Share

Journey to Johor (1) : Kawan blogger kawin, tahniah #zarasyafiq

Sabtu lepas aku dengan cik bini ke Johor. Macam kat entry ni aku dah bagitau, ada tuntutan kenduri untuk dipenuhi dan memandangkan ada training Herbalife yang best disana, lagi-lagilah macam kebetulan pulak kan. Dan yang super amazingnya, terbaca kat twitter aku yang kawan blog – zara pun akan kawin jugak dan memang lokasinya pun kat Johor, memang sangat untung gitu sekali harung terus dapat satel 3-4 kerja

So, perjalanan walaupun jauh – 723km pun berbaloi-baloi gitu :)




Siapa tu Zara

Dia penulis kat dunia sebelah zara, memang dah berhubung kat dunia blog agak lama, masa aku mula-mula start menulis kat blog ni dia antara dah ada dan memang akan tertunggu-tunggu entry. Wahh, zaman blog yang takde keje. Haha, baca blog je lah kejenya. Tapi ok jugakkan, at least dapat kawan :)
Memang tak pernah jumpa sebelum ni, plan nak jumpa di gathering blogger tu adalah 3-4 kali tapi semuanya tak kebetulan asyik ada hal je dan tup tup, terus jumpa kat masa perkahwinan dia. Hebat tak? Haha


Majlis yang meriah

Aku sampai lebih kurang pukul 11 lebih macam tu, memang dah bgtau dia awal-awal aku nak pergi awal, maklumlah bertolak dari Kelantan pukul 6 petang, sampai di Kuantan pukul 12 malam ingatkan nak tengok fast 6 tapi full house la pulak, then terus bergerak ke Johor malam tu jugak, tak sampai 20km mengantuk, tido dalam kereta kat gambang dan seawal jam 6.30 sambung perjalanan. Pukul 9 pagi camtu sampai ke Mersing, berhenti kejap minum buat shake n bagi cik bini breakfast, then terus sampai ke rumah pengantin lebih kurang pukul 11 lebih.

Sampai-sampai je – mak oi dah ramai orang! Haha. Ingatkan aku je yang awal :)

Dah sampai tu memang nak jumpa ambik gambar bagai dulu, tapi disekat oleh seorang pak cik – dipercayai ayah zara untuk pergi makan dulu. Haha, apa lagi, makan je lah. Plan nak makan sikit, tapi terbanyak pulak sebab makanan sedap. Siap amek ice cream n cendol lagi buat dessert. Hehe. Lepas tu jumpa pulak dengan kawan blogger yang lama tak jumpa – eazy, borak2 kejap terus masuk rumah untuk bergambar. Haruslah ada gambar kan?

So nilah gambarnya :)



Kepada @lordzara dan @lomo_tech semoga usia perkahwinan kekal ke syurga. Semoga dapat anak yang comel cute dan ajarlah dieorang buat blog jugak. Haha

alright, tu saja cerita wedding kawan blog versi fast n furios aku. Lepas tu terus gerak ke Pontian, majlis lain pulak (nanti aku cerita entry lain pulak) dan esoknya ikuti training dari Chairman Club Blake Morgan (bleh baca sini)

itu sajaaaa, enjoiceeee

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Tips untuk tak nak naik berat masa kenduri


Musim cuti sekolah memang tak sah kalau kita tidak dihujani dengan kad-kad jemputan kawin. Sehari tu, ada 2-3 tempat kenduri yang perlu dipenuhi. Ada yang sampai 5 pun ada! Dan kebanyakan kita 'menyerah' agar berat badan bertambah-tambah pada musim kenduri ni

Hari ni aku kena penuhi tuntutan kawan baru yang akan kawin tengahri nanti. Jumpa kerana dia mahu start program naikkan berat untuk kawin, jadi hari ini adalah harinya. Last timbang dia dah naik lebih kurang 3kg camtu, tengok nanti macam mana. Esoknya penuhi tuntutan kawan Herbalife juga, my new world team untuk bulan ni. Walaupun jauh sampai ke Johor, harus pergi. Ibarat anak kawin – ayah kena pergi. Haha. 



Jadi di entry ni, aku nak share dengan korang, bagaimana nak kurangkan kenaikan berat badan walaupun kita memenuhi jemputan kenduri orang. Tips untuk tak nak naik berat masa kenduri gitu :)


1 – Pastikan perut sudah penuh sebelum ke kenduri

Pergi kenduri dengan perut kosong sangat bahaya. Purata rakyat Malaysia akan makan dalam setiap kenduri adalah 1500-2000kcal. Menakutkan jumlah kalori tu kan. Jadi, korang boleh control dengan make sure perut korang sudah diisi sebelum pergi ke kenduri tu. Isi perut bukannya bererti makan banyak, just alas sikit-sikit, kalau ada shake minum shake dulu, dan bila korang ke tempat kenduri pun, makan pun jadi sikit


2 – Mula dengan buah – air 

Ada jugak kes yang pergi ke kenduri mewah gitu. Ada kambing golek lah, ada ayam yang memanggil-manggil koranglah, ada lauk pauk yang sungguh mengiurkan, memang akan kalah dan kita akan makan jugak. Untuk jadi bijak, walaupun lauk pauk tu sedap, mulakan dengan buah – biasa orang letak tembikai kan, ambil buah dulu. Then minum air 2 gelas, barulah korang pergi ambil makanan tu. Mesti masa tu perut dah kenyang dan korang pun akan ambil makanan tak banyak


3 – Kenduri bukan bererti makan

Kalau korang tengok dalam kamus pun, maksud kenduri bukannya makan sampai kenyang. Kita hadir kenduri orang untuk meraikan orang itu sambut hari penting dalam hidup dia. Yang kita kisah sangat dengan perut kita tu kenapa kan? Ambil masa untuk berborak-borak dengan tuan rumah – kalau tuan rumah sibuk, dengan tetamu yang ada then balik. Persepsi yang kita ada – kalau tak makan tuan rumah ni akan kata makanan kat rumah dia tak sedap pulak – padahal tuan rumah tak tahu pun korang dah makan ke tak. Ambil sikit je makanan tu, berbual kena lebih. Barulah betul-betul kenduri


4 – Jangan lupa bayar balik

Bayar balik apa yang dah dimakan tadi dengan exercise. Kalau orang Herbalife senang lah kan, detox je. Ambik air 2 liter + tea mix pekat-pekat + aloe vera suku botol + nitework 3 scoop then minum. Pergh terbaiklah detox macam tu. Tak pun malam kalau dah takde jemputan lain, curilah masa untuk ke gym, spend 2 jam kat gym buat latihan cardio untuk bayar balik. Walaupun tak dapat bayar balik sepenuhnya, baik bayar daripada berhutang je. Malangnya hutang ni akan jadi lemak :)

oraite, tu saja dulu beberapa tips yang boleh dikongsi. Ada lagi, tambah tambah jangan segan

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Sean Kingston turun 75 pound dengan Herbalife

Wow, Sean Kingston dah turun 75 pound (lebih kurang 34kg) dengan menukar gaya hidup kepada lebih sihat, bantuan dengan produk Herbalife. Kat interview kat bawah ni korang boleh dengar sendiri bagaimana dia boleh nak turun berat dan menggunakan Herbalife untuk menolong dapatlan resultnya. boleh dengar interview kat sini



Banyak lagi tu nak kena turun, semoga dia dapat berat badan ideal dia. hehe



So, kepada korang yang masih mencari penyelesaian untuk dapatkan berat ideal, boleh hubungi pengedar Herbalife yang berdekatan. Nak coach melalui internet, boleh call aku terusssss. klik sini ya

raya ni, boleh pilih nak bentuk badan ketupat ke, atau lemang. hiksss

DISCLAIMER : HERBALIFE ADALAH MAKANAN, IA BUKAN UBAT-UBATAN YANG BOLEH MENYEMBUHKAN PENYAKIT, HASIL INDIVIDU TIDAK TIPIKAL

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW