Tinggal beberapa hari lagi untuk pergi
ke Extravaganza Singapore, memang aku antara yang sangat excited.
Pertama excited sebab dah lama sangat tak pergi event besar macam ni,
kedua excited sebab tak pernah sampai ke Singapore lagi sepanjang
hayat ni. Ha, cukup loser disitu. Double excited tu jadikan aku nak
menulis entry ni dengan panjang lebar – boleh dijadikan panduan
untuk korang yang baru 1st time untuk ke Extravaganza dan
boleh dijadikan motivasi kalau korang rasa ia bermotivasi. Haha.
Apa itu Extravaganza
Extravaganza adalah acara tahunan
Herbalife yang dilakukan setahun sekali. Dulu-dulu, hanya di buat di
satu tempat sahaja iaitu di US, tapi sejak tahun 2000, ia dipecahkan
kepada 6 tempat mewakili 6 region. Malaysia join yang Asia Pasific
(APAC) punya region. Tahun lepas ada 23 000 pengedar Herbalife dari
serata APAC berkampung di Bangkok, tahun ni, memandangkan jumlahnya
mencecah 45 000 orang (see the growth?) APAC pun terpaksa buat 2
tempat, Korea split dengan kita. So bagi korang yang excited nak
jumpa mat-mat korea tu, sorrylah, tak dapat nak nolong. Haha.
Dieorang dah buat extravaganza dieorang sendiri! Korea memang gila
dengan Herbalife!
Extravaganza kali ni merupakan
Extravaganza aku kali ke 4. yuhu! Kali pertama 2008 di Bangkok, kali
kedua 2009 di Korea, 2010 tak pergi sebab tengah belajar kat UK
(alasan!!) kali ketiga di Bangkok lagi dan ini adalah kali ke4 – di
Singapore!!! Orang tanya aku, kenapa Extravaganza tak dibuat di
Malaysia. Jawapan mudah, sebab Malaysia takde tempat untuk menampung
sehingga 20 000 orang di dalam dewan tertutup. Paling besar pun kat
MIECC tu pun just dalam 6000 orang je, tapi hari tu aku ada tengok dalam berita ada satu pusat
konvensyen yang baru akan dibina di KL yang katanya mampu menampung
sehingga 40 000 orang yang bakal disiapkan pada tahun 2015, masa tu
Extravaganza boleh dibuat di Malaysia. Waha!
Cerita Extravaganza aku
Everyone have their own story about
this event. Aku pun sama. Aku mula start makan produk pada March
2008, Mei 2008 aku dah dapat result dan sebab result aku agak power,
turun 12kg dalam masa 3 bulan, secara automatik aku terbuat bisnes.
June 2008 dieorang pakat heboh pasal Extravaganza- Extravaganza-
Extravaganza. Aku yang masih baru ketika tu, nak la jugak pergi sebab
excited, tapi masa tu nak pergi kena qualify sebagai supervisor baru
boleh pergi, memang azab la sikit jawabnya. Masa tu aku distributor
biasa je. Buat jualan untung runcit dalam RM 400-RM700 sebulan.
Dieorang kata lepas Extravaganza semua income meningkat, aku pun
bodoh-bodoh ikut la nak pergi sama. Yang masalahnya SUPERVISOR
Supervisor ni tangga yang tertinggi
dalam Herbalife yang dapat untung runcit paling tinggi. Kalau korang
biasa dengar perkataan stokis, hah, ye lah tu. Stokis lah tu
supervisor ni. Yang bestnya stokis ni takleh bukak kedai, sebab ia
bergerak. Heh!
Masalah nak jadi supervisor sebab kena
invest duit yang banyak – aku tak fokus pada masalah, cari
solution. Solutionnya nak share dengan lecturer aku
Masalah datang lagi dengan last minute
lecturer aku tarik diri – aku tak fokus pada masalah, cari
solution. Solutionnya aku pun tak ingat dah, yang aku tahu bulan june tu
aku dah bergelar SUPERVISOR!!!
Masalah
Dalam apa-apa bisnes ni, masalah tu
adalah kawan baik kita. Aku rasa bukan pada bisnes sajalah, hidup
kita ni pun banyak masalahnya yang tersendirilah. Yang bestnya, kita
boleh pilih, sama ada nak merenung masalah tu dalam-dalam ataupun
keluar dari zon selesa dan cari penyelesaian. Itu beza orang berjaya
dengan yang kurang berjaya. Wahaha. Ada yang terasa?
Ok, masalah lagi, sebab last minute aku
beli tiket ke sana – semua team aku dah beli tiket flight
masing-masing dah. Aku check tiket, mak oi mahal betul tiket pada
hari dieorang naik tu. Tengok lagi, tiket sehari awal tu murah lebih
kurang RM 200 jugak, so aku beli yang tu. Terpaksalah aku berpisah
dengan team aku :( sedih sedih macam nak nangis.
Naik flight awal
Dari KL ke Bangkok, aku naik flight
sorang-sorang. Erk. Xde lah sorang-sorang. Ada ramai je orang dalam
flight tu. Tapi semua aku tak kenal. Tu yang maksud naik
sorang-sorang tu. Dijangka sampai pada pukul 11 malam, team aku akan
sampai pukul 3 petang keesokkannya. Cuba teka aku tido kat mana? Haa,
betul – kat airport!
Abang aku peringatkan aku, yang kat
Bangkok ni ramai nyah nyah, jadi jangan rapat dengan mana-mana orang
yang kelihatan pelik kat sana. Aku masa tu umo 20 tahun, 1st time berada di Bangkok, jauh dengan Malaysia, yang paling jauh aku
pernah pergi masa tu kat Indonesia, tu pun macam nak nak nangis sebab
teringat kat mak, boleh korang bayangkan macam mana perasaan aku masa
tu? Huuu, sadis bila fikir balik. Aku gagahkan jugak tido kat airport
tu sampai hari esok.
Nak tido kat hotel, takut diganggu mak
nyah – ceh padahal takde duit sebenarnya!
Keesokkannya
Dipendekkan cerita (kena cencored sikit
apa yang aku jumpa pada pukul 3 pagi kat airport tu, nanti korang
takot nak pergi :p ) hari pun dah pagi. Tak mandi lagi, aku buat
keputusan untuk tunggu team aku di hotel. Nak tunggu kat aiport,
pukul 3 kot baru sampai. Jenuh jugak nak tunggu. Jadi aku pun
pergilah dapatkan kenderaan untuk ke tempat hotel
Dengan sedikit kemahiran yang aku
peroleh dari cerita amazing race, aku tengok nak pergi ke Hotel aku tu boleh
dengan beberapa cara. Taxi, lrt atau bas. Taxi dia charga 500 baht.
Mak oi, mahal. Tapi ni adalah paling selamatlah kan. LRT plak lebih
kurang 200 baht, hurm, oklah tapi cuba teka apa yang aku pilih?
Dengan BAS. 18 baht sahaja!
Dah la 1st time datang
Bangkok, lepas tu naik bas pulak untuk ke hotel. Memang aku berbangga
dengan keberanian aku dulu tu. Wahaha. Dah naik bas seawal pukul 6
pagi, sebab kat sana pukul 5 dah cerah – jangan lupa dah solat –
sampailah aku ke hotel. Malangnya tak boleh nak check in lagi masuk
bilik sebab team leader tak sampai lagi :(
Perut berbunyi
Sebab dah tak tahan lapar, nak marah
kat orang hotel tu pun tak guna jugak, aku pun pergilah cari sesuap
nasi. Ceh, nasi semua lauk babi babi je. Ada jugak itik, tapi itik
yang masih ada kepala. Huh, tak halal ni! Pergi seven eleven, haaaa,
ada roti tuna. Yuhuuu, boleh makan roti tuna =)
dah telan ngap ngap dah roti tu, nak
buang plastik dia, baru perasan ada 'tuna with 2 pork slices'
macam nak termuntah kat situ je!
Oklah, aku rosa korang pun dah loya
dengar aku termakan p*rk tu, kita pendekkan cerita, akhirnya team aku
sampai. Bila dah team sampai tu, rasa aman yang amat sangat. Tang tu
jugak aku pergi mandi, dan bersiap-siap untuk training.
Ok, layan gambar dulu
team amoi-amoi dari JB |
mek mek dari Korea |
Moi moi dari vietnam |
Singapore-Indonesia-Malaysia |
25 ribu manusia yang ingin ubah kehidupan jadi lebih baik |
Kalau korang tanya aku berbaloi tak
pergi Extravaganza ni setelah aku lalui pelbagai benda tu, aku
katakan – YES, SANGAT BERBALOI! Balik dari event tu, aku dah buat
keputusan untuk buat Herbalife sebagai kerjaya fulltime aku. Walaupun
bulan september tu aku fly ke UK, tapi dah nampak hala tuju.
Pengajaran yang paling besar dalam Extravaganza 'Hidup ni bukan untuk kita sahaja'
Balik dari event tu, dalam sbulan
setengah aku berjaya habiskan produk yang aku laburkan tu, siap dapat
duit untung dalam RM 2000. Gila tak happy masa tu budak umur 20 dapat
bayaran RM 2000. tersangatlah happy!
Nak pergi ke tak EXTRAVAGANZA ni?
Bagi korang yang masih ragu-ragu nak
pergi ke tak ni, korang cuma ada 2 pilihan macam aku ada. Teruskan
ragu-ragu dan tengoklah nanti kat facebook aku upload gambar kat
Singapore ataupun call Herbalife center dan beli tiket. TAKDE DUIT
macam mana nak pergi? Sebab korang takde duitlah korang kena pergi.
Yes, kita ni bukannya dewa ke apa, kita kena belajar untuk dapat
ilmu. Kat extravaganza tu kita akan diajar macam nak berjaya. Yang
paling best, dia ajar kita WHY kita nak buat bisnes ni. Trust me, its
worth it!
Tahun ni extravaganza bukan keseorangan
:)
Orang tanya aku, kenapa lambat sangat
aku grow dalam bisnes ni. Haha. Diam-diam sudah. Syuhh syuhh. Heeee.
Taktik nak berjaya dalam bisnes ni, kita kena ajak ramai orang untuk
pergi bersama dengan kita. Makin ramai kita ajak, makin lajulah
bisnes kita. Sebab aku tak laju tu, extravaganza pertama pergi
sorang, yang kedua bawak sorang, yang ketiga pun bawak 4 orang je. Haha,
macam mana nak grow? Alhamdulillah, kali ni aku bawak ramai orang.
Walaupun bukanlah berpuluh-puluh, tapi aku bawak orang yang
betul-betul berkualiti. InsyaAllah dieorang balik nanti akan tahu
hala tuju mereka dengan Herbalife ni.
Aku doakan untuk korang =)
Jumpa di EXTRAVAGANZA!!!!
pss : orang Kubang Keriang jangan lupa esok joegrimjow nak belanja dinner (klik klik). waha!
2 ulasan:
Wahhhh! Extravaganza! Sy mcm ternmpk awk dkt Pullman, putrajaya hari tu..kn? hehee..jgn lpe share pglmn time extravgza kt blog yeaa.. :)
Joe dan gadis..hehe
Catat Ulasan