Share

KLIA 2 dan Nama Kucing PM

Salam,


Malam ni malam 25 Ramadhan, hari jumaat pulak tu, mungkinkah Lailatul Qadar malam ni? Heh, malam qadar atau tidak, sepatutnya 10 malam terakhir ni kita 'boost' amalan kita dengan sehebat-hebatnya. cukup rugi kalau tak kejar malam yang lebih baik dari seribu bulan ni.


Berita dari Malaysiakini


Tertarik dengan berita yang dipaparkan oleh Malaysiakini tadi berkenaan nama KLIA 2 yang dirasakan tidak sesuai diguna pakai dalam keadaan negara kita sekarang. Cadangan pihak DAP untuk menamakan Terminal baru kapal terbang yang dijangka siap pada tahun 2012 ini sempena nama Tunku Abdul Rahman

Ada logik juga sebabnya dah semakin ramai orang lupakan jasa dan pengorbanan orang terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan. Tak musathil nanti 10 ke 20 tahun anak cucu kita tak kenal pun siapa bapa kemerdekaan. Entah-entah kita pun tak ingat? ish ish ish.


Jom kita tengok keistimewaan lapangan terbang yang bakal siap 2012 ini










Antara keistimewaan Lapangan terbang ini adalah memiliki sky bridge yang terpanjang di Asia. Huh, memang stylo dan tahniah pada Malaysia dengan bakal memiliki satu lagi mercu tanda di negara ini. Ok, berbalik pada nama itu tadi, memang aku sendiri tidak bersetuju untuk dinamakan dengan KLIA2. Bukan apa, sebabnya dah ada KLIA, orang dah kenal dah Kuala Lumpur, bagilah nama tu sesuai untuk peringatan tokoh-tokoh kita pula



Gambar dari Malaysiakini


Sindir dari DAP, kalau anak kucing yang dibeli pun boleh minta pendapat rakyat untuk menamakannya, takkanlah nama lapangan terbang ni tak boleh nak tanya rakyat?


haha


Tergelak pun ada aku baca. Bab politik ni, habis semua nak pusing. Kalau boleh nasi yang dimakan guna apa pun nak dipolitikkan. ekeke. Apa-apa pun, aku cadangkan agar nama Lapangan terbang ini diubah selagi boleh dan boleh juga kerajaan fikirkan untuk buat pertandingan tanya pendapat rakyat mengenai nama yang sesuai untuk satu lagi mercu tanda kebanggaan Malaysia ni. Apa lagi PM, jom buat contest =)


pss : dah lama tak buat contest. hurm hurmmm. jom kita baca komik perpaduan

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

22 comments:

[z@ck] said...

hah..betul..apa barang bagi nama KLIA 2..tak best langsung.huhuh

Hamli Sanai said...

Betul3.. kalo boleh biarlah namakan dengan nama pemimpin yang pernah berjasa~~

mama zharfan said...

good one!

aYaz said...

btul tu,
x komersil la kasi KLIA 2..huhu..
kasi la name laen plak..
org kite ni mcm dh xde modal laen nk kasi name airport baru?
(tringat akn model baru keluaran proton yg serupa dgn mitsubishi lancer,uhuhu..)

joegrimjow said...

@[z@ck]

klu nama joegrimjow airport ok x? hehe

joegrimjow said...

@Hamli Sanai

barulah pemimpin tu akan sentiasa diingati kan?

joegrimjow said...

@aYaz

itu penjenamaan semula tu

Ery Farieha said...

KLIA 2?
aiyoyoy
x commercial lah

ehh PM ade kucing?
bole geng!

hahahahaha

joegrimjow said...

@Ery Farieha

bolehla tanya pm name ape kucing die nanti
huhu

zoul said...

He he.. betul juga apa yg DAP cakap tu tapi.. adakah dia ikhlas atau cuma nak menambat hati rakyat yang sememangnya suka hal2 yg ada sentimen ni...

entah la....

joegrimjow said...

@zoul

sebab tu ku cakap politik banyak pusing. tapi pusing2 camnilah yg bestnya
huhu

Hizami Rahim said...

tahu takpe.
pusing selagi boleh.
sampai pening pun layan.
haha.
:)

joegrimjow said...

@Hizami Rahim

jgn kita turut sama pusing sudah
hehe

*∽ IZAN ∽* said...

KLIA2...??? HMmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..
*termenung sampai lusa*

Dik.. nko ni kan suka sangat buat komik yang merepek2 dan tah hapa-hapa tu yg sokmo buat akak tergelak sorang2 depan PC cam orang tak betul tau tak..!
Kalau ada 'berani'.. ambik aaaa...

http://sweetomoide.blogspot.com/2010/09/addicted-blog-award.html

joegrimjow said...

@*∽ IZAN ∽*

haha, xkan entry jiwng pun nak gelak jugak?
huhu

zool said...

Bila cerita pasal lapangan terbang ni terkenang lapangan terbang batu berendam.. kesian... :(

joegrimjow said...

@zool

kenapa dengan lapangan terbang sana?

kak ina kl said...

cuba buat contest namakan airport baru tu..kalau menang dapat waja baru..oo bulan ni dah nak balik ek..isyallah jika tiada aral melintang anak akak gi ke uk gak

joegrimjow said...

@kak ina kl

ye ke? nama ape?

+d.O.Y.A.h+ said...

macam sequel movie.ngaa

''gerak khas the movie 2.''

hihi

Azrul Hisham said...

nama tak best la..huhu...

joegrimjow said...

@ d.O.Y.A.h

hoho, sequal ek

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW