Share

Ramadhan terakhir anda!

Minggu depan, hari yang sama, kita nanti baru pulang dari terawih. Macam mana terawih anda saudaraku? ok? Bagaimana pak imam di masjid atau surau anda? 20 atau 8 yang dibuatnya? Ahh, sudah 22 tahun saya hidup di dunia ini dan sudah 22 atau lebih saya sudah beramadhan. Dah pelbagai pahit manis dalam menghadapi bulan yang mulia ini.




Dari tahun ke tahun, usia semakin meningkat. Jika dahulu ada satu teka teki apakah yang selalu akan meningkat dan tidak akan turun-turun, agak pening untuk menjawabnya. Ego tak mahu katakan umur kita adalah jawapannya membuat diri sendiri tidak perasan akan perihal umur yang semakin lama semakin menghampiri kematian


Ramadhan terakhir


Jika ini merupakan Ramadhan terakhir saya, jika saya tahu ini merupakan Ramadhan terakhir saya, sudah pasti berlipat kali ganda usaha dan amal perlu saya lakukan. Bulan yang penuh dengan pengampunan, cukup rugi jika kita meninggalkannya walau sedetik. Seperti setiap minit kita jika kita bekerja kita dibayar rm 100, adakah kita mahu lepaskan walau seminit bekerja?


Bisikan ke telinga yang mengatakan ini merupakan Ramadhan terakhir saya kerap didengari. Entah ini bisikan syaitan atau sekadar mainan perasan dek tertekan sekarang ini saya pun tak tahu. Apa yang saya pasti, walau benar atau tidak bisikan ini, saya tidak mahu abaikan walau sesaat di bulan Ramadhan ini untuk meminta pengampunan darinya


Banyak dosa saya pada Dia
Banyak salah saya pada ibu bapa saya
Banyak tipu saya pada keluarga saya
Banyak helah saya pada kawan-kawan yang lain


Kepada semua, maaf kalau ada tulisan di dalam blog ini menyakiti atau membuat anda terasa. Sesungguhnya tangan yang digerakkan hasil dari paduan akal yang cetek ini berfikir tidak terelak untuk membuat kesilapan. Maaf adalah ungkapan yang paling sesuai dalam situasi saya sekarang


Bayangkan Ramadhan terakhir


Untuk membolehkan kita menghayati Ramadhan kali ini dengan lebih sempurna, cuba bayangkan Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terakhir kita. Bisikan Ramadhan terakhir yang saya dengari itu kadang-kadang menakutkan tetapi saya yakin, itu merupakan pemangkin untuk saya lebihkan ibadah kepadaNya.


Ya Allah, jika engkau matikan aku, matikan aku dalam limpah hidayahMu tanpa tidak pernah lalai untuk sentiasa mengingatiMU


pss : Khamis terakhir syabaan, ibu cakap sangat elok untuk puasa

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Murid Pukul Guru : Kurang ajar sebab tak cukup diajar




Minit ke 0:30 - Cikgu yang besar, seluar je besar!



Salam,

Baru saja post entry tadi, post lagi satu entry ni. semangat betul! ternampak di blog ben pasal murid pukul guru. tambah pulak bertwit dengan kak jie tadi, terus mahu update pasal ni Tengok youtube kat atas, memang agak lawak video tu tapi lawak tadi bertukar dengan sedih + pilu.


Macam lagu izwan pilus pula!


Ok, mengenai sistem pendidikan, tak payah la aku huraikan betapa pentingnya sistem pendidikan ni sebab semua sudah sedia maklum dengan kepentingan negara kita memiliki sistem pendidikan yang utuh dah jitu. Cuma persoalannya, sudah 50 tahun merdeka, adakah sistem pendidikan kita sudah sampai ke kemuncak keberkesanannya?


Sistem yang sesuai dengan Masa


Mahu wujudkan satu sistem yang yang sesuai dengan peredaran zaman memang cukup susah. Mungkin cara 50 tahun lalu sesuai digunakan tetapi jika mahu digunakan sekarang tidak praktikal lagi. Kononyalah!


Entry ini untuk mengajak semua jangan berfikir terlalu kompleks cara penyelesaiannya kerana aku yakin, think think u wil become ting tong. Analyze analyze you will become paralyze! Jadi, apa cara yang paling mudah untuk kita buat? tunaikan tanggungjawab masing-masing!


1) Peranan guru

Disekolah, tanamkan nilai murni kepada anak murid. Jangan sindir jika murid lakukan masalah. Hukuman yang dijalankan perlulah ikhlas untuk mengajar murid, bukannya mahu jatuhkan maruah seseorang murid itu. Jangan wujudkan sesekali bibit-bibit benci kepada seseorang murid walaupun sejauh mana pun jahat atau nakal, ajar mereka seolah mereka tidak tahu akan kesalahan yang dibuat




2) Peranan Ibu Bapa

Berapa orang berani angkat tangan rotan ada tergantung di dinding rumah? Rotan ini orang moden cakap tak sesuai, ajaran kuno, ajaran kepada hamba, ajaran membenci anak dan macam-macam lagilah. Wohooo! Nehi nehi! Sama seperti guru, peranan rotan adalah mendidik. Merotan anak bukan untuk membelasah anak. tapi mendidik anak supaya jadi manusia. Contoh, kalau anak buat kesilapan, setelah teguran tidak makan, rotanlah jawapannya!

Berkeras dengan anak pada peringkat permulaan ini adalah penyelesaian bagi segala masalah sosial di negara kita!

Tak perlu kerajaan nak buat sekolah bagi budak hamil. Tak perlu kerajaan belanjakan berjuta-juta wang untuk menyediakan penjara. Tak perlu kerajaan lancarkan kampen berjuta ringgit sayangilah persekitaran yang sihat. KALAU, ibu bapa jalankan tanggungjawab masing-masing


Kesimpulan


Dah jadi macam karangan pula! Apa-apa pun, video di atas mungkin pelbagai persepsi yang akan timbul. Ada yang akan salahkan guru, ada yang akan salahkan murid kerana terlampau kurang ajar, ada juga yang akan salahkan sistem sebab tidak berkesan. Sekarang ini bukan masa untuk menuding jari siapa yang salah, sama-sama perlu berganding mahu untuk mewujudkan generasi Malaysia yang bebas dari masalah sosial!


pss : tengok 2 3 kali video tu pun tak bosan

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kawan bowling aku masuk paper!

Salam,


Wah wah pagi tadi lebih kurang pukul 9 macam tu terbaca status ariff jangan lupa beli kosmo. Haish, aku ingatkan pasal GengBlogger lagi dan macam mana aku tak tahu ni. Baru nak bergegas beli paper, ada orang kongsi link di facebook yang memuatkan gambar cerita dia di sini

banyak muka tu cerita! dicuri dari facebook



Menjadi artis di dunia blog


Walaupun aku belum layak untuk cerita pasal ni, tapi gunalah pengalaman orang lain untuk dikongsi dengan korang. Nak cerita pengalaman sendiri, i bukan artis la u. hehe. Beberapa tips kongsi disini


1) Jadi blogger yang disukai ramai

Tak susah mahu jadi blogger yang disukai ramai ni. Asalkan rajin, terus akan disukai. Kalau ada orang minta tolong, bagi pertolongan dengan ikhlas. Kalau tak mampu, cakap sahaja tak mampu. Woo, berbudi kepada orang ni sangat hebat nilainya, bukan sahaja balasan manusia yang dapat, juga balasan dari Dia



2) Jadi blogger aktif di luar

Tak semestinya kalau dah berblog ni, kegiatan harian adalah blog je semata-mata. Banyakkan aktiviti luar dengan orang ramai sebabnya ramai orang menilai kita bila sudah berjumpa face to face. Bila dah jumpa, barulah tahu sikap sebenar seseorang macam mana. Jadi, nak tak nak blogger ni mesti rajin aktif di luar.



3) Jadi blogger yang suka mengikuti contest

Apa-apa contest yang diadakan, pastikan anda mengikutnya. Contest pulak kena tengoklah contest apa, pastikan contest itu susah untuk dimenangi. Bagi yang selalu up-to-date ni, ikutilah apa-apa contest pun asalkan anda antara orang pertama yang join, mungkin peluang nak menang itu akan datang


4) Jadi blogger yang bersabar

Apa-apa pun, bersabarlah kalau dah buat semua tips-tips kat atas. Ala, kalau semua jadi artis, siapa yang nak jadi peminat kepada artis tu pulak kan? hehe. bak kata status ni semalam





Hari tu masa main bowling dengan ariff, dia kata kat aku, kita jalan ni nanti ada orang tegur sebab masuk paper. Aku gelak sebab mustahil orang akan cam. Nah ambik ko, nanti jalan-jalan, konpem minah-minah moscow yang baca kosmo cari sebab buat statement bahaya kat dieorang. ekeke


pss : tumpang gembira bagi kawan blog

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW