Sejak balik dari UK, aku tak pernah pun masuk dapur untuk masak. Masak maggie, goreng telur tu pernah la tapi untuk masak satu hidangan lengkap - memang tak! Maklumlah, nak merasa air tangan orang setelah 2 tahun masak sendiri di negara orang. ceh, biarlah dah 2 tahun pulang dah pun!
Jadi petang tadi, tergerak untuk masak! Yeah, aku maksudkan betul-betul masak. Bukan apa, takut skill memasak yang aku 'ter'develope di negara orang tu hilang. Kang nanti masa mak mertua datang isteri pulak sarat mengandung nak makan, tak tahu masak susah den! So, bermulalah proses untuk memasak makanan yang aku 'pro' skit - nasi ayam!
Nasi Ayam Joegrimjow
Ingat lagi masa kat sana, nasi ayam adalah masakan yang paling senang untuk dibuat. Tak payah masak lauk banyak-banyak dah kalau buat nasi ayam, sebab tu aku suka masak nasi ayam bila dah sampai turn aku untuk masak. Korang caya tak aku pernah buat 2 rekod personal masa masak nasi ayam ni kat sana
- Masak nasi ayam 22 minit - semua siap dari ayamnya hinggalah ke nasi
- Masak nasi ayam sambil siap update satu blog - semua siap dari ayamnya hinggalah ke nasi
2 rekod ni memang aku simpan, resume untuk diberi kepada bakal mak mertua kelak :p
Nasi Ayam Joegrimjow versi Kelantan
Sebab sekarang ni berada di Kelantan, maka namanya jadi lain, tambah versi Kelantan. Tadi jugak aku pergi pasar untuk beli semua barang, tak tahulah harga ayam sekarang dah cecah RM7 kan? pergh, terbeliak aku tadi masa orang jual ayam tu bagi ayam kecik je - besar sikit dari puyuh tapi harganya RM 12. Dulu masa muda-muda remaja gitu, RM 12 tu dah boleh beli ayam yang sangat besar dah. Cepat betul masa berlalu. barang naik, harga duit sangat beza nilai dia. fuuuu
Aku kira total semua tadi untuk masak nasi ayam ni RM 22.30 (tak termasuk harga beras + minyak api semua) Compare masak nasi ayam kat Sheffield sana, 4 pound je. Fuh, besar benar beza dia. Tomato boleh RM 1 bagi 2 biji je? aduyai, kelantan kot, bukan KL lagi!
Bagilah resipi, nak try buat ni......
Hehehehehe. Resipi rahsia ini mana boleh diberi kat orang. Korang tahu nak bagi nasi ayam ni sedap apa rahsianya? Rahsianya terletak pada ayamnya. Kalau ayam tu sedap, sedaplah nasi ayam tu. So, kena 'make-up' ayam bagi sedap mata memandang dan sedap lagi mulut mengunyah. Nak bagi ayam tu sedap, korang buatlah sendiri. Try n Error. Experience is the Best Teacher. Acececeeeh
Masa masak tadi cuma nasi je lembik sikit. Heh, maklumlah tak biasa tanak nasi ni, memang terlebih air sikit la. Tapi anak sdara aku kata dah sedap dah. haha. Budak ni dia jujur ok bila cakap, so bila dia dah cakap sedap tu memang sedap la tu. Mungkin ayat 'sedap' keluar dari mulut anak sdara aku tu dipengaruhi dengan janji aku nak beli coklat malam ni aku pun tak tahu, takpe, yang penting mulut tu dah cakap sedap :p
Okeh, itu sahaja update ringkas kali ini. Dah makan-makan ni, jangan lupa berat kena jaga jugak ok. jom sertai larian 15km pada bulan September untuk dapatkan kembali berat badan ideal =)
Semoga jumpa lagi ya
pss : terkejut bibik aku tengok hidangan dah tersedia atas meja. baru dia tahu siapa aku sebenarnya. wahahaha
19 ulasan:
aduyai....tahniah Joe kerana berjaya menghasilkan nasi ayam yang nampak sedap...tak sangka ya.Walau asyik berblog tapi berbakat..tabiik..yooo..!!!
dari : peminat misteri blog JoegrimJow
pergh.tu je mampu cakap.haha
len kali buat lagi..buleh sayo singgah umah abg joe..kenal doh kenal doh :D
kalau goreng dgn kicap lg sedap rasanya berbanding goreng biasa.
not bad joe! =)
tringin nk makan nasi kukus versi kelantan..
T____________T
sama harganya dekat KT nie...mahal kalahkan KL...
tak mahir lagi buat nasi ayam...hehe..
nampak sedap!!tapi kan,ayam memang mahal.kalau kat pasar kt panji tu,rm8.50 sekilo :( sangat tak best walaupun bershopping di kota bharu :P
nasinya xnmpk pon bro. ayam mewah sgt ni sampai nasi xnmpk kt bawah tu. hehe
fhewit! tak sangka pandai gak joe masak ;p
iiish ingatkan ada resepi..lokek lah tak share ;P
@Anonymous
wah
peminat misteri!
@fatihah azemi
anak gadis kena pandai masak ok
@Aduka
mmg taruk tepung kicap tu
:p
@NURUL NADIAH MAMAT
harga kat KB kalah kat KL
@Farhani Mazlan
8.50?? mak oi mahalnya!
@Dawa
nasi xmengiurkan
sbb tu xletak
haha
@laskar pelangi
kena follow blog dari awal ni
hehee
@Anonymous
resepi sodapp
Aduyaiii....lapo tgk makanan...bolehlah jd menantu cmni...hahaha
slmt hari raya
http://batulesung.blogspot.com
@ Anonymous wah peminat misteri!
@ NURUL NADIAH MAMAT harga kat KB kalah kat KL
Catat Ulasan