada perubahan dari aspek fizikaliti manakala Revolusi itu adalah transformasi dari segi ketamadunan dan budaya.

Setiap benda akan berubah tatacara pelaksanaannya mengikut peredaran zaman. Konsepnya masih sama dengan orang yang bercinta. Kalau dulu2 medium pen dan kertas menjadi pilihan tapi sekarang nak jumpa surat cinta menjadi suatu perkara yang mustahil. hahha..

Anonymous said...

rindu juga rasanya nak dapat kad raya guna pos tu..so Joe..apalagi..tahun ni tak sempat..tahun depan aku kirim kat awak..pamerkanlah alamat yang betul ye di blog yang mengalami revolusi serta berevolusi..hahaha..

joegrimjow said...

@Yong Sofea

ikhlas tu sangat penting sangat sangat

joegrimjow said...

@Wadi AR

ehehe

joegrimjow said...

@Dawa

mungkin dia akan respon tu

joegrimjow said...

@yusenze

ilmu baru!

joegrimjow said...

@Anonymous

mesti, tahun depan akan dipamer!

zikeryhassan said...

Sekarang aku nak wish

SELAMAT HARI RAYA

:)

Akulah Pak Lan said...

mungkin megax fox dah berkedut time tuh..aku nak kena target pelakon muda yang lain la...hahah

Anonymous said...

Dekat I u x wish pun selamat hari raya Adik Joe wehhhh...... (Org Wakaf Bharu katenyer..)

Knewrules said...

hahaa....tp mmg btul la...dulu sebok je nk bli kad...(smpai pening otak nk pilih kad paling best)...skunk ni fb n twitter jew...tp jnji wish kan...hik3...^_^

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW