Share

Kisah 2 tahun lepas yang kehilangan anak pertama

Masa aku buka facebook menggunakan apps di iPhone, tiba-tiba ada suggestion post perihal post yang aku pernah post untuk 2 tahun dahulu. huh, amazing!


Actually kalau nak diikutkan kisah ni (entry 2 tahun lepas) antara yang tragis la sepanjang kami berkahwin, mana tak tragisnya, hilang 1st baby semasa kandungan 4 bulan. Boleh bayang bagaimana terujanya nak sambut 1st baby tapi tak sempat nak sambut? Tapi, bab kata orang putih, 'time is the best healer' kenangan tinggal kenangan - serius dah tak ingat pun 'tragis' tu walaupun dulu ambil masa juga untuk lupakan dan move on. 

Sekarang dah 2 tahun seterusnya, anak pun dah ada nak masuk 11 bulan dah usianya :)


Cuma nak ingatkan korang, kalau korang tengah alami peristiwa sedih, kemalangan ke, kematian ke - move on. Nescaya setahun dua tahun korang takkan ingat pun lagi betapa 'sakitnya' peristiwa tu. Allah ni sebaik perancang, ada hikmah atas segala yang kita alami. OK?


pss : Macam GST (klik untuk lebih jimat).... sekarang kecoh, time PRU semua lupa. haha

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Review BESTMobile prepaid

Dah semakin hampir dengan pelancaran ni, makin ramai pula kawan-kawan aku yang join bisnes prepaid terbaru ni - Best Mobile. Dulu TuneExcel pun ramai jugak member-member ajak join tapi dah 2-3 tahun sepi tanpa berita. hehe. Tapi ada jugak yang member betul2 sukses, dapat 1k-2k sebulan siapa nak bagi kan? so no offend la standard biasa bisnes ada yang rugi ada yang untung

93% yang meniaga tutup kedai lepas 3 tahun beroperasi (scary!)


Actually aku bukannya nak menakutkan supaya korang tak buat bisnes, tapi tu realiti dunia bisnes. Ada masa korang untung, ada masa korang rugi. So peringatan ni untuk korang diluar sana jugak, bukan sebarangan bisnes korang join dan dapat keuntungan, mostly bisnes pertama akan rugi.Kedua , ketiga malahan sampai berpuluh akan rugi atau hanya 'balik modal' Yang membezakan sukses dengan tak sukses, dah rugi tak berhenti disitu tapi teruskan juga hinggalah berjaya

Takde yang gagal dalam bisnes, yang ada cumalah berputus asa

Amboi-amboi panjangnya mukaddimah :)

Ada kaitan sebenarnya apa yang aku "bebel" kat atas dengan review Best Mobile ni, kaintannya adalah : Nak cuba bisnes, boleh cuba Best Mobile. Haha nampak sangat review ni akan berat sebelah sebab tuan yang review pun dah join :)


Sebelum aku mulakan review, baik kita tengok balik idea disebalik model bisnes ni. Apa-apa bisnes sebenarnya nak "hidup lama" perlukan produk dan pengguna. Produk bagus, pengguna suka maka bisnes tu akan berterusan. TAPI ada satu lagi faktor bisnes tu akan berterusan iaitu - barang yang digunakan perlu selalu digunakan! Kalau korang tengok senarai orang terkaya di Malaysia (dunia sekalipun) rata-rata "menjual" barangan yang selalu kita guna. Macam mana jual gula yang harganya RM 2.86 pun boleh jadi orang terkaya kat Malaysia ye tak? 

ok ok. kita teruskan review


1) Latar belakang syarikat


Sudah pasti nak tengok sesuatu bisnes kita kena tengok "who behind the company" Kalau company tempatan ni tak boleh nak expect yang tinggi-tinggi sangatlah kan, paling penting kena tahu serba sedikit, takdelah tak sampai 2-3 bulan join company tutup :( komisyen entah kemana...

ni aku ambil daripada internet jugak

BESTMobile diuruskan oleh BestMobile Malaysia Berhad (Reg. No: 1132252-H), sebuah syarikat bumiputera dengan modal dibenarkan sebanyak RM10 juta. Melalui syarikatnya iaitu Cellular Motion Sdn Bhd, BESTMobile telah menandatangani perjanjian dengan Friendi Mobile (www.friendimobile.my) sebuah syarikat milik Virgin Mobile Middle East & Africa (MEA) dan Kumpulan Peransang Selangor serta Samena Telecom Ltd. untuk membangunkan satu konsep perniagaan B-Brand. FriendiMobile menjadi teknologi partner manakala BESTMobile menjadi marketing arm yang akan membangunkan program ini. Status BESTMobile adalah sebuah Telco yang memegang lesen Mobile Virtual Network Operator (MVNO)                                                                                                                                                                                                                  
BESTMobile, dipimpin oleh pengarah-pengarah yang terdiri dari 7 orang pakar yang memiliki lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang minyak & gas, perbankan, perundangan dan telekomunikasi di dalam dan luar negara.                                                                                                                                                                                                  
BESTMobile menawarkan perkhidmatan talian telefon kepada pengguna menggunakan nombor awalan 011-38xx xxxx dengan menggunakan rangkaian Umobile dan Maxis sebagai rangkaian teras. BESTMobile juga menggunakan Nama Penyelia Perkhidmatan (SPN) sendiri iaitu MyBEST yang akan terpapar pada setiap telefon pengguna dan menggunakan server sendiri.                                                                                                                                                                                                      
BESTMobile, menggunakan kombinasi antara teknologi telekomunikasi dan sistem pemasaran pintar dengan memiliki sistem sms sendiri dan sistem USSD. Selain itu BESTMobile juga mendapat sokongan dari sistem teknologi terkini dari VirginMobile MEA.                                                                                                                                                                                                                                                                                  
BESTMobile menyediakan pelan harga yang mewakili semua golongan dari pelajar, golongan bekerja dan juga warga asing. Pelan yang ditawarkan bukan sahaja amat menjimatkan tetapi tersedia pelbagai pilihan istimewa dan peluang menjadi Usahawan Telekomunikasi dengan modal yang sangat minima rendah bermula RM 49

2) Leader, upline dan group




Satu lagi dalam bisnes perangkaian ni korang kena "memilih" untuk letakkan posisi korang kat mana. Kalau setakat nak jadi pengguna tu oklah tapi kalau nak ada income 4,5 atau 6 angka kena pilih kumpulan mana korang sertai. Actually tak kurang daripada 4 orang dah approach aku untuk bisnes ni tapi entah kenapa rasa tak "sesuai" dengan jiwa cara dieorang approach. 

Tapi semalam (ya semalam) aku saja test register kat satu website, tak sampai 20 minit ada terima whatsapps "tanya khabar" hehe aku cukup suka dengan gaya macam ni sebab every networking bisnes fast response sangat penting. 

tanya itu ini baru tahu yang orang tu baru lepasan spm dan takde pengalaman dalam networking. haha

Jadi aku ambil inisiatif sendiri jumpa dengan admin website tu, tenghari tadi (24/3/2015) bertempat kat kopitiam kita beramah mesra la aku dengan admin tu.


Lepas soalan perangkap!


Ini satu lagi untuk check sama ada leader korang tu sesuai ke tak untuk jadi leader, tanya soalan perangkap! Every networking bisnes nak kaya cepat sangat mudah - "jual duit" bukannya jual barang so en nazzer yang merupakan admin di website tu lepas soalan aku tu. haha. soalan apa tu kena datang jumpa la, skill mahal tu. hehe

Alhamdulillah, lepas penerangan dari dia lebih kurang setengah jam (sebab aku pun ada appointment lain dan dia pun nak gerak ke KL) aku pun yakin dan bayar yuran tu


3) Modal rendah dan no-money-game




BestMobile ni nak mulakan bisnesnya sangat mudah, RM49 saja dan korang akan dapat kredit RM10 tersedia. Aku takkan review lebih2 pasal pelan pemasaran sebab benda tu dah ada nak korang email ke dan download, apa yang aku review benda yang "jarang" orang nampak.


Lagi satu aku suka pelan pemasaran BestMobile ni susah untuk kaki-MLM jadikannya sebagai money game. Maksudnya kaut untung atas kemasukkan sahaja. Tak tahulah lepas ni macam mana tapi yang aku tengok memang susah. Just macam biasa, bisnes konvensional lain, jual dapat untung, guna dapat komisyen.


4) Selalu guna kenapa tiada manfaat lebih?




Actually kalau aku tanya korang sekarang ni line hp korang pakai sekarang berapa sen/minit, data berapa sen/mb memang aku yakin tak ramai yang tahu. Kalau korang tahu tu #kitageng. hehe. Dulu aku guna Celcom amek pakej bayar RM150/month sebab nak dapat iPhone punya pasal, dah habis kontrak tukar DiGi sebab lagi murah dan tak lama dengan DiGi tukar celcom balik cuma amek pakej murah sikit dari dulu then tengok bil mahal semacam aku tukar uMobile.


Sekarang ni pakai uMobile lah


Cumanya selalu ada masalah "drop call" orang call masuk voicemail, terpaksa kita kena call balik :( Yang aku nak highlight kat sini - memang ia menjadi kegunaan kita tapi berapa banyak manfaat yang kita dapat? Alang-alang kita guna, baik kita dapat manfaatnya kan?

Untuk bagi korang lebih faham aku ambil contoh dunia telco sekarang ni. Actually kos untuk yang ada pencawang sendiri kosnya 2-3 sen per minit saje. Macam aku pakai uMobile sekarang kosnya 18sen/minit. Balance 15-16 sen lagi pergi mana? Selain untuk bayar gaji pekerja, ia digunakan untuk marketing! yesss, sangat mahal kos untuk marketing tu, aku ada kawan yang pernah incharge marketing kat telco M***s ni kos 2 bulan pengiklanan kat paper sahaja cecah 1juta lebih. tu kat paper, belum lagi kat radio, tv dan sumber-sumber lain.


Bagi BestMobile pulak, aku tak tahulah berapa kos sebenar tapi mungkin mahal sedikitlah sebab dia pakai pencawang Maxis dengan uMobile jugak dan kos per minit untuk panggilan adalah 16-19 sen/minit. Kos marketing tu company tukar kepada kos untuk bayar komisyen. cun kan? standardlah, mana2 company networking macam tu, iklan dari mulut ke mulut

Persoalannya, berapa minit kita cakap dalam sebulan. Aku tak tahu korang tapi kalau aku lebih 500 minit. Sen sen tadi dah bertukar jadi puluh-puluh dan ratus-ratus. So, nak jadi pengguna bijak, kita ambillah sedikit percent kat kita. BestMobile ni bagi sehingga 30% kat ahli dia. haa, menarik kan. tu yang join tu. haha. 

Bahasa mudah dia - rebat!


5) Company tak launch lagi, peluang jadi terawal




Bulan April ni katanya company akan launch. So kalau korang register sekarang boleh lock posisi korang as leader. Aku pernah buat entry pasal tips nak join syarikat MLM antaranya kena tunggu company tu 5 tahun untuk tahu sama ada tutup atau macam mana, tapi tu untuk syarikat MLM yang perlukan pelaburan ribu raban, BestMobile ni tak register under MLM walaupun bayarannya ala-ala MLM so ia terbalik, kalau nak join, baik join paling awal. Company ni memang akan kekal lama sebab ia talian telefon!


Kejap joe, ada je banyak sebelum ni syarikat telco ala-ala bestmobile ni lingkup?


kan aku dah cakap, ia bisnes. ada untung rugi. lingkup ke tak tu bukan bidang kuasa kita. CUMA modal RM49 aku rasa tak rugilah sampai bergadai tanah. hehe. kos minimum risk rendah. sekarang ni banyak leader dah start promosi - aku kira lambatlah - dan ada yang ambil duit ada yang tak ambil duit. Kalau korang join under aku ni, ambil duit. So dah boleh tapis untuk yang betul2 berminat ni

Maksud ambil duit tu, korang bayar RM49 tapi simcard tak dapat lagi, pertengahan april ni baru dapat. Tapi dah boleh lock position tu yang best tu. Dah siap-siap cari orang bawah untuk letak bawah kita dan tunggu dapat komisyen daripada top up tu nanti


6) StartUp : Sejuta lebih hadiah dan kejar 30 hari pertama



Tahun 2015 dan 2016 company banyak buat offer untuk naikkan lagi nama syarikat. Lebih RM1 juta hadiah untuk yang aktif-aktif ni. Antara sebab aku join adalah anggap benda ni contest la. haha. joegrimjowkan suka contest. hehe. Aku ni banyak database orang, email dan no phone banyak so apa lagi manfaatkan peluang yang ada

Ada satu bonus dipanggil FAB, iaitu dalam masa 30 hari kalau korang berjaya daftarkan 30 orang bawah korang, akan dapat extra RM500 oneoff. 30 orang tu kalau jual je akan dapat pulak RM 600 so bagi part timer untuk bulan pertama boleh dapat RM 1100 boleh la buat persiapan menghadapi GST. hehe

Jadi, aku suggest sangat korang join. Susah tau aku nak join "benda-benda" macam ni sebab ye lah aku ni bab2 networking ni skeptikal sikit sebab dah ada buah hati kan (baca Herbalife) 


7) Kenapa perlu join BestMobileClub.com

Macam aku bagitau awal tadi (tengok  no 2) aku join under team bestmobileclub. Dah banyak dah sekarang ni yang buat ala-ala macam tu tapi yang aku suka pasal mereka ni sebab
  • admin sendiri orang IT, so memang dia akan advance sikit daripada kebanyakan orang
  • ahli akan dapat website replika, sangat mudah untuk promote. website replika ni pun 'nampak mahal' dan lebih profesional
  • ahli akan dapat video promotion yang mereka sendiri, nak upah orang buat mahal ooo dan lagi kreatif la kirenya
okeh, nak join klik sini

Serius aku rasa untuk korang nak lakukan secara part time dan bil hp korang tiap2 bulan lebih RM 30 baik join sebelum terlambat. Join under BestMobileClub.com dan kerja promosi koran pun akan jadi lebih mudah. Sama-sama kita kumpul harta persediaan nak hadapi GST. hehee....


****************

Alright ini review ringkas daripada aku, harap korang pun boleh join. ada apa-apa pertanyaan boleh terus call ya. 0169640972

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Harga baru bas ekspress bermula 15 May 2015

Harga minyak turun.... tapi harga naik bas naik pulak


hehe pelik!


Tengah dapatkan info dari wakil SPAD nanti aku post sini ya KENAPA boleh naik. Tapi rasanya korang boleh teka kot sendiri kan? hehe

pss : Hehe jelah kita rakyat mampu

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Senarai perkara yang akan naik selepas GST

Countdown to GST - kurang 20 hari lagi!

Actually GST ni nak tak nak kena dilaksanakan juga, ia sistem percukaian yang menyeluruh dan pendapatan negara akan bertambah seterusnya keharmonian rakyat akan terjamin. hehe. Macam nak bodek aje ni. Ye betul korang tak boleh nak sangkal 'FAKTA' aku bagi tu, GST sistem percukaian yang menyeluruh (rakyat kena oi) pendapatan negara akan bertambah (yess memang pun) TAPI BAB KEHARMONIAN tu macam errrrr

Sistem pengankutan awam kita macam mana?
Sistem pendidikan kita macam mana?
Hospital?
Polis tentera keselamatan?

haaa, harmonikah kita?

Actually kalau nak banding dengan negara lain, memang Malaysia kehadapan tapi kalau banding dengan negara yang 'tak seberapa' memang macam tu, so nak banding tu bandinglah dengan negara maju kan memang kita agak terkebelakanglah terutama soal pendidikan...

kan?

Satu lagi mengenai GST tu, tak kisah sangatlah kalau kita bayar lebih pun CUMANYA kita naklah kemudahan tu lebih. Apa yang aku paling risau adalah PENGURUSAN tu risau bebenar memikirkannya. Kerajaan kita sekarang ni dari segi rasuah memang dah improve banyak dah, dari segi pembaziran pun dah improve banyak jugak tapi masih ada lompang-lompang yang kita sebagai rakyat lihat kena perbaiki lagi

Ok lah, cakap banyak pun memang nak tak nak GST akan laksanakan jugak ye tak

Jadi, persiapan untuk menghadapi GST, korang kena senaraikan apakah barangan yang korang selalu guna dan adakah barangan korang tu akan turut terkena GST. Memang pum pang pum pang dalam tv cakap GST takkan naik harga, tapi yang naik harganya ada banyak lagi dan silap perhitungan naya korang bulan 4 nanti. 

Ni list aku, ada nak tambah korang tambah kat bawah ya

1) Herbalife



Huh, memang berita ni sangat-sangat scary! Sebagai pengguna, average RM 500- RM 700 sebulan aku guna produk ni, Lepas GST, angka tu akan bertambah kepada RM 530 - RM 742. Eh kejap, produk Herbalife pun akan naik harga lepas ni???

ya, korang boleh baca info lanjut kat sini

bersedialah!


2) PruBSN Takaful





Dah dapat surat cinta daripada pihak insurance, katanya memang akan effect dengan GST so bulan-bulan duk bayar RM 200 kena tambah lagi RM 12. Tapi menurut surat tu dia akan tolak charge GST tu kat sumbangan kita dan akan merosotlah sikit sumbangan melainkan kita tambah bagi cover balik. 

Mungkin ada agen takaful ada nak tambah sila ya

3) Bil-bil



Aku pun pelik jugak dengan bil ni, internet katanya akan naik, telefon pun sama. Macam mana naik tu aku pun tak tahu sebab dalam bil dia memang dah ada government tax, takkan nak tambah lagi, yang ni kita KIV dulu tunggu 1 April bil datang macam mana, tapi aku rasa akan naik jugaklah :(

4)

5)

6)

update soon

Katanya inflasi akan naik dalam 2 tahun selepas GST, heh tunggu buat aduan ajelah nanti. Sabar ya, memang dunia ni macam tu dah. Masa PRU nanti kita tengok adakah GST mampu bagi effect kepada kerajaan atau rakyat sememangnya OK/ hehe

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Akhirnya masuk jugak dalam senarai Guinness World Record

Cipta satu rekod dunia ni memang perlukan komitmen yang tinggi. Kalau korang lakukan secara individu mungkin korang kena ada sesuatu yang 6 Billion penduduk bumi lain takde, kalau korang lakukan secara berkumpulan, haruslah kerjasama dan komitmen daripada setiap individu tu perlu ada. 7 Mac 2015, alhamdulillah termasuk jugak nama dalam rekod dunia. hehe



High Intensity Interval Training (HIIT) in 24 hours

Herbalife telah disahkan berjaya dalam cubaan untuk memecahkan rekod dunia exercise paling ramai dalam masa 24 jam. Seramai lebih 200 000 daripada 91 buah negara mengikuti cubaan rekod dunia ini. Bukan tu saja, di LA dieorang dapat pecah rekod jumlah paling ramai sertai iaitu lebih 4000 orang di satu tempat

kat mana aku sertai? Kat KB - LAH! :)

Bertempat di Crown Garden Hotel KB, lebih 50 orang sertainya. 45 minit buat HIIT memang berpeluh tak ingat dunia lah! Kalau korang nak cuba, boleh tiru senaman ni kat rumah, tak join pecah rekod dunia pun takpelah tapi memang lepas buat work out ni rasa semacam je badan. haha


Hari tu yang lead kiteorang adalah BOB (dia dah turun 60kg!) dan memang bertenaga sikilah. Sayang tak ramai group lelaki yang join, banyak perempuan yang join. hehe. Tapi takpe, yang penting KB antara bandar yang menyumbang kepada angka 200 000 tu!

group KB!
Herbalife antara syarikat Global Nutrition yang sangat mementingkan Healthy Active Lifestyle, memang tepatlah pengedarnya ikut sama untuk sertai WorldWorkout ni, untuk mengajak orang diluar sana amalkan gaya hidup sihat.

Alright, itu sahaja dulu ringkas2, nanti kita story lagi!

Link lain


pss : nak sihat ingat nombor ni 8020 - 80% nutrition 20% exercise :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Setelah 10 bulan bergelar ayah

Hari ni hari ambil keputusan SPM, good luck kepada adik-adik harap dapatlah keputusan yang cemerlang gitu. Dulu 10 tahun lepas (2005), aku pun ambil SPM dan 10 tahun seterusnya dah ada anak yang berusia 10 bulan dah. wah, semua 10 ya!

Untuk meraikan angka 10 (aku pun tak tahu kenapa main angka je sekarang ni) nak cerita 10 pengalaman best menjadi bapa ni. Harap yang baru kawin tengah 'plan' nak ada anak 'lambat sikit' terus tak jadi sebab jadi ayah ni merupakan perkara paling best dalam hidup korang :)

1) Gambar Maya Zaara kat facebook



Masa aku post gambar 1st Zaara kat facebook (gambar atas), aku dah dapat agak lepas ni memang semua twitter, facebook, instgrm aku akan penuh dengan gambar anak je. hehe. Dulu masa kawin, berdua, sekarang dah ada anak dia mesti ada kat mana2 gambar. hehe


2) Tidur nak atas perut je



Nasib baiklah perut aku ni fat percentage 21% maka seronoklah Zaara lenjan perut ayah dia jadikan tilam. Hehe. sorry mummy perut ini milik anak dah


3) Raya lebih best



Haa, kalau korang nak ada anak, kena plan supaya anak lahir sebelum raya. Kenapa? Duit rayalah! haha. Rezeki baby ni, memang duit raya dapat banyak! Mmmm, sebelum raya pun siap ajar main mercun cara betul macam mana. Nanti dah besar takdelah main mercun cara tak betul

Macam mana main mercun dengan betul? Tangkap gambar bersama mercun then tengok je orang main kita jangan main. haaa


4) Nak makan kena bergilir



Apabila dah ada anak ni, memang kalau keluar makan kena bergilir-gilir, time korang makan, wife kena jaga, time wife makan korang kena jaga. Tapi nasib baik bini aku ni hebat orangnya, sambil makan pun dia slumber pegang anak. hehe


5) Apabila anak demam



Benda ni memang paling scary untuk ibu bapa. Ya lah, budak besar ni demam kita ok je kan, tapi kalau baby huh dia punya runsing memang tak boleh nak buat kerja jadinya. 10 bulan ni 2 kali jugaklah Zaara demam, cuaca yang tak berapa elok ni lagilah penyumbang terbesar banyak anak tak sihat

Tapi Zaara kalau demam stay cute kan? haha

6) Jumpa kawan blog, ada benda nak sembang



Hari tu jumpa ben kat alamanda, bila dia sembang pasal anak masa bujang dulu tak reti la nak balas balik ye lah takde pengalaman kan? tapi bila dah ada pengalaman ni kalah pompuan bila laki sembang pasal anak. haha


7) Gambar dengan isteri dah jadi kurang



Maaflah para isteri semua ya, setahun pertama ni memang macam tu excited lebih nak ambil gambar dengan anak. Maka automatik gambar dengan isteri pun akan jadi kurang. 


8) Hari bapa jadi lebih bermakna



Apabila hari bapa disambut, masa bujang dulu tengok ajelah kan, perati je kat bapa-bapa yang sambut tu. Apabila dah ada anak ni, bila orang sambut hari bapa kita jadi lainlah, excited! Tak pandai cakap lagi pun dapat gambar kat atas tu pun dah buat kita senyum sepagi semalam


9) Balance ayah dan suami



Bagi akulah kan, walaupun jiwa lelaki kental macam batu ni, isteri dan anak adalah paling bernilai yang kita ada. Apabila 2-2 ni takde (contoh macam sekarang, balik kampung!) memang boleh meracau jugaklah asyik duk teringat kat depa berdua. Penting untuk kita balance kasih sayang tu kepada anak dan juga kepada isteri. Nasib baik dapat bini yang memahami, jadi benda tu jadi mudah. Tersayang anak lebih pun - no problem. hehe


10) Buat anda semangat untuk ke depan



Apabila ada anak ni, tambah-tambah bila korang buat bisnes yang ada up and down ni, dah tak boleh nak turning back dah. Tanggungjawab tu ada. 10 bulan ni apa yang aku kesal tak boleh bagi lagi 'kemewahan' yang aku plan nak bagi kat anak aku tu. Mungkin ada hikmah kerja tak cukup kuat lagi. InsyaAllah mintak doa daripada korang semoga hidup aku dengan keluarga bertambah meriah, bertambah bahagia...


Alright. itu saja dulu. Nanti kita story mory lagi. 


pss : jarang nampak komen kat entry aku lately ni, ada orang baca ke, tengok kat stat ada 1k-2k lebih view ke semuanya spam ni? hehe. 


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Sempena ulang tahun ke7 sebagai pengguna Herbalife

Alhamdulillah, Mac 2015 genap 7 tahun (lamanya!) aku menjadi pengguna Herbalife. Start menjadi pengguna pada Mac 2008 memang rasa kejap je 7 tahun ni. Kalau orang kata makan Herbalife boleh sakit buah pinggang la, mati la, penyakit hatilah - alhamdulillah aku masih mampu menulis blog sekarang ni. hehe.


7 tahun, tak bosan ke?

Ini pun bermakna, selama 7 tahun ni jugaklah hari-hari aku duk shake-shake ataupun blend benda alah yang dipanggil formula 1 tu waktu pagi. Masa mula-mula dulu ikut program 2kali sehari shake, dah maintain memang sekali sehari, bila tengah work out untuk shapekan badan balik 3-4kali sehari, orang tanya - TAK BOSAN atau TAK MUAK ke? jawapan dia - TAK :)

kenangan masuk paper hanya dengan turun berat. hehe

Kena try lah sendirikan baru tahu. hehe. Rahsia tak muak atau tak bosan ni sebab hari-hari aku ubah resepi. errrr, takdelah hari-hari masa malas tu taruk 3 scoop, campo air terus minum. haha. Tapi masa rajin, memang macam-macam la aku letak, paling tak boleh dilupakan - campur durian! THORBAIKKK. hehe

Sekarang ni bila dah meniaga Herbalife bukan saja shake la consume kan, semua barang boleh dikatakan aku amek tambah-tambah lagi HERBALIFESKIN yang super amazing tu kenalah pakai.


RESULT ADALAH TIDAK TIPIKAL, HASIL ADALAH BERBEZA

Sempena ulang tahun ke7 ni

1) Untuk diri sendiri

Untuk diri sendiri ni. kenalah sentiasa ada progress ye tak. KEBETULAN berat badan aku pun ada naik sekarang (kebetulan tau, bukan saja-saja. haha) jadi eloklah menanam azam untuk perbaharui rekod sendiri. hehe. Sempena angka 7 ni, apa yang aku nak sepanjang bulan Mac ni adalah dapatkan

  • Berat badan 77kg
  • Fat 17 %
  • Viseral Fat 7
  • Jogging 77 km
  • Jumping Rope 7000 kali
nanti 1 April kita update balik. harap-harap tercapai semuanya. hehe


2) Untuk pelanggan setia

Kepada korang yang pernah/sedang menjadi customer joegrimjow, sila check email ataupun whatsapps sebab ada promosi terbaik untuk korang. hehe. tak bleh review sini bahayaaaa. kalau tak dapat email ataupun whatsapps, korang boleh tanya di 0169640972 nanti update. Dah 7 tahun ni, beratus customer kot-kot ada tertinggal :)



3) Untuk korang!

Saja nak meriahkan blog ni balik, nak adakan contest kecil-kecil la. hehe. Hadiah pun suka-suka je (kalau ada penaja kita upkan balik ya, wahaha!) Simple je, tulis pengalaman manis korang sebagai pengguna Herbalife. Boleh hantar penyertaan korang tu melalui

  • Emailkan kepada joegrimjow@gmail.com
  • Blog di blog sendiri dan hantarkan permalink kepada email diatas

Tarikh tutup? 31 Mac 2015. So ada sebulan boleh la nak mengarang kan. Kriteria pemenang pulak cerita best akan menang. Best macam mana, hurmmmm, best apabila baca boleh terbayang-bayang. haha. Ingat ni pengalaman manis, so yang manis-manis je lah ya. haha. contoh pengalaman manis
  • Dapat berat ideal!
  • bf yang mintak clash mintak sambung balik lepas tengok badan dah mantap. haha
  • Bertemu jodoh (waaha!)
  • dan lain-lain yang dirasakan 'manis'
alrght itu sahaja dulu setakat ni, nanti kita update kemudian. Hadiah? nanti kita update. tengah adjust sponsor. hehe


DISCLAIMER : ENTRY/CONTEST TAKDE KAITAN DENGAN PIHAK HERBALIFE, SAYA ADALAH PENGEDAR HERBALIFE BERDAFTAR



pss : Bulan March ni semoga jadi bulan terbaik sepanjang kita pernah hidup, aminnnn


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW