Share

Tanggungjawab menjadi BELIA di Malaysia

Belia di Malaysia dikategorikan yang berumur 18 hingga 40. Termasuk dalam lingkungan umur ni, tahniah, korang adalah belia! Untung berada di Malaysia, kerajaan kita memang prihatin dengan belia di negara ni. Banyak peruntukan diberi untuk memperkasakan belia-belia di negara kita. Peruntukan bukan sahaja dari segi wang ringgit, malahan bantuan latihan demi latihan juga diberi. Untungkan?


Tanggungjawab menjadi belia

Pemimpin di negara kita sudah pasti akan bertukar tangan bila sampai masanya nanti. Siapa yang akan menjadi pemimpin yang akan mencorakkan negara kita terus menjadi negara maju - KITALAH! Justeru, tak kira apa latar belakang kita, masih belajar, bekerja di sektor kerajaan, swasta, kerja sendiri, bisnes, free lancer atau apa pun kita - menjadi tanggungjawab kita untuk mensiap siagakan diri menjadi rakyat yang menyumbang kepada negaranya


Sistem E-Belia

Kemajuan dunia teknologi sekarang sememangnya tidak seharusnya kita meremehkan kepentingannya. Amat penting untuk setiap perinci maklumat dapat kita peroleh. Persoalan dapat atau tidak mungkin sudah tidak relevan dengan dunia maju sekarang, persoalan CEPAT atau LAMBAT itu lagi penting! Jadi, untuk tidak menjadi belia yang sentiasa lambat menerima info dari kerajaan atau mana-mana agensi, sistem E-Belia diwujudkan!


Klik gambar untuk mendaftar


Aku dah daftar, tak sampai 2 minit isi semuanya. Make sure bila dah lengkap, korang simpan kata laluan tu.


Gunakan kemudahan E-Belia

Dengan adanya sistem E-Belia ini pihak Kerajaan terutamanya pihak Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dapat mengenalpasti segala kekurangan yang perlu diperbaiki bagi memantapkan lagi pembangunan belia di Malaysia mengikut cita rasa belia masa kini-CITARASA KITALAH. Sistem ini adalah amat penting bagi membantu belia menyuarakan kehendak dan keperluan mereka melalui Pendaftaran Profil. Serius cukup cepat nak daftar tu

Apa lagi, jom daftar sekarang!! (klik pautan ni untuk daftar)


*********


Sebelum korang tengok bola Malaysia lawan Indonesia malam ni, bolehlah join contest ni. Ada beberapa jam lagi sebelum contest ni tamat. Untuk join, baca syarat kat bawah ni. senang je
  • Tulis satu entry mengenai e-belia, tajuk dan cara penyampaian adalah bebas
  • Hantarkan email kepada itym2007@yahoo.com untuk menyatakan anda menyertai contest ini dengan menyertakan butir-butir sepeerti beriku , Nama, No kad pengenalan, No telefon dan link post contest.
  • Setelah anda mengahantar butir penyertaan di email itym2007@yahoo.com anda haruslah postkan link entry anda di facebook SENYAP bagi tujuan penilaian, facebook SENYAP boleh di lawati di link berikut (SENYAP Group)
  • Banner ni kena letak kat sidebar blog

Info pasal contest kat website ni



Selamat menulis entry dan selamat menjadi BELIA =)


pss : Tahu ni pun dari blog cikgu dahlia tadi. Nak tengok contoh lain, bleh usha entry ni

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW