Share

Tanah runtuh di rumah anak yatim, 24 orang tertimbus

Berlaku 2.30 petang tadi, kejadian tanah runtuh yang berlaku di Rumah Anak Yatim Al-Takwa ini menimbuskan separuh kawasan kediaman dan 24 orang terperangkap hidup-hidup di dalamnya. Setakat pukul 7 petang tadi, 3 orang meninggal dunia, masing-masing 11 dan 14 tahun dan 6 orang lagi berjaya diselamatkan



Maknanya, sehingga sekarang, masih ramai lagi yang masih terperangkap. Nasib mereka, hanya Allah yang tahu. sama-sama kita doakan supaya yang masih terperangkap berjaya diselamatkan. Sekarang ni kegiatan menyelamat semakin sukar, petang tadi pasukan penyelamat mengalami tanah bergerak dan juga hujan, sekarang ni, dah gelap, lagilah sukar.

Sama-samalah doa supaya mereka semua yang masih tertimbun terselamat




Ketika kejadian, masing-masing tengah sibuk untuk menjalankan rehearsal dengan finas. Malangnya, kejadian ni dah berlaku, sebab tu mereka semua macam tak sempat nak berlari keluar. Mesti sangat genting dan kecoh waktu tu. Dah la semua kecik-kecik lagi, tak dapat bayang bagaimana reaksi mereka. Apa-apa pun, kita yang jauh ni, sama-sama doa supaya semua selamat
Baca selanjutnya disini

update :
jumlah dah meninggal : 16 orang
Berjaya diselamatkan : 8


pss : tak dapat bayang kalau aku yang tengah terperangkap sekarang....

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

9 ulasan:

Mr feckry berkata...

semoga allah bersama mereka

Dawa berkata...

semoga yg belum dijumpai tu selamat hendaknya. buat yg telah pergi, Al-Fatihah disedekahkan buat mereka

suffer8zine berkata...

al-fatihah :(

An Najwa berkata...

sebak bila tgk berita td...

Aishah berkata...

al-fatihah...sebak bila dgr berita nih...

MARKONAH berkata...

al-fatihah. Sedihnyaa

Cikgu berkata...

Al-Fatihah

SYAFIQAHSALEH berkata...

sedih..al-fatihah...

Fa berkata...

Al-fatihah.

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW