Share

Top 5 Drama Jepun aku suka

Sebut pasal drama Jepun ni, aku perasan ada beberapa perkara yang menarik yang membuatkan kita 'terlekat' mahu tengok dan tengok lagi. Paling 'obvios' sangat adalah 'lawak bodoh' yang cuba ditonjolkan, memang terbahak-bahak ketawa kalau duk sorang-sorang. Pernah masa kat mtrx dulu, aku pasang earphone, tak perasan ketawa kuat sangat sampai orang bilik sebelah boleh didengari

Selain pelakon yang berjaya memainkan watak, pujian harus diberi kepada penulis skrip. Mereka memang sempoi habis lah! Okeh, kali ni aku nak kongsi dengan korang drama Jepun yang pernah aku tengok (agak banyak) dan pilih 3 drama yang terbaik dari ladang jepun!!


5) Kurosagi


Ni cerita ala-ala laverage gitu. Kerja si hero adalah menipu si penipu. Heh, kita balas balik apa yang si penipu buat dengan menipu balik. Sebab boleh lekat tengok cerita ni sebabnya cara si hero menipu balik tu sungguh stylo. Erk, jangan cuba tiru taktik menipu dalam cite ni sudah, tengok boleh!



4) Pride



Memang aku rasa aku ni minat kalau takuya kimura berlakon. Heh, sebab tu sangkut jugak tengok cerita ni. Mengisahkan seorang pemain ice hokey terkenal yang sakan bercinta dengan kekasih hatinya, seorang office lady biasa. Yang best pasal office lady ni (selain comel, xingat sape pelakonnya) adalah setianya menunggu kekasih hatinya yang bekerja di oversea. Tu je aku ingat, tapi yang best pasal cerita ni, setiap ending mesti ada kezutan!


3) Great Teacher Onizuka


GTO ni selain ada dramanya sendiri, komik dan filem pun dah ada. Hasil adaptasi dari komik shounan love gang ni memang sangat best untuk ditonton. Kisah bagaimana seorang cikgu yang menyelesaikan banyak masalah murid di sekolah di Jepun. Dengan bantuan cikgu ni memang seorang kaki pukul, membuatkan kita yang menonton memang nak tengok nak tengok dan nak tengok lagi.


2) Gokusen



Gokusen ni sama macam GTO, cuma cikgu yang menjadi watak utama adalah perempuan. Yankumi!!! Memang cerita ni ada series 1 sampai 3, habis aku tengok semuanya. haha, sebab best, kenalah tengok. Cuma siri 2 tu kurang ngam sikit. Kalau siri 1 tu, fuhh, memang terbabow la dengan lawak dan jalan cerita dia. Yang aku tak boleh nak lupa, pengajaran yang terselit perbualan yankumi dengan datuknya, ketua yakuza dalam setiap cerita. mesti ada pengajaranlah!


1) 1 liter of tears



Waha!! Cerita ni bukan sahaja berjaya membuatkan aku menangis, tapi sampai tersedu-sedu. haha. over lah pulak kan. Dah la masa tu kawan perempuan yang comel suruh tengok, memang bersemangat habislah aku tengok. Masa aku tengok cerita ni kat Sheffield, pakai mysoju lah, apa lagi kan, episod 1 sampai 7 aku tengok sekali harung je. Hoh, memang kuat penangannya. Berhenti pun sebab nak bukak puasa. haha. sangat over disitu. Tapi memang cerita ni terbaik, yang belum tengok aku suggest korang tengoklah, tak rugi!


Okeh, itu sahaja, korang punya apa pulak? share share lah sikit

pss : dah join empire avenue? jom join jom. klik sini

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

41 ulasan:

Mr K berkata...

Tak der My boss my hero ke? Attention please? Hanazakarino? Nodame Cantabile?

Wuwu

LAUT CHINA SELATAN berkata...

tak minat sangat cerita jepun. tapi kene admit yg 1 litre of tears tu mmg superb! HAHA. over la nangis tersedu. waaaaaaa ;)

joegrimjow berkata...

@Mr K

xsetanding dengan 5 ni. haha, tp nodame tu xtengok lagi

joegrimjow berkata...

@LAUT CHINA SELATAN

best kan cite tu
huhu

~hAti bErgEL0jaK!~ berkata...

Kurosagi best! Lepas tu my fave artist pulak hero! ;)

1LoT best + sedih sgt! GTO best best! Haha dan banyak lagi drama jepun yg best~!!

Min Masri berkata...

Have to admit, drama Jepun mmg awesome. Jln cerita x cliche cm drama korea. Kan?

Btul ckp Mr. K tuh, Nodame, HanaKimi, My Boss My Hero semua best.
Tp mostly a few years back tuh, banyak yang latest best2. ;D

suhaila-ab berkata...

Kurosagi: dah ada lam HD..lom tgk lagi..
Pride: pun sama..lom sampai masa dan ketika nak start tgk..bahan sume dah tersimpan lam HD
GTO : dah 2 kali tgk...aku suka..
Gokusen : tak ada lam simpanan..nanti nak kena sedut ni..
1liter of tears : my favor jugak bro..ko yg macho leh sedu2..aku yg benyek ni lagi la..sembab2 muka..tgk masa wknd..keje hari senin..muka lum ilang sembab...dah org gosip mcm2..kalu yg movie tu tak sedey sgt..yg series bikin gua sakit dada dow..

Skang aku tgh layan Korea series..huh sedut byk2 mula la parah nak abihkan...

ain revival berkata...

baru khatam tgok cite my gf hv 9 tails ( gitu lah gamaknya tajuk)

best!!!!
tgh marathon muvie ..cuti 4 bln kn..:)

joegrimjow berkata...

@~hAti bErgEL0jaK!~

semua nak best kan?
hehe

joegrimjow berkata...

@Min Masri

senarai atas tu semua lama2 tu

joegrimjow berkata...

@suhaila-ab

lol
muka sampai sembab xleh lawan tu
haha

joegrimjow berkata...

@ain revival

jangan marathon sangat, tolong mak kemas rumah
hehe

Hush berkata...

cuba try tengok ohitorisama.

De Mois berkata...

SS tak tengok sangat..tapi budak rumah rajin le tengok sampai gelak tak ingat dunia. Huh..


Revolusikan hidup dengan SuaraSendiri

Azah berkata...

3 kali ulang, 3 kali tu jugak la tersedu-sedu menangis... erika sawajiri tu sangat comel.. :D

Farihah Ahmad berkata...

alaaaaa tokyo dogs best. mr brain pom best. ha'ah ye la. xpat masuk top5 ni ek. cuba lagi la nnti kannnnn

AreYou berkata...

1 liter of tears best...tgk cite nie smpai nanges2...tgk byk kali pun tetap nanges....touching sgt2

mad khaz berkata...

layan semua,tapi nodame cantabile,hanakimi pon ok gak.

lau drama korea, my gf is a gumiho best :D

XD

lau filem crow zero 1 n 2 best giler!

Lynn La Loy リンダ berkata...

Semua best! <3

wHoSeNa berkata...

1 litre of tears mmg terbaik..ak pun mcm ko..tgk dlm masa 1 hari jer...nanges tersedu sedan smpai bengkak mata...=))

cik peLangi berkata...

seriusss 1 liters of tears mmg beshh ~~ hehehe :)

a_a berkata...

gokusen tu my favourite tooooo!!!
smpai sekarang tak delete lagi dari external hardisk kot..syg nak buang....

cuba tgk The Quiz Show
citer ni agk twisted tp biler abes last episod sgt puas hati sbb sume twist tu t'revealed jugak...

kalo minat takuya kimura tg la latest drama dia...errr x tau la latest sgt ke...tjuk Mr. Brain...citer ni sgt informative and cute jugak..huhuhu..sukeee...

citer atashinchi no danshi pon best jugak...one pound no fukuin....yamato nadeshiko shici henge pon best...

tp my favourite is always Nobuta Wo Produce!!!!sgt rekemen citer ni!!!!

ehh t'pnjg plak komen...=]

Fa berkata...

bro joe, patut tgk Tokyo Dogs,My boss My hero
citer2 tu pon best!!!
tpi 1 liter of tears mmg the best of the best aaaaaaaaaahhh.
Perfect boyfriend (zettai kareshi)pon best.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

4 terbaik yang kamu suka adalah favorite aku juga Joe!

Geng!

SofieyAzwa berkata...

GTO terbaik!! Dulu minat cerita Jepun nie nama Power Office Girls kalau x silap.. tak sure laa tajuk dia.. Best gak..

Yg lain x nah tgok agi..

Al Meister Ex a.k.a MASTERX a.k.a Amin Abjad berkata...

my boss my hero n hanakimi pon terbaikk.. suggest ko tengok.. kompem terlarut.... hahahahaa

Tanpa Nama berkata...

sume cite jpun bes compared 2 cite korea..skli dh stat,ssh nk brenti..haha..sume cite2 ni ak dh hbes burn bt koleksi..syg ouh nk buang..:)

yang tersebot berkata...

da bnyk kli tgok cte 1 ltre bnyk kli jgak ngisnye huhuhu...
cbe try tgok filem 'koizora' sronok n sdih jgak..

MiSs LyN berkata...

wah..x sangka dak laki pown layan j-drama ek....mmg minat sgt2 cite2 jepun nie...

mcm cakap mr.k yg hanakimi..nodame contabile..pown best..

sgt in love dgn cite pride, kurosagi, hanakimi...

dah try zettai karashi,liar game?
ce try liar game..superb..!!=DDD

Tanpa Nama berkata...

cer tgk ROOKIES. best jugak cerita tu. and Tokyo Dogs memang best ;)

Khadija Sakaria berkata...

1 litre of tears mmg sedih betul tgk 5 kali, 5 kali jgk lah meleleh air mata ;p

cik fara @ fanadz berkata...

perempuan comel dlm Pride tu nama dia Yuko Takeuchi~~ :) suke jugak cite ni.

suke Hero, Beautiful Life yg sedih tu, Good Luck, Beach Boys. Eh? sume cite Takuya. XD

suke gak My Boss My Hero, HanaKimi, GTO, With Love, zettai kareshi, nodame salu ketinggalan ikot kat 8tv dulu.

owh, bestnya jdorama~~ XD

Ezany-Kun berkata...

setuju cite 1 litre of tears no1.. cite hana kimi pun best gak.. klakar giler.. tp skang ni mungkin dah ramai mula beralih arah ke drama korea.. so drama jepun xbape laku skang ni..

missn berkata...

setuju dengan sofieyazwa, power office girl pun best... natsumi n the gang sgt cool... hehe..

ada lagi yang best; hana yori dango, death note n bambino...=)

Fa berkata...

kaizora pon best ;)

Hanis berkata...

Citer Hanakimi & Hana Yori Dango (Boys Before Flower) memang best..Sanggup menghadap laptop lama semata-mata nak tengok citer nie.. :)

Hana Rahim berkata...

1 liter of tears mmg best~

iefazam berkata...

sume yg disebut kat atas da tgk.. ade 2-3 je yg x tgklg..
tp kn segi no mikata terbaik~~~~
sila la tgk.. korg agk gelak terbahak2.. mcm mn seorg kakak yg sgt kejam bole dipanggil ally of justice oleh org sekeliling.. sgt2 best.. tgk la.. :)

Tanpa Nama berkata...

Hmm pelik la..kenapa bg aku 1 litre of tears x sesedih mana? Bg aku drama ni overated...

drama jepun kegemaran aku...S.O.S @ strawberry on the shortcake. Lakonan Hideaki Takizawa dgn si comel, Kyoko Fukada. Hallo..H.T pun hensem gak k...juga drama H.T lain yg best bg aku, Majo no jouken..heroin drama ini ialah Nanako Matsushima.

Sebut psl Pride, aku teringat pd heroin pride, Takeuchi Yuko yg best sgt dlm drama Lunch No Joou..kalo nak meleleh tgk makanan Jepun, tengok la drama ni...best.

Kalo nak berkongsi pendapat ttg drama Jepun dgn aku, leh email aku kat pembaca_filem@yahoo.com k.

Tanpa Nama berkata...

@cik fara @ fanadz

Bile la pulak Takuya Kimura berlakon Beach Boys ni.....^^

p/s = pembaca_filem@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

Cite jpn mmg perggh! Da lame xlyn Sjk keje..bnyk x igt tjuk.cube layan n I love her,antique, beauty and the beast ni sume episode la.lau korea cbe lyn Windstruck!

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW