Share

Not the primrose path (1)

Ramai yang tengah menantikan perlawanan chelsea lawan man u petang nanti (malaysia, malam r) debaran perlawanan itu ku rasa akan berkahir seri. hehe, biasalah, bukan team kita yang lawan, jadi seri merupakan advantage besar! man u punya supporter mesti tak suka seri seri ni dan mengharap kemenangan, tengok je la sapa yang menang ok


seperti biasa


weekend yang jarang orang update dan jarang orang berblog. sebab minggu ni tiada hal diluar, jadi orang yang selalu berada di depan ldesktop ni boleh melihat kesugulan blogger mengupdate. layan je la. duk godek godek gambar tadi, terjumpa satu gambar yang mengingatkan aku akan seseorang, rasanya dah hampir 2 minggu tak jumpa dah. jadi kali ini, aku mahu dedikasikan entry ini untuk dia. blogger yang memiliki hati yang cekal






tajuk blognye - aku pun tak tahu maksud apa, tapi boleh agak macam rose rose ni mestilah sesuatu yang cantik, tambah pulak dengan prim di depan, sudah pasti sesuatu yang sangat cantik. tapi sayang, ada not di depan, maksudnya bukan sesuatu yang indah untuk di lalui



sesuai dengan tuan empunya blog



dia merupakan pelajar lepasan medic di sini, dah bergelar doktor dah pun. ok, cakap pasal medic, sudah pasti terbayang akan kesusahan dan kepayahan untuk belajar habiskan belajar kos tu, ishh, hanya yang ambik medic saja yang tahu. tapi ada satu benda yang membuat dia lebih specel dari orang lain. benda inilah aku rasa perlu dikongsi dengan sesiapa sahaja yang memiliki masalah hidup, supaya terus bangung dan terus berusaha untuk berjaya


6 bulan sebelum final exam, dia didapati menghidap satu cancer (tak ingat dah nama saintifik dia) dan sebut pasal cancer ini, satu benda yang paling dekat adalah.. MATI. aku tak faham bagaimana perasaan menghidap cancer macam mana, tapi kalau aku tahu kemungkinan besar untuk aku hidup tinggal beberapa tahun atau beberapa bulan, atau beberapa minggu mungkin beberapa hari sahaja, sudah pasti tekanan yang aku dapat amatlah banyak!



living with uncertainty



berita baik yang diperoleh adalah cancer itu tidak di peringkat akhir lagi, namum memang sudah banyak yang merebak. apa yang perlu dia lakukan adalah untuk menjalani proses kimoterapi. aku pun takde idea pasal kimoterapi macam mana, tapi orang cakap memang sakit. dan bagi dia yang untuk periksa final 6 bulan lagi, memang cukup perit untuk dihadapi


bayangkan


selama 5 tahun belajar benda-benda berkaitan perubatan ni dan di tahun terakhir sebelum exam final dikehendaki menjalani kimoterapi, memang sesuatu yang MENYAKITKAN. inilah dugaan dari DIA yang maha kuasa. serius kalau aku yang kena, memang tak terdaya untuk menerima penyakit seumpama ini. ya allah, syukur kau berikan aku kesihatan sebegini...



seminggu kimo dan seminggu lagi belajar. begitulah rutin hariannya untuk 10 kali kimo. walaupun kimo hanya mengambil masa sejam dua, tapi kesan selepas kimo itu memang jelas aku lihat, dia tak dapat bangun, tidur sahaja dalam masa seharian!



peranan jiran tetangga dan kisah nasi lemak


~~~~~


Assalamualaikum & salam sejahtera kawan-kawan,:D

Sebagaimana yang telah kita tahu,kini saudara Mas Afzal sedang menjalani rawatan chemotheraphy dan amat memerlukan sokongan kita.

Jadi,beberapa minggu lepas, saya telah menghantar email secara personal kepada beberapa orang ahli smsa di kawasan Broomhall menanyakan kesudian mereka memasak dan menghantar makanan kepadauntuk saudara Mas Afzal.

Di bawah saya sertakan jadual giliran memasak pada mereka yang telah membalas email saya

HARI - RUMAH

ISNIN - 10 HOLBERRY (ROY )

SELASA - 27 HAVELOCK (SOFIAH)

RABU - 82B BRUNSWICK (SHAHNOM)

KHAMIS - 5 FILEY (KAK ELI)

JUMAAT - ABG ZAKARIA

SABTU - ABG SAFUAN


~~~~~


takde kan nama aku? mestilah takde sebab tahun lepas baru first year kat sini, nanti kalau aku masuk dalam senarai, tak termasak pulak kepada dia, naya jadinya. semangat untuk menyumbang tetap ada walaupun masak pun tak berapa pandai lagi tahun lepas. masakan paling simple? nasi lemak


ingat lagi pada hari tu, aku masak nasi lemak dan pergi kerumah dia. tapi sayang, semua housematenya keluar dan aku tahu kalau aku tekan loceng, sudah pasti akan jadi bebanan kepada dia untuk bangun membuka pintu. jadi aku hanya letak di pintu nasi lemak dan msg kepada salah seorang ahli rumahnya untuk mengambil selepas pulang.



tapi sayang



nasi lemak sudah sejuk ketika dieorang pulang dan dieorng satu rumah memang ada belikan makanan untuk dia. jadinya, sia sialah nasi lemakku itu. tapi takpe, kenangan masak nasi lemak tetap ada untuk di kongsi ;-)



doktor berjaya



sekarang dia sudah lulus exam final. lulus exam 5th year dalam keadaan sakit cancer. memang satu benda yang aku respek! tahniah doktor mas!


sekarang dia masih lagi berada di hospital untuk teruskan rawatan. kesudahan ceritanya aku tak tahu, harap dia tabah untuk menjalani rawatan disini. dia tidak pulang sebab kos untuk rawatan di hospital malaysia kena bayar walhal kat sini free aje. semoga dia cepat sembuh dan terus tabah untuk jalani kehidupan sebagai doktor yang hebat nanti.



-masa ni ok lagi-



-masa ni dah takde rambut dah, tapi tetap boleh senyum-



ada masa lawat la blog dia, tinggalkan kata-kata semangat untuk dia terus berjuang memerangi cancer dalam dirinya.... kalau rasa down sikit, aku suka ke blog dia, baru ada komitmen skit nak blajo...

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

6 gadis dan seorang melayu

RAG : receive and give




ok ok, tajuk kat atas mungkin keliru. sepatutnya, 6 gadis mat saleh yang hot-hot dan seorang jejaka melayu yang pemalu. urmmm, mungkin terlebih over pulak kan, takpelah, assume yang warna merah ni adalah tajuk ok. layan aje ;-)


3 hari lepas


sebenarnya spiderwalk ni 3 hari lepas, sebab banyak kerja sangat, tak sempat nak tulis pasal spiderwalk ni. apa dia spiderwalk, klik sini. kali ni nak cerita perjalanan spiderwalk sahaja. ooh, sebelum terlupa, kutipan untuk spiderwalk ni masih berjalan walaupun aktiviti sebenar dah dijalankan, kutipan sampai 19 disember ni. sapa-sapa nak bercharity, boleh la bagiku duit ya. jangan kdekut2. charity brother!



gambar-gambar



bermula pada pukul 6stengah di bar-one union. selepas menghabiskan nasi di rumah, ku bergerak untuk ke bar one. wahhh, jumpe ramai orang. intai-intai jugak sesapa untuk di jadikan teman. ye la, jalan sejauh 13 batu ni kalau tak diajak berbual, buhsan buhsan. kena la cari jugak


tempat bermula!


aku hanya memerhati ;-)



takde melayu



sebab ketiadaan melayu, jadi kena la campur-campur dengan bukan melayu. ada jugak tegur beberapa orang, tapi hanya tegur la, sebab dah cakap panjang-panjang, tak paham di buatnya. cukupkan syarat sudah. tepat pukul 6.45, start la kami semua berjalan menuju THE PEAKS.



4 kumpulan awal



aku join 4 kumpulan awal untuk bergerak, disebabkan ramai yang taknak gerak-gerak, ku join je la yang mana ada je dulu. group pertama 8 orang, group ke2 3 orang group ke3 pon 3 orang dan group ke4, aku sorang-sorang. haha, nak buat group ngan sapa kan? group diri sendiri je la. layan je la....



suku perjalanan

gelap ooohhh
pix : zakwan canon slr



serius dalam fikiran ingatkan jalan-jalan di atas jalan raya, mesti ada banyak lampu. TIDAK! masuk hutan, masuk empangan kooot. aduyai, dah la tak bawak lampu, memang jadi si rabun la malam tu. nasib baik ada 3 orang perempuan tu selalu suluh jalan, dieorang tahu kot aku takde lampu, nantikan tersadung kat dalam hutan pulak kan, sapa la tahu. baik betol MEREKA BERTIGA itu.



mula berpisah



mat saleh ni memang ego tinggi, masing-masing nak tunjuk hebat. termasuklah 3 orang gadis di belakang ku. jalan nak cepat je. di depanku adalah group yang agak besar sikit jumlahnya, 8 orang lebih kurang. sebab group yang besar tadi selalu berhenti tunggu kawan2 dieorang, perempuan bertiga tadi terus potong. aku?? mestilah follow mereka bertiga. tapi bagi dieorang bertiga duk depan, sebab ku tak reti nak baca peta. haha, dah lupa dah nak baca peta macam mana. kan tersilap kan



meninggalkan kumpulan besar



bermulalah advanture kami berempat. opsss, dalam perjalanan tak cakap pun, yerlah, dieorang bertiga duk cakap-cakap masing2 je, mana la nak layan aku ni. dengar jugak la dalam kegelapan malam tu deorang berbual-bual. kami terus berjalan dengan kelajuan yang agak laju dan jumpa lagi satu team 3 orang jugak. ingatkan laki, tapi rupa-rupanya perempuan 3 3. wahh, aku SUKAA!



tak tahu jalan



nampak gaya macam dieorang ebrtiga yang baru ketemui tadi tak tahu jalan. jadi, kami berempat pun potong. memang sekarang tinggallah ber7 menjadi group kecil dan paling best, aku sorang je laki. hehehe. best best ni! kami bertujuh pun jalan lagi. fuuh, memang penat jugak sebab kena daki bukit. nak tercabut peha ni ha!



persimpangan bercabang



tiba disatu persimpangan, perempuan bertiga yang awal tadi berhenti. aku yang duduk di belakang pon berhenti la jugak. dalam hati dah tak sedap dah, sebab memang kami bertujuh je yang ada sekarang. group 3 orang lagi tu pun berhenti. masing-masing taknak jalan dan aku berpura-pura minum air. datang seorang gadis mendekati aku, wahh, comel jugak mat saleh ni! tapi ayat pertanyaan dia buatkan aku terpana...


'hi, do u know where we heading for?'


astagaaa, nampaknya dieorang tak tahu jalan jugak. aiyoyoyo. aku lagi la tak tahu, aku control ayu yang aku tak bawa peta dan mintak nak tengok peta dieorang. aku dah mula cuak, mana tak nya, gelap-gelap camni, dahla takde laki selain aku je, dieorang mesti lagi cuak! dah tengok balik peta tu, memang aku buta peta. haha, memang tak tahu la weeeii!



iphone penyelamat


aku cakap kat dieorang yang kita patah balik je la. dan dieorang setuju untuk follow aku. dieorang semua masih 1st year dan join spiderwalk ni hanya untuk suka-suka, memang macam haram la kan, dah tahu tak tahu jalan, nak jugak duk depan. aku pulak duk gatal follow. huhu, so aku kluarkan iphone dan bukak maps, tengok jarak 'current location' dengan universiti 5 miles, nampaknya almost separuh dah la, so, memang ikut maps kat iphone la. fuuh, macam hero plak rasanya



nasib baik


jalan punya jalan, terjumpa satu bar. wahh, rupa-rupanya memang group besar berhenti disitu dan kami masuk ke bar dengan rasa girangnya. perempuan2 yang ikut aku tadi senyum kelat je, gembira campo takut kot. haha, takpe, yang penting dah selamat dah dan lepas ni memang aku akan bersama dengan group besar dah, takmo dah follow perempuan2 PANDAI ni. hehe



bunga api


di bar tu pit stop sebanarnya. lepas tu ada pertunjukan bunga api. ahaa, masa ni la gunakan kamera sepenuhnya. tangkap gambarrr!!!


best tengok ni!



memang kretip dieorang ni



gambar curi!!
pix : zakwan canon slr


ni lah organaizer die
pix : zakwan canon slr



saja suka2


sebab cute letak ni ;-)




balik semula


lepas main bunga api, semua bergerak ke universiti balik. lebih kurang 1 jam lebih-lebih gitu, sampailah ke universiti. fuuuh , lega lega sebab kaki aku dah sakit sakit. wlau apa-apa pon, memang enjoy malam tu. BEST sangat oooh. dan paing best, dapat ni kat kaki ;-)



ni dah pakai stokin ni...
pix : zakwan canon slr



nota kaki : jom jom menderma!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

update BOLA bersama joegrimjow

update terakhir : keputusan penuh


kelantan - 1
negeri 9 - 3
pemain terbaik : syukur adam


ok, kalah 1-3!
xpe la, nak buat macam mana, nampaknya kempunan sejak 1955 tak berbaloi di tembus tahun ni. mungkin ak tak p kot. kekeke! xpe, 2 tahun lagi cuba lagi. yee haaa, klantan tetap di hati ;-)



penonton klntan DULU2
kalau aku, mesti stay sampai abes wlpon akan kalah...


bakar bakar bakar
hahaha!



wlpon sumbat gol
indera tak perform sangat, entah la





61 tahun kempunan, mana tak menyorak gila-gila kan?




yg ni aku tak puas hati!!
haha
(klik untuk membaca)



gomo tak menjadi ;(
tersilap gomo kot
hoho



tahniah kelantan kerana ke final
tahniah negeri sembilan sebab menang
fair and lovely kan?
;-)



~~~~~

update : yeahhhh!

apa barang
lambat masa!
padan muka kad kuning




tiba tiba




indera masukkan gol
yehaaa
1-3

cmon cmon!!!


pss : indera dah sumbang 11 gol, penjaring terbanyak tuu!


~~~~~~

update : api api


awat bakar stadium ooh??
rilek rilek
ishh
pemanku sultan ada ni
jangan buat malu ooohh





tinggal 1 minit lagi kata hasbullah.....


~~~~~



update : pertukaran ?? melengahkan masa

bnyaknye pertukaran
dah la ada 6 minit je lagi!
aiyoyoyo
tapi jap....





awat yg online blog ku ni 20?
jarang berlaku ni
haha
KORANG tak tengok bola ke???


~~~~~~


update : balik main mercun


rilek rilek
stadium dah makin kosong
balik main mercun ke?
huhu
12 minit lagi
cmon cmon!!!




kelantan tengah menyerang!!



~~~~



update : dengar bunyi!!

yess
dah bley streaming
tp xley tgok gambar lagi
ley dengar hasbullah duk jadi pengacara
cume...


















bunyi mercun!
haha
rilek rilek rakyat klantan
ada 20 min lagi!



~~~~~~



update : penalti


kawan aku cakap penalti...
mintak2 xgol..










alamak
gol pulak!!
3-0

aiyoyoyo








~~~~





update : warghhhh!!!



apa sudah jadi ni????
adusssss
nampaknya tv1 dah baned aku
semua channel tv 1 ada poblemo!
hampagas
arghhh


~~~~~~







woghhhh!!!
awat ni!!!!






ketinggalan skrang...
tidakkk...

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW