Share

Wang kertas RM 100 itu



Pak Johan adalah bilal yang ditugaskan untuk menjaga kebersihan masjid Kampung Sentosa. Memiliki crewnya sendiri, masjid kampung sentosa memang bersih dengan hasil tangan Pak Johan dan crewnya. Siapa crew dia? sudah pasti budak-budak kecil yang akan keriangan apabila mendapat upah ice cream potong! Masjid itu memang agak uzur, uzur dek kekurangan duit untuk membeli barang keperluan bagi mencantikkannya. Tapi ini tidak menghalang pak johan menggunakan idea kreatifnya menjadikan masjid kampung sentosa itu sedap mata memandang

Zaidi adalah pegawai Jusa B yang sudah bersara. Dia mahu settle down hidupnya di kampung sentosa - kampung yang dia dibesarkan sejak dari kecil lagi. Habis anak bini dipunggahnya untuk tinggal di kampung sentosa bersama-sama. Isterinya Datin Zainun memang mencuri menarik perhatian orang kampung dengan usia 50-an tetapi masih berambut blond. Anaknya zubaidah atau nama timangan zuzu juga tidak begitu disenangi orang kampung, ada ke berjogging pakai seluar renang? 

terbeliaklah mata sesiapa yang memandang!


******

Pada suatu subuh, selesai solat subuh, zaidi bersalaman dengan pak imam meminta untuk balik ke rumah agamnya dan pak johan yang melihat gelagat zaidi itu menjuih mulut kepada pak imam - tanda tak berpuas hati


Pak Imam : apsal mulut macam tu?
Pak Johan : menyampah la dengan orang tua hipokrit tu


Pak Imam : amboi-amboi. sedap mulut cakap orang tua, kita tu dah 6series dah muda lagi ke johan oi?
Pak Johan : takdelah pak imam, dia berlagak baik, tapi tengok anak bini dia tu, habis rosak kampung kita!


Pak Imam : hummm. janganlah macam tu. tak elok mengata orang
Pak Johan : ni bukan mengata, ni hakikat yang nyata. pak imam tak tegur ke?


Pak Imam : dah Johan oi, tapi nak buat macam mana, bukannya span basuh kereta yang kita nak bentuk ni, ni hati dan perasaan manusia. dah lama hidup di bandar, jadi macam tu la tu
Pak Johan : dia memang hipokrit


Pak Imam : aku tengok dia dah slow-slow nak berubah. cuma mungkin anak bini dia yang belum bersedia lagi. doalah untuk dia
Pak Johan : tak mo tak mo tak mo


******

2 bulan kemudian setelah selesai solat Jumaat

Pak Johan : macam mana duit hari ni, banyak mana dapat?
Crewnya : RM 134.20. 20 sen tu kami amek eh nak beli ice cream boleh?

Pak Johan : kamu semua ni, ice cream je manjang. make sure lipat sejadah, sapu carpet dengan lidi dulu baru aku upah
Crewnya : baik pakkkkkk johannnnn

Pelik jugak aku ni, sejak dua menjak ni, nilai kutipan kat masjid ni boleh cecah 100 lebih. dulu nak dapat RM 50 pun sakit. Lagi-lagi ada duit sekeping RM 100, siapalah agak-agaknya yang bagi

Pak Johan bermonolog dalaman 


Pak Imam : sedap mengelamun
Pak johan : astaghfirullahhalazim!!! pak imam oi, terkejut saya. nak tergugur jantung ni tau!

Pak Imam : haha. petang-petang camni takkan dah teringat kat bini kot
Pak Johan : ceh, kesitu pulak. ada apa pak imam


Pak Imam : ni, esok ko cuba call si mail tu, tanya dia berapa dia boleh bagi untuk tukar air cond kat masjid kita ni. nak 10 biji yang kuasa 3hp tau
Pak Johan : aiseh, banyak duit dapat?


Pak Imam : adalah makhluk Allah yang bagi
Pak Johan : siapa? takkan dengan saya pun nak berahsia?


Pak Imam : tak payah tanya. ko call mail tu esok tau, kalau boleh minggu depan nak dia pasang dah. khusyuk skit aku nak baca khutbah sejuk-sejuk ni. hehe
Pak Johan : iyo lah....


******


3 tahun kemudian

Suasana di Masjid Kampung Sentosa sungguh meriah. Petang ni ada pertandingan ping pong antara penduduk kampung. Sejak setahun dua ni, banyak aktiviti yang dapat dibuat untuk menarik orang muda datang ke masjid. Aktiviti dapat dibuat pun sebab orang yang menderma.

Pak Imam : ko tak masuk pertandingan ping pong tu johan?
Pak Johan : ish, saya masukkan, semua kalah pulak


Pak Imam : hamboi hamboi, riak bebeno
Pak Johan : hehe. kawan baik pak imam tak masuk ke?


Pak Imam : sape?
Pak Johan : zaidi tu lah....


Pak Imam : ish ko ni. tak habis-habis lagi dengan zaidi tu. biarlah dia. isteri dia tu dah start pakai tudung kan? anak dia pun dah sambung masuk U, takde nye nak kacau kita lagi
Pak Johan : alah, hipokrit je semua tu. kalau dah hipokrit, takkan kemana perginya


Pak Imam : haish, malas aku nak melayan ko ni. baik aku tengok budak2 baik ping pong lagi best
Pak Johan : ye la....


******


5 tahun kemudian

'saya mintak selepas solat jumaat ni, para jemaah stay untuk solat jenazah Allahyarham zaidi. Kita akan solat jenazah di masjid ni selepas sahaja solat jumaat nanti'

Pak imam membuat pengumuman di mikrofon. 

Setelah selesai solat jumaat, para makmum mula untuk merapatkan diri masing-masing untuk bersolat jenazah untuk zaidi yang baru menghembuskan nafasnya kelmarin. Pak Johan keluar dari barisan jemaah mengumpul duit hasil derma orang ramai

'hish, dari aku solat jenazah kat orang hipokrit tu, baik aku kira duit ni. entah syurga ke neraka lah tempat orang hipokrit macam tu' Pak johan bermonolog dalaman lagi

dikirata duit kutipan derma.... kali ini tiada wang kertas RM 100!

dia terkaku seketika

Pak Imam : eh, ko duduk sini tak solat jenazah ke tadi?
Pak Johan : pak imam... saya nak tanya....


Pak Imam : soklan aku tak terjawab, ko nak tanya soklan lain pulak?
Pak Johan : selama ni, siapa yang bagi duit untuk masjid kita ni? siapa yang bagi gaji kat saya ni?


Pak Imam : tuuuu

Tangan pak imam menunjuk kearah keranda. Tempat jenazah zaidi


semua orang ada baik buruknya. lihatlah kebaikan yang dia buat dan tutuplah keburukan yang dia lakukan agar orang lain yang memandang kita pun berbuat begitu juga

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

14 ulasan:

Myra Jay berkata...

Mendalam maksudnya..

Kita jangan pandang pada luaran kerana dalaman hanya Allah yang Mengetahui..

Semoga jadi iktibar

AZRI berkata...

cerita pengajaran yang baik :")

Tanpa Nama berkata...

Bagus cerita ni joe!!!

dekan fizik berkata...

terbaeeeekkkkk~!!

Tuan Cimot berkata...

sntiasa berfikiran positif kat org n jgn buruk sangka..hoho

Syue Mustafa berkata...

Moral of the story, jangan suka bersangka buruk kepada orang lain.

Emmet berkata...

wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

amal berkata...

kdg2 kita x sedar berapa sgt la kesalahan org kat kita. tapi, kesalahan yang "x berapa sgt" tu la yg kita dok kira selama ni. kdg2 bkn buat salah kat kita pun.pun kita sibuk nak kira.a strict reminder for myself too ! :)) muhasabah diri selalu.

Akulah Pak Lan berkata...

Ikhlas orang tak siapa dapat duga

Unknown berkata...

jangan mudah untuk menaruh syak wasangka pada orang.. kita tak tahu setiap perubahan yg berlaku itu betul2 dr hati mereka @ tidak..

♛ Kerani Sekolah ♛ berkata...

best :")

Tanpa Nama berkata...

cerita yang sangat menarik ..membuat saya berfikir..terima kasih Joe kerana sudi share..hmm...cerita ni rekaan joe ke ?..hehehe..keep up d gud work..!!

~~waniyummy~~ berkata...

best cerita ni...sangat suka dengan blog ni yang sgt berinformasi dan berfaedah...hehehe

Obat Kanker Kelenjar Getah Bening berkata...

cerita yang penuh hikmah.....

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW