Share

senjata terHEBAT

'basikal aku kena curi'

'kat mana ko letak?'

'depan rumah...'

'dah kunci?'

'kunci gila2 dah pun'

'takpe la, ada hikmah dia tu. eh, jangan lupa doakan aku class 1 ya'

'haa? aku basikal hilang ni, ko soh doa bg class 1 ape kaitan?'

'doa org teranaiya dimakbulkan ;-)'



~~~~


abu salamah dan ummu salamah adalah antara yang hidup di zaman nabi muhammad. pasangan suami isteri saling cinta mencintai ini cukup bahagia tinggal bersama. ada satu ketika abu salamah balik dengan muka gembira


'nabi cakap, barang siapa di timpa kesusahan, maka doalah, innalillahhiwainnailaihirojion dan berdoalah supaya kesenangan yang diperoleh berlipat kali ganda akan kesusahan yang menimpa'



setelah mengiyakan kata2 suaminya, ummu salamah cuba praktikkannya dalam kehidupan seharian.


takdir allah, abu salamah telah meninggal dunia tidak lama setelah itu. memang cukup sedih kehilangan suami tercinta. teringat pesanan dari suaminya, dia pun berdoa supaya diberi kesenangan berlipat kali ganda


dalam fikirannya terasa pelik, dia begitu sayangkan suaminya dan merasakan tiada lagi lelaki lain yang dapat menandingi kasihnya kepada suaminya. tapi atas dasar wasiat suaminya, doa untuk peroleh kesenangan tetap di doanya


tidak lama selepas itu


nabi kita datang untuk melamar ummu salamah. memang dia terkejut akan lamaran yang dibuat oleh orang yang paling mulia di sisi allah untuk berkahwin dengannya. mungkin inilah doa yang didoanya setelah kematian suaminya. tapi lamaran itu ditolak dengan 3 alasan


aku sudah tua
bersikap cemburu
mempunyai ramai anak


ummu salamah memang terkenal dengan kegeniusannya. dengan alasan kukuh itu, memang sukar untuk dijawab oleh mana-mana lelaki. tapi dengan romantis nabi kita membalas


'kalau kau sudah tua, aku pun dah tua juga. kalau kau bersikap cemburu, allah akan padam sikap cemburu dari diri kau. kau mempunyai ramai anak, kan nanti anak-anak itu akan jad anak aku juga'


psss ; sweet je kan nabi kita



~~~~~


kalau ditimpa kesusahan
jangan lupa kita bukan menyendiri
ada banyak lagi insan yang mahu mendengar masalah kita

kalau takde orang nak dengar
DIA kan ada
=)


nota kaki : 350 350 350

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

FC 09 !!!

ok, akhirnya ku update jugak pasal FC 09. jangan risau, penuh dengan gambar dan gelak ketawa ;-)
(dengar tak ku tengah gelak ni?)

ni video promo


video ni best sebab ada gambarku ;-)



kali ni gabung dengan 3 university. sheffield, nottingham dan leeds. yang terharu, ada 9 orang peserta dari warwick pun join. mantap-mantap.


dari sheffield sewa bas comel ke sana. 12 peserta dan 3 org ajk yang pergi. perjalanan lebih kurang 1 jam




tugasku?
mc tetap
apa lagi, memang banyak cakap la. dah lama tak cakap-cakap ni. tak mo lepas mic ni!!



malam tu tidur dalam khemah. yang ni memang dugaan. ada 2 orang mat saleh tanya pasal betul ke tido dalam khemah ni. sebab dieorang tak percaya, orang local pun tak buat pun. mana taknya, suhu 3-4 darjah celcius kat luar. sejukk ooohhhh












syabas diucapkan kepada peserta. haha. ku pun tido dalam khemah jugak ok. mana ada birokrasi



macam-macam program dibuat
ada talk
ada bahas
ada ldk
ada nyanyi2
ada video2

macam-macam ada!!










dan yang paling best
bbq!!!























malam tu ada slot khas bersama dengan bekas pelajar. yang ni ku story kat entry lain sebab panjang nak cite. best best. dapat ilmu baru!


semasa nak tido
sebab tak jumpa khemah
(alasan baik punya)
ku tido dalam dewan
peserta tido dalam khemah
(kejam gila, takpe, takde masalah, dieorang mantap!)


sempat berbual dengan brother2 lain kat sana
hampir kesemua dieorang buat medic ;-)

'ramai doktor bersetuju.......'

mendengar dengan khusyuk

'keadaan yang paling sakit bagi pesakit adalah pesakit batu karang dan melahirkan anak'

tiba-tiba mencelah

'sakit ek nak lahirkan anak? dah tu, kenapa orang perempuan nak je lahirkan anak?'

'memang sakit. aku ada lihat sendiri proses lahirkan anak itu kat sini. memang mat saleh tu cakap mencarut-carut kat husband dia nape u f..k me, don want baby anymore dan macam macam lagi. ye la, tak sedarkan diri katakan. tapi, lepas je lahir, dah tengok muka baby sendiri, senyum pulak cakap i want more baby after this'


kire keajaiban melahirkan anak la tu kan?
so
reader ku yang berjentinakan perempuan
dah bersiap sedia nak lahirkan anak??


keesokkannya,
pertandingan akhir bahas
laki lawan pompuan
tajuk??
pasal facebook
haha, memang sangat2 menarik


lepas tu
pulang semula ke sheffield
;-)


semua gambar diatas diambil dari facebook orang. yang lawa-lawa tak upload lagi. ishh, upload la cepat2. baru ada class sikit gambar


nota kaki : beriyani bombay, ada bran???

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

17 kali sehari

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.

nama kau selalu diingat ketika sedih
nama kau selalu diingat ketika susah
nama kau selalu diingat ketika payah

ketika aku gembira?
seolah aku lupakan kau

ooh

ampunkan ku ya allah...


Praise be to God, the Cherisher and Sustainer of the world

kehadapanmu aku memohon
dikurniakan segala kebahagian
aku lemah
aku daif
hanya engkau aku berserah


Most Gracious, Most Merciful

setiap kesalahan
setiap kesilapan
hanya ku mohon kepadamu untuk diampunkan
engkau maha pemurah maha penyayang


Master of the Day of Judgment

aku takut ya allah
aku gerun ya allah
betapa malangnya hidup ini jika penghabisannya adalah neraka
jauhkanlah aku dari pintunya ya allah
hanya engkau aku berserah


Thee do we worship, and Thine aid we seek


pengabdianku hanya untukmu ya allah
hidupku
matiku
amalanku
hanya kepadamu ku berserah


Show us the straight way,

tunjukkanlah jalan yang lurus
jalan yang sebetul-betulnya
jalan yang mampu memberi sinar hidayah kepadaku ya allah


The way of those on whom Thou hast bestowed Thy Grace, those whose (portion) is not wrath, and who go not astray.


matikanlah aku dijalan yang diredhaimu ya allah

sinarilah aku dengan hidayah
hidayah yang kau berikan kepada sahabat nabiku ya allah

sinarilah aku dengan kebahagian ya allah
kebahagian yang dekatkan diri denganmu sahaja ya allah

kalau kau matikan aku
matikan aku dengan mendapat aku mendapat cahaya syurgamu


hijau translation oleh abdullah yusuf ali
warne lain by penulis
untuk lebih menghayati maksudnya...(klik sini)


~~~~


buku yang paling RAMAI orang baca di dunia ini?
al-quran

buku yang paling RAMAI orang baca tetapi paling SEDIKIT yang memahami maksudnya?
al-quran


nota kaki : jom hayati maksud al-quran

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW