Share

Iklan tahun baru cina yang menyentuh perasaan



Sejak akhir-akhir ni, banyak video pendek yang bermutu dihasilkan oleh rakyat kita. Kadang-kadang video yang mereka hasilkan lagi bermutu dari yang ditontonkan di kaca tv. Aku tak pernah tersentuh hati melihat iklan Tahun Baru Cina ni sehinggalah menonton video pendek dibawah

sangat menyentuh perasaan!



Apa komen korang? best kan? nasib baik watak mak eton tu pompuan, kalau ditukar dengan lelaki, konfem nangis aku teringat kat arwah ayah....


Hukum menyambut tahun baru cina?

Korang boleh tengok pendapat UAI di link ini. Tahun baru cina ni bukannya melibatkan perayaan keagamaan seperti chap goh mei, tapi lebih kepada perayaan budaya. Kalau diajak untuk hadiri, pergilah jika tiada keuzuran. Raikanlah mereka yang bukan seagama dengan kita asalkan agama kita kekal terpelihara di dada


pss : dah sampai KB, best sangat!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

'Unwritten Rule' di lane kanan Highway

Bulan lepas pertama kali aku ke Johor dengan drive sendiri. Ikut highway utara selatan. Bulan lepas jugak 1st time drive sendiri ke Penang dari KL juga ikut higway yang sama. Jadi, memang banyak cerita nak diceritakan ni untuk dimuatkan di dalam blog aku ni. Entry ni agak penting untuk mereka yang membawa laju kereta. Juga yang selalu menggunakan perkhidmatan Highway juga penting untuk baca. 

Kali ni aku akan fokuskan yang lane bahagian kanan. lane yang hanya disediakan untuk memotong. Ya, ini memang betul. Tapi entah kenapa, kadang-kadang yang berada di lane kanan tu adalah yang paling perlahan. serius aku tak paham. 

Jadi kat sini aku akan senaraikan 4 unwritten rule yang sememangnya JPJ tak sediakan dulu. Khas untuk yang suka bawak laju!


1) 120-130KM/H : Cucuk punggung



Bagi korang yang bawak 120-130KM/H, ada kereta yang di lane kanan yang bawak kurang daripada ni, korang boleh cucuk punggung kereta tu sedikit demi sedikit. Walaupun aksi ni tak dibenarkan kerana sangat berbahaya (kot2 kereta depan tu break mengejut) tapi apa pedulikan, korang kan nak bawak laju, nak sampai cepat, peduli apa kena saman or bahaya. Yang bawak kurang dari hadlaju ni, dah orang cucuk tu pandai-pandailah bawak kereta ke tepi


2)131-150KM/H : Bagi lampu



Lebih laju dari tadi, ada jugak kadang-kadang korang cecah hadlaju ni dan ada kereta depan yang bawak kurang sikit dari hadlaju kat atas ni still duduk di lane kanan, korang boleh bagi lampu. Takpe, no problem, ini adalah unwritten rule yang takde ditulis dimana-mana. Walaupun tindakan tu akan membangkitkan kemarahan orang depan (siapa suka bagi lampu kan?) APA PEDULI kan? Bagi je lampu tinggi-tinggi!


3)151-180KM/H : Signal ke kanan



Bila had laju korang dah cecah angka ni, korang boleh bagi signal ke kanan tanda untuk mereka didepan bagi laluan. Pedih jugak ulu hati bila bawak laju-laju, ada kereta kat lane tengah amek lane paling kanan dan membuatkan korang kena break. Jadi, bila bagi signal ke kanan, orang yang nak masuk tu pun tahu korang tengah laju dan korang pun tak payah nak tekan break. see, unwritten rule ni bleh jimatkan minyak lagi ok!


4)181KM/H ke atas : Lampu kecemasan



Ini had laju paling maksimum yang bahagian ke4 unwritten rule ni. Iaitu bawak 181KM/H keatas. Sesiapa pernah rasai, nak break pada kelajuan ni walaupun sikit, boleh mengakibatkan kereta agak terhuyung hayang. Jadi, apa yang boleh korang lakukan adalah bagi lampu kecemasan dan bawaklah sehingga meter pun nak terbalik pun. Bila orang tengok dari tepi lagi tahu korang bawak laju, memang akan bagi laluan je untuk korang sampai ke destinasi korang dengan cepat tapi mungkin tak selamat

******

Actually masa aku pergi ke Johor hari tu, kelajuan maksimum yang aku bawak adalah 187KM/H. Bawak kereta Prius. oklah tapi nak bawak sehingga ke 190KM/H memang jantung ni nak terkeluar pun ada. memang respeklah sesiapa yang boleh bawak sampai ke 200KM/H tu, UAI katanya bawak kereta cecah 220KM/H, memang betul-betul lajulah!

selamat mempraktikkan rule ini dijalan raya =)


pss : 'ingatlah orang yang tersayang' aku rasa kampen macam ni kat jalan raya tak efektif, mana taknya masa drive kena fokus, bukan mengelamun ingat kat orang kita sayang!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Lionel Messi pemain terbaik FIFA 2011, kali ketiga berturut-turut


Tahniah kepada Messi (walaupun nampak mustahil dia akan baca entry ni) atas kemenangan anugerah FIFA Ballon d’Or -anugerah paling berprestij dari FIFA. Pemain terbaik dunialah. Yang best lagi, dia memenanginya untuk kali ketiga berturut-turut. ya, kali ketiga berturut-turut!


3 Fakta menarik mengenai Messi
  • Seawal umur 11 tahun sudah didiagnos dengan penyakit Growth hormone deficiency - GH (Growth Hormon) yang tidak dapat dikeluarkan dengan cukup oleh badan
  • Facebook dia baru dibuat pada april 2011 dan dalam masa 3 jam sudah cecah 6juta fan!
  • Dia minum sarapan sama dengan yang aku minum - HERBALIFE. wahaha!!!

point ketiga tu yang paling penting tu =)

Tahniah kepada Messi! Kalau korang baca kat internet sekarang ni, ramai yang mendebatkan perihal Messi yang baru berusia 24 tahun tapi dah banyak gelaran yang dia dapat. Menang 3 kali berturut-turut ni merupakan sesuatu yang jarang sekali orang dapat. Dari ada penyakit lambat pembesaran, tapi kini dah jadi pemain bola yang terkemuka.

Cerita dia ni mesti kita jadikan inspirasi untuk kita berjaya, tiada alasan sebenarnya! ada pun - ia sebab kita!


pss : siapa lagi yang minum sama dengan Messi minum ni angkat tangannnnnn!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW