Share

Itu pilihan kita

Semalam masa aku balik dari Kelab di Wakaf Che Yeh, sedang sibuk shopping baju, ternampak seorang akak ni yang sedang meminta sedekah. rasa hiba pun ada. tengok sendiri gambarnya


Kalau korang tengok betul-betul, akak ni takde tangan yang sempurna. sampai siku lebih-lebih sikit je. Kaki masih ada. Nak ambik gambar kat depan, kata kat orang pulak kan? ambik gambar sipi2 je lah. Dulu memang aku sangat pantang bagi sedekah kat orang yang minta sedekah, setelah ditipu bulat-bulat oleh pakcik buta yang mintak sedekah rupa2nya pakcik tu tak buta, memang aku dah tak pernah bagi sedekah kat peminta sedekah ni. Tapi sejak aku dengar satu perkongsian dari press team dari indonesia, tanggapan aku berubah

'Itu rezeki dia'

Kata dia, duit yang kita ada ni bukannya milik kita. ia milik Allah. Mungkin masa kita tengah ada duit, peminta sedekah datang sentuh kita minta sedekah, atau kita terjumpa dengan orang macam mak cik ni yang sedang minta sedekah kat jalan, hulurkanlah walau sedikit - sebab kita ditemukan dengan dia pasti ada sebabnya. dia tak ikhlas, ada sindiket ke, itu lain kira. yang penting kita ikhlas hulurkan bantuan

another story


Kalau korang ke pasar payang, mesti jumpa dengan kak kamariah ni. penjual keropok! orangnya baik, takde kaki takde tangan, hanya gunakan kerusi roda elektrik untuk bergerak. Aku jumpa dia pertama kali masa di STS di Terengganu. Ingatkan pengguna macam orang lain, rupa-rupanya dia pun buat bisnes Herbalife jugak. Dah jadi World Team dah pun! Memang hebat!

Nak dikira dari segi kesusahan dan kekurangan dia, jauh sangat bagi yang sempurna anggota badan macam kita ni untuk berjaya berbanding dengan dia. Tapi itulah, pilihan tu berada di tangan kita. Kalau pilihan kita untuk tidak melakukan, memang kita takkan lakukan


Pilihan kita

Aku bukan nak kutuk akak yang minta sedekah tu dan agongkan kak kamariah yang buat Herbalife ni, tapi itu pilihan mereka masing-masing. Kita ketepikan akak berdua kat atas ni, kita tengok diri kita. Kalau aku nak bandingkan dengan kawan-kawan sebaya aku sekarang, rasa sangat-sangat bersyukur dengan apa yang dah aku ada sekarang. Aku ada tanya kawan satu sekolah rendah dengan aku dulu, saving kat bank takde sesen kurap pun. Dan umur dah cecah 20 tahun masih mengharap duit mak bapak lagi. 

Perlukan berbangga diri?

Tak, tak payah nak berbangga, cuma rasa bersyukur dengan pilihan yang kita sudah buat diawalnya sekarang ni dah membuahkan hasil. Tapi kalau nak dibandingkan dengan ramai lagi kenalan aku yang sama baya tapi sekarang ni ada dah bergelar jutawan, dikenali ramai sebab perwatakan mereka, memang jauh sangat aku dengan mereka. Perlu rendah diri? tak perlu. apa yang perlu aku buat, selalu keluar dari zon selesa aku dan kerja lagi dan lagi dan lagi.

jadi kawan, adakah dah bersedia buat pilihan dalam hidup? atau dah buat, tapi rasa tak selesa-selesa lagi, masih tak terlambat untuk mencipta masa depan yang lebih cerah. WE DESERVE THAT!

pss : esok ke Kuala Lumpur lagi!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

14 ulasan:

Tieah Madian berkata...

Saya tengok keadaan gak lah.. Kalo tengah jalan jalan dan sepanjang perjalanan sampai 2,3 orang, tak dapatlah nak kasi semua.. Kalo diri ni memang orang yg berduit, memang kasi r.. Tapi kadang2 diri sendiri pun tak berduit..

aizatshafiq berkata...

Stuju tu bro...
Kadang2 kita ni alpa...
Sama-sama lah muhasabah diri sendiri... :)

Faizalpj berkata...

yg penting niat kita..jgn kutuk diorg

joegrimjow berkata...

@Tieah Madian
sebab tu kita kena cari duit lebih

joegrimjow berkata...

@Aizat Shafiq

insyaAllah

joegrimjow berkata...

@Faizal Pejay

yuppaaa
:)

[sutera kasih] berkata...

aahhh kan...betul jgk tu..sindiket ka apa tu blkg cerita..thanks for sharing

~cAhAyA kEmUL!aAn~ berkata...

mak saye @ jiran saye akn beli nasi bungkus instead of bg duet..
bkn xnk bersedekah, tp kt kl ni mostly sindiket..
n duet yg kite bg nie bkn rezeki die jugak..tp jdik 'rezeki' org ats yg bersenang lenang x buat ape2..

joegrimjow berkata...

@[sutera kasih]

sama2

joegrimjow berkata...

@~cAhAyA kEmUL!aAn~

haah, bagi nasi lagi ok
bleh dia makan terus

Denaihati berkata...

betul tu bro. kalau kita betul2 pasti satu sindikit(duit tu dapat kat boss sindikit), kita bolehlah elakkan. kalau x pasti bersedekahlah dgn ikhlas, satu tuntutan.

jus kulit manggis berkata...

miris sekali liat nya

khasiat kulit manggis berkata...

ikhlas adalah kunci kesuksesan

atreyu strange berkata...

setuju dengan beberapa orang yang komen kat sini, kalau takut nak bagi duit, sekurang2nya belikan air atau makanan untuk dia.

pernah sekali kita belikan pengemis jalanan sebuku roti tapi ditolak sekeras2nya dan dia mahu duit jugak. kenapa? fikir2kan. :)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW