Share

Untuk Kamu, Dari Aku

Entry asal adalah disini. Kalau korang rasa entry bawah ini layak untuk menang RM 150, jangan lupa LIKE dan juga TWEET kat bahagian paling bawah. Jangan lupa juga untuk vote contest ini sebagai finalis untuk DiGi WOWWW Awards untuk bahagian Best Internet For Good Awards. Klik gambar dibawah okeh


Entry yang dipertandingkan adalah



    *******


    hampir terlupa saya dengan hal ini. terima kasih Faridzul Asyraf yang kacak sangat ingatkan saya di wall Facebook sebentar tadi. saya rasa saya perlukan PA sebab saya sangat busy hingga hampir terlupa. apa yang telah dibelanjakan? RM50? mana cukup pun tapi setelah ditokok tambah. ehem....saya segan lah nak cerita. *tutup muka*



    diraikan bersama keluarga. ada sejarah disebalik kek ini. ditempah awal sebenarnya. Black Forest di kedai kek murahan di tengah pekan Kampar. tidak lah mahal, kecik pula saiznya. sebenarnya yang ditempah kek berbentuk segi empat sama, tapi boleh pula tuan punya kedai kek itu tersalah buat bentuk bulat, maka terpaksa menunggu juga kek siap sehingga waktu malam. dah lapar sangat, hentam je lah makan sampai comot. sweet je kan?




    pasu faveret golongan ibu diluar sana. mereka lihat sahaja, pasti terpegun. kalau emak Faridzul Asyraf tengok pun, dia suruh anaknya ke Kuala Kangsar sekarang juga. ye, craft unik seperti ini memang menjadi rebutan. ini hadiah untuknya. special made datang dari Kuala Kangsar. haruslah tidak ku ke sana, tetapi ada delivery oleh mereka yang rajin. cantik bukan? tapi tidak tahu sejauh mana akan bertahan jika dipasang di ruang tamu rumah kerana rasanya, sudah punya dua pasu seperti ini tetapi bersaiz lebih kecil yang akhirnya menjadi perhiasan semata =.='




    lihat sahaja muka gembira itu. ini sesi makan-makan di Restoran Simpang Tiga. menu dari Padang menjadi pilihan. ahh! darah jawa ini mana mungkin dapat dihapuskan. ya, ini tidak termasuk dalam perbelanjaan yang dimaksudkan, tetapi tetap salah satu aktiviti bersama untuk meraikannya. akus enang melihat wajah-wajah gembira itu. hanya untuk kamu ibu, dari aku anakmu. =)


    SUKA?
    Bantu entry ini untuk menang dengan klik LIKE dan TWEET bawah ini

    Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

    0 comments:

     
    ©2009 Joe | by JOEGRIMJOW