Share

Siapa nak guna Tong Gas Safari?

Yeayy, entry pertama tahun ni. wahaha



Dah almost jam 8 malam dah. Masih di office. Tadi ada pelanggan datang lewat jam teruk di MRR2 jadi terpaksalah tunggu. Dah nak dekat jam 7 baru sampai. Alang alang tu tunggu Maghrib teruslah dan tiba tiba mood nak update blog jadi rajin. 

So, here i am at my office

Gambar baru ambil tadi. haha

Ok sambung update

Actually ada sebab lah kenapa nak berblog balik, sebab yang sedih. Nantilah kita story di entry lain. Maybe joegrimjow akan jadi ketagih berblog balik la lepas ni who knows? Hehe

Kisah Tong Gas

Bagi korang yang friend di facebook, mesti tahu yang aku sekarang tengah handle 1 projek yang akan memudahkan para suri rumah dan sura rumah yang selalu bergelut dengan BERAT TONG GAS. Haa, apabila projek ni dah di mass production nanti, memang akan memudahkanlah sebab beratnya hanya 9.2kg sahaja

Yeah, 9.2kg sahaja!



So, berapa berat tong gas besi kat rumah yang ada tu?

Berat tanpa gas - 16.5kg
Campur dengan gas - 14kg

So total beratnya adalah 30kg!!! Memang nak patah pinggang tu kalau ke hulu ke hilir bawak tong gas tu ye tak? Inilah masanya, penyelesaiannya dah ada dah, cuma tunggu masa je nak dijual ke pasaran secara mass. hehe

Korang nak try?

Adalah beberapa tong gas yang ready to use kat office ni. Kalau korang nearby, bolehlah datang ambil dan try. Of course la letak duit deposit dulu. Tak jual, cuma letak deposit je jaga elok elok jangan bagi rosak. Hehe. 



Sekarang ni pun dah ada 50-70 dah orang guna. Rata rata orang campers yang pakai. Ye lah, selalu duk bawah portable gas tu, masak 2-3 jam dah habis dah. Tak syok. Nak bawak tong besi berat ya amat, jadi tong gas ringan ni lah penyelesaian dia

Tapi nak cakap, ada beberapa je lagi ni so siapa cepat dia dapatlah. Jangan datang terus kat office tau takut jadi ada member sorang tu, confiden datang office tanpa temujanji, tong gas dah habis. Haha.

So korang inform dulu nak datang ke tak, then ambil je lah guna. Dah habis pulang balik dan ganti yang dah penuh. SOrry lah delivery tak buat lagi, kurang kakitangan. hehe. Contact me at wasap.my/60169640972/nak+try+tong+gas

Alright, doakan aku rajin untuk terus update blog ya, kena istiqamah ni!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

1 ulasan:

linkalternatifjudionline berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW