Share

Respon mengenai Herbalife support Israel


Untuk pengetahuan semua, Herbalife sekarang berada di 88 buah negara dengan ibu pejabat berada di US. Herbalife Malaysia HQ berada di KL di Plaza See Hoy Chan. Setiap negara ada Herbalife mereka masing-masing. Di Israel, juga ada cawangan Herbalife. Maklumlah, orang Israel pun nak sihat jugak. 



Gambar kat atas ni, hanya Herbalife Israel yang taja, tiada kaitan dengan Herbalife Malaysia mahupun Herbalife seluruh dunia. Contohnya di Malaysia kita taja atlet seperti Azizul Hasni Awang dan 4 atlet lain lagi dan yang menajanya adalah Herbalife Malaysia. Daripada mana Herbalife Malaysia dapat duit untuk menaja atlet-atlet ini? Sudah pasti dari jualan di Malaysia. Bukannya Herbalife Indonesia, Herbalife Brazil mahupun Mexico. Atau Herbalife di 88 buah negara lain. Sudah pasti mereka menaja atlet di negara mereka

Dan anda boleh cari sendiri di Internet, banyak lagi atlet-atlet yang mendapat tajaan Herbalife. Ratusan termasuk Messi yang jadi pemain terbaik dunia untuk 4 kali berturut-turut. 

Sememangnya jelas, produk Herbalife bukannya produk dari Israel ataupun company Herbalife ditubuhkan di Israel (Herbalife Israel pun dibuka negara ke puluh-puluh dalam sejarah 88 buah negara). Malahan tiada sebarang kilang pemprosesan, pembungkusan, penanaman, penyelidikan pun ada di Israel. Mereka dapatkan produk terus dari US. Disebabkan ada permintaan di Israel, Herbalife buka cawangannya disana.


Nasihat saya kepada sesetengah pihak yang cuba nak kaitkan Herbalife dengan Israel, jangan sebarkan fitnah, dosa berganda-ganda jadinya. Jika tak tahu, tanya kepada yang tahu.

Jika mahu dapatkan kepastian, boleh layari website ini yang memaparkan produk barangan Israel yang kita harus boikot dan Herbalife memang tak tersenarai http://www.inminds.com/boycott-brands.html

ada sebarang pertanyaa, boleh ajukan kepada saya di ruangan komen. semoga kita boleh berdiskusi dengan ilmiah. Lewat jawab tu, maaflah, tuan blog lepas ni nak pergi honeymoon kat krabi :)


pss : tak nak tulis sebenarnya, tapi bila google 'did herbalife support israel, blog ni jugak yang kluar. terpaksalah menulis. huhu

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

13 ulasan:

Admin berkata...

:)

Maria Firdz berkata...

tq sharing... sy mmg dh lama amik herbalife.. tpi ni la kan slh satu risiko bila amik produk luar negara...

datnag follow blog ni juga... :)

Tanpa Nama berkata...

bapak terkejut td... nasib baik herbalife bukan israel punya.. dok pikir mcm2 dah, cmne nak explain kt mak ayah kalo btul herbalife israel punya...

Tanpa Nama berkata...

Camnilah jugak mcd jawab

Lulz

Tanpa Nama berkata...

adakah boleh diklasifikasikn perkara ini sama seperti KFC?

Jika mengikut statement di atas
"Sememangnya jelas, produk Herbalife bukannya produk dari Israel ataupun company Herbalife ditubuhkan di Israel"

Jika begitu tidak salah juga mengatakan;
"KFC juga bukan lah produk dari Israel ataupun ditubuhkan di Israel"

Tanpa Nama berkata...

Melayu hipokrit.kalau bab pentingkan diri sendiri mmg no 1.

Tanpa Nama berkata...

memangla herbalife malaysia dpt duit dr jualan kt malaysia je...tp produk tu still US pnye..xmustahil ada kaitan dgn negara laknatullah tu...your answer just same as McD's answer about their products...lol

Tanpa Nama berkata...

Iye, mmg la saudara boleh katakan Herbalife Israel yg support. dan tiada dalam senarai barangan yg perlu diboikot. Tapi, pada pandangan saya tulisan saudara seakan mempertahankan diri sendiri(maafkan saya kalau salah). Sebab apa saya kata begitu? Kalau kita switch keadaan ni seperti McD, boleh jadi org akan kata McD israel yg support Israel.

Tanpa Nama berkata...

marlah kita sama-sama muhasabah diri. jangan kita cepat menghalalkan sesuatu di sebabkan kita terlibat. Jangan kita jual akhirat sebab nak hidup senang didunia.
Ingatlah tempat yang kekal abadi ialah AKHIRAT. Tanyalah Allah adakah kita dijalan yang benar. Hayatilah maksud al-fatihah. Moga dosa kita semua diampunkan ALLAH. Amin

joegrimjow berkata...

@Anonymous

lulz jugak

joegrimjow berkata...

@Anonymous

kfc israel?? amboi dik check balik fakta ya

joegrimjow berkata...

@Anonymous

saya jawa. lulz

joegrimjow berkata...

@Anonymous

thanks!!

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW