Share

bila jurutera belajar law



sebelum menulis dengan gembiranya, baca entry pilihan hari ini. hekhek, jangan jeles yaa. time kaseh mempromote diriku yang tak berapa nak laku ni. entry panjang, taknak baca pun, yang part last kene tengok. hihik (sambil menutup mulut)


yeah, malam ni ku tulis pakai laptop kawanku. desktop ku user guest pun masalah, so?? takpe... ku tak bengang.. biasa la tu... dia nak rehat... cuma satu, xley ade ombak2 kali ni.. hurmm..


ok, sambung cerita pasal form 5 tadi, setelah ku tulis entry nak bagai, ku pun terbayang kenangan lama. duk sengeh sorang. hafal law pun dengan muka sengeh. tak sedar sampai dah pukul 3 petang!. masa untuk masak kat rumah.


ku pun log out komputer sana dan turun untuk balik. masa itu ku berada di tingkat 5. naik lif untuk ke bawah.


muka masih lagi sengeh2 cam kerang busuk


sambil memakai earphone mendengar nyanyion cik taylor swift, ku pergi ke tempat lif. ada seorang perempuan sexy! habes semua nak cite pasal pompuan sexy, mesty buhsan kan? peduli apa, ku suka. lalala


ku tak perasan yang muka ku tengah sengeh lagi. bila pintu lif terbuka, hanya kami berdua masuk dalam lif tu. perempuan tadi senyum kat aku. aku jadi pelik, napa nak senyum kat aku plak. aku cuba balas balik senyuman.


rupa-rupanya


memang ku tengah sengeh. patut la perempuan tu balas balik!. tiada perbualan, sebab ku memakai ear phone.. rugi jugak kan?? lain kali tak moh pakai ear phone dah!


-------


cerita pasal dalam lif akan dicerita semula


esok satu paper lagi
paper ke2 last


professional issues in engineering
subjek ntah apa2


belajar law
undang2


agak2nya camne cara engineer belajar law?
ada orang cakap
belajar law jangan hafal
tapi hayati


ok
ku akan menghayati malam ni
sambil tido sambil menghayati


napa engineer kene belajar undang?
dah la undang2 uk
kalau undang2 malaysia ada jugak faedah dia!


tanya kat senior
dia jawab
sapa suruh datang uk?


haha
kan dah terkene balik...


pasrah je la
law pun law la


yang penting....
jawab dengan sengeh....


senyum itu sedekah!


nota kaki : 13 tolak 4= 9. yahuuuuuuuuuuuuu, 9 hari lagi nak balik!!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

i lap u kedua

ku sekarang berada di ic (macam libry). pagi ini tenang untuk study, sebabnya mat saleh semua berpakaian sopan. kalau semalam, fuuh, memang tidak boleh nak fokus.
kiri
depan
kanan
belakang
semua nak berpakaian sexy. bagi mereka mungkin itu tidak sexy, cuma panas katakan. jadi kene berpakaian mendedahkan badan lebih sikit.


bukan sikit
tapi banyak


apa-apa pun, semoga mataku ini tidak meliar memandang mereka. ade seorang depan ku ni. masa menaip. dia usha je. so, kali ini entry tidak boleh panjang. hehe. kene kurangkan taipan di keyboard.


~~~~~


tingkatan 5 memang ada perkara yang best untuk dikenang. memori yang ku rasakan cukup susah untuk hilang. sampai sekarang, masih lagi berlegar di ruang fikiran ku ini. best dan seronok.


tapi ada satu perkara yang dirasakan rugi. iaitu mengalami perasaan cinta di sekolah. ada perempuan yang kuminati, tapi status ku sebagai orang penting (saja perasan org penting) membuat aku tidak meluahkan perasaan ketika itu. biarlah perasaan itu hilang.


ini hanya minat
bukan cinta

kot...


banyak kenangan kalau nak diceritakan, bahas, basketball, pantun, dikir barat... adusss, penat mahu cerita semua itu. selaku pioneer (perintis) SPM disekolah menjadikan kami seramai 134 orang menjadi sebutan junior-junior.


sekarang sudah ada 133, seorang telah pergi dijemput ilahi...al-fatihah


ada satu majlis yang kami tunggu. iaitu majlis graduasi. memang majlis ini khas untuk meraikan pelajar tingkatan 5. ala-ala konvo gitu. ku lagi la suka sebabnya majlis itu ku akan menerima basikal. wahh, basikal kuning jugak! masih ada dirumahku di kelantan!


pompuan mat saleh tu usha lagi.... mesti dia pelik study apa sengih sorang2. ku takley nak cite banyak. tetibe kenangan lama menyusur balik. ok, lain kali la cite. ada gambar kat facebook. layan je la...



-rindu kamu semua!!-



-berumur 17 tahun, haha, dah tua ku sekarang-



sebelum terlUpa, kalau tengok gambar bawah, ada 3 kuntum bunga. hihi, sapa cakap orang skema tak dapat bunga? ade jugak yang bagi. 3 memang tak banyak, ada kawanku dapat banyak!! tak kisah la kan. yang paling lucu, satu bunga tu budak form 1 yang bagi.


ada nota di bunga tu...
tertulis...


abg joe
i lap u


sesuka hati nak lap lap ku ni
ingat ku banyak air??





nota kaki :
1 - semalam tak masak nasi beriyani, tak cukup alat, hari ni kot!
2 - entry pilihan, link ni! bukannya gempak, tapi kene dengan jiwa. lalala~

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

misi pak belalang

semalam ku turun berbual dengan housemate. sebab panas sangat dalam bilik. kalau dah pukul 2 hingga 7 petang, time tu memang panas sangat! tak tahan, ku akan ke ic atau ke gym. untuk ambil angin dan udara yang sejuk.


berbalik kepada cerita tadi, masa bual-bual, tiba2 ada msg masuk. dia baca dan sengeh sorang2


aku : awek la tu, manjang je senyum
dia : hehe.
aku : ganguro girl!
dia : ayah aku la....dia msg ni, ayat nak power je
aku : hehe, ye ke? dia tulis pe?



abg cam na exam? everything ok? buat elok2 ya,
esok besday umi, jangan lupa wish. jangan gadai nilai iman
dengan hidup dunia yang sementara.



ku baca msg itu, nak tergelak pun ada. ayat last tu memang rock! sayang betul ayah memberku itu. dulu masa besday dia yang ke 20, bapak dia wish, welcome to the real man life!


haha


fikir punya fikir, ada baiknya ibu bapa kat luar tu check aktiviti anak-anak. walaupun dah besar panjang, tapi penting untuk kekalkan hubungan. ada teknologi macam2 sekarang ni. facebook, email dan paling cikai, msg. tanya la khabar anak2 kat luar sana. kesihatan, pelajaran ataupun solat. just nak make sure anak tak terlalai.


macam pakar ibu bapa la plak aku ni!!


~~~~~


pak belalang berada dirumah lagi hari ini. tak tahu nak buat apa. dia mengambil sebuah majalah dan membaca. satu part menarik minat dia. "rahsia rumah tangga kekal". dia senyum membaca tajuk bahagian itu. rasa bangga pun ada dengan nikmat keluarga yang dia miliki sekarang. 5 orang anak yang tengah mencoret kecemerlangan hidup, dan seorang isteri yang memahami. rasanya ini lah nikmat yang paling untung dia peroleh selain dari nikmat agama sekarang.


pak belalang : hurmm. bagus jugak part ni!


dia meneruskan lagi bacaan.


pak belalang : jaga anak hari-hari. terutama anak perempuan. ada mengatakan, jaga anak perempuan seorang lebih susah dari jaga lembu 100 ekor... haha, betul-betul. nasib baik halimah baik


pak belalang tersenyum seorang membaca. die meneruskan lagi


pak belalang : anak lelaki mencapai umur 15 tahun, akan wujud sifat ingin tahu yang besar, termasuklah dunia cinta yang kabur... hurmm, entah-entah hamdan pon sama. kene tanya ni


wujud perasaan risau di hatinya. ilmu baru dia dapat!


pak belalang : kalau mahu isteri fikirkan golongan lelaki romantik, lakukanlah perkara ini bla bla bla bla bla


sampai ke bahagian ini dia tertarik. dia perlahan kan bacaannya, takut mak belalang dengar


pak belalang : bagus, aku akan cuba malam ini!!


pak belalang puas. tips itu memang best! dia tidak sabar menunggu waktu malam untuk mencuba tips yang baru dipelajarinya tadi. pasti kali ini romantik mak belalang akan kalah dengan romantik yang dibelajarnya sebentar tadi.


setelah solat isya, dia berjumpa dengan hamdan


pak belalang : abah nak kertas sehelai
haamdan : nak buat apa bah?

pak belalang : bagi je. ade?
hamdan : ade, nah


hamdan memberi kertas berwarna pink. kertas itu digunakannya untuk menulis nota. setelah ucap terima kasih, dia jumpa pula dengan halimah


pak belalang : halimah buat ape tu?
halimah : cikgu suruh buat kerja ni. matematik.

pak belalang : guna pensel warne tak?
halimah : tak guna. napa? abah nak ke?

pak belalang : abah nak pinjam pensel warne
halimah : ade warne pink je bah, lain semua tumpul. kene asah

pak belalang : haaa, bagus la warne pink. abah pinjam yee
halimah : ok


setelah mengambil pensel warne kaler pink, pak belalang mulakan misinya.
dia menggunakan kertas pink hamdan tadi membuat sampul surat
dia mengambil sekeping kertas putih
dikarangnya satu ayat
ayatpendek sahaja
tapi iklas dari hatinya
dimasukkan kertas itu kedalam sampul surat
dan
sampul surat itu diletakkan diatas katil
tempat dia dan isterinya tidur


ketika ini mak belalang ada didapur. mengemas dapur serba sedikit. pak belalang pergi kedapur dan berbual berbasi-basi dengan mak belalang


pak belalang : sayang, biar ayang la kemas ni
mak belalang : tak pe. dah nak siap da ni

pak belalang : banyak lagi ni. ayang masuk bilik dulu ek
mak belalang : semalam kan ayang dah tolong, malam ni biarlah sayang yang buat

pak belalang : sayang... dengar cakap suami.
mak belalang : ok ok. basuh elok2 tau. masuk bilik dulu


pak belalang mengharap mak belalang akan perasan akan surat nya tadi. setelah mak belalang masuk bilik, di buka lampu, dia melihat ada sampul surat warna pink. dia mengambil sampul surat itu dan membacanya.





ada air mata mengalir di mata mak belalang. air mata kesyukuran. air mata kegembiraan.


~~~~~


adakah ku romantik??


nota kaki : try la yek. tapi yang dah kawen je la. lalala~




Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW