Share

Tiket Percuma : Bagi macam tak nak bagi

Biasa dengan istilah macam ni? Bagi macam tak nak bagi. 

Semalam Air Asia ada menawarkan 10 000 seat percuma untuk para penumpang dari Kuala Lumpur ke kawasan Sabah dan Sarawak. Selaku rakyat Malaysia yang dah kesemua negeri di Semenanjung telah dijelajahi juga negara-negara lain seperti Macau, Korea, France, UK, Thailand, China, Germany, Hong Kong, Taiwan (amboi banyaknya) TETAPI area borneo tak pernah jejak kaki lagi, tiket free ni sudah pasti jadi buruan!

Tapi semalam, sejak pukul 12, harapan nak beli terkubur... terkubur dek kubur pun tak sempat nak gali!



tak dapat nak masuk pun!

Actually memang dah plan nak ke Labuan tahun ni, dengar je ada seat free dari Air Asia, memang bersemangatlah aku ni. Tapi sebab dah website dieorang pun tak boleh nak masuk, memang kecewa jugaklah. Harga tiket RM 1000 lebih jadi RM 80, siapa yang tak mau kan?

Tapi biasalah, apabila tiket free ni, memang berduyun-duyunlah yang nak beli. Bukan aku sorang je Kat Malaysia ni yang masuk ke website air asia tu. Dah nak free, kenalah buat gaya kuat lentang berebut dengan orang lain!

Ada istilah mat saleh kata ' u pay rubbish, u get rubbish'

Nak yang tak berebut, berkualiti, ambil la time mahal ye dak? Apa-apa pun, harap Air Asia kurangkan publisiti kalau nak bagi tiket free camni lepas ni - memang tak lah ye kan?

pss : ada sesiapa yang berjaya beli semalam?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

11 ulasan:

nurdani berkata...

hari ni baru tahu fasal ni. menyedihkan huhu

zt-zati berkata...

dah masuk website airasia smlm,
tp, bila tgok hari travel tu xkena ngan jadual plak, blum cuti..huhu
so, xdpt la pegi..

gadisBunga™ berkata...

dah dapat dah tiket return gi KK rege rm33 je total. maybank2u system down pulak sebab dah pass 12 midnight.

lepas 3 minit, nak pakai visa pulak...nan hado dahhh rege murah tu.

bad mood terus!

joegrimjow berkata...

@nurdani

lagi sedih sebab baru tahu. haha

joegrimjow berkata...

@zt-zati

untung dapat masuk. yg xdapat masuk ni la yg kesiannya

joegrimjow berkata...

@gadisBunga™

katanya ada lagi pasni. tunggu je lah

Tanpa Nama berkata...

saya dpt.. KL-BTU,BTU - KL just rm15 jak..actually limited seat..byk juga yg x dpt..kalu seat semakin kurang,harga akan kembali seperti biasa..kasihan juga yg x dpt..=)

Tanpa Nama berkata...

@gadisBunga™

i guna maybank2u juga..tapi,dapat ja beli semalam..alhamdulillah.

Tanpa Nama berkata...

berjaya beli 4 tiket return kl-kk... alhamdulillah..hampir give up juga jam 1..but,still teruskan sampai jam 3 lbh..

joegrimjow berkata...

@Anonymous

antara org beruntung :)

Shofia A'yun berkata...

dalam berita announce hari khamis bukak. tipu tipu. rupanyaaa.... -_- melepas RM12 return KL-KK!

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW