Share

Jangan pelik kalau Erra Fazira bercerai

Jadi Erra Fazira sah bercerai.....

Tak tak tak, aku bukan nak bukak blog pasal gosip, cuma nak bagitau jangan pelik kalau erra bercerai! Kenapa? Mana aku tahu? Masalah rumahtangga goyah? siapa curang? daaaaa

Tak pelik sebab setiap 15 mini kat Malaysia ni ada satu kes perceraian!


Itu statistik dikeluarkan JAKIM pada tahun 2011, entah 2014 ni mungkin bertambah banyak aku pun tak tahu. Mungkin ya?


Kepada kita yang dah mendirikan rumah tangga ni (termasuk aku) sama-samalah jaga keharmonian keluarga kita supaya terus kekal gitu. Tak payah nak sibuk-sibuk urusan rumah tangga orang lain, jaga yang kita punya sudah. 


pss : jangan kata aku tak sokong perkahwinan pulak, sebab nikmat kahwin tu orang kahwin aje yang tahu. waha!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Berhujung minggu bersama Team Herbalife Kelantan

Hujung minggu yang dinanti-nantikan sudah datang!

Jumaat dan Sabtu ni sarat dengan acara yang super best di Kelantan! Persiapan dibuat selama 2 minggu ni mesti dapat mengembalikan momentum di Kelantan. Alkisahnya 2 tahun lepas memang Herbalife di Kelantan meletup-letup dengan ramai yang move next level. Herbalife Malaysia East Coast Region (Kelantan salah satu) merupakan paling tinggi pertumbuhan dari segi sale dalam Herbalife. Luar biasa kan? Lepas move next level tu, banyak leader 'merantau' untuk membuka pasaran baru. Sebab tu tahun lepas agak 'slow' dan selepas post motem - semua kembali untuk menaikkan balik nama Kelantan. 

Gomo Kelate Gomo :)

Jadi, untuk korang yang berada di Kelantan, yang ingin gunakan sistem yang kami buat ni, dialu-alukan sangat-sangat. Bagi korang yang mahu 'berjinak-jinak' dalam bisnes Herbalife dan berada di Kelantan, ini merupakan WAKTU YANG PALING TEPAT! Boleh sertai kami di acara-acara ini!


1) Facial Party Training



Tempat : Kelab Nutrisi Tersohor Kubang Kerian (berhadapat Mydin, atas kedai AlyaSarah)
Tarikh : 7/2/2014 (Jumaat)
Masa : 10-11 pagi
Guest Speaker : Exe President Team 20K Pn Kamilah Jusoh
Target audience : Distributor Herbalife


Herbalife bukan sahaja memiliki produk dalaman (yang kita makan) tapi jugak memiliki produk luaran (yang kita pakai) Training ni paling tepat untuk rakyat Kelantan yang sememangnya sukakan kecantikan. Paling best yang ajar kita ni orang yang paling tepat. Jangan lepaskan peluang ni dan datang untuk belajar!


2) Fiest Kelantan WLC musim ke4



Tempat : Kelab Nutrisi Tersohor Kubang Kerian (berhadapat Mydin, atas kedai AlyaSarah)
Tarikh : 7/2/2014 (Jumaat)
Masa : 2.45-5.00 petang
Guest Speaker : Exe President Team 20K Pn Kamilah Jusoh
Target audience : Peserta Kelantan WLC dan sesiapa berminat untuk join musim k5


Kelantan WLC merupakan pertandingan turun berat di Kelantan. Paling banyak peratusan penurunan akan dapat wang tunai sehingga RM 1000! Siapa nak bagi duit dengan hanya turunkan berat badan? haha, korang yang ada lemak berlebihan tu, jom tukar lemak jadi PITIH. Jumaat ni kita akan buat penyampaian hadiah untuk musim ke4 dan pendaftaran untuk musim ke5. Bestnya, lepas acara ada makan-makan. waha, dah turun kita tambah balik. Lepas tu turun balik :)



3) Malam Apresiasi Pelanggan



Tempat : Hotel MGU Firdaus
Tarikh : 7/2/2014 (Jumaat)
Masa : 8.30 - 10.00 malam
Target audience : HANYA UNTUK YANG DIJEMPUT (Hihi)

Ini adalah pertama kali diadakan. Malam tu kita akan makan-makan sampai kenyang. Ini adalah sebagai penghargaan kepada customer-customer yang pernah ambil Herbalife dengan aku dan beberapa orang lagi leader yang bergabung. Haa, salah satu keistimewaan gunakan produk Herbalife dengan coach, dapat turun berat siap dapat penghargaan lagi. Kesian yang jenis beli produk takde coach ni. hehe. Kepada customer aku (sedang dalam program ataupun sudah lepas program) yang belum dapat jemputan, roger roger okeh takut termiss (0169640972)


4) Kelantan Herbalife Day



Tempat : Kelantan Trade Center
Tarikh : 8/2/2014 (Sabtu)
Masa : 10.00 - 5.00 petang
Guest Speaker : Millionaire Team Member Nurliyana Bt Md Saiful
Target audience : Semua orang!

Kelantan Herbalife Day merupakan satu acara seharian untuk belajar lebih mendalam mengenai produk dan peluang perniagaan dengan speaker yang luar biasa. Dari pagi kita ada Supervisor Workshop, Mega HOM dan juga STS. Memang ini adalah tempat terbaik untuk menimba ilmu dan lagi best - semua speaker kali ini adalah TAB Team! 


*********

Alright, itu sahaja! Penuh padat sendat gitu kan? hehe. Jadi, apa lagi, jom manfaatkan peluang ni. Penat ni nak buat ni jadi kena lah datang. hehe. Tahun ni Kelantan akan jadi top negeri kat Malaysia gitu. ayuhhh!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Facebook 10 tahun : #lookback

Usia facebook dah 10 tahun!

Kalau nak listkan 'jasa' facebook kepada aku memang banyak. Kepada korang pon sama jugak kan? Sekarang ni memang kalau takde facebook, rasa janggal. Bukan nak perbesarkan 'kehebatan' facebook, tapi memang macam tu sekarang ni. Tapi aku rasa, kalau facebook tiba2 shutdown, akan ada penggantinya dalam masa yang singkat :)

Benda orang cipta ni, tak boleh nak kekal lama!

10 tahun facebook

Banyak benda yang berlaku untuk facebook sendiri. Tapi kalau dari segi pencapaian, aku rasa syarikat yang paling banyak pencapaiannya tak salah kalau kita bagi kepada facebook. Dalam masa 10 tahun, hampir setiap manusia memiliki facebook. Err, actually 1/6 



Aku rasa benda yang membuatkan kita lebih dekat dengan facebook adalah filem SOCIAL NETWORK yang ditayangkan beberapa tahun lepas. At least kita tahu bagaimana Facebook ni tercipta semua. Buatkan lagi dekat. Padahal kita bukannya dapat apa-apa pun kan?


Facebook  #lookback



Sempena ulang tahun facebook ni yang ke 10, khas untuk pengguna facebook, mereka telah menyediakan apps  #lookback kepada kita. Ada apa pada  #lookback ni? Mereka telah menyenaraikan gambar/status sepanjang kita menggunakan facebook. Agak stylo jugak sebab perkhidmatan ini percuma. 

Caranya senang sahaja, log in ke acc facebook, klik link ini - https://www.facebook.com/lookback/

Lihatlah bagaimana, memang menarik!

Alright, itu sahaja. Ada satu artikel menarik tentang bagaimana facebook mengubah dunia. boleh baca di link ini.  Juga ada artikel menarik tentang bagaimana rupa facebook pada tahun 2024 - 10 tahun lagi. menarik! Link di sini


Selamat membaca dan selamat berfacebook!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Bersenam pada waktu malam jejas kesihatan?

Semalam, artikel yang paling banyak dikongsi di timeline aku adalah mengenai bahaya bersenam pada waktu malam. Keratan akhbar kosmo


Kalau kecik sangat tak boleh baca, ni ringkasan dia

  • Bahaya sebab badan perlukan rehat yang cukup
  • Selepas kerja seharian, paksa diri untuk bersenam menyebabkan badan jadi lesu
  • Juga memaksa tekanan darah jadi tinggi dan akan menyebabkan masalah jantung
  • Boleh bersenam tetapi jangan bersenam berat
  • Bersenam pada waktu malam juga akan menggangu tidur
  • Cadangan untuk beriadah adalah pada pukul 6-9 pagi

Baca kat ruangan komen, memang ramai yang tidak setuju. Aku sendiri pun, tak setuju. Perkataan 'bahaya' tu terlalu dominan, kuat sangat macam nak kata tak boleh. Dari segi kesihatan, memang terdapat 'perselisihan pendapat' mengenainya adakah senaman pada waktu malam boleh menjejaskan kesihatan. Aku cuba google dan dapati kenapa senaman waktu malam TAK ELOK
  • Kaitan dengan paras andrenalina
  • Suhu badan yang akan mengganggu tidur
  • Paras endhorphine meningkat
dan takde pulak ada kaitan dengan jantung! Mungkin doktor tu ada kajian sendiri, atau memang publish aku tak jumpa, entahlah


Bersenam pada waktu malam?

Pendapat akulah, kalau ada masa lain untuk bersenam, pilihlah waktu lain. Tapi kalau takde, malam pun ok. Cuma takdelah sampai ke tahap 'bahaya' yang memang tak boleh terus (sesetengah kes adalah tu sebab kena rujuk kepada org pakar) cuma senaman waktu malam memang masanya tak sesuai. Sama jugak dengan makan pada waktu malam, juga tak sesuai. Sebabnya pada waktu malam badan dalam resting mood, metabolism tak kuat bekerja. Paksa, tak sukalah dia.

Dan memang betul, senaman paling elok adalah pada waktu pagi! Kalau macam orang Jepun, budaya dieorang bersenam pukul 5 pagi! Sebelum subuh lagi tu. Kita mampu ke? Boleh kalau ada tekad!


Fusal pada waktu malam

Sebab dah gambar tu tunjuk orang main futsal, lepas tu cakap bahaya bersenam - seolah nak cakap main futsal waktu malam tu tak elok. Entah korang main ke tak futsal, bagi orang yang main, takdelah teruk sangat berpeluhnya. Dalam paper tu takdelah cakap yang main futsal waktu malam tu bahaya tapi seolah cakap macam tu. Tu yang buat tak senang hati tu termasuk aku. haha. Jejas bisnes gini. hehe.

Apa-apa pun, semua tu pendapat. Ni pun pendapat aku je. Nak lagi kepastian, temui orang yang pakar. Kalau tanya aku - main ajelah daripada duduk depan tv at least boleh keluarkan peluh, lepas tu tidur fuuuhh best teramat!!


pss : sex pun salah satu 'senaman' libatkan kalori tinggi. Takde pulak artikel keluar 'bahaya sex waktu malam' hahaha

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW