Share

Sindiket derma di Malaysia


Salam,

Gambar kata atas aku ambil masa di Times Square 2 hari lepas. meeting herbalife + tengok wayang + jumpa client. haa, walaupun bunyinya macam banyak, tapi aku lakukan sorang2. memang loser tengok wayang sorang2, tapi nak buat macam mana, sebab dah takde orang nak ikut kan? loser pun loser je lah. Sempat juga main kat arcade, main basketball dan juga time crisis 4. sempat la khatam time crisis 4 tu. hehe


Masa nak solat zohor, pergi naik ke tingkat 8 (kot) masuk je tempat ruangan untuk solat, aku nampak seorang pak cik yang ada tongkat kat tepi dia + pakai kopiah + ada kertas kat tapi. Apa lagi, terus aku ambil gambar untuk dijadikan modal berblog. cuma tak jelas sangat akan tulisan yang ditulis. maklumlah, camera iphone, kalau camera tx5 macam iklan nuffang ok jugak kan. meh aku bgtau apa yang aku nampak


Minta bantuan untuk hamba Allah ini menjalani rawatan cancer tulang yang jarang ada di Malaysia ini. Semoga jasa kalian dirahmati Allah



Usha punya usha, pakcik ni takde lah tua sangat. Rupanya pun dah macam orang indon sikit2. iras2 orang indon. orang indon ke? Allahuallam. Memang kesian tengok pakcik tu, kalau betul cancer tulang yang dihadapinya, memang besar dugaan dia. Cuba teka aku bagi ke tak derma pada dia? aku tak bagi sebab pengalaman yang lepas


Pengalaman bagi derma


Dulu masa di Pahang, ada beberapa orang budak yang datang sambil cakap ‘abang nak derma, abang nak derma’ sebab kesian, bagi je la walaupun masa tu baru form 5 kot. duit pun takde la sangat. lepas ambil duit, dengan tak terima kasihnya, terus mintak dengan orang. dalam hati, biarlah, budak2 lagi. Dengan kuasa Allah, aku ternampak yang budak ni dengan seronoknya mengira kepingan duit rm 1 dan juga rm 5 yang banyaknya. Sebuah van datang dan angkut mereka. huh, bad experience kan?


Sekarang ni kalau ada orang mintak derma dengan kata sakit itu la sakit ini la, anak yatim la anak dara la, semua dah tak kesian sangat. Masa arwah ayah aku ada, aku ingat lagi masa tu kat rumah, ada orang datang mintak derma dengan kata ‘saya anak yatim’ tau apa ayah aku cakap? ‘pak cik ni anak yatim piatu lagi, tak mintak derma pun’ hehe, walaupun masa tu pelik sebab ayah aku perli, bagi je la duit kan, tolong menolong katakan, tapi sekarang, baru aku paham


Tak Malu


Orang yang mintak derma ni memang perlukan satu sifat iaitu ‘tak malu’ bayangkan, mahu mintak duit dengan orang yang kita tidak kenal, memang sangat tidak malu. Dulu masa aku di Sheffield, ada program spiderwalk, raise money for charity, memang tersangat malu. Tapi sebab ni untuk charitykan, tebalkan je lah muka


Tak Tahu


Satu lagi aku rasakan yang mintak derma ni ‘tak tahu’ saluran mana yang boleh digunakan. ye lah, macam kes pakcik ni, kenapa nak duduk di surau TS dan mintak duit. Buat muka kesian dan mintak derma. Kita kan ada saluran, jabatan kemasyarakatan, gunalah saluran yang ada. tak payah mintak-mintak ni. Dahla guna nama Allah disitu, haisshh, cakap banyak2 kan kesian pulak....


Sindiket??


Aku tak nafikan ada yang betul-betul terdesak yang mintak derma. Kalau orang macam ni, kita boleh cam dengan cara yang dia mintak derma. Masa tu, tangan pun tak lokek untuk hulur duit. Tapi sekarang ni, aku rasa memang orang betul2 terdesak sudah tahu saluran yang betul. Apa yang buat aku tak mahu derma kepada orang yang mintak ‘cara’ni adalah kemungkinan mereka ni dari sindiket. heh, jangan terkejut, mintak derma pun boleh ada sindiket sekarang ni


Dalam cerita slumdog Millionaire tu, tengok macam mana mata dibutakan untuk jadikan si budak tu peminta sedekah, kalau bukan sindiket, takkan berjaya. Kalau kat Malaysia ni, aku tak tahu sejauh mana ‘kehebatan’ sindiket pungut derma ni, tapi menggunakan nama tuhan, nama penyakit pelik, dan paling tak tahan guna nama sekolah tahfiz. aiyook, memang sangat keji cara ni!


Apa tindakan?

Tindakan yang boleh kita lakukan adalah report. Walaupun kesian, biarlah orang berkuasa yang jalankan tugas mereka, kalau betul mereka takde duit + tak tahu cara betul, boleh nasihatkan mereka guna saluran yang betul. kalau betul mereka dari sindiket, at least kita dah menolong untuk kurangkan sindiket ini dari terus berleluasa


erk, apa ntah nasib pak cik tu....

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

35 ulasan:

Hazzy Ishak berkata...

peminta derma/sedekah sekarang semakin berleluasa. terutama sekali orang bukan warganegara.

waktu kita makan, waktu tu la dia datang minta duit.

pengalaman ku waktu makan kat the mall, boleh dikatakan 5 atau 6 orang2 buta datang minta duit kat tiap2 meja,cuba bayangkan kalau 10 orang bagi rm1. dah dapat rm10, kalau tiap2 hari minta kat 100 orang. tak kaya namanya tu.

joegrimjow berkata...

masa tengok budak tu kire duit, terkejut jugak

Jard The Great berkata...

repot polis cara terbaik.. tp kat jambatan times square bukan ker bnyk peminta sedekah? siap ade yg tiada tgn dan kaki yg meminta-minta..

joegrimjow berkata...

yg tu xreport lagi
;)

shah mohamad berkata...

sindiket mcm nie sgt byk n a bit hard nk bendung pun kt m'sia, sebab org m'sia mmg baik2..xnk wat report...

tp pernh dgr satu ceramah dr utz A'agim..
die kate xsalah kite bg bantuan dulu lepas tu barulah tazkirah skit..untung2 terbuka hati hamba Allah tu...

attyfir berkata...

diaorg ni kdg depan bank pun banyak ..gak ..ikut mood ..je kty ni .kalo mood den happy kasi ar..
kadang kuar kete..nak bank cek .nan ado bawak duit langsung.takde ler diaorg rezeki ..

yanamib berkata...

plg tak suka klu lalu kt ktm area bank negara tu..ish sepanjang jalan otw ke ktm ada je org mtk sedekah..yang sihat ada, cacat ada, tua ada, kanak² pun ada...

ermm

dpd kesian trus jd takut..ramai sgt =(

aurikelsan berkata...

kalau yg mintak derma dgn mengaku sakit, duduk tepi jln sambil bawak anak-anak sekali memang sy xbg derma.. tapi kalau org oku yg jual tisu ke main muzik ke yg tue patut bg..at least itu usaha mereka buat sesuatu untuk cari rezeki..bukan hanya meminta-minta tanpa usaha

mirachantek berkata...

kat Nilai ni, ada 4 cawangan restoren mamak nama al-Salam. kat 4-4 restoren ni, ade sorang pakcik buta datang mintak sedekah kat orang ramai sambil dipimpin oleh bini [kot].

aih, bagi aku dorang ni tamau usaha betul2 ke. asik mintak kat orang je..
bini [kot] tu elok je.. laki [kot] yang buta..bukan dia.

nak mudah aje cari duit...

♥ Juliana Violet ♥ berkata...

selamaba aje tengok movie sorang2...
:)
time crisis? best tue... dulu selalu main (mcm tak manis kan girl masuk pusat game macam tu? hihihi)

kalau ke pasar malam, byk makcik pakcik yang minta sedekah dekat sane.
time hujan paling kesian... kalau lalu dekat CM dulu, banyak jugak.
kalau time tak berduit, buat tak tahu je walaupun dalam hati rasa kesian.
kalau ada duit seminggu 2 kali kasi sedekah pada orang yang sama.
tp now, kdg2 terfikir, orang yg minta sedekah tu masih ada kudrat untuk mencari rezeki (boleh je jadi tukang kebun, or buat apa2 lagi yang lain. sebab ayah vee pun dah tua sgt tp still keje cari rezeki. Salah satu sebab taknak badan cepat sakit so nak byk gerak) ...

Now Vee lebihkan pada pakcik dan makcik yang buta jual tissue. Sebab sama2 memberi dan menerima (ini teori Vee sendiri)...

p/s : first time tinggal komen yang panjang dekat blog joe. hihihi

azuan berkata...

kalu ade bagi..kalu takde no kan je la huhuu

Ann berkata...

mmg geram yg sindiket ni, pgunakan budak2 untk dpt duit ngn jln senang

citer slumdog millionaire tu, mmg sedih sgt bila jumpe balik budak yg dibutakan mata tu mgemis smbil menyanyi...huhu...mrh sedih geram semua ade...sbb bnda ni mmg wujud

Nazz@Purple berkata...

serba salah kalo jmpe dorang..kesian sgt..tp tu la..memang ade sendikit..lebh2 lgi..bdk2 diperalat kan..


ala kat Times Square ke..nyesal tak..kalo tak leh jmpe..kenal Shamsul haizan x??Herba life gak..

faizalnizam berkata...

salam bro Joe. memang ada yg jenis sindiket ni. aku sendiri pernah tengok dengan mata kepala aku.

yg aku tgk ni teruk gak sebab boleh jadi mak bapak dieorang yang suruh anak2 mintak sedekah. yang tak tahannya, mak dia mampu beli rokok dunhill 20 pulak tu.. aisehh.. memang tk boleh blah.

faizalnizam berkata...

Joe.. berkenaan dengan widget Newest Entries yg ada kat blog aku..

ko boleh rujuk link di bawah ni

http://maribinablog.blogspot.com/2009/12/memasang-recent-posts-slider-pada-blog.html

banyak lagi tutorial2 lain yang best kat blog "maribinablog" ni.

Blog Eazy Izzuddin berkata...

yup...
mase nak pi solat kat times square..
pun kdg2 de nmpk...
huhu

joegrimjow berkata...

vee, ok je pompuan main tembak2 ;)

joegrimjow berkata...

nazz, erk, xkenal, tapi tengok muke kenal la kot

joegrimjow berkata...

fyzal, thx ya bro

Tanpa Nama berkata...

kesian kalau betul2 dorang ni digunakan sindeket..sbb yg untung org lain..

sbb tu kalau nak ajak anak2 pegi KL especially jln TAR, dorang x suka..sbb takut tengok keadaan pengemis2 ni..sbb cara dorang mintak sedekah tu mcm paksaan..

♥ Juliana Violet ♥ berkata...

Best actually tembak-menembak nie... :)
One of fav movie, 'shooter'... :)
Joe, Vee tak tukar num... :)

Kamsiah yusoff berkata...

haha..akak kalau dgr org bg salam...tp suara yg tak dikenali..tak buka pintu..wat donno ja...derma,derma...dari thailand la,mynmar la...

joegrimjow berkata...

macam2 kan
sebab tu susah nak kenal pasti sama ada betol2 boleh bagi atau tidak

Ms. Qhayal berkata...

kat shah alam memang banyak. asal lepak kt kdai makan je mesti ada budak2 n org buta neh dtg smbil mtk sedekah. aku syak macam sindiket je sebab ari2 ade je muka diorg mtk sedekah kt situ.xdak pot len dah

Ms. Qhayal berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mak Su berkata...

mmg byk sindiket kutip derma, bertopengkan paras rupa yang memohon simpati... huh... kesian kat orang yang betul2 memerlukan... kerana nila setitik rosak susu sebelanga :(

Kay J berkata...

experience my mum.

ada sorg budak dtg kata dr sekolah tahfiz nak mtk kutipan bla..bla..

my mum tanyela, betul ke awk dr skolah tahfiz? dia kata ya siap tunjk surat menda ntah.

then my mum ask him to recite any surah. dia kata br masuk sbb dia form 1.

my mum x puas hati. apesal br masuk? ni dah bulan 6 ni, org msk bln 1 haritu.

then my mum x percaya kt dia n x bg ape2. huh.. lpeas ni kalau ade budak tahfiz jual ape2 or mtk derma, ask him to recite any surah. ntah brg dia jual tu brg ape agaknye.

IRAH HAJERAH AZMAN berkata...

Tengah makan sate kajang di kajang ada sekumpulan kanak-kanak mintak sedekah, sebab kanak-kanak tu sebaya dengan si kembar yang bongsu, hati lembut perempuan terpaut dan menghulurkan sumbangan. Tak sampai 1 minit kanak2 tu berlalu, datang pula si dewasa bawak kanak-kanak yang buta ke meja kami meminta sedekah. terasa macam bengang dengan org dewasa yang cukup sifat dan nampak sihat boleh berlari tu :(. Kenape dorang tak faham erti usaha bukan bermaksud meminta2? :(

IRAH HAJERAH AZMAN berkata...

Tengah makan sate kajang di kajang ada sekumpulan kanak-kanak mintak sedekah, sebab kanak-kanak tu sebaya dengan si kembar yang bongsu, hati lembut perempuan terpaut dan menghulurkan sumbangan. Tak sampai 1 minit kanak2 tu berlalu, datang pula si dewasa bawak kanak-kanak yang buta ke meja kami meminta sedekah. terasa macam bengang dengan org dewasa yang cukup sifat dan nampak sihat boleh berlari tu :(. Kenape dorang tak faham erti usaha bukan bermaksud meminta2? :(

Guru berkata...

kekadang beri jugak..
sebab tak sampai hati

kalau tak nak bagi, akak lari jauh-jauh sikit

joegrimjow berkata...

iera, yg tu obvious mmg ada sindiket tu

joegrimjow berkata...

kay j, skill soh baca surah tu mmg berguna tu

ISZA berkata...

salam dik joe,
akak nak cerita dua pengalaman..
satu.. ada seorang budak dalam tingkatan kot minta derma.. dengan selekeh serabai merayu2 kesiankanlah dia.. akak pun kesian dan derma..
nak jadi cerita.. beberapa hari lepas tu akak jumpa dia atas bas.. punya segak bergaya.. nak p ngorat kot.. penipu punya budak..

kes kedua akak jumpa budak kecil.. bisu.. tangan kudung.. menangis sambil tadah tabung.. cara dia menangis bukan nak minta derma tapi minta tolong.. akak ingat nak panggil polis.. agaknya ada org perasan sikap akak.. laju jer ader orang dewasa datang tarik budak tu masuk van.. kesian kan.. mangsa sindiketlah kot.. mungkin anak2 yang kena culik dan dijadikan mangsa :(

myQza berkata...

Joe,
aku teringat kat satu 'entry' blog mazidul kalau tidak silap pasal peminta sedekah yang kononnya mahu buat kaki palsu.

tunjukkan surat panjang berjela konon itu dr hospital yg izin minta derma.

pertama sekali tgk tarikh surat tu, dah bertahun-tahun. takkan nak kumpul 2-3 ribu sampai 6-7 tahun. maksudnya surat tu dah tak laku. surat abad bila mereka pakai.

Paling kesian dan paling banyak kat melaka ni budak Tahfiz atau sekolah agama persendirian.

jual buku, poster dan kalendar. berpanas dan berhujan.

aku pun tak tahu apa perlunya budak2 bawah umur ni merayap sana sini waktu orang pergi sekolah belajar. sampai ke malam.

bila nak study sbb balik dah penat.

kalau bab2 sindiket ni aku tak pasti sbb tak duduk dekat tgh2 bandaraya mcm KL sinun.

Miss bubblehead berkata...

tak sanggop tak bagi derma kalau tengok orang yang mintak sedekah tu takde tangan takde kaki.kalau diorang boleh mkn dengan seringgit aku bagi ape la salah.sendiri pon boleh makan ngn duit srngt huhuh

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW