Share

Bolehkah lelaki rampas awek orang lain?

Pernah dalam situasi yang mana korang kira jatuh cinta pada pandangan pertama dengan seseorang tu dan selepas perasaan yang korang mungkin istilah sebagai 'cinta' itu membuak-buak rupa-rupanya perempuan/lelaki tu dah ada awek/balak? Pernah?

Pernah tak or korang tahu sesiapa yang pernah alami?

Dulu memang aku akui yang sebagai lelaki, kita tidak boleh nak rampas awek orang. Dah ada boyfriend, kenapa kita perlu rampas kebahagian dia tu kan? Tapi persepsi aku ni berubah setelah jumpa dengan pakcik yang dah berusia 54 tahun yang menceritakan pengalamannya yang sungguh banyak, dia ada 22 orang girlfriend ok sebelum dia kawin tu. Haha, memang buaya sungguh. Apa yang dia kata?

'the best man will win'

ayat simple tapi banyak maksud.



Aku bagi contohlah. Korang sekarang kerja di bahagian eksekutif, kira duit tu adalah. Tiba-tiba korang terjatuh cinta kat kerani kat pejabat korang. Dia pulak malangnya satu hari tu korang nampak ada lelaki yang datang ambik bawak motor dan korang dengar desas desus lelaki tu adalah bf perempuan tadi. Frust dan sebab korang dah gila bayang dengan perempuan tadi, apa tindakan nak dibuat?

Nak go on dengan usaha mengorat awek tu nanti bf pompuan tu akan kecewa

Nak let go tanpa lakukan apa-apa korang pulak yang merana

How how how?


Ok, kita ke contoh lain pulak. Korang sakit, maka pergi ke hospital. Masuk untuk jumpa doktor, jumpa pulak dengan nurse yang bukan main cantik lagi. Nurse tu pulak layan korang dengan lemah lembut ayu macam perempuan melayu terakhir pulak tu, memang korang jatuh cinta kat situ jugak. Tapi malangnya, korang nampak ada kemesraan antara nurse tu dengan doktor yang merawat korang tu. Bila korang siasat memang doktor tu adalah bf perempuan yang korang tengah angaukan tu. apa tindakan nak dibuat?

Nak go on dengan usaha mengorat awek tu nanti bf pompuan tu akan kecewa

Nak let go tanpa lakukan apa-apa korang pulak yang merana

How how how?


Macam mana nak teruskan ni?

Aku berbalik kepada pepatah tadi 'The best man will win' Kini kita di situasi tiada ikatan kukuh lagi. Kalau dah bertunang or dah berkahwin, berdosa ok kalau korang cuba nak rampas, tapi ni tiada ikutan kukuh lagi. Bagi pendapat aku, korang boleh proceed dengan usaha nak berkenalan dengan perempuan tu. WOW, kejam gila aku!

Sebenarnya ni untuk kebahagian perempuan tu jugak. Kalau korang rasa korang lagi elok dari bf dia tu, go ahead. Give a chance, jangan lepaskan peluang. Kalau korang rasa bf dia tu lagi elok dari korang, masa nilah korang kena tunjukkan satu keberanian yang bf perempuan tu tiada, apa dia? Aku pun tak tahu. Ajak kahwin mungkin?

Tapi kalau atas nama cinta saje ajak kahwin, ada kat situ jugak korang kene hempuk-hempuk dek pompuan tu. Ye tak?




Masa nilah kita kena fikir kita kena jadi lelaki terbaik. Bak kata kawan perempuan aku – yang mana aku sungguh banyak berkawan dengan perempuan ni – dia kata duit atau rupa bukanlah benda utama yang dieorang cari. Yang 1st adalah bila dah kahwin dengan seseorang – keselamatan dieorang akan terjamin. Yeah. Kalau korang boleh tunjukkan keselamatan dia terjamin sebelum dia jadi isteri korang, may be korang akan menang dalam situasi macam ni

Ok. tu je perkongsian dari aku, nak tambah, nak bangkang, dipersilakan. Aku sungguh suka dengar perkongsian dari reader aku ni. Tambah ilmu hidup katakan :p


pss : jangan fikir di satu situasi je, cuba bayangkan korang berada di tempat ada lelaki lain cuba ngorat awek korang, sanggup?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

26 ulasan:

alien berkata...

yes
its all about.. best man win!!
tapi berbalik ke pokok persoalan kita..
kita bercinta utk apa.. utk suka2 atau utk mencari bakal isteri.. bakal ibu kepada anak2..
kalau pilihan kedua.. aku rasa istilah best man win tu xberapa nak relevan..
ahha~

Tanpa Nama berkata...

Hi hi ! itu bru brcinta,lgpun masih ada CHANCE lg bro.. to me there's nothing wrong 2 try, don't ON OFF.. keep ON trying.LOL ! BTW,ini bkn rampas,(kasar sgt tu!) ini namanya mncuba nasib. gua berani cakap, sbb gua prnah menang ! kehkehkeh and Goodluck it's your turn 2 try!

Azym Azizi berkata...

Pergghhh. Best man win??
Sakit hati ooii kalau awek kena rampas camtu je.

Betul kata org kat atas ni, bercinta sbb apa? Sbb nak tunjuk kita hero-kah? Selalunya, tak pegi jauh klau niat dah tak betul..

Tp bg diri aku, kalau perempuan tu dah berpunya, takde la aku nak rampas. Biar lah dia bahagia..kalau ada jodoh, tak kemana ye tak? Hehe.

p/s: Aku tak cari awek, tapi cari calon isteri. Hehe

Milimilo berkata...

lelaki yg suka try ngorat perempuan yg dah ada bf ni cuma nak test power je or mungkin saja2 nak hilangkan bosan. dia bkn nak serius pn.

mungkin dia nak uji kesetiaan pempuan tu kt bf dia. kalau perempuan tu boleh tergoda dkt lelaki lain masa dia still ok dgn bf dia, mmg dia senang curang n laki yg merampas tu pn sure xnak mengalami nasib yg sama kalau nnt masa dia bercinta dgn perempuan tu, ada lelaki lain yg dtg rampas kan. heee.

Ibu Ammar berkata...

takleh praktik best man win kalau pempuan tu dah berpunya.. tu dikira merampas gak. satgi pempiuan tu jumpa laki lbh baik, ang plak kena tinggal. nak best man win sangat, LOL

Khairul berkata...

Joe, kau da ada awek ke blum. Aku nak rampas ni.

Ipaan berkata...

aku dalam situasi di mana ada orang nak rampas awek aku. nasib baik aku sempat tahu. kalau ta. memang awek aku dah lari. cara aku nak lawan jantan tu. aku ajak jumpa town. kasi warning siap gedebuk sikit. then suruh awek aku buang dia. haha. walaupun kejam. tpi ini lah cinta. peduli apa. ye dakkk

.:nazihah rastam:. berkata...

kalo try rampas and gagal pon rase merana jugak, lagi pon, kadang2 nak merampas gf/bf org ni, ambik mase kot, nak ubah rase sayang tu pade org lain :)

Huda Luna berkata...

banyak lagi perempuan lain kot kan buat ape nak amalkan best man win.
huhu

tak baik rampas merampas ni

FIFIEY LYCHEE MARATION berkata...

setuju! THE BEST MAN WILL WIN..pandai2 lah tackle kalau dh berkenan di hati!:))

puanbee berkata...

bagi saya , cara terbaik bila dah tersuka dekat awek orang , boleh lah jadi kawan baik awek tersebut sahaja , pelahan2 sambil doa kalau dia jodoh awak , tuhan akan buka pintu hati dia . kadang2 awek n bf ni belum tentu berpanjangan kan , tapi kalau wife org tk leh wat apa kenalah doakan dia bahagia disamping keluarga dia ..

spekong berkata...

@puanbee

setuju dgn puanbee !

shidaidris berkata...

aku ok je bab best man win sebab heavem kot kalau ada 2 orang lelaki nak kat aku...hikhik (tapi kalau dua2 tu berkualitilah).

bagi aku x salah asalkan caranya betul macam puan bee cakap tu. kadang2 ada je orang bercinta bertahun-tahun tup2 datang orang baru yang serius, terus ajak kahwin.

terus selamat kahwin :)

ishiko berkata...

tu la pasal,
susahnye...

kalo ada lelaki yg suka sy, tp dah ada kwn yg suka laki tu, terus xdapt terima laki tu.. -.-'

tp mmg de best men win la kan ^^

Tanpa Nama berkata...

saya nak rampas balik "lelaki ini" dari perempuaan itu.boleh kah..?hahaha..sebab dulu "lelaki ini" ..was mine tapi kerana keegoan saya yang tinggi..saya lepaskan dia but now..i want him back..( gilaaa...)..any suggestion Joe..?

dari : Pocahontas

yongpropaghandi berkata...

boleh je nk rmpas awek org,tapi dgn cara gentleman la kan? bkn dgn care sapu2 minyak.haha

the BEAST berkata...

joe,dah lame aku jadi silent reader,1st time aku komen sebab post ni bagi aku semangat..hahaha..aku ni lelaki yg mmg xde rupe,tp sekarang slow2 aku berjaya merampas awek orang..dahlah cantik plak tu..klu ikutkan,aku ngan ye macam cite beauty and the beast..tp betol orang cakap,perempuan cantik x tengok pada paras rupa sangat,yg penting,pandai ambik hati ye..mule2 nak tackle,aku dh tanye,xpe ke tackle milik org,ye jwb THE BEST MAN WILL WIN..ape lg,be a best man lah..hehe..bukan ye je aku tackle,mak ye sekali aku tackle..mak ye pun dah suka aku berbanding pakwe ye...hehe..kepada si pakwe,sorry to say bro,awek cantik2,tp lu xpndai jage...emo2 n selfish tu x bawa ke mane pon...

Unknown berkata...

terima kasih atas kata-kata diatas..huh saya memang otw nak rampas awek orang tu...saya ni banyak kawan pompuan,,tapi satu pun saya x jatuh cinta sepenuh hati saya!!!!!..dipendekkan kata...memang susah nak jatuh cinta...tapi tiba2 saya jatuh cinta kat seorang awek orang ini..tetapi saya rasa macam nak mengalah...tetapi awek ni...still kawan dengan saya tanpa bf dia tahu...walaupun bf dia x suka saya.... so saya akan ikut pepatah admin...THE BEST MAN ALWAYS WIN!!!!!(harapan terakhir if saya gagal kali ini saya dah malas nak cari girl lain...banyak kali dah cinta bertepuk sebelah tangan)heheheeh

Tanpa Nama berkata...

Aku skrg ni tgh rapat ngn awek org ni..masalahnya aku x penah try nak ngorat dia pun..dia yg merapatkan hbngan ktorang..bila aku tnya psl bf dia ok jer xde ape mslah..wtf with this situation?apakah awek tu cuma nak lepaskan bosan dia ngn aku sbb bjauhan ngn bf dia?ke canne?

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Kalau bagi Sya kan ..sya ni sebenarnya ada Sya suka satu prempuan bah ni tpi dia berpunya lagipun Sya masih single, Sya nak try tacle dia tpi tkut pula Sya ni perampas ..klu kami 1 kerjakan biasanya kami balik sama2, yang Sya suka perkataan the best men will win and always pray to God ..usaha dan berdoa dan seterusnya selamat kahwin

Unknown berkata...

The best man will win and always pray to God

Unknown berkata...

Teruskan usaha .the best men will never give up ayat2 john john

Unknown berkata...

Dah dapat dah awek org? Kalo dia masih ada bf pun melayan org lain.. Bila dia memilih bersama dengan ko pun dia pasti akan melayan org lain. Masa brcinta pun x setia apatah lgi ke peringkat seterusnya. Perhubungan org lain pun x hormat.

OrgBaru_Aziz berkata...

Turunkn ilmu kt sya bang

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW