Share

Hari Pertama PKP 2.0 : Routines yang berubah

 WHATT, KEMBALI BERBLOG???

Haha, akhirnya ku gagahi jugak menulis blog setelah sekian lama. Layout blogger ni pun mak aih dah berubah benar ni take time jugak nak cari butang create post ni. Nampak tak lama sangat tak menulis blog jadi macam ni lah

So, day one PKP 2.0 today

PKP 2.0

Semalam aku tidur awal, rasa badan tak sihat. Balik rumah around 7 malam, dinner semua then terus tidur. Tidur awal ni, of course terjaga jam 2 pagi. Bangun bangun dah PKP dah. (ok lawak hambar)

Check HP

Tengok team update sale, alhamdulillah 99 pax. 

Nantilah aku cerita sesi lain pasal bisnes baru aku ni di entry lain. Memang jangan risau akan berblog dengan jayanya lepas ni. Banyak waktu terluang ye tak

Sad news, baca kat group peniaga MPKJ tak benarkan kiteorang beroperasi. Sedih jugaklah tempat lubuk buat duit dah takde dan selepas PKP balik ni entah berapa lama nak pulih kan

BERSEDIH ATAU BANGKIT PLAN

Actually masa PKP ni akan banyak ubah routine kita. Macam aku pun memang ubah terus. Biasanya hari hari biasa

+ 9 pagi pergi office

+ 5 petang pergi stall

+ 11 malam balik rumah

Haaa, itu routines biasa. Dah PKP hari ni, memang office pun tak masuk, stall pun tak bukak. Boleh nampak tak betapa terjejasnya routine harian. Bukan aku sorang je, aku rasa korang pun macam tu kan. Yang aku risaukan adalah crew aku ajelah, nak kekalkan nak cari duit kat mana kan, nak unpaid kesian pulak kat dioerang tempat stall kiteorang je dieorang cari rezeki

So, dah terbangun jam 2 pagi tu, terus planlah apa yang patut dibuat. 

Hinggalah sekarang dah almost Subuh dah pun, ada masa sikit kita berblog kembalilah :)

HIKMAH PKP

So nak kongsi sikit routine baru aku. Korang pun plan lah supaya lebih produktif.

+ 4 pagi, start 5 pagi routines (Solat, Writing, Exercise, Affirmation and reading

+ 6 pagi, exercise extra sebab nak kurus. haha

+ 8 pagi, breakfast, buat kerja office

+ 12 tengahari, pergi stall

+ 4 petang, balik rumah n aktiviti random

+ 8 malam, pitching zoom

+ 10 malam, tidur!

Kelab 5 Pagi


Harap masa PKP ni boleh tidur awal dan start routines positive balik. Korang yang nak join jadikan masa PKP ni lebih produktif, boleh join Kelab 5 Pagi, satu group yang encourage each other untuk bangun awal dan buat routines SWEAR

Alright guys, till we meet again tomorrow

Keep positve okeyy!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Beli barang online dapat emas

Ok, ini adalah sponsored post ya. Walaupun jarang berblog, terima lagi job sponsored post ni. haha. Walaupun sponsored post, sebab ia memberi manfaat, saya kongsikan di blog ni untuk manfaat bersama ya. mana tau ada rezeki

Dunia Pembelian Online

Ada member yang cakap semasa dia kerja menguruskan soal digital digital ni, apa yang PKP buat ni mempercepatkan process digital di seluruh dunia sehingga 2 tahun. Dah semua duduk rumah, nak keluar leceh, maka pembelian di atas talianlah sebenarnya menjadi pilihan

Sebab tu sampai pos laju tak sampai sampai barang ramai sungguh yang mengorder. pernah kena?

Ok, kita terus kepada sponsored post ya

cmasa.my merupakan platform jual beli online daripada pihak yapeim. Haa, YAPEIM yang jual emas tu pun nak menceburi ecommerce ni. Bagus supaya tidak ketinggalan ye tak? Nanti jadi macam Kodak atau Nokia, walaupun leader dalam niche mereka akhirnya terkubur kerana tidak berinovasi



Berbalik kepada cmasa.my ni, platform ni menyediakan jual beli barangan pelbagai. Masih di peringkat awal dan tak banyak lagi barang tapi boleh dikatakan antara platform marketplace yang agak giat lakukan promosilah. 

So sekarang korang berpeluang untuk menang emas dengan beli di platform itu. Ikuti langkah ini

xxxxxxx



LANGKAH 1 :
Beli minimum 1 produk dari website e-commerce kami di https://cmasa.my/ . Tak kisah produk apa sekalipun yang anda beli, anda layak untuk memenangi hadiah EMAS PERCUMA ini.

LANGKAH 2 :
Sila simpan resit pembelian online anda daripada website e-commerce cmasa.my tersebu, dan SILA PRIVATE MESSAGE kami di FB Page rasmi kami di CMASA serta upload dan kemukakan resit pembelian anda sebagai pengesahan.

LANGKAH 3 :
Selepas anda menjalankan dua langkah di atas, sila buat satu posting secara public di Facebook profile anda dengan ayat yang bermula "SAYA SUKA CMASA.MY KERANA............" (sila lengkapkan ayat di atas mengikut pengalaman dan kreativiti anda sendiri) beserta dengan gambar anda secara kreatif di posting anda. Sila sertakan bersama #cmasa bersama dalam posting anda untuk memudahkan kami menemui posting anda secara public.

BAGAIMANA KAMI MEMILIH PEMENANG ?

Kami akan memilih 6 orang yang mempunyai :

LIKE
KOMEN
SHARE
paling tinggi dalam posting anda untuk kami hadiahkan EMAS SECARA PERCUMA terus kepada anda !
.
Selain daripada itu, jika anda tidak tersenarai di dalam 6 tertinggi ini, jangan bimbang, kami ada menyediakan 10 hadiah saguhati untuk anda!

Jumlah hadiah yang akan kami berikan terus kepada anda adalah sebanyak 16 hadiah!

Kami yakin anda yang sedang membaca posting ini adalah orang yang kami cari untuk hadiahkan emas.

Tarikh tutup pencarian kami ini adalah sehingga 30 JUN 2020. Sekiranya terdapat sebarang soalan atau kemusykilan, boleh komen di ruang komen bawah ataupun mesej terus ke FB Page kami CMASA.

xxxxxxx

Haaa, mudah kan? So apa lagi jom join. Ada few product makanan terutamanya yang nampak sedap dan murah. Saya pun nak order kejap lagi mana tau ada rezeki dapat emas. hehe


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Beli tiket bas online lebih mudah dengan eticketing

Beli tiket bas online kini jadi lebih mudah dan senang. Saya memang pengguna setia catch that bus pada dahulunya kerana setiap pembelian ada rebat. Setelah install boost dan ada kemudahan red bus, saya kerap gunakan aplikasi ini pula dan terbaru ada satu platform yang mesra pengguna terutama yang menggunakan desktop iaitu eticketing

Eticketing adalah satu platform jualan tiket bas secara online. Anda cuma perlu pilih tarikh, destinasi dan tempat duduk dan anda boleh membelinya secara terus. Tiket anda boleh terima melalui email dan semasa nak naik bas, kadang kadang hanya perlu sebutkan no seat kepada pemandu. Sangat hustle free

Kenapa naik bas?



Saya selalu berulang alik dari Putrajaya - Sungai petani dan juga Putrajaya - Kota Bharu. Sebab utama selain daripada faktor lebih murah adalah sebab mudah. Ya memang agak lama sebenarnya perjalanan seperti contoh jika saya ke Sungai Petani dari Putrajaya mengambil masa lebih kurang 6 jam perjalanan tapi disebabkan saya boleh sampai ke rumah lebih dekat, itu yang menjadi sebab utama memilih perkhidmatan bas

Lagipun kalau ada barang yang banyak, tiada extra charge dikenakan


Berbanding kereta api, ya memang agak cepat juga cuma masa pemilihan perjalanan agak terhad. Kalau kapal terbang pula, tiada airport di SP saya perlu naik grab pula untuk ke rumah. Sebab itu saya suka memilih perkhidmatan bas. Beli tiket bas online kini lebih mudah

Contest SEO tiket bas online

Berita baik untuk blogger di luar sana, ada contest SEO yang sedang berjalan sekarang. Keyword pula agak mencabar untuk rank tapi hey no harm to try kan? Lagipun dah jarang dengar contest untuk blogger ni, so perlulah kita support contest ini kan?



Contest ini selain menyediakan hadiah menarik iaitu RM500 untuk top SEO, 15 blogger juga akan berpeluang dapat tiket Gambang Waterpark secara percuma. Aha, Maya memang hantu mandi air, bolehlah spend time dengan dia nanti. Kalau menanglah. haha

Okey, kalau anda nak join, boleh klik ke pautan ini dan saya seru terutama blogger pencen pencen tu, jomlah kita sertainya. haha

Semoga berjumpa lagi

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW